klik klik ok!

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha.....

 ehsan dari pak google
Esok hari Rabu 17hb11@10zulhijah.... seluruh umat islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Haji. Kepada semua umat Islam, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.... semoga hari raya korban kali ini penuh dengan keberkhatan dan mendapat keredhaan dari Allah swt. Mari kita berdoa semoga para jemaah Haji dapat menunaikan ibadah dengan sempurna, menyucikan hati dan mendapat haji mabrur menjadi ke arah yang lebih baik dan lebih terpuji. Pastinya kedatangan bulan Zulhijah ini ada keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Bukan sahaja menunaikan ibadah korban tetapi memupuk semangat sanggup berkorban apa sahaja.
“Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (terhadap musuh), kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan (hasil tanaman), sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. “Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan mendapat selawat (keampunan) daripada tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang yang mendapat hidayahNya.” 
(Al-Baqarah:155-157)
Sebut pasal korban... sudah pastinya akan ada ujian dan cabaran yang menimpa seseorang. Setiap musibah yang Allah swt turunkan adalah ujian untuk menguji iman dan tahap kesabaran hambanya. Melihat sama ada hambanya redha atau pun tidak. Ujian yang menimpa sebenarnya hanyalah peringatan kepada kita supaya kembali beriman dan seterusnya bertaubat. Sabar dan redha adalah pengorbanan yang besar sebenarnya... percayalah pasti akan ada hikmahnya suatu hari nanti.... ~AMIN~

Mood : Ya Allah, aku bermohon kepada MU... kau kuatkan lah iman ku tinggikan lah kesabaranku... aku percaya ujian mu itu adalah kerna KAU sayang pada ku :)))

9 comments:

  1. salam aidiladha.. dpd ManjaIxora sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. Mazlina Mokthar : Salam aidiladha dari saya juga :)

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua rakan2 Muslim di Malaysia...

    ReplyDelete
  4. kasihredha : salam aidil adha tuk akak juga :)

    ReplyDelete
  5. Hariz : Salam aidil adha dr sy juga :)

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya mas,tak boleh tinggal link kay shoutbox tu.apesal ntah

    ReplyDelete
  7. anymz : selamat hari raya juga.... agaknya tengah problem ler tu hehehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails