klik klik ok!

Monday, January 31, 2011

Saya yang menurut perintah

Topic kali ini ialah.... Saya yang menurut perintah... Siapa saya tu? siapa yang perintah tu? pe kes ni? ada isu besar ke??? masalah negara ke masalah rumah tangga? Chilllll semua.... bukan masalah negara atau masalah rumah tangga. Alaaaa masalah kecik je hehehe........ 


Siapa saya tu? jawapannya AKU. Siapa yang perintah tu? Jawapannya SUAMI KU! hehehe... itulah suspen lagi! tak ada isu pun cuma nak story mory je... kisahnya begini... sedia maklum sebelum ini semasa aku belum mengandung, aku adalah seorang yang aktif dalam bersosial... hah mula laaa tu.... coppppp! bukan sosial yang tak bermoral tu ye... hehaiiii korang ni cepat nah nak melatah! dengar dulu makcik nak cerita ni.... tapi sosial dalam aktiviti menjahit manik. Sosial macam mana tu? macam nie hah.... masuk kelas sane masuk kelas sini... jumpa kumpulan sane jumpa kumpulan sini (cewah yoyo oh  aku ni) itu belum campur dengan perjumpaan kawan2 lama yang memang dah akrab seperti satu ahli keluarga. 


Aktiviti memanik kekadang tu buat aku rasa penat dan kekadang tu sang suami ada mengeluh juga... bukan mengeluh tak suka tapi penat tgk aku lg sibuk dari dia huhuhuhu... sebagai isteri aku amat paham dengan situasi ini (tp tak adil gak rasanya! dia punya sibuk lagiiii jangan cakapla... tp dia suami sibuknya bersebab) lagi satu suami dah lama tegur yang dia dah rasa tak selesa dengan orang di sekeliling ku pastu kawan2 pun dah komplen susah sgt nak jumpa aku asyik sibuk ke sane sini je... nak buat macam mane bila dah jd suri rumah banyaklah masa terluang so minat yang ada jgn disiakan sbb minat tu memang menambahkan pendapatan. Lebih-lebih lg aktiviti aku dah keluar paper dan ramai pula yang bertanya malah berminat dengan kerja tangan ku nie.... sayanggg aku kena tolak dengan cara baik.. Terima kasihlah kepada Harian Metro... nak buat macam mana? pasti ada hikmahnya kan?


2 tahun menyibukkan diri rasanya cukup sudah sampai di sini. Cukup sudah kebebasan yang suami bagi. Cukup sudah sosial. Now time to rest katenya... rehatkan rohani dan fizikal... jaga kandungan dan jaga kesihatan. 8 tahun tunggu nak anak dan 8 tahun bukannya sekejab! So... bila Allah sudah makbulkan maka seharusnya aku bersyukur kerana tak semua orang diberi peluang macam aku dpt sekarang ini. Syukur Alhamdulilah dan syukur sujud pada MU Ya Allah.....
Maka dengan itu aku seorang isteri menurut PERINTAH seorang suami dan setiap arahannya aku turuti. Kuburkan sementara minat ku... hentikan sementara langkah ku... takpe mana tau pengorbanan ini akan lebih berbaloi-baloi lepas nie... siapa tahu kan?


Hakikatnya sekarang ini aku rindukan kawan2 lepak ku dikedai mamak. Rindu sangat dengan mereka! Bagusnya mereka paham (ada setengah kawan tak nk paham...) keadaan aku sekarang ini tidak mengizinkan aku keluar waktu malam. Pantang larang orang tua katenya kalau mengandung jangan keluar waktu malam TAK ELOK. Sekali lagi aku yang menurut perintah... ikutkan je hihihihi.....


mood : aku yg mesra alam tp tak semua orang yang rapat dengan ku boleh jadi BFF ku.... tak nak pisang berbuah 2 kali okesss :)

Friday, January 28, 2011

Dah 15 minggu

Pagi tadi pergi klinik scan baby n doctor say.... kandungan dah 15 minggu. Tengok tu kepala, tulang, jantung, kaki n tangan sudah terbentuk... nampak tak jantung tu berkelip-kelip? alahai... rasa nak bergenang air mata ni huhuhu... Doctor say again Alhamdulilah.... saiz kepala pun ok ikut aturan dan proses pembesaran pun sempurna cuma jantina tak nampak lagi tunggu bulan depan ok... but.... uri still kat bawah! dan Alhamdulilah pendarahan tak ada lagi :))) lega dengar semua tu...


Aku tanya doctor nape baby saya tak gerak-gerak? Doctor gelak... memanglah tak gerak sbb baru 15 minggu tunggu nanti dah 5 bulan hah geraklah dia... hihihihi.... Sattel scan, doc bagi penerangan plak tentang penjagaan diri terutama tentang keputihan! Yap sejak mengandung aku alami keputihan yang teruk! Ummm... doc kate jangan risau tu semua pekara normal ketika mengandung cuma HARUS dirawat untuk elak dari terkena jantikan kuman terutama jangkitan pada peranakkan. So doc pun bagilah ubat dan besen (bukan bagi tp beli yeeee hehehe) untuk mencuci bahagian tu yakni mengewap bagi merawat keputihan tu... malah ia juga elok digunakan selepas bersalin untuk mencuci luka dan meredakan kesakitan dibahagian tu....
(model dalam pic ni bukan aku ye... hihihi)
Inilah rupa alah besen tu... boleh didapati di Klinik Dr Hamid Arshat. 

Ok lepas tu aku kena amik darah plakkkkk..... ahah bab amik darah ni memang takut ler... sakit sikit je tp disebabkan aku ni takut darah so anu alah juga ler... masa nurse tu nak amik darah masa tu gak aku tanya dia macam2... nak buat apa ye amik darah ni? banyak ke nk amik? jumpa ke urat saya? hahaha tau2 je dah siap amik! Settel dah semua tu now time tu balik n rest! ubat jangan ckp ler memang macam2 adaaaaa.... apa-apa pun walau pendarahan dah tak ada lagi tp aku tetap kena hati-hati sebab uri still kat bawah lagi. Mama pesan jangan lasak-lasak! ok maaaaaa.... Doakan semuanya selamat ye :))

Mood : kena naikkan berat badan!

Thursday, January 27, 2011

Salam 2011

As-salam semua rakan blogger.... sihat kah? dah lama rasanya aku tak muncul di alam blogger nie... ummm..... banyak ke story yang nak di kongsi??? aku tak banyak pun, sebenarnya cuma nak bagi tau yang aku sekarang ini sedangggggggg......... Opsst sebelum tu aku nak ucapkan SELAMAT DATANG 2011! sekarang baru bulan 1 so masih boleh wish lagi kan kan kan hehe.... 


Ok! now berbalik kepada kenapa aku menyepi dari dunia blogger? begini.... sebabnyaaaaa aku sekarang ini tengah berbadan 2! hihihi.... org putih kate pregnent laaaaa.... Alhamdulillah usia kandungan sudah mencecah 4 bulan (nak masuk 4 bulan tp ikut kiraan dah 4 bulan hehehe...) Syukur, syukur, syukur... pada mu Ya Allah penantian hampir 8 tahun berhasil juga... selepas berusaha dari segi sains dan kesakitan yang ditanggung oleh badanku ditambah pula dengan keputusan Doc yang pada awalnya mengecewakan hidupku.... akhirnya dengan izin Allah swt atas kuasaNYA doa kami diperkenankan Alhamdulilah......
Awal mengandung memang seksa tapi itulah yang nak sangat aku rasa! sakit kepala n mabuk!!!! alahai.... sakitnya muntah! asal makan muntah! bau suami muntah! bau bawang muntah! bau sabun mandi muntah! bau soflan muntah! hidung ni tertalu sensitif sampai semuanya tak leh bau huhuhu... masak jangan cakaplah... memang tak boleh ke dapur lansung... cian hubby dia yang ambil alih kerja didapur. Aku? lembik terbaring je.... Tapi sebenarnya dia SUKA!!!! sebabnya selama aku jadi isterinya dapur adalah KAWASAN LARANGAN dia.. no no no.... sakit demam teruk aku tetap masak! now dia manyak happy lorrr sebab itu dapur dia sudah konkerlaaaaa..... Muntah itu satu hal... 7 minggu mengandung aku kerap alami pendarahan secara sikit-sikit... awalnya ramai yang kate itu pekara biasa... jalan sikit kuar darah, duduk lama-lama boleh kuar darah.. risau gak then masa kandungan 11 minggu doc bg tau punca pendarahan adalah disebabkan uri kat bawah... so risiko gugur tu tinggi maka doc menasihatkan aku supaya rehat banyak2... jangan banyak bergerak, jangan keluar SHOPPING, jangan buat kerja yang berat-berat.... maka aku pun dikurantin oleh hubby dari keluar rumah n tidak dibenarkan bergerak serta hentikan semua aktiviti sosial, fb, blog n jahit manik pun tak boleh! Aku rela.... yelah lama dah tunggu nak baby so itu semua tak jadi hal laaaa.....


Sekarang ni bila rasa dah kuat sikit baru berani nak update blog semula, itu pun atas izin hubby...ITU PUN sebab cerita manik aku n the geng kuar paper.... kalau tidak HARAMMMM dia nak bagi hihihi..... 
Doakan semoga kandungan aku kuat, sempurna dan selamat hingga lahir ke dunia dan menjadi ank yang soleh berguna kepada bangsa dan agama... aminnn


mood : oklah.... mama nak rehat sebentar... sbrnya sebelum aku preggy macam2 yang aku tempuh tp tak pelah itu semua kenangan yang hasilnya BERBALOI... "Allah tak akan ubah nasib seseorang kalau orang itu tidak mahu mengubahnya" berusaha lebih baik dari duduk mengeluh je......

Wednesday, January 26, 2011

Dalam Metro 25/01/11

Alhamdulillah pembukaan 2011 ini aku mulakan dengan Berita dari paper METRO. Ada apa ye dalam tu??? ahah... ada ni ler.... METRO bahagian HATI ada terselit cerita tentang PECINTA MANIK! dan gadis si baju MERAH tu aku ler.... hihihihi walau tak terselit bicara ku dalam tu tapi ku bangga kerna GAMBAR ku masuk paper tu... ihikihik....

Pada yang tak dapat beli paper tu ni aku selitkan paper online ye.....

Mood : Semalam banyak terima sms wish tahniah.... 10q korang :) big thanx kepada Faizah Mohamad (wartawan metro) Ecah (jurufoto) Datin Simah (selaku tuan rumah) dan rakan2 beaders.... Majulah Manik untuk Wanita! erkkk... boleh ke guna slogan tu hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails