klik klik ok!

Monday, November 29, 2010

Home sweet home

Alhamdulillah selesai sudah semua urusan di kg mentua... horeyyy now i so happy lor.... boleh berblog kembali!!!! Miss u all so much! thanx pada semua yang follow... welcome to my home! Insya Allah jika ada kelapangan akan aku jejak korang semua... tenkiu juga pada yang tinggalkan pesanan, banyak betulll hehehe.... tenkiu so much pada teman yang sudi beri aku award lagi... nanti aku datang amik award tu ye... sonok wei bukak je blog ada 2 award yang aku dapat Alhamdulillah...

Sekali lagi... i rely2 miss u all so much! miss my blog! now badan ada rasa sedikit lemah dan tak berapa sihat... agaknya sebab penat kot... al maklum ler baru je selesai menguruskan majlis perkahwinan adik ipar... lagi pun letly ni mood aku pun tak berapa ok... makan pun tak berapa selera nah.. tapi dont wori Doc kate semuanya ok... 

Mood : nak tidor puas2 :)))

Saturday, November 20, 2010

Cuti Blogging

Now aku sedang bercuti tapi bukanlah cuti jejalan cuma balik kg mentua sat...See U soon!

Friday, November 19, 2010

Buzy Day!

Maafkan aku... hari nie aku terlalu sibuk sampi tak berkesempatan nak jenguk blog! now aku sempat jeling sekejab n terkujaz... coz kat chat box n post komen penuh dengan msg... Tenkiu2 sooo much pada yg wish dan untuk kenalan baru welcome to my home n salam perkenalan ye...
Tik tok tik tok... masa berlalu.. aku sekarang nie tengah main masak2 hehehe... malam ni ada tetamu nak datang... so... aku teramatlah sibuk skrg! huhuhu... aku tak sempat nak berkempen :(
Ok... aku tak ada masa ni... KEPADA yang suka dengan n3 CERITA KREATIF BLOGGER KERING IDEA  yang aku creat... PLEASEEEE vote me okey.... Caranya pergi ke blog Ben then pilih saya suka entri 36. Tarik tutup 9 malam esok! thanx semua :)))

Mood : aku hargai korang yang menyokong... Trimas!

Thursday, November 18, 2010

Aku dapat award!


Yeah... time kasih laaa bebanyak kepada ManjaIxora kerna anugerahkan aku award. Ini adalah award untuk ke 2 kalinya walau sebenarnya rumah aku masih tidak layak menerimanya... masih baby lagi hehehe... tapi award yang diberi adalah sungguh bermakna buat aku dari sahabat yang hanya kenal di alam maya :))) yang pasti soklan jgn lupa jawab ye Mrs Sunnies.....

Nickname untuk tuan empunya blog
Mrs Sunnies@mas

Ucapan utk yg memberi award
Terima kasih, 10Q, trimas, toche.... ManjaIxora! kalau ada lagi bglah lagi ye hihihii....

6 fav artist / singer / group
Maher Zain
Faizal Tahir
Black
Ogy Ahmad Daud
Sheila Rusli
Jhonny Deep

Tag award pada 10 rakan blogger (ramainyaaaaa)
Akma
Angah
KasihRedha
Jijah ohh Jijah
Ecah

lagi 5 nak bagi kat sape ek? sesapa nak amiklah... boleh tak wat gitu? hehehe...

Mood : tetiba perut rasa lapaq lak huhuhu....

Cerita kreatif : Blogger Kering Idea?

Satu lagi idea bernas Ben untuk membuat para blogger menjadi kreatif dan lebihhhhh rajinnnnn perah otak! sesuaiiii sangat untuk aku hehehe...  
Cerita kreatif : Blogger Kering Idea?
 Seriusssss..... aku skrg ini memang tengah kering idea! kering idea sampai aku tak tahu nak buat apa? kering sampi..... apa ye? korang tengok muka aku ni... korang bayangkan lah....
bila otak aku dah bengap maka aku jadi malas!.... bila aku dah malassss maka aku ngantuk! bila aku dah mengantok maka tidor adalah jalan yang paling bernas! hehehehe... nak tido satlah ZzzzzzzzZzzz.... tidor sampi mimpi makan buger (serius mcm merepek je cerita aku ni?)
 nampak tak riak muka aku tu? muka berlagak kan? ngeee.... aku puas wey.... senyum! puas mata aku! nyeyak banget... memang kenyang tidor aku ni! tu yang mata pipi bulat je kekekeke...
 macam mana ni? tidor dah, tapi idea tetap gak kering? nak kate tak cukup tenaga tipulah... tido sampi tak hingat dunia tu pe kes? nak kate tak cukup makan.... ahah... makan? ummm... lepas makan baru datangnya idea kot... compom! acik makan duluuuuuuu........
 kan aku dah kate.... aku skrg ni memang tahap kering idea gila2 smpi tak tahu nak tulis apa? memang merepek tahap gaban dah aku ni... tolonggggg nak buat macam mana ni? bosan!!!! kita layan muzik dulu laaaa..... layan sampai otak gegar! Jom kasi GEGARRRR.....
 huh.... semua cara aku dah buat tapi sama gak... tak kan nak biar kering je? nnt lama2 blogger2 dah tak amik kisah lagi. Kau cara kau... aku cara aku, tak nakkkk macam tu... aku nak semuanya mesra rapat antara satu sama lain. Alahai... pelah nak jadi dengan aku ni... huhuhu... tapi sekali sekala kering idea apa salahnya kan? kalau hari2 update n3 tapi merapu merapan tak bagus gak kan? nanti org yang dtg rumah aku, igt aku 3 suku lak! choiii jauhkanlah.... ummm...
Hahahaha.... gila ke apa tetiba gelak?? aku gelak sebab itulah cerita kreatif aku! kreatif ke??? ok... now aku dah story dari awal sampai akhir pasai pe aku kering idea? puas hati korang? hehehe....

Mood aku skrg ni : selesai dah satu cite :))

Wednesday, November 17, 2010

Nasi himpit Kuah kacang

Tak sah kan kalau Hari Raya tak ada nasi himpit dan kuah kacang? Tak ada rendang tak apa... tapi nasi himpit dan kuah kacang wajib ada... itu bagi aku laaa... kalau orang lain aku tak pasti pulak hehe... korang sama macam aku gak ke?
tak susah rupanya nak buat kuah kacang kan? huhuhu.... memandangkan Raya Haji kali ini kami tidak pulang ke kampung maka.... aku kenalah masak sendiri... alahai... tak senang mama nak masak gara-gara aku kejab2 kol dia nak tanya macam mana nak buat tu? bila nak kena masukkan ni? itu ini itu ini laaaa... pada hal aku dah selalu tgk mama masak tp bila kena buat sendiri tu...... paham2 jelah ye :)

Bahan untuk 2 org makan
1 mangkuk kcg tanah
4 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
sedikit ikan bilis ~ untuk gantikan udang kering
1 biji buah keras ~ grg tanpa minyak kemudia tumbuk lumat
1/2 inci halia ~ racik halus
1/2 inci lengkuas ~ racik halus
2 sudu besar cili kering
3 batang serai ~ ketuk
garam
3 sudu besar gula pasir
sedkit gula melaka
pati ikan bilis
*Kisar kacang bersama air dan ketepikan
*Kisarkan bwg putih,bwg merah,bwg besar,lengkuas dan ikan bilis
*Tumiskan bahan kisar dan halia hingga naik bau, masukkan cili kering dan tumiskan lagi.
*Bila cili kering hampir masak letakkan serai dan buah keras. Tumis hingga cili kering pecah   minyak
*Letakkan pula kacang, garam, gula pasir, gula merah dan pati ikan bilis
*Masak sampi kuah kacang jadi sedikit pekat dan bertukar warna kemerah-merahan

Mood : Selamat Hari Raya!

Tuesday, November 16, 2010

Dah masak ke?

Kepada semua rakan blogger dah masak rendang ke belum? hehehe... sibuk je tanya orang... aku? ngeeee... baru balik dari pasaraya mencari bahan nak di masak malam ni... huhuhu orang lain pergi pasor pagi2... aku? dah petang baru nak carik! kalau dah petang macam ni apa je yang tinggal... bayangkan aku rasa dah jadi macam pak pandir pun ye! dari tesco bawak ke jusco, lepas jusco pergi lak mini pasaraya lepas tu singgah lak ke kedai runcit, lepas 3 kedai runcit.... last2....... kedai dekat2 rumah aku gak yang ado! huhuhu... cuma nak cari tempeh, cili besar merah dan santan! so apa yang tinggal aku rembat je! nampak gayanya masak jelah apa2 janji adooooo hehehe....
Ayohhhh rakan2 blogger ku... jom kita ke dapur! masak lah kito sejayonyo.....selamat hari dapur sedunia!

Mood: mintak nyawa... mintak nyawaaaaa

Salam Aidil Adha.....

 ehsan dari pak google
Esok hari Rabu 17hb11@10zulhijah.... seluruh umat islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Haji. Kepada semua umat Islam, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.... semoga hari raya korban kali ini penuh dengan keberkhatan dan mendapat keredhaan dari Allah swt. Mari kita berdoa semoga para jemaah Haji dapat menunaikan ibadah dengan sempurna, menyucikan hati dan mendapat haji mabrur menjadi ke arah yang lebih baik dan lebih terpuji. Pastinya kedatangan bulan Zulhijah ini ada keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Bukan sahaja menunaikan ibadah korban tetapi memupuk semangat sanggup berkorban apa sahaja.
“Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (terhadap musuh), kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan (hasil tanaman), sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. “Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan mendapat selawat (keampunan) daripada tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang yang mendapat hidayahNya.” 
(Al-Baqarah:155-157)
Sebut pasal korban... sudah pastinya akan ada ujian dan cabaran yang menimpa seseorang. Setiap musibah yang Allah swt turunkan adalah ujian untuk menguji iman dan tahap kesabaran hambanya. Melihat sama ada hambanya redha atau pun tidak. Ujian yang menimpa sebenarnya hanyalah peringatan kepada kita supaya kembali beriman dan seterusnya bertaubat. Sabar dan redha adalah pengorbanan yang besar sebenarnya... percayalah pasti akan ada hikmahnya suatu hari nanti.... ~AMIN~

Mood : Ya Allah, aku bermohon kepada MU... kau kuatkan lah iman ku tinggikan lah kesabaranku... aku percaya ujian mu itu adalah kerna KAU sayang pada ku :)))

Monday, November 15, 2010

Terima kasih.....

Salam pagi Isnin.... salam ceria! ceria ke??? hehehe... aku tau bagi yang bekerja hari isnin adalah hari malas sedunia! hui... kejam ayt aku ni... apa-apa pun selamat bekerja ye... cergas! cergas! cergas!

Aku sebenarnya nak ucapkan TERIMA KASIH pada semua blogger yang sudi DATANG ke rumah aku yang tak seberapa nie.. PENYINGGAHAN korang amat bermakna... KAWAN aku juga makin bertambah gara2 semalam aku join n3 BEN ASHARI pasal JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU... thanks ye. Sekali lagi sambutlah SALAM PERKENALAN dari aku untuk anda semua... Insya Allah akan ku jejak korang semua kembali :)


Mood : happy lorrr.....

Sunday, November 14, 2010

Jom Berkenalan : Khas Buat Blogger Baru

Ok... kali nie bukan lagi pasal peraduan cerita kreatif tapi Ben mintak blogger buat n3 khas untuk blogger baru! Tanpa membuang masa.... aku sahut arahan  En Ben kita ni hehehe... Nak masuk mesti ada syarat... hahaha kasi seram je bunyiknya. Wajib letak header Ben lepas tu sape yg dah join bagi can kat org lain plak.... aku belum join lagi so aku bolehlah join hehehe....
Syarat pertama letak header Ben
 
 Ok..!
Syarat ke 2 sila buat tajuk JOM BERKENALAN : KHAS UNTUK BLOGGER BARU
Ok!
Syarat ke 3 berikan kata laluan buat mereka yang bakal singgah ke blog anda
Ok!
Salam dan selamat sejahtera..... Ummm mula-mula aku nak ucapkan SELAMAT DATANG ke rumah aku@blog aku. SELAMAT BERKENALAN dan TERIMA KASIH, peyinggahan korang amat bermakna.... Maaf kalau rumah aku nie tak berapa cantik tapi aku amat senang hati kalau korang suka sebab aku sendiri masih baru. Tapi takpe aku dengan senang hati sgt2 nak jemput korang datang gak ke rumah aku ni... Aku bukan sesiapa pun... aku cuma orang biasa.. isteri dan suri rumah@tukang jahit manik sepenuh masa selain dari mengupdate n3 hari-hari. Erkkk... pembetulan bukan hari-harilah kekadang ada gak 1,2 hari aku tak update hehehe......
TERIMA KASIH banyak2 laaaa... pada korang yang sudi datang... semoga kehadiran korang akan menambahkan keceriaan dan mengeratkan hubungan di antara kita semua. Apa yang kurang maafkan lah ye... dan yang lebih kita kongsi bersama.. (bukan kongsi lain ye tapi ILMU ok!) ngeeee...... 

syarat ke 4 Pastekan url korang kat ruangan komen ini (Ben punya n3)
Ok!

Mood : terima kasih pada semua.... datanglah selalu :))

Teringin nak belajar Fotografi

Mood Ahad! saje suka2 buat n3 ni....
Sejak dari dulu aku suka sangat amik gambar. Masa tak ada camera aku amik gambar guna Hp je... So di sebabkan aku suka nah amik gambar walaupaun tidaklah prof... maka hubby belikan aku Nikkon Coolpix.... dan itulah camera pertama aku...
Dulu camera ini akan sentiasa berada dalam kereta... senang aku nak amik gambar bila2 masa je... masa ada camera ni aku tak berjinak lagi dengan dunia blog.... Jenama Nikkon pilihan ramai photographer, sebab tahan lasak dan berkuali tinggi. Iye.. sampi skrg camera aku tu masih elok lagi, kelebihan cuma 3X optical zomm, 6.0 megapixels dan ISO 800 (maaf aku tak pandai nak bicara pasal camera). Bertahun-tahun aku guna camera tu dah macam-macam kenangan aku abadikan....
Now.... aku dah ada satu lagi koleksi camera... yang ni aku memang sayang betullah.. hage dia pun ehem..ehemmm... Mula asalnya aku nak beli nikkon gak tapi jurujual tu kate sebagai beginner aku digalak menggunakan camera CANON EOS 1000D sebabnya ia mesra pengguna. Kalau haset tu kira macam NOKIA la...
 
Yap... walau belum setahun usianya aku rasa serasi dan selesa bila menggunakannya, body tidak terlalu berat dan mudah sangat nak faham cara penggunaannya! Sekarang dah macam jadi satu trend plak pegi mana-mana orang akan bawak camera cam gini... Gara-gara guna camera ni lah kawan-kawan aku terpengaruh nak beli gaks hehehe... Btw guna camera ni modalnya juga agak mahal, lansenya sahaja cecah ribu-ribuan ringgit, bergantung pada jenama (lense nikkon cecah rm6000.00) dia punya zom huhai... memang beshlah! Tapi camera yang aku beli standard sahaja... Sebagai peniaga aku memang memerlukan camera yang bagus supaya gambar yang di ambil cantik dan menarik minat untuk orang pandang. Cuma... masalahnya sekarang ni, aku bukanlah prof... kalau setakat nak amik bantai2 tu boleh laaa.. ada gak aku belajar sikit2 dari kawan yang arif pasal camera. Niat dihati nak lah amik kursus fotografi cuma huhuhu.... bayarannya... boleh tahan mahal la... Ummmm... mungkin satu hari nanti akan ku pergi jua kelas tu... alahai... banyaknya kelas aku nak pergi ni?

Mood : belajar sampi pandai hahahaha... boleh ke?

Saturday, November 13, 2010

Takut dan insaf

Takut dan insaf melihat kesengsaraan penduduk yang mengalami bencana Gunung Merapi di Indonesia. Melihat keadaan mereka di Tv dan surat khabar dah cukup buat kita rasa takut, insaf dan simpati, inikan pula mereka yang sekarang ini sedang berdepan dengan musibah itu. Terbaru dari Majalah 3 secara live Gunung Merapi.... paper hari ini aktiviti gunung merapi tunjukkan penurunan tapi ancaman tetap tinggi. Usaha memindahkan/menyelamatkan semua penduduk masih dijalankan.... Semoga mereka semua selamat dan tabah mengharungi dugaan ini.
 27/10/2010 penduduk terpaksa berpindah kerana gunung merapi akan meletus bila2 masa. Sumber dari Berita Harian Onlie Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan bencana itu dianggar 40,000 orang, membabitkan daerah Sleman, Klaten, Magelang dan Boyolali (Jawa Tengah).

 detik mencemaskan!
Kesan dari letusan gunung merapi....
 musnah.....
 Hanya mampu melihat.... sedih rumah yang di bina musnah begitu sahaja
Kesian... lembu ini juga mangsa bencana letusan gunung merapi. Jumlah korban bencana meningkat menjadi 206 ekoran beberapa mangsa yang mati akibat masalah serangan jantung atau penyakit lain yang berkaitan dengan letusan itu.

Sesungguhnya setiap musibah yang Allah swt turunkan adalah sebagai peringatan untuk hambanya... menguji kesabaran hambanya. Semoga menjadi iktibar kepada kita juga...

Mood : syukur...

Macam ribut!

Tak cukup kaki dan tangan rasanya.... capek! 
Sepupu dari seremban kol nak datang rumah... katanya ada majlis makan2 kat Sungai Buloh so balik tu nak singgah rumah aku lah.... Aku bila dengar dia kate nak datang..... Alamakkkkkk rumah bersepah lerrrrrrr!!!!!! macam mana ni???? hubby plak takde so... aku dengan pantasnya mengemas rumah macam tak cukup kaki dan tangan! hahahaha amik kau! tulah..... malas sangat makcik sorang ni!
Masa nilah rasanya aku amat2 perlukan SOTONG!!!! no..no..no... jangan salah paham bukan sotong auwwww ye.... sotong betul2 sotong lah.... nak pinjam kaki ngan tangannya tu... hehehehe... senangkan... satu tangan sapu rumah, satu lagi kemas rumah, satu lagi masak, satu lagi lap habuk, satu lagi..... bla..bla..bla..blaaaaaa.....

Mood : bagus gak tetamu dtg mengejut ni... kasi rajin sikit sama aku! hahaha padan muka aku!

Untuk si laser!

Kita selalu berdepan dengan specis yang mulut laser kan? yakni orang yang tidak tahu akan hati dan perasaan orang lain apabila berkata-kata. Atau lebih sedap lagi specis ni perasan bagus... betul tak? Malam tadi aku di kejutkan dengan sms dari seseorang pasal perang mulut dalam fb! Beliau menyatakan tidak suka dengan sikap segelintir manusia yang suka hentam orang lain tanpa peduli akibat dan musibahnya.... melihat mereka saling leser meleser, membuatkan si sms tu takut nak masuk line apatah lagi nak berkawan dengan mereka serta sekufunya tu lagi... yelah kalau salah menyampuk tak pasal2 si sms tu kena laser plak! huhuhu..... Jangan takut... aku ada petua yang sesuai sangat untuk mengelakkan diri dari mereka2 yang suka sangat MELESER!!!!
Tips untuk elak dari kena laser
1. Jangan tunggu lama-lama... cabut dari tempat itu dengan kadar yang segera kalau kita dah nampak dia!
2. Layan dia macam biasa je... tapi bila dia start nak meleser.... "maaf saya PUASA"
3. Keluarkan pen dan kertas mintak dia tuliskan semua ayat lasernya tu... dengan cara ini anda tak perlu dengar suara dia... hehehe boleh ke?
4. Pastikan payung sentiasa ada bersama anda, bukan untuk elak hujan tapi untuk elak tempias air liurnya yang bisa tu hehehehe... ok tak?
5.Kalau berani jahit mulutnya! hahaha... gila nk jahit mulut org? (jangan cari pasal)
6 Laserkan dia balik sampi dia takut nak tengok muka anda lagi.... (hui kejam gak cara ni)
7. Menyanyi sekuat hati lagu ni "aku benci-benci dengan mulut mu... aku bosan-bosan dengan laser mu... aku sudah tidak suka pada mu lagi.... lebih baik engkau segara angkat kaki..." (versi dangdut shida)

Di harap anda berpuas hati dengan tips yang aku sediakan nie hahahaha... boleh jadi ke tu? Sebenarnya... anda tak perlu layan dengan mereka yang laser. Apa yang perlu anda buat diamkan saje... biarkan mereka dengan lasernya... lagi di layan lagi kita runsing kan?

Mood : sabar jelah!

Friday, November 12, 2010

Aku pun rindu kat korang..... :(

Aku dah lama nak tulis n3 ni... tapi dari sehari ke sehari asyik lupa je huhuhu.... Macam ni... korang suka tak lepak dengan kawan-kawan? lepak kat kedai mamak? suka tak? Aku suka! nie semua angkara si rizal la buat aku suka lepak kat situ!... sesungguhnya aku akui... aku sangat2 rindu nak melepak, membuang masa dan air liur kat kedai mamak! (kejam tak ayat aku ni?)
sekadar gambar hiasan
jangan salah paham ye... bukan mamak ni yg aku rindu :)
aney.... teh tarik satu!
tapi teh tariknyaaaaaa... tu dia... sekali kena terus nak kena lagi hahaha.... agaknya mamak ni dah mandremkan air tu... tu yang aku dok gila bayang je.....

Sebenarnya.... dulu masa aku dok seremban... boleh di katakan setiap malam minggu kami akan berkumpul dikedai mamak@senawang buat persidangan kutuk politik hihihi... Takdo makno eh buat persidangan kat kedai mamak, nak kena ISA ke??? Duduk sesaje lepak ngan kawan-kawan, duduk sambil minum-minum sambil tu borak kosooooong... Lagi besh lepak, kalau time ada game bola! Huuuhai... time tu rasanya mamak memang kaut untunglah! Kawan aku siap booking meja lagi! jangan main2 kedai mamak pun boleh booking meja tau hehehe......
sekadar gambar hiasan

Memang terasa seronoknya... walaupun aku bukanlah fanatik bola(memang tak minat lansung!) tapi sesekali layan syokkkk gak heeeeehe..... Lopeh tu kalau pasukan yang mereka sokong menang maka yang kalah tu kena boooo... sofar takde lagilah kes gado sampi pecah kepala bila kena boooo :) Terima kekalahan dengan hati terbuka kan kan.....
 miss mereka so much! eh.... yg baju melayu tu laki aku daaaa...

Huhuhuhu..... tu dulu masa aku dok seremban, now bila dah pindah Damansara... alahai... susahnya nak lepak sama mereka lagi. Susah nak berkumpul macam dulu-dulu lagi... yelah... kekadang bila aku balik kg aku tak sempat nak jenguh mereka sebab masa cemburu sangat kat aku. Kekadang tu pulak, bila dia orang free kami plak tak free... tengok masa cemburu kat aku lagi kan?
Rizal punya kerja... tak tau nak kate apa dah.... terharu sebenarnya... rindu sampi kena jejak! alahai... adik-adik aku ni.... cian korang tapi cian kat akak gak huhuhu....

Aku rinduuuu sangat nak lepak lagi.... Rupanya mereka pun rindu kat aku gaks, rindu sampi kami kena jejak kasih dalam fb hahaha....! Walhal... selalu komen mengomen dalam tu tapi tak sama dengan jumpa kan? Last aku jumpa mereka masa hari raya aidil fitri hari tu, pastu tak jumpa lagi dah... Now mereka nak buat event kat rumah aku sempena raya haji nie... Aik masa bagi kita jumpa time raya jelah.... kalau camtu setiap perayaan kita jumpalah! hehehehe..... 
Aku amat-amat menghargai persahabatan antara kami.... bukan senang nak cari kawan yang betul2 kawan! 

Mood: tak sabar tunggu mereka datang 19hb ni.... ummm spaghetti lg ke?

Senyummm :)

Senyum....
tak perlu kata apa-apa
senyum.....
tak perlu kata apa-apa
senyum.....
tak perlu kata apa-apa
lalalalalala......
Jom kita senyum sama-sama.... SENYUM itu kan SEDEKAH :)) walau gigi jarang, walau tak ada gigi, walau gigi kuning takpe... senyum je... senyum kan menawan... yang pompuan kalau senyum muka nampak manis... yang laki kalau senyum muka nampak hensem.... tak gitu? tapiiii.... jangan plak senyum kek dopan orang gilo kang tak pasal-pasal nanti orang ingat ko pun gilo samo! 

Hehehe.... aku sebenarnya happy... happy dalam senyum, sambil menaip pun aku senyum je... yolah.... mano tak senyum... hati gumbira lor... follower wa sudah bertambah... last sekali follower aku cuma ada 9 je... now dah ada 20 orang! Alhamdulillah... semoga tiap-tiap hari akan bertambahlah. Terima kasihlah kepada Ben Ashaari sebab adakan pertandingan tu. Walau tak tersenarai di antara 10 penulis terbaik tapi apa yang penting KERJASAMA.... Wonder Ben..wonder ben... kamu datang... menyelamatkan blog saya....lalalala... ngeeeee.... Mesti korang kate macamni kan "hek elek minah ni baru 20 dh kecoh!" aku jawab ni... "ehhh.... suka wa la nk kecoh... yang penting bertambah ok!" ehek..ehek... jangan mare gurau je.... So moralnya... lopeh ni kalau ben wat pertandingan lagi jgn lupa masuk yo!

Mood : makin bersemangat nak update n3 selalu...

Thursday, November 11, 2010

I suka!

Hehehe..... Jom cari kat mana letaknya nama aku! cepat-cepat sape nampak tak rabun laaa tu! hah jumpa tak? tak nampak ke? ala... yang 3 huruf tu je... nampak tak? tak jugakkkk!
Yoyo je cari... tak payah laaa carik... acik dah tandakan bulat merah pun kat nama tu... kalau korang tak nampak gak tak taulah... bukan rabun tapi kocik ati den! huhuhuhu......
Bangga sei... nama acik ado dalam senari pertandingan cerita kreatif oleh Ben Ashaari tuuuu.... wa banggalah jadi warga blog! banggaaaa laaaaaa.... hahahaha nie bukan nak ampu Ben ye tapi sipi-sipi ampu tu adalah kakakakakah!
Apa-apa pun... aku masuk pertandingan bukan sebab nak menang (kalo menang alhamdulillah....) tapi aku nak meramaikan kenalan... yakni menambah bilangan kawan ;))) iye... percayalah! kalah or menang eden tak kisah yang penting namo den masuk dalam tu ngeeee.... Kepada semua yang masuk pertandingan gud luck ye....  cerita korang, semuanya besh dan kreatiflah! tepuk tangan untuk diri sendiri ok...

Mood : bila tengok org lainnye cerita... mak aik... pocah perut acik! besh betullll... compom Ben poning nak pilih kan?

Cerita kreatif

Ummm.... aku yang dari tadi menguap akibat melayan cuaca yang mendung lagi sejuk di tambah pula dengan mate yang kian kecik dan jari yang letih menjahit manik di baju pelanggan sambil tu sempat lagi melayan fb dan sempat lagiiiii jengah blog Ben Ashaari... tetibaaaaa... macam menarik je peraduan Ben ni? karang cerita kreatif bedasarkan gambar yg di beri! wohooo... mencabar ni! harus ku cuba walau sbrnya tidak ku pernah meninggalkan sebarang komen di post entry nyeeee hehehehe... (i malu nak tinggalkan jejak)

 Bismillah.... mula-mula harus letakkan header Ben ni... kalau dok.... siap!!! serte merta ben batalkan cite aku ni hah hahahaha jgn mare ben....
aku tetap senyum walau kau tak suka.. aku senyum gak!
Tengok tu bukan main manis senyum meow ni... montang-montanglah gambor ekau yg ben pilih.. sukolah tu!
senyum ku menawan kan... walau gigi ku kuning tapi cantikkan??
ekau pun suko yo! sampai nampak bosi kek gigi tu... kekonon tu dah cukup cun lah yo... ekau tak tahu eden ni tongah poning nak reko cerito...
eh nampak ke? berapa ramai yang datang tu?
Yolah... aku ni... bukanlah glamour nah macam orang lain... paling tinggi pun 1,2 yo orang yang komen kek post entry aku ni hah... follower pun tak ramai laie... tapi itu semua tak patahkan semangat aku untuk berblog! Blog buat aku happy, blog buat aku rasa tenang bila dapat luahkan perasaan, blog buat aku ramai kawan... blog bestlahhhh. Apa yang paling aku suka ialah jengah rumah orang... sambil jalan sambil tu aku cari ilmu dan idea.... bak kate orang luas perjalanan banyak pengalaman... betul tak? samo macam zirafah yang bonarkan kudo bolang menenggek kek badan ek.. ibarat... lagi tinggi dio daki, lagi sonang nak mati hehehe... panjek tinggi-tinggi kalo jatuh maun patah gigi!
ada mak kesah! saiz dan rupa bukanlah ukuran... inikan pula kita hehehe....
Bila dah berjalan rumah orang tu janganlah lupa bertegur sape ye... jangan plak kau buat sombong bodoh! kalau dah sombong macam mana nak dapat kawan kan? bukan setakat kawan.. orang nak datang rumah kau pun takut! huhuhuhu.....
 
follow orang sampi tertidur kita ni hah... 
so... makin rajin berjalan dan borak, jalan borak, jalan borak dan followwww je.... maka makin ramailah orang kenal, dan makin bertambahlah bilangan pengikut anda kan kan kan... (macamlah aku ni ramai nah pengikut! tak pe lopeh ni ramai kot hehehehe)
 Runsing-runsing! tekanannnnn... nak taip apa ni??
Disebabkan dah ramai pengikut maka rajin-rajinlah update n3 tu... jangan senyap je... kongsikan apa saje cerita yang menarik, yang kelakar, yang sedih atau apa-apa sajalah janji orang suka! Hari-hari orang mau datang sebab rumah kita besh.... Maka hari-harilah perak otak dok mikir nak story apa ye? gossip apa ye? pikir..pikir..pikirrrrr dan lu pikirlah sendiri!
 ada macam Mona lisa tak I senyum ni
Akhirnya... bila dah famous emous jangan menyombong lak.. tolong pula kekawan lain yang memerlukan pertolongan terutamanya pada mereka yang baru kenal dunia blogger... senyumlah selalu, maniskan muka, murahkan rezeki, mudahkan jawapan hehehehe... macamlah korang nampak sekarang ni aku senyum ke tak?

Mood aku sekarang : Huhuhu... ok ke cite aku ni? korang suka ke??? sukalah.... Terima kasihlah kepada Ben sbb adakan peraduan ni(ampu sikit ni hehehe)... moga-moga ramailah follow aku lopeh ni ye...

Hari sakit!

Hari sakit sedunia.... ahah sesuai tu huhuhuhu............ 
Ummm.... ntah apa kesnya dari malam tadi sampi pagi ni hubby rasa tak sedap badan... mulanya malam tadi perut rasa tak selesa pastu 2 kali masuk rumah 'T'! lepeh tu... rasa macam nak muntah je... masa nak tido katenya sakit kepala je... Salah makan ke? petang tu aku masak sup sayur, goreng ikan selar dan goreng ikan pekasam je... pagi tu plak sarapan, aku cuma buat behun goreng je... berapa banyak je daaaa.... Semalam 1 hari dia gie kerja kat LCCT, katanya panas terik. Takkan sebab cuaca kottttt.... kerap nah tak sihat badan dan perut akhir2 ni.... bila pergi klinik doktor kate keracunan makanan! aik... huwaaaaaaa salah aku ke???

Itu kes hubby lak... yang aku ni dah 4 hari sakit perut... perut jugak!!!! huhuhuhu... tapi sakit aku ni normallah.. tiap2 bulan mesti kena punya. Cuma kali nie rasa lain je... sakit kejab2 tapi period tak gak kuar.... yg ado cuma tanda-tanda nak period je walaupun dah 4 hari dok kuar tande je.... emmmmmm.... pe kes ye??? tertalu banyak berfikir ke? atau... terlalu kusyuk nah menjahit sampi jadi tekanan kat kepala... hahahaha poyo je aku ni... yoyooh je...... tekanan konon!

Apa-apa pun... dalam rumah ni dua2 tengah sakit... huhuhuhu so kalau dua2 dah sakit... sape pulak yang nak pergi ke pasar ye??? alamakkkkkk.... mcm mane ni? ahah... kita tepon pizza je lah! hahahaha amik kesempatan aku ni!

Mood : masak apa ye yang besh, sesuai untuk perut yg tengah meragam!

Wednesday, November 10, 2010

Jom makan ala barat.............

 Mencuba kelainan... selalunya aku kalau nak masak stik, mst guna daging tapi kali nie aku guna daging juga, cuma daging tu dah bertukar menjadi buger@daging buger ramli hehehe.... Disebabkan malas nak marinated so beli jelah daging buger yang adoooo..... just letakkan sedikit minyak dan serbuk oregano kat atas daging buger tu sebelum di panggang... mudahkan!
ok... benda alah kat atas ni aku namakan salad ala-ala fresco salad... kekonon nak buat salad macam kt Nandos tu tp.... bolehlah janji salad kan? kalau buh mangga masak lagi besh tp jgn buh mayonis lak macam tak sesuai je..... 

Bahan untuk salad
2-3 helai salad lattuce 
1 biji buah tomato ~ potong dadu
1/2 ulas bawang besar ~ hiris nipis
1/2 biji timun jepun ~ potong dadu
1/2 biji cili benggala ~ potong dadu
1 sudu besar mayonis
1/4 biji lemon ~ ambil jusnya
sedikit garam
sedikit lada hitam kasar
*Gaulkan sahaja semua bahan di atas hingga sebati dan hidangkan bersama dengan stik....*

Mood : makan... makan.... dan makannnnn

ceritera di JOHOR lagi

ok jom layan sambungan gambar majlis nikah my kazen ye.... @ masjid ulu tiram
Selamat sudah semuanya... semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat... lepas ni sinoman umah laki lak hehehe... 

Mood : tak sabar tunggu majlis sebelah PD lak :)

Tuesday, November 9, 2010

Budak sekarang....

Apa bahasa yang sesuai ye? bahasa bebudak yang meningkat remaja terlalu indah bunyiknya sampi menyakitkan telinga dan hati! ummm... kita panggil kejutan bahasa remaja kot! sesuaaaai tak??? remaja yang berlagak dewasa dah rasa cukup besor sangat, sampi tak reti hormat org! tak ada perasaan malu! malah lebih bangga sebab org tegur dan baca statusnya....

Siang tadi... bukak fb sorang budak, sahabat kepada seseorang yg ada kena mengena dengan kami... agak terkejut dan memang terkejut ler... bila rakannya menunjukkan sikap yang tidak sopan! Bahasa yang digunakan tak padan dengan umurnya yang baru 15 tahun! MasyaAllah.... ayatnya sungguh memalukan dan menjijikkan! memaki hamun dan mencarut macam perbualan biasa je....
Dalam banyak-banyak status fb budak tu... ada tertulis pasal pergaduhan berebut BF! dah lah bergado dalam tu, pastu siap mencaruut..... p*ki**k, l*nc*u, perempuan sial,seks dan macam2 lagilah ayat yang sgt cantikkkkk bahasanya! Baru 15 tahun dah macam tu... kalau meningkat dewasa macam mana plak ye? emm... kat mana silapnya? mak bapak ke? atau salah cikgu? rasanya salah budak tu sendiri... Ummm... walau kami tidak kenal siapa budak tu tapi disebabkan dia bersahabat dengan orang yang ada kena mengena dengan kami, maka tempiasnya pun terkena gak kan? yelah.... kalau dah berkawan dengan budak yang kurang ajar maka si polan tu pun akan turut sama nampak kurang ajor gaks kan?

So bila kami tegur (asalnya nak tegur orang yg ada kena mengena dengan kami tu supaya hati-hati sikit bila nak berbahasa)... bukannye nak mintak maaf! lagi dia kurang ajar adalah! siap sebut nama mak bapak kami lagi!(tau plak dia delete status tu sbb takut kot) hai... ini sudah lebih! maka disebabkan budak tu kurang didikan so kami dengan baik hatinya bagi dia pelajaran sikit lah... bukan kami nak kate kami ni baik tapi ada eloknya ayat2 yang tidak sopan jangan ditulis dalam wall sebab fb tu mencerminkan peribadi kita! kalau nak maki orang or nak cari pasal, face to face ler.... gado2 dalam fb pe kes??? bukan nampak pandai tapi nampak bodoh adalah! mulanya malas nak amik pot tapi bila bahasanya melampaui batas, make kami terpaksa campur tangan ler... huhuhuhu..... niat asal kami nak tegur sikit ler sikap orang yg ada kena mengena ngan kami tu sbb dalam fb tu bukan setakat ada kakak2 abang tapi kazen2 juga.... tu pun sbb benda ni kuar sikit kat wall orang yg ada kena mengena dengan kami ni... kalau tak..... malas nak  layan... kami tegur pun elok2 je....

Rupe2nya budak tu memang begitu sifatnya... suka marah-marah, memaki dan mencarut! huhaiiii...... bila bukak wall dia... alahai... malu nak baca beb! memburukan orang melayu je! sebenarnya bukan dia seorang sahaja yang bersikap begitu... percayalah... kat luar tu ramai yang macam dia.... cuma kita nampak dengan tidak je... susah nak kate perangai bebudak sekarang! memang perlukan kesabaran yang tinggi menjadi seorang guru untuk mendidik muridnya dan ibu bapa untuk membentuk anaknya.... kalau anak tu bersikap buruk yang pertama orang akan tunding jari, mesti mak bapaknya! betul tak? tapi kekadang mak bapak dah habis didik anak tu supaya menjadi yang baik tapi disebabkab pengaruh luar dan kurangnya iman maka terjadilah seperti yang di atas ni.... 

Kekadang perkataan-perkataan yang tidak sopan boleh menjadi gurauan sesama kawan cuma bila dan dimana tu harus di ambil kira, sesuai atau tidak nak menyebutnya! kalau kat tempat umum takkan kita nak sebut kan! lagi bagus sebut dalam pm je! hah tulislah apa nak tulis yang penting orang yang tak ade kena mengena tak tahu pe2... ni tidak! tulis kat wall... gado ngan si polan tp orang lain yang lebih2 sebabnya orang lain pun boleh bace maka ramai ler yang nak campur tangan huhuhuhu..... tapi tulah... normalynya org akan kate suka hati dialah nak tulis apa sebab tu wall dia! mmg betul.... tapi kita jadi malu sbb orang akan tahu tu kawan kita! betul tak???

Itu baru kes bahasa belum lagi dengan kes mencuri...memukul dan membunuh! semakin hari semakin takut dengan berita2 pasal remaja kat paper... ada satu kes, pasal fb pun boleh bergado sampi berdarah-darah! benda tu semua jadi iktibar kan..... semoga kita semua perihatin dengan keadaan sekeliling... aku tak ada anak tapi aku selalu tegur sikap adik2 ku.... kita yang terlebih dulu makan garam maka kita gunakan pengalaman kita sebagai pengajaran untuk mereka... terpulang pada mereka untuk menilainya....

Mood : teringat masa kecik2 dulu... tengah main2 ngan kazen2 tersebut secara tak sengaja perkataan b**i balik umah kena pelempang sejibik huhuhu....

ceritera di JOHOR

Seperti yg di janjikan nah... ini gambor2 sebelum dan semasa majlis akad nikah kazen saye@arik....
 mak2 pak2 sedara n kazen2 berkumpul dpn masjid dulu... Dulang merah tu hantaran dari pihak lelaki

 arik dah berdebar-debar... ready to akad nikah
emm... yg ni aku tunjuk sebahagian je dulu ye.... sbrnya banyak lagi tp nak upload nye tuuu... macam bercinta plak... lembab giler... so i verry the fedup lorrrr......

Mood : Dari siang smpi mlm byk ni je yg dpt upload! geram tul ngan line ni.... so the lembab!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails