klik klik ok!

Friday, October 29, 2010

Aduhhh.....

Pasai pe lah blog la ni macam bertambah bengong je! salah sape? bila bukak guna mozzila pun sama, bukak guna google pun sama, asyik-asyik erro! nak upload gambar pun susah... bila dah cantik punya new post, time preview dia jadi tunggang terbalik plak....... aku saje yang bermasalah atau orang lain pun sama gak?


Nie sekarang aku nak balas komen kat wall sendiri pun tak boleh... erro... erro.....


haiya.... ini macam wa banyak fedup lorrrrrrr......... tapi kan sebenarnya takut gak nak mongomel pasal blog ni sebabnya dah terkena... aku dok habaq pasai pa tak leh tgk blog org lain? asyik-asyik kuar warning malwere, ntah pe benda menatang pun aku tak tahulah..... last2 upenya hubby kate security laptop aku ni kuat tu yang dok kuar awal2 warning ntah pe2.... huhuhu malu beb... sebab orang tu plak gi tulis kat status wall dia then org yang balas komen pun leh tahan bisa gak... katenya lain kali laptop tu kasi cuci, kasi halau hantu dalam tu.... huhuhuhu kuang ajar kan kan kan....


Mood : errr.... malware tu pe ye? 

Kazen wa sudah pandai main blog laaa....

Sambal pecal Manisan Kabung
Tajuk dasyat tu... kalo dah nama jawe memang tak tinggal pecalnya! hihihihihi.... welcome to blog wold kazen! Selamat datang ke dunia blog, selamat bercerita, selamat meng...upload gambor, selamat mengomel dan selamat semuanya lah!


Akhirnya reko terpengaruh gak dengan blog ye...  hahahaha... besh wooooo pasni kalu rasa tak puas hati kat someone lepaskan je kat dalam blog tp jgn terang2 tulis nama org tu, nnt KANTOI lah pulok ngeeee... hasutan jahat aku ni! 


Bagusnya blog kerna.....
Blog mendamaikan mata, bila kita menatap gambar2 yang cantik dari koleksi blog rakan2...
Blog menenangkan jiwa, bila kita membaca ulasan2 dan kate2 hikmat dari rakan2 blog yang lain...
Blog melepaskan tekanan, bila kita rasa tidak puas hati tp tak boleh nak lepaskan, kita luahkan sahaja dalam blog, asalkan tidak jauh menyimpang hingga mengaibkan orang sudahlah.....
Blog menceritakan, kisah kehidupan kita dan orang lain... segalanya dikongsi bersama...


Mood : happy coz bertambah sudah bilangan ahli keluarga yang join blog hihihi harus tubuhkan family blog club... pe cer ngan blog kazen aku yg lg sorang tu ye Kisah Arik dan adik aku ain tu....

Kueh Teow goreng basah

Jom sarap kueh teow grg sunnies.... biasa kita selalu oder mee goreng basah, kali nie aku masak kueh teow goreng basah lak hihihi.....


Bahan2
500gm kueh teow 
4 ulas bwg putih ~ ketuk
1 sudu besar cili kering
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato ~ nk letak lebih pun boleh
3 sudu besar sos cili ~ nk letak lebih pun boleh
3 sudu besar kicap manis ~ nk letak lebih pun boleh
1/2 sudu besar kicap pekat
1 mangkuk air ~ nak lebihkan air pun boleh
1 ikat daun kuchai ~ racik kasar2
1 genggam taugeh ~ nak letak lebih pun boleh
garam secubit
daging ayam dan kerang~ ikut suka nak banyak mana


*Tumis bawang putih sampi kuning dan letakkan cili kering
*Bila cili kering dah pecah minyak, letakkan pula ayam dan tumis smpi aym bertukar warna putih, barulah dimasukkan kerang yg sudah direbus
*Letakkan air, kacau dan biarkan mendidih sebentar
*Letakkan pula semua bahan sos dan garam
*Bila ayam dah masak dan kuah mula nampak pekat, masukkan kueh teow dan gaul rata
*Akhir sekali masukkan daun kuchai dan taugeh... goreng sampi kueh teow tu masak tp pastikan kuah tidak jadi kering


SELAMAT MENCUBA


Mood : masak dan masak, lagi dan lagi lalalalala.............

Thursday, October 28, 2010

Pantai Remis@Selangor

Pantai Remis kat Perak laaaa.... mane ada kt selangor? mandai je.... hihihi itulah jawapan kami bila kakak angkat saya ajak pergi jalan-jalan kat pantai remis! tapi sebenarnya... jangan tak tahu kat Selangor pun ada pantai remis gak :))) kalau manusia Allah swt cipta 7 orang di dunia seakan-seakan sama dengan wajah kita, begitu juga dengan nama tempat! kebetulan sama dengan nama ditempat lain cuma porpular dan tidak sahaja.
Cahaya petang yang mendamaikan pantai di tambah pula dengan deruan angin yang kuat dan pukulan ombak yang deras memang menghayalkan dan mengasikkan mata.....
tetapi sayang pantai kat situ tak sesuai buat mandi manda sebab airnya keruh dan pasirnya berselut di tengah..... kalau setakat nak cuci mata dan tenangkan fikiran boleh la....
me n hubby
kak liza, haiza dan haikal
haikal asyik dengan layang2nya... kak liza kate kalau 3 kali datang 3 kali tu lah dok beli layang2 je...
 tinggi melangit layang2 haikal ni.... hihihi... syok main sbb angin kuat
makan... gelak...makan..borak...makan... kenyang!

Walau air pantai tak menarik tapi ramai gak orang datang bersantai. Rasanya pantai ni patut dicantikkan lagi... kalau boleh tambahkan lagi tempat duduk or pondok rehat, lepas tu kasi bersih sikit itu kawasan... banyak sampah lerrrr..... 
Puas cuci mata, kami berjalan pula ke pasar malam Tanjung Karang... besh gak pasal malam kat situ terutama pecal lontong nye.... buatan jawa mari! terasa macam kt kg sendiri je... hihihi..... rugi tak amik pic kt pasar tu :(

Mood : kalau rasa gian nak rasa angin pantai boleh la ke pantai remis ni....

Wednesday, October 27, 2010

Niat cuma nak bagi tahu je.....

Emmm.... tak paham dengan sikap manusia ni.... bila diberitahu bukannya nak berterima kasih tapi lagi dibuat status kat wall fb! pastu yang komen tu pun boleh tahan komennya... huhuhu tak paham-paham... kan ke bagus kalau rasa tak puas ditulis dalam PM (private masseg)sahaja! Maksudnya cuma antara dia dan si polan je yang tahu....


Tapi itulah sikap manusia... diberitahu salah tak diberitahu pun salah! kalau diberitahu kate kita ni memandai je... mana ada... ok je.... tapi kalau tak diberitahu tahu nnt kate kita tak perihatin pula... nnt kate si polan tu dengki ngan dia sebenarnya.... huhuhuhu macam mana tu???? yang si tukang komen plak, dah jadi macam batu api je... tak tahu hujung pangkal terus nak menyampuk je.... tak ke terpikir perasaan si polan tu? mungkin kecik hati or sedih? kan ke bagus kalau selidik dahulu sebelum ditulis kat wall? kalau nak mintak pendapat kat orang lain pun kan ke lebih baik dengan cara PM? itu lagi bagus sebab tak ada hati yang terluka... betul tak? kesian kat si polan tu..... niat nak tolong tapi di perlekehkan pula... mungkin si polan ni terlalu sensitif atau sebenarnya si dia tu memang tak ada niat nak buat si polan terkecik hati... emmm..........


Pengajarannya... lepas ni jangan memandai or baik hati sangat nak bagi tahu... so diam je lebih baik kan?


Mood : sentap sekejab!

Nasi lemak oh nasi lemak

Jom sarap pagi dengan nasi lemak sunnies.... hihihi main hantam je nasi lemak ni, janji ada rasa nasi lemak ok lah tu... Kalau takut makan nasi lemak sebab santan, dont wori.... apa kate kita tambahkan sayur kangkung selain timun supaya nasi lemak itu jadi makanan yang berkhasiat :))


Bahan Nasi
1 1/2 pot beras (guna bekas tin susu yg kecik)
250 gram santan (kat tesco ada jual mmg pekat betul santan dia)
sedikit air (untuk tanak nasi tu terlebih dahulu bg kembang)
garam secukup rasa
2 helai daun pandan
*dah basuh beras tu bersih2 letakkan sedikit air dan garam
*bila nasi dah mulai kembang letakkan pula santan (tambahkan sedikit air kalau satan tu terlalu pekat) serta daun pandan.
*Tanak sampi nasi tu masak....


Sambal ikan bilis
1 genggam ikan bilis ~ goreng dan asingkan
1 labu bawang besar ~ hiris
1 ulas bawang putih ~ hiris
3 sudu besar cili kering
air asam jawe ~ secukup rasa
garam dan pati ikan bilis ~ secukup rasa
3 sudu besar gula ~ saya guna gula organik
*tumis bawang besar dan putin hingga layu dan sedikit kekuningan
*letakkan cili kering dan tumis lagi sampi pecah minyak
*letakkan garam, pati ikn bilis dan gula, tumiskan lagi smpi sambal bertukar warna merah pekat
*letakkan pula air asam jawe, kacau sekali sekala dan pastikan api kecil, bila dah sedikit kering, akhir sekali masukkan ikan bilis. Kacau lebih kurang dan bolehlah di matikan api.


Kangkung goreng (ala... tumis sayur macam biasa je)
1 ikat kangkong
3 ulas bwg merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
5 tangkai cili padi ~ hiris
sedikit ikan bilis
garam dan pati ikan bilis ~ secukup rasa
*tumis bawang merah, putih dan ikn bilis hingga kekuningan
*letakkan garam kemudian masukkan pula kankung dan pati ikan bilis
*tumis hingga kangkung layu


Telor dadar + mayonis
2 biji telor dipukul kembang bersama dengan 1/2 sudu besar mayonis dan sedikit garam. Kemudian gorengkan dengan sedikit minyak dan api yang panas.


mood : gendang gendut tali kechapi... konyang porot eden sonang hati! ngeeee.............

Monday, October 25, 2010

Sakit gigi!

Sakit gigi datang lagi....
Semalam hari Ahad, aku, hubby n friends n anak-anaknya gie jalan-jalan cari makan kat pantai remis. Masa tu sebenarnya gigi dah mula terasa sakit. Tapi di sebabkan nak jalan punya pasal tahan jelah.... time makan memang tak ingat la... bedal sesaja! lepas tuuuuu... bila time nak tidor hah amik kau, nyut... nyuttt rasanya! Jalan-jalan di pantai remis tu nanti laaa aku upload ye :-)


Rasanya dah lama gila aku tak rasa sakit gigi, 2 tahun ada, ni bukan nak bangga tau, kalau ikutkan aku bukannya teliti sangat bab penjagaan gigi, kekadang tidor malam pun aku tak gosok gigi! cuma agaknya gigi aku ni jenis kapak dan bapak kapak dan tahan lasak tu yang jaranggggggg-jarang sakit hehehe... kali nie sakitnya tak boleh nak tahan, pipi pun rasa mcm bengkak, sakit dah sampi ke urat leher, naik pula ke kepala. Nak nganga lebar-lebar pun tak boleh huhuhu... bayangkan la ye.... sakitnya tu macam mana!


Puncanya..... 
nak story ni, sebenarnya gigi bongsu aku ni dah lama nak tumbuh. Masalahnya entah kali keberapa bongsu pun aku tak tahulah... yang pasti memang dah tak ada ruang lagi gigi ni nak keluar sebab rahang aku dah sempit gila! Tolong bayangkan, ruang dah tak ada tapi gigi ni dok tolak-tolak nak kuar gak! ketegak sungguh!!!! bila dia dok tolak2 gusi pun koyak bila gusi dah koyah hahhhhhh tang tu..... sakitnya compom dah tersebar sampi ke bahagian leher dan muka terus naik ke kening dan singgah plak kat kepala. Nyuttt..nyuttt jelah!


Nak story lagi ni... 
2 tahun lepas, sakit yang sama gak, aku jumpa doktor gigi tapi time tu sakit sebab gigi berlubang, tu pun sebab tampalan yang lama dah tertanggal sikit. Masa check, doktor ni plak dok cari pasal je ngan gigi aku, yelah dah keje dia check gigi dah tentulah cari pasal ngan gigi kan? tak kan nak cari pasal ngan mata plak! nak di jadikan cerita, time tu plak doc terjumpa kat hujunggg gusi... gigi bongsu aku nak buat rumah tangga plak... sebabnya masa tu memang dah ada tanda-tanda gigi bongsu nak tumbuh cuma tak sakit je lagi. Doc gigi kate "gigi adik ni kena cabut, sebab saya tengok dah takde ruang lagi gigi nak tumbuh" "ye ke doktor?" aku buat-buat terperanjat ni. Walhal... ala lain aku suruh lain plak dia check! Doc tu kate lagi "kalau adik tak cabut dari sekarang, nanti lagi sakit tau" "ye ke doctor?" aduhh bodoh ler doc ni. Aku tau lah, kalau dah namanya gigi bongsu nak tumbuh sah-sah sakit! takpe kita layankan lagi. "Habis macam mana ni doctor?" buat-buat tanya soalan. "Saya cadangkan...." cadangkan??? alamak nada macam serius je... "kita buat operation, belah gusi dan buang gigi tu". Hah!!!!!!! operation???? tulah tanya lagi soalan, kan doctor dah jawab. Kesengalan aku "Kalau tak operate tak boleh ke doctor?" "tak boleh... itu je caranya. Macama mana nak tak? kalau nak saya setkan tarikh?" glupppp..... terkedu sekejab. "errr... nantilah doktor saya fikirkan dulu ye" hahaha boleh aku jawab gitu?


Itu 2 tahun yang lepas.... now huhuhuhu betullah cakap doktor tu, sakit wooook... kualat aku ni! melawan lagi cakap doktor kan dah sakit hihihihi.... so macam mana ni? nak kena gie klinik gak ke? alahai... takutnya. Kalau buat dono je boleh tak ye? buat dono jelah. Tadi tak pasal-pasal hubby kena marah... hahaha tulah sapa suh cari pasal... orang sakit gigi ni umpama singa lapar tau, bila tersilap langkah memang kena ngap ler..... so now pe cer aku ni? nak pergi ke tak nak? nak ke tak nak? nak ke tak nak.... huhuhuhu.....


Mood : sakit gigi sampi rasa nak gigit orang!

Friday, October 22, 2010

Spaghetti Carbornara

Layan tekak dengan spaghetti carbonara.... masak dengan menggunakan bahan yang sedia ada didapur sahaja. Percubaan pertama yang kurang menjadi tetapi ok laaa, sekurang-kurangnya kita mencuba satu resepi baru! asyik-asyik spaghetti bolognise & goreng je! Emm.... sebenarnya yang campak-campak tu la yang sedap kan? (hihihi puji sendiri ni)


Bahan
1 cekak spaghetti ~ rebus dan ketepikan
1 gelas susu kotak / whipping cream
1 mangkuk kecil cheddar parut ~ nak letak lebih pun boleh
1 ulang bawang putih ~ cincang
1 biji bawang besar ~ cincang dadu
1/2 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar
5-6 ketul cendawan butang ~ potong sederhana nipis
2 ketul daging ayam ~ potong kecik-kecik
1 biji buah tomato ~ cincang dadu
1 sudu kecik serbuk pati ayam
sedikit serbuk oregano
garam secukup rasa
minyak zaiton untuk menumis


Cara-cara
Tumiskan bawang putih dan bawang besar separuh kekuningan
Letakkan lada hitam dan tumis hingga bawang putih dan bwg besar menjadi kekuningan
Letakkan ayam, gaul seketika.
Letakkan cendawan dan masakkan hingga cendawan bertukar warna keperangan
Letakkan serbuk oregano, garam dan serbuk pati ayam
Bila semua bahan dah sebati dan ayam betul-betul masak, masukkan pula buah tamato. Tumis hingga buah tomato lembik dan cair
Barulah dimasukkan spaghetti, gaulkan rata-rata.
Akhir sekali masukkan susu/whipping bersama dengan cheddar. Gaul cepat2 supaya cheddar tidak berketul!
Bolelah dimatikan api dan sedap dimakan ketika masih panas!

Nasi Goreng Ikan Bilis Berlado

Pagi nie terasa nak makan nasi goreng. Dalam peti ais sayur ada, telor ada... ok la tu, tapi..... malasnya nak menumbuk lesung pepagi ni huhuhu..... 
Ahah! teringat dalam tudung saji ada ikan bilis goreng berlado (memang sentiasa ada sebab sambal ni boleh tahan lama) so......... dapat dah 1 idea jeng jeng jeng....... (Ikan bilis goreng berlado ni saya dah tunjukkan resepi nya sebelum ni)


Bahan untuk nasi goreng ikan bilis berlado
1 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ ketuk
1 biji telor ~ goreng hancur dan asingkan
4-5 tangkai sawi 
garam secukup rasa


*gorengkan bawang putih hingga kekuningan dan letakkan garam
*letakkan nasi dan telor yg dah digoreng hancur. Gaul rata.
*letakkan pula sawi
*bila sawi dah hampir layu, akhir sekali masukkan ikn bilis goreng berlada tu. Goreng sampi semuanya sebati!


Ok la saya sertakan sekali resepi ikan bilis grg berlado


Bahan
1 genggam ikan bilis ~ goreng dan asingkan
10-15 tangkai cili api ~ tumbuk lumat bersama dengan 1 sudu kecik pati ikan bilis
*dengan sedikit minyak goreng cili api hingga sedikit garing (dengan api yg kecil) 
*letakkan ikan bilis dan goreng rata hingga cili api garing


Mood : Lalalalala..... kenyang perut senang hati!

Wednesday, October 20, 2010

Pe kes blog ni?

Sebenarnya banyak benda yang aku nak tulis kt n3 ni..... aku nak cite pasal kulit muka aku ni makin hari makin elok je jerawat wat setinggan kat pipi aku ni hah! salah produk muka ke atau salah aku yang tak berapa jaga muka letly ni? pastu aku nak cite pasal bengang aku terhadap mereka yang begelar anak manja! rimas!!!! aku nak gak cite pasal bussines mak tiri aku  ni hah... macam-macam lagi la aku nak cite!!!


Tapi........... tekanan semakin melanda bila..........
Geramnya laaaaa dari semalam nak upload gambar tak boleh! pagi ni pula bila buat new post dah ada pemberitahuan pasal 'image uploads will be disabled for two hours due to MAINTENANCE at 5:00PM PDT WEDNESDAY"......... 


Argkkkkkkk! pe kes blog ni? asyik maintenance jeeee.... rasanya dah dekat 1 minggu blog problem! bukan setakat blog, FB pun sama! mozzila go to GOZILLA lagi bagus!


Tekanan tekanannnnnn.........................


Mood : geram acik!!!!

Monday, October 18, 2010

Letih@berbaloi

Semalam 1 hari aku tak lekat kat umah. Keluar rumah seawal jam 8.00 pagi, 9.00 malam baru balik (lewat sebab pergi makan dengan hubby dulu). Bukan sebab pergi berjalan tapi pergi menuntut ilmu :) 

1 hari berada di Shah Alam kat rumah Sheik Azmi@sifu yang mengajar kami tentang crumble memang menyeronokkan dan memuaskan. Walaupun semalam aku rasa badan letih semacam dan mata mengantuk sangat, tapi penat ku berbaloi. Bagi penjahit manik seperti aku belajar sesuatu pekara yang baru adalah wajib. Tujuannya adalah untuk kepuasan diri dan pelangan. Supaya bakat yang ada akan bertambah kreatif dan pelangan pun puas hati. 

Bakat yang ada harus lebih dikembangkan. Bukan mudah nak mencipta sesuatu design yang menarik lagi membuat mata tertarik. Selalunya orang akan tanya, kenapa upah jahit manik ni mahal? patten macam ni pun hagenya rm****??? mahalnya! Sebenarnya bukan mudah nak menjahit manik. Mula-mula kena fikirkan apa yang cantik dan sesuai untuk baju tersebut. Dah fikir lakar pulak atas kertas pastu ke baju. Lepas tu kena pilih manik, labuci or pearls. Kemudian jahit pula, bila dah jahit mata dah seharusnya tajam, tangan semestinya kena teliti. Satu design kekadang memakan masa selama 1 minggu untuk siapkan. Kalau yang mudah dan simple 2 -3 hari pun boleh siap. Semuanya bergantung kepada keprofesional si tukang jahit manik tersebut. Yang pasti hasilnya memang memuaskan :)

Berbalik kepada tadi, pelajaran semalam memberi saya semangat untuk lebih kreatif dalam menghasilkan karya. Rupanya masih banyak ilmu yang perlu saya tuntut. Tak salah melabur sedikit wang asalkan ilmu yang kita dapat boleh dipakai seumur hidup. Ada rezeki nak pergi menuntut dengan ROSITA JAAFAR pula la.......


Mood : membebel sekejab :)

Friday, October 15, 2010

Senggugut!

Selepas PMS, datangnya haid bersama dengan SENGGUGUT. Sakitnya buat kita rasa tidak selesa, kenanya tidak kira masa dan tempat.
Jom kita tengok kenapa dan apa puncanya.....


Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit. 

Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. 

Bolehkah dismenorea dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Kamu boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan kamu:
  • Perbaiki diet kamu: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman kamu: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
Untuk maklumat lanjut sila layari 
//www.kotex.com.my/body-and-you-kesihatan/period/perihal-senggugut.aspx

Mood : baring sambil melayan perut yang tak besh :(

Thursday, October 14, 2010

PMS!

Setiap bulan 7 hari sebelum period aku mesti jadi macam ni.... Pertama: aku suka marah, cepat sangat nak hangin dan moddy tak tentu pasal! Kedua: duduk tak kena, tidur tak lena, nak baring pun tak selesa sebabnya sakit pinggang, perut kembung, sengal badan, pendek kate semuanya serba tak kena. Ketiga: aku akan sakit kepala dan berat tengkuk. Badan rasa macam nak demam, selera makan tak ada, aktiviti yang aku suka pun jadi tak suka, kekadang aku rasa macam mengantuk je pastu mengidam macam orang mengandung!

Kalau orang yang tak pernah alaminya mesti dia akan kate aku mengada-ngada tapi hakikatnya itu laaaa yang terjadi setiap bulan! TETAPI sebenarnya lain wanita lain tandanya.

SEDIKIT INFO
PMS ialah singkatan kepada Pre-menstrual-syndrom atau dalam bahasa melayunya Sindrom pra-haid. Kebanyakkan wanita akan mengalami sintom akibat ganguan perubahan horman dalam badan bermula 7 hingga 10 hari sebelum datangnya haid.

Kajian mendapati golongan wanita berumur 25-30 tahun lebih banyak alami PMS. Antara tanda-tanda PMS ialah payudara bengkak atau sensitif, letih, lesu,ngantuk,kembung perut,sakit kepala dan adakalanya rasa mual. Dari segi emosi pula kita akan rasa cepat marah, tertekan dan murung.

Rawatan
1)Tambahkan kalsium, pengambilan kalsium yang tinggi pada setiap hari selama sebulan dapat mengurangi gejala PMS.
2) Hindari kafein
3) Minum air yang banyak
4) Makan makanan yang mengandungi karbohidrat
5) Mandi air suam
6) Rehat secukupnya

Di harap dengan maklumat ini dapat membantu anda mengatasi masalah PMS. Cara yang terbaik adalah berjumpa dengan pakar.

Mood : tengah sakit2 badan. Silap sentuh mahu angin satu badan! so... jangan dekat ok! Informasi dah ada. Mampukah aku mengubah diri ku? huhuhu..... tunggu dan lihat!




Tips suami isteri

3 kejutan hadiah mantapkan kasih sayang
Semakin lama usia perkahwinan semakin erat kasih sayang tapi bagaimana? bukan ke semakin lama perkahwinan semakin banyak kesalahan pasangan yang kita nampak? Manisnya dah kurang, yang ada hambar dan tawar! betul tak??? 


Siapa kate tak boleh eratkan hubungan? boleh.... nah ini caranya... 


Setiap tahun usia perkahwinan adalah istimewa, kate orang lagi lama usia perkahwinan lebih istimewa sambutannya. Sambutlah dengan cara yang berbeza. Beberapa idea yang disediakan ini mungkin boleh membantu anda menangani masalah tersebut ;-)


10 Tahun- Ulang tahun perkahwinan
usia 10 tahun perkahwinan boleh diraihkan dalam banyak cara termasuk 'bersanding' semula ataupun bulan madu kali ke 2. Sebenarnya pemberian hadiah sewaktu meraih ulang tahun perkahwinan bukanlah pekara wajib tetapi lebih kepada penghargaan. Apa kata anda menghadiahkan pasangan dengan hadiah hasil dari kreativiti tangan sendiri!


Hadiah Kotak TIN- pemberian tin sebagai hadiah ulang tahun ke 10 dikatakan sebagai tradisi. Tin yang tahan karat merupakan simbolik kepada kekebalan suami isteri mengharungi kehidupan bersama. Tin boleh didapati dengan pelbagai bentuk seperti bulat, petak, berbentuk hati, segitiga dan sebagainya. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai saiz dan boleh digunakan mengikut keperluan masing-masing seperti di dapur, pejabat,bilik tidur, stor dan sebagainya.


Berlian- berlian sering dilabelkan 'sahabat baik wanita' tetapi sebenarnya tidak salah memberi suami sebentuk berlian. Kualiti berlian dilihat melalui 4 kategori iaitu potongan, warna, kejelasan dan karat. Cincin yang 3 batu mewakili masa lalu, kini dan akan datang. Berlian dikatan mempunyai ciri-ciri 3 batu serangkai ini.


10 Hadiah- mewakili 10 tahun hidup bersama dengan memberi 10 jenis biskut yang di dekorasi dengan cantik dibalut indah pembalut daripada aluminum serta bakul yang mampu menarik perhatian. Aluminium merupakan lambang 10 tahun perkahwinan. Jangan lupa selitkan mini album yang mengandungi gambar memori anda berdua yang tidak dapat dilupakan sepanjang 10 tahun ini serta sebab mengapa anda perlu menyintai satu sama lain.


30 Tahun- Ulang tahun perkahwinan
30 tahun hidup bersama? tentu banyak pekara suka dan duka yang dilalui tetapi masih ramai pasangan yang boleh meraihkan ulang tahun perkahwinan yang ke 30 ini. Tahun ke 30 dianggap sebagai tahun mutiara. Oleh itu mutiara mungkin boleh menjadi salah satu hadiah yang diberi nanti. Tetapi ini hanya saranan semata-mata, anda masih boleh memikirkan hadiah selain daripada perhiasan yang hidup di dalam tiram ini.


Barang Kemas- Hadiah yang sering diberi oleh suami kepada seorang isteri. tetapi untuk tahun ke 30 ini, apakata anda tambahkan elemen mutiara di dalamnya. Mungkin anda boleh memberi isteri rantai mutiara, anting-anting mutiara,cincin mutiara,keronsang ataupun loket. Untuk suami pula mungkin anda boleh membeli jam yang bertahtakan mutiara ataupun cuff links daripada mutiara.


Perkakas Rumah- ini juga merupakan hadiah dalam senarai paling popular. Carikan hadiah seperti gelas yang dihiasi dengan mutiara atau pinggan yang dihiasi dengan mutiara.


Melancong- Sekali lagi melancong tesenarai dalam pemberian ulang tahun perkahwinan. Ulang tahun kali ini cuba serapkan nilai mutiara dengan melawat tempat-tempat pertenakan mutiara yang terbesar seperti Tahiti, Bora-bora,Fiji dan Australia yang terkenal kerana penghasilan mutiara berkualiti tinggi. Cuba beli mutiara semasa percutian anda itu nanti ataupun dapatkan dari kedai hadiah berdekatan.


50 Tahun- Ulang tahun perkahwinan
50 tahun usia perkahwinan sering digelar jubli emas. Bahagianya pasangan suami isteri apabila berjaya menjangkau usia perkahwinan sebigini. Apabila emas menjadi tema maka seharusnya emas manjadi antara hadiah yang perlu difikirkan. 


Hadiah Untuk Isteri- apabila emas menjadi percaturan maka senanglah tugas suami kerana pilihan emas sangat pelbagai. Anda boleh memberi isteri tercinta rantai,gelang,anting-anting,cincin,keronsang dan juga loket. Diserikan dengan betuk peermata mungkin boleh ataupun tidak tetapi apa yang pasti jika da masa senggang cuba 'check' kotak barangan kemas isteri untuk mengetahui saiz dan cita rasanya.


Hadiah Untuk Suami- mudah juga mencari hadiah untuk suami kali ini kerana mempunyai pilihan daripada jam tangan,cuff links,klip tali leher dan sebagainya. 


Petikan dari SDK (seri dewi & keluarga)
Kelolaan : Siti Zurina Mat Saman

Wednesday, October 13, 2010

Bukit Melawati@Kuala Selangor


Perjalan dari Damansara ke Kuala Selangor memakan masa selama 1 jam. Satu perjalan yang agak leka sebab kita lalu kawasan kampung tapi laluan penuh dengan kenderaan dan renovation jalan raya. 

Pertama kali menjejakkan kaki ke situ adalah suatu pengalaman yang menarik bagi mereka yang gemar menikmati keindahan alam semulajadi. Cantik memang cantik tapi sayang aku kureng suka pulak ke situ... bukan sebab tak indah bukan sebab tak nyaman tapi sebab terlalu banyak lotong! huhuhu.... seram wey.... memanglah lotong tu jinak tapi huuuhai.... banyak gila! Pengunjung boleh pegang lotong tanpa rasa takut dan boleh beri mereka makanan cuma bau di kawasan itu kurang menyenangkan sikit ler... :(


tengok tu sekumpulan lotong bukan main jinak ngan om puteh tu.....
hubby amik gambar dari jauh je sbb aku tak bagi dekat


aku amik gambar dalam terpaksa hihihihi......

Lepas ke Bukit Malawati kami pusing-pusing 1 pekan kekononnya nak cari pantai tapi emmm... hampeh tak jumpa pun :( nak pergi Taman Alam dah tutup pulok! Sudahnya kami nampak Pasar Pasir Penambang singgah la beli ikan.... not bad! macam-macam ikan ada fresh pulak tu! hihihihi... ok la tu berbaloi gak perjalan kami ni......

Motif : hubby nak ajak tengok matahari terbenam ler kononnya tapi dia tak bagi tahu pun kawasan tu banyak lotong! so... tengok dari dalam keta je la sudahnya hihihi.....

Mood : sentap sebab takutttt

Sunday, October 10, 2010

Tiramisu

Siapa yang tidak suka kan kek tiramisu? semua orang suka! tapi tak semua orang tahu membuatnya kan? tahu kah anda di kedai kek, sebijik kek tiramisu boleh mencecah rm45 - 60++? mahal kan! apa tah lagi bahan-bahan yang di gunakan juga agak mahal terutama cheese cream!
Walau mahal tapi bila dah suka layan kan saje harganya hihihihi.... cuma selalunya kek tiramisu ni cepat sangat habis! di sebabkan geram dah 2,3 kali pergi asyik habis je, aku nekad nak buat sendiri! huhuhu... bila tengok bahan2 dia 2,3 kali juga le pk :) akhirnya entah macam mana aku buka blog cik ma terjumpa plak salah satu blog list facts of life ada resepi kek tiramisu yang mudah! 
Bahan untuk 1 biji kek
~ 1 biji kek sponge atau apa2 saje jenis kek
~ 200 ml whaiping cream
~ 250 gm cheese cream
~ 1/2 cawan gula halus
~ 1 cawan air panas (untuk bancuh nescafe)
~ 1 sudu makan nescafe

*bancuh 1 sudu makan nescafe dengan 1 cawan air panas (ketepikan)
*putar gula, whaiping cream n cheese cream hingga kembang
*potong kek kepada 2 bahagian (nak 3 bahagian pun boleh)
*tuang 1/3 air nescafe atas kek
*tuang 1/3 cream cheese di atas kek tadi 
*susun sebahagian kek lagi, dan ulangkan langkah yang sama sehingga habis. 
*masukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 2 jam atau semalaman
*taburkan serbuk koko apabila hendak menghindang

mood : pasni tak payah beli buat je sendiri :) nak cuba kurangkan nescafe dari 1 sudu makan ke 1/2 sudu makan (pahit plak rasanya buh 1 sudu makan)

Saturday, October 9, 2010

Award dari Cik Ma!


Wahhhhh..... I dapat award u all's!! 
Macih la bebanyak kepada cik ma yang baik hati bagi award kat akak ni hah..... tenkiu dear! Tapi kan yang tak berapo beshnya..... Hai... akak tau ler awak tu cikgu, tak kan bagi award pun kena ada soalan cepu perak gak? Akak ni bab jawab soklan memang maleh tu sebab peksa feal hahahaha.... Tapi tak pe demi cik ma tersayang akan ku jawab juga dengan jayanya! chaiyok... chaiyok! (orang dah bagi award banyak pula peal aku ye!)

1) Write 5 interesting facts about the person who gave u this award....
~ Suka masak!
~ Suka berkarya dalam blog 
~ Seorang guru! (bole ke ni hahahaha)
~ Masih berangan nak kuruskan badan (hahaha akak ciplak dari n3 cikma ni)
~ Tak berapa suka mekup! (hehehehe ciplak lagi!)

huhuhuhu.... betul ke jawapan akak ni cikma?

2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby...
~ Nama sebenar - MASLIYANA BINTI MISNAN@SUNNIES MAS
~ Kerja - PENJAHIT MANIK YANG BELUM BERJAYA lagi......
~ Suka makan, tidur, masak, jalan, membebel, berangan, update blog sendiri
~ Pantang nampak benda bling bling
~ Baran.... degil....cembeng.....sensitif....moody
~Teringin nak pergi LONDON (boleh main salji)
~ Teringin nak pergi KOREA (boleh tengok bunga sakura)
~ Teringin nak ada anak tapi sampai sekarang tak ada rezeki lagi
~ Teringin nak naik kapal terbang (tapi gayat cmne tu?)
~ Teringin nak ada rumah sendiri (bila la tu ye?)

ala... nape cikma suh list 10 je! lebih tak boleh ke???? 

3) Pick your most 10 deserving recipients and describe them...
1) Kisah arik - kazen yg lama gile tak update blog!
2) Ecah - punca aku terjebak dengan dunia blog!
3) cikma - paling rajin bagi komen
4) kak izan - blog nya terbaikkkk wok!
5) Sani - suami yang sentiasa menjadi tulang belakang ku

Mood : happy... happy.... soklan dah habis!!! thanks again cikma bagi akak award... luv u lah :))




Wednesday, October 6, 2010

Pagi yang tak bermaya

Masih lagi di alam selsema dan batuk uhuk uhukkk!! sobb sebbbb!!!!
Buger telor made by En. Sani.... Thanks bang... kiss kiss hug hug! :)


Mood : Penat dah telan ubat tapi macam tak de kurang je.... En hubby pun dah tegur bila la nak baik demam ni.... huhuhuhu nak wek camno. Tapi kan sebenarnya besh tau demam ni ngeeee.... time ni laa kita boleh tengok suami rajin ke dapur! Masih lagi dalam keadaan tintong dek penangan ubat selsema dan ubat batuk. Lesu raso eh............

Tuesday, October 5, 2010

Spaghetti Bolognese Sardin

Menjamu selera dimalam hari dengan...........
Cepat, ringkas dan mudah disediakan.... nyum..nyummmm

Bahan A
1 biji bawang besar - cincang dadu
1 ulas bawang putih - cincang dadu
1 sudu besar cili kering
5-6 tangkai daun sup - racik halus
6 ketul cendawan butang - potong sederhana nipis
1 biji buah cili benggala merah - potong ikut suka
1 biji buah tomato - cincang dadu
2 sudu besar sos spaghetti (saya guna jenama kimball)
sedikit serbuk oregano
sedikit air 


*1 cekak spaghetti - rebus dengan sidikit garam dan minyak*

Bahan B
1 tin sardin (saiz kecil)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
sedikit garam
sedikit lada hitam

* dalam bekas lain hancurkan sardin dan satukan semua bahan B hingga sebati*

Cara penyediaan :-
Tumiskan bahan A, mulakan dengan bawang merah dan putih. 
Bila dah kekuningan masukkan sedikit daun sup. Tumiskan lagi hingga daun sup layu. 
Letakkan pula cili kering dan tumis sampai cili kering masak (pecah minyak)
Masukkan pula bahan B tumiskan seketika, letakkan pula buah tomato.
Lepas tu letakkan air, daun sup dan cendawan. Biarkan mendidih hingga buah tomato jadi lembik dan cair (seeloknya tutupkan periuk) masak dengan api yang kecil.
Bila kuah dah masak dan pekat mengikut selera anda, akhir sekali masukkan cili benggala. (saya lebih suka cili benggala tu separuh masak sbb bila makan terasa rangupnya) dan bolehlah dimatikan api.



SELAMAT MENCUBA!


Monday, October 4, 2010

Surrender!!!

Akhirnya aku surrender juga! klinik ohhh klinik = makan ubat! padan muka! degil lagi........ :((

Kekononnya dah cukup kuatlah antibody tu sampi tak nak gie klinik.....
Hah amik kau.... tak leh tahan lor ayik uhukkk uhukkk! sobbb sebbbb sob seb!!!! nak makan pun susah hingus dok meleleh je... tekak dok gatal je... 
Aku dah bertahan selama 3 hari untuk tidak pergi ke klinik. Sanggup tahan terlinga dari mendengar bebelan suami dan mama semata-mata tak nak pergi ke klinik! memang ketegak tahap KEPALA BATU aku ni!

Surrender!!!!
Itu pun aku surrender sebab jam 7.45 pagi tadi mama dah kol n guna kuasa vito tahap 3!
nasib sikit je ubatnya :)
yang wane pink tu ubat selsema~ ngantuk punya! yang macam gula-gula tu ubat hisap tuk tekak gatal dan bengkak. Mula-mula hisap tu manislah tapi lepas tu.... wekk tak sedap! yang dalam botol tu ubat batuk.... besh wooo makan 2 sudu kecik je tapi..... huhuhu boleh tahan gak rasanya~ ngantuk gila tahap gaban ni!










Now en hubby dok tersenyum je.... sukalah tu! menanglah tu! yelah..... bini ekau tu memang dogil tahap dewa punya hihihihihi.........
huhai....... tak suka tak suka! sabar jelah......... kepada aku selamat menelan ubat ye!

Saturday, October 2, 2010

Lempeng Tepung

Selalunya, kalau nak sarapan pagi je, kita dok layan nasi lemak, roti canai, behun goreng, mee gerong dan sebagainya... 
Apa kate sesekali kita ubah selera dengan sarap lempeng tepung! bukan saje mudah tapi berkhasiat! makan plak dengan sambal ikan bilis... pehhh besh wooo.... 


Bahan-bahan untuk 2 org makan
9 senduk kecil tepung gandum 
1 biji telor
1 - 1/2 gelas susu kotak (apa2 brand pun boleh)
sedikit garam
air secukupnya (anggaran dlm 2 gelas)
minyak sayuran/zaiton

Cara-cara penyediaan
Didalam 1 bekas, satukan tepung gadum, garam, air dan susu segar.
Kacau sebati hingga tepung tidak bergentel (ye ke gentel? huhuhu kacau sampi tepung tak berketul-ketul).
Pastikan adunan tidak tertalu cair.
Masukkan pula telor dan kacau lagi.
Di atas kuali leper, sapukan sedikit minyak.
Masukkan 1 senduk adunan dan ratakan nipis mengikut saiz kesukaan anda.
Masakkan hingga ke dua belah lempeng kekuningan (macam dalam gambar tu..)

Selamat Mencuba! 




p/s : sambal ikan bilis tu di kemudian hari laaa share resepi ye....
mood : masih lagi demam... n3 ni dh 3 hari berlaku hihihihi......

Friday, October 1, 2010

Batuk + Selsema = DEMAM

Uhuk..uhukkkk.... Sob..sobbb...... aduhai demam lah pulok!
Sakit tandanya Allah swt sayang pada hambanya kan? jadi bila datangnya sakit jangan sesekali kita merungut atau mengeluh atau merengek! Allah swt nak menguji sejauh mana kesabaran kita untuk menghadapi ujiannya.... semoga aku diberi kekuaatan dan kesabaran yang tinggi.......

Dah 2 hari aku demam batuk dan selsema. Lepas makan panadol rasanya demam dah kebah cuma batuk ngan selsema je tak ok lg. Biasalah tu kalau dah namanya batuk dan selsema memang makan masa nak pulih. Orang kate sakit datang macam ribut pergi macam siput huhuhuhu....

Teringat masa zaman kanak-kanak dulu..... kalau demam je mula laa mengada-ngada nak makan tu nak makan ni! selera makan bukan main besar tapi bila time makan bukan main kecik tekak nak telan! Semuanya rasa tak sedap! tekak pahit lah... perit la... tapi satu je yang aku boleh telan...

MAGGI KARI!!!
Kalau dulu masa kecik-kecik Maggi adalah makanan yang paling syokkk... besh... sedapppp sangat masa demam. Beshnya maggi kari! syok gila.... segar je bila makan. Mama kate, 'mas tu kalau dah dapat maggi kejab lagi demam ok la tu....' hihihi iye memang betul kalau demam bagi je makan maggi compom ok!

Dulu-dulu masa aku kecik mama cukup tegas bab makanan segera jadi memang payah lah nak makan. So bila demam, mengada-ngada pun datang ler... mama memang tak boleh nak kate apa ler hihihi.... tu yang baik demam! Jadi asal aku demam je mesti mama kate dah makan maggi kari belum?
hahahahaha.... dah besar ni rasanya tak jalan makan maggi kari kot....
Lepas makan maggi layan plak buah plum.... besh woooo....... sejuk je rasanya hihihi.... memanglah sejuk sebab buah tu kena simpan dalam frez.
Ayah dengan mama memang dah tahu sangat dengan peal anak daranya kalau demam je tak payah susah-susah nak bawak gie klinik. Bagi je makan maggi ngan buah plum sok pagi compom elok! hihihi... bawak gie klinik pun tak guna bukannya aku makan ubat pun. Kalau suruh makan ubat compom aku buang kat tong sampah, belakang tingkap, selit kat dinding atau sumbat kat tuttttt anak patung beruang huhuhuhu..... pening lah mama ngan ayah nak layan kerenah aku. Depan ayah aku berani la telan tapi dekat belakang hai2 bye2 ler......
percaya atau tidak umur aku 15 tahun pun aku masih mintak ubat air gara-gara takut nak telan pil!

Itu semua kenangan masa dolu-dolu... now bila dah bersuami peal tu dah jadi lain sikit... ehekehek.... mengada-ngada tu lagi lebey ler... bukan lagi makan maggi dan buah plum tapi layan cake plak huhuhu....... cuma satu je yang tak pernah berubah bab gie klinik sampai sekarang liat dan makin liat! sabor jelah!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails