klik klik ok!

Wednesday, September 29, 2010

say YES to great skin

dengan hanya 3 langkah kulit jadi tulus mulus?
sila tengok laman web ni

http://www.clinique.com.my/?q=website_admin/node/29/&menu=152

Al kisahnya semalam aku n hubby gie jalan2 ke KLCC dengan niat nak celebrete besday ler kekononnya (walhal dalam hati... nak shopping! nak shopping!) tapi ye, memang dah lama gila aku tak ke sane wey! dah bertahun-tahun rasanya. Sungguh aku tak tipu, btw aku bukannya suko nah gie situ sesak bebenor!

So..... dok jalan-jalan tu mata terpandang ler benda alah kat atas ni, dah lama gile aku idam nak guna produk tu tapi tak gak kesampaian. Semalam aku nekad selepas di kira dan di congak serta terpengaruh gila2 dengan kate doctor clinique tu (lembut gila ayat dia siot) akhirnya aku pun beli ler....... hihihihi horey! hilang dah ngidam aku ni hahahaha..............

Cerewet aku ni sebenarnya! nak cantikkan kenalah korban wet sikit huhuhu..... risau bila usia dh meningkat, kulit mulai kendur, bintik-bintik hitam pun dah mula kuar so berjaga-jagalah ye...... Kate doctor tu, perubahan hormon bukanlah masalah utama tetapi pemakanan, persekitaran dan stress adalah punca muka cepat berkedut. Ye ke??? huiiii compom dari sekarang aku nak ceria jeeeeeeeeeeeeeeeee.............. senyum sokmo!

Alhamdulillah dan terima kasih sayang

Syukur Alhamdulilah 28/09/2010 yakni hari selasa adalah ulang tahun lahir ku yang ke tuttttt.... opssst perlu ke bagi tau? hihihihi... tak perlu kot.... tapi nanti orang kate tak nak ngakulah tu umur dah makin tuttttt....... amboiiii laserlah tu! dont wori... aku tak sorok umur k! now i tell uuuu.... semalam genablah umur i 31 tahun! alah... baru 31... muda bergetah lagi tu hahahaha.... stop!

Apa yang penting..... aku terlalu amat bersyukur pada MU Ya Allah.....
Mudah-mudahan hidup ku akan sentiasa di berkhati, di murahkan rezeki, di panjangkan umur, di tetapkan iman, di dunia dan akhirat... Semoga cita-cita dan impian ku yang belum terlaksana di makbulkan Allah swt...... Semoga juga segala urusan berjalan dengan lancar amin................


Terima kasih tidak terhingga juga kepada mereka yang wish dan moga2 doa kalian untuk aku di makbulkan Allah swt amin........

Terima kasih sayang...... ayang sukaaaaa..... cantikkkkk sangat! Harga dan jenama bukanlah ukuran tetapi tanda ingatan adalah yang paling bermakna bagi ku..... sekali lagi time kasih sayang muahhhhh! Isi di dalam biar hamba je yang tahu....... :)))

Sunday, September 26, 2010

Makan Raya 2010

Sane sini buat open house.... al maklum ler masih dalam mood raya. Aku pun buat open house gak tapi bukanlah besar-besaran cuma untuk kenalan rapat sahaja yakni memang muka dak ni jelah hihihihi..... cuma bilangan ahli makin bertambah. Setiap tahun wajib datang beraya @ memang tiap tahun akk jelah yang masak..... capek dong tapi syok..... setahun sekali je kan.....
pecal
spaghetti wajib ada....
kek coklat ni pun mesti adaaaa....
tetamu yg tiba awal
makan time!
makan lagi dan lagi.....
borak lagi dan lagiiiiii
sesi begambor lak
kaum hawe lak.....

Penat memasak jadi hilang bila mereka suka dan sukaaaaa menikmati makanan yang terhidang.... dan aku pun suka gak lah.... umur panjang tahun depan kita kumpul lagi ye... hope kali nie dpt kumpulkn mereka yg tak dpt hadir tahun ni. Kita kasih gegar!!!! Semoga hubungan kita akan terus berkekalan hendaknya Aminnnn..........

Saturday, September 25, 2010

Kek coklat

Jom kita buat kek!

3 biji telor
250 gram majerin planta
250 gram tepung
250 gram gula
30 gram serbuk koko
1/2 cawan air sejuk
1 sudu kecil essen vanila
1 sudu kecil baking powder

pukul gula n majerin planta smpi kembang
masukkan telor dan pukul lagi smpi kembang
letakkan pula essen vanilla

dalam bekas lain
satukan tepung, serbuk koko n baking powder.
Masukkan sikit demi sedikit ke dalam adunan yg di pukul tadi
bersama dengan air sejuk (selang selikan air dan tepung)

bakar dengan suhu 160c selama 30-40 minit / sampai masak rata

Pesanan :
* Selepas siap bakar baru perasan kek ni terlalu rapuh so lepas ni kena lebihkn sikit tepung semasa mengadun.
* mama kate kalau kita sukat guna saiz mangkuk, maka tepung, gula n planta pun kena sama byk sukatannya ikut saiz mangkuk tu. Contoh :- 2 mangkuk tepung maka planta pun kena 2 mangkuk gak

Kek nie adalah wajib ada ketika teman-teman dtg bertandang


Friday, September 24, 2010

Buzy busy

Salam Jumaat..............
Pagi yang menyibukkan diri? huhuhuhu..... sedang membanting tulang 4 kerat (eh betul ke ni?) di dapur! kasi gegar itu dapur hahahahaha....... kenapa aku sibukkan diri kt dapur? ahah........... al kisahnya.........

Malam ni kawan2 dari seremban nak datang rumah makan2 @ datang raya. So... macam biasa setiap tahun mereka yang hadir @ asyik2 muka yang same je hihihi.... wajib dtg beraya kt umah aku. So setiap tahun jugalah macam biasa aku @ aku je..... mesti sediakn makanan @ masak2 untuk mereka. Hai.... akk jugak! capek dong tapi syokkkkkk kikikiki.......
Emmm.... kek coklat dh siap! kuah pecal dh ready! nasi dah masak! ayam dh keluarkan! petang cuma tinggal nak masak je!

Menu :-
Kek coklat ~ wajib ada!
Spaggethi ~ wajib ada!
Nasi grg cina
Aym grg mama simah
Pecal
sate ayam

konsep : bebas
Acara : makan sampi kenyang! hihihihi....

Wednesday, September 22, 2010

Siti oh siti

Majalah keluarga kali ini mendorong nafsu aku untuk membelinya.... sebenornya ada gambor Datuk Siti! nge..nge..nge.... Rata-rata bulan ni muka depan majalah banyak memaparkan gambar penyanyi tesohor negara Datuk Siti Nurhaliza. Sedari dari dulu sampai sekarang Datuk Siti ternyata masih laris di mana-mana sahaja. Boleh di katakan setiap keluaran majalah yang ada di Malaysia nie pasti akan ada edisi Datuk Siti. Peminat-peminatnya juga sentiasa setia menyokongnya walau dulu dia pernah hampir-hampir sepi dari dunia seni kerana perkahwinannya dengan Datuk 'K'. Opsss.... tutup kisah yang dulu......

Aku bukanlah peminat fanatik dia tapi aku suka ikuti perkembangan dia.... aku puji dengan sikapnya yang sentiasa merendah diri dan kejayaan hidupnya walau hanya berkelulusan SPM sahaja. Rezeki sentiasa memihak kepadanya.... namun.........
'Siti tidak pernah berhenti berusaha untuk dapatkan anak'
rezeki untuk memiliki anak masih TIDAK memihak kepadanya......
salah satu petikan di dalam majalak SDK

soalan SDK: Siti pernah menyuarakan hasrat untuk berehat seketika daripada dunia seni. Apakah ia bertujuan untuk memberi tumpuan dan salah satu usaha untuk meminang cahaya mata?
Jawapan SITI : Siti sebenarnya mengambil sedikit masa dan ruang untuk tumpukan kepada perniagaan Simply Siti dan banyak membuat perancangan untuk memperkembangkan lagi produk ini. Selain itu siti merancang untuk memperbanyakkan lagi produk di bawah jenama ini. Siti juga ada ke luar negara untuk tujuan hal perniagaan ini. Tentang cahaya mata, siti tidak pernah berhenti berusaha dan tentunya itulah yang siti idamkan sejak berkahwin.....

Emmm...... kalaulah aku sekaya dia... berhabis duit untuk dapatkan anak pun tak ape! alaaa.... kalau setakat nak buat IVF lebih dari mampu rasanya. Tapi itu semua urusan Allah SWT... walau sekaya mana kita, walau secanggih mana peralatan tapi kalau Allah SWT masih belum izinkan maka rezeki tetap tidak memihak kepada kita.

*terselit juga kisah 'Eswati Sujud Di depan Kaabah' ~ rindu dakap anak sendiri akhirnya jadi nyata. 8 tahun tunggu zuriat akhirnya doanya di makbulkan ~

Sesungguhnya aku amat memahami kerna aku juga masih berusaha dan terus usaha untuk mendapatkan zuriat.
Sentiasa berdoa semoga ada penyambung keturunan kami. Berdoa juga untuk mereka yg sama nasib dengan ku....

Tuesday, September 21, 2010

Uummm..... Nescafe OoOoooo

Di kala cuaca tengah mendung nie perut pulak berdangdut.... ni semualh ni nak kena pie dapur. Sedap ek kalau dapat pekena pisang goreng panas atau cekodok ikan bilis cicah plak dengan sambal sardin.... perghhh sure terangkat beb!

Tapi..... kita ketepikan semua selera tu.... pertama mana nak cari pisang goreng panas nak-nak kebanyakkannya penggerai masih lagi cuti raya. Tang cekodok ikan bilis tu plak... alahai.. malasnya nak buat... nak nak aku kt umah sorang2 lg lah malas nak ke dapur.....

So.... ape kate aku layan je roti keping cicah dengan air nescafe Ooooo.... fuhhh terbaik wok! tak sah kalau sehari hidup ku tak hirup nescafe! tak kiralah nescafe O atau 2 in 1 atau 3 in 1... yang pasti nescafe pelengkap tekak kami......

Maka layanlah tekak ku bertemankan awan yang mendung menghirup nescafe yang segar.... legaaaa no hihihihi

Bungkus je

Semalam mood malas giler tapi masih boleh buat sarapan lagi. Hari nie mood tak malas cuma badan rasa tak sihat, kepala pening dan tengkuk rasa berat je.... Dah 2 hari aku rasa tak sedap badan.... pagi ni aku memang tak larat nak buat sarapan so my hubby beli bungkus je.. nge nge nge... tak sempat aku nak snap sebab kami dah lantak habis!!!

Kenapa ye? letih berjalan je ke atau selepas sebulan penat menjahit baru sekarang terasa letih dan penatnya...... cewah!! gaya macam banyak je tempahan aku tu hihihihi... emmm.... mungkin ini lah yang mama rasa setiap tahun, bila lepas je habis ramadhan tibanya syawal mama dok tido je..... mana taknya sepanjang bulan ramadhan tu tido macam tak tido je... siang malam dok sibuk menjahit je huhuhuhu now aku rasa lak.....

Tidor dan rehat secukupnya adalah cara terbaik untuk menyegarkan mata dan badan semula hihihihi... alasan aku nak tido je sbrnya :))) yang pasti aku dah telan panadol now aku nak rest jab!

Monday, September 20, 2010

Mood malas!

Aiyokkkk........... mood aku pagi nie ntah pe2 jelah.... malas yang amat! rasa macam nak melingkar atas tilam je huhuhuhu... walhal malam tadi aku tido awal! Tapi...... 'bole ke bang sayang tido je?' wakakaka... mood sentap laki aku! tak bolehlah tu.... Eishhh... bangun! bangun! bangun! segarkan mata dan badan mu.... pergi ke dapur dan buat sarapan.... emmm... sarapan apa ye??? haiyak! ni yang malas ni... kena pk nak buat sarapan apa plak huhuhuhu.... 'bang kalau beli je bole tak?' kuang kuang kuang asammmm!!! sekali lagi mood ketat laki aku! nge..nge..nge.... ok2 sayang nak buat sarapanlah ni ;-)


Akhirnya..... hanya roti telor n the geng's menjadi santapan kami di pagi isnin.... hihihi oklh tu!

Bahan-bahan untuk roti telor
Beberapa keping roti
2 biji telor
1/2 sudu besar mayonis
1 sudu kecil susu manis
sedikit garam dan lada sulah
*pukul kembang telor, mayonis, garam dan lada sulah*
*celupkan roti ke dalam telur dan grillkan hingga kekuningan


Sunday, September 19, 2010

Jalan2 dengan mama n adik's

Seronoknya mama dan adik-adik datang bertandang ke rumah... happening jadinya! cuma kesian kat Isya... dia tak berapa sihat so meragam sikitlah.... Sebelum mereka berangkat pulang aku n hubby bawak mereka jalan-jalan ke OU dulu... mulanya risau gak sebab biasanya kalau hari ahad compom jem! pastu parking penuh tp Alhamdulillah jalan lengang n parking pun banyak kosong! wallawei.... syok gila!
jalan bibeh!

riang ria di petang ahad!

perasan tak? lengang je kan? emmm... gaknya orang ramai balik kg kot? tak pun gie open house

lepak kt pizza milano... sedapnya isya minum ais lemon tea!

kalau hari2 lengang camni syok ek?


Petang itu berjalanlah kami mencari pasal hihihihihi.......


Friday, September 17, 2010

Rasa syok plak buat biskut ni!

Macam biasa setiap tahun kalau nak dekat raya tak sah tak buat biskut raya.... kalau dulu masa anak dara sampai dh 4 tahun dirikan rumah tangga, bila... lagi seminggu nak raya mesti balik kg tolong 'makcik'(mak muda@mak tiri) buat biskut tp sejak 3 tahun kebelakangan ni aku dah buat biskut sendiri.... sebab pe? en hubby dah belikan oven so memang semangat bertambah gila ler kononnya ni hihihihi... antara biskut yang wajib aku buat ialah biskut sarang semut! tapi gambar yang aku upload ni bukan biskut tu.... biskut chips more rangup resepi dari kak liza (hanieliza's cooking)..... rasa syok gile plak aku buat biskut ni..... besh je.....
adunan yang sudah siap sedia untuk di bakar

gini ler upenya bila dah masak

kemudian kita cantikkan... kasi lagi seri tu naik dengan garisan coklat putih sebagai hiasan.... menarik kan kan kan.....

Lepas ni boleh lah aku jual biskut raya plak..... hihihihi..... hajat di hati memang dah lama ada cuma niat tu je tak buat-buat lagi... boleh gitu! apa-apa pun tak salah simpan angan-angan kan? manalah tau bila dah ada rezeki cita-cita nak jual biskut raya ada plak...... manalah tau nge..nge..nge...

Thursday, September 16, 2010

Kesayangan Bonda

Kalau dah namanya kampung... laman rumah mestilah penuh dengan bunga-bungaan. Rumah Bonda ku pun tak lari dari kepenuhan bunga di laman..... tenangnya bila dok kampung... sejuk je mata ni sebab melihat hijau-hijauan di sekeliling rumah... walaupun rumah tidaklah secantik mana tapi apa yang penting rumah ku syurga ku kan kan kan.... jom kita tinjau apa yang ada kat laman rumah mama ni......
awan nan indah menjadi payung laman nan seri......



Bunga kemboja merah pink

kaktus bunga

buah mata kucing walaupun kecil tapi isinya manissss.....

kaktus berduri

Orkid Hutan.... baunya harum lembut je.... bertahun-tahun mama tunggu pokok orkid ni berbunga. Bila dh berbunga tu dia..... bukan main cantik!


Pokok bunga kertas bonzai

pisang berkaki dah tinggi cecah tiang lampu jalan

Ini cumalah sebahagian pokok yang sempat di rakam..... semua pokok-pokok nie adalah kesayangan mama... katanya hatinya tenang bila melihat pokok-pokoknya menjadi...... kalau di ikutkan banyak lagi bunga mama tapi tak pelah lain kali aku snap bunga yang lain pula ye!

Wednesday, September 15, 2010

Selonoknya laye di kampung!

Selepas sebulan kita berpuasa tibalah masanya kita meraihkannya..... Seronoknya beraya kat kampung! Kemeriahannya lebih terasa bila sehari sebelum raya kita dah sibuk kat dapur masak rendang, rebus ketupat, kemas rumah, pasang langsir dll.... malam sebelum raya selepas je pengumuman, berdentam dentum bunyi mercun, riuh rendah suara bebudak main bunga api di luar rumah.... memang selonok! Tapi yang paling seronok kanak-kanak ler.... duit raya... duit raya... duit raya!! aku pun seronok gak sebab tahun ni giliran beraya di kampung aku hihihihihi....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails