klik klik ok!

Monday, February 28, 2011

Mee Suah Sup

Malam-malam begini di kala tekak tiada selera.... pe kate kita pekena mee suah sup! Cepat dan mudah di sediakan. Lagi sedap dari makan mee meggi tau hihihi....
 rupa dia seakan meehun

Bahan-bahan
2 keping mee suah
2 ulas bawang putih - ketuk
4 tangkai cili api - ketuk
1 tangkai cili besar merah - hiris
1 biji buah tomato - potong 6
Sedikit carrot dan kubis
sedikit garam dan serbuk pati ayam
2 biji telor
air secukupnya

Cara-cara
Tumiskan bawang putih, cili api dan cili besar merah
Tumis bawang putih hingga kekuningan. 
Masukkan air secukupnya ( nama pun sup kan)
Kemudian masukkan carrot dan tomato
Biarkan kuah mendidih. 
Masukkan pula garam dan serbuk pati ayam
Selepas itu masukkan pula kobis. Kacau seketika dan bolehlah di letakkan telor.
Akhir sekali  masukkan mee suah (cerai-ceraikan)
Masakkan mee suah selama 1 minit dan bolehlah di matikan api.
abaikan piccas yg tak berapa menarik!

Mee suah ni sedap makan ketika panas. Tambahkan sambal kicap dan perahkan sedikit limau untuk menyedapkan dan menambahkan lagi rasanya.





MoDe : semakin kekurangan idea untuk berceloteh!

Tiramisu Biscotti

As Salam... wow weiiiiii seperti yang di janjikan dalam MoDe n3 sebelumnya, mrs sunnies ada kata nak buat Tiramisu Biscotti kan? dari resepi akk kasihredha. Nah ini dia piccasnya..... mrs sunnies tak berkesempatan nak terus mengupload 2 hari lepas dan sudah pun licin dari mangkuk sejak semalam ngee ngee ngeee...
siap sedia utk di sejukkn dalam peti ais
Bahan-Bahan
1 paket biskut ladys'fingger / 150 gm biskut merri
250gm cream cheese
200ml whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas utk bancuh nescafe
1 sudu bsr nescafe - saya guna 1 sudu kecil je
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara
Bancuhkan nescafe dengan 1 cawan air panas.
Satukan gula, cream cheese dan wipping cream. Pukul *adunan* hingga kembang.
Celupkan biskut dalam air nescafe hingga basah dan lembut.
Susunkan biskut ke dalam mangkuk/bekas.
Sapukan *adunan* di atas biskut tadi.
Dan ulang semula proses hingga bahan habis.
Tutupkan dengan plastik elig dan sejukkan dalam peti ais selama 2 jam atau semalaman.
Hiaskan dengan serbuk koko apabila nak menghidangnya.

* nescafe boleh di gantikan dengan susu segar pada mereka yg tdk gemarkan bau nescafe*
* Mrs sunnies selang selikan celupan biskut merri dengan nescafe dan susu segar. Cubalah cara nie, memang sedap! separuh rasa susu, separuh lagi rasa nescafe*
 Taburkan koko sebelum hidang
Selamat menjamu mata :)

Terima kasih kepada akk kasihredha kerna mengizinkan mrs sunnies meniru resepinya. Memang sedap! Tiramisu Biscotti ni mrs sunnies buat sempena besday mama, makcik n ayah (tp ayh tak dapat nak rasa sbb ada kerja kat MELAKA). Adik-adik pun suka sangat! Lepas ni mama mintak nescafe di gantikan dengan bancuhan koko pula. Emmm... mesti cuba ni ;)





MoDe : Emosi agak terganggu sekarang. Tak happy lorrrr.... ummmm...

Friday, February 25, 2011

Mentaram

Mentaram

Mentaram atau sambal tempeh memang wajib ada sepanjang Ramadhan di rumah kami. Wajib buat setiap tahun untuk di makan semasa sahur. Hubby memang suka sangat, sbb sambal nie manis, pedas dan cruncy! Kalau tak bulan puasa pun aku tetap buat untuk stok! Mentaram nie boleh tahan lama so kalau buat tu memang satu tuppaware besarlah.


Bahan-bahan
3 keping tempeh - potong nipis
2 genggam ikan bilis
2 genggam kacang tanah
4 ulas bawang putih - ketuk
5 sudu besar cili kering
4 - 5 sudu besar gula
1/2 botol kecil sos cili 
secubit garam
Tempeh di potong nipis


*Gorengkan tempeh, ikan bilis dan kacang tanah secara berasingan dan ketepikan


Cara-cara
-Tumiskan bawang putih hingga kekuningan
-Masukkan cili kering dan tumis hingga cili masak dan pecah minyak
-Masukkan pula garam dan gula. 
-Bila gula dah sebati dengan sambal masukkan pula sos cili
-Tumiskan ia sampai sambal benar2 masak dan naik minyak (bertukar warna merah kehitaman@kelihatan melekit)
-Pastikan semasa memasak api kecil sahaja.
-Akhir sekali barulah masukkan tempeh, ikan bilis dan kacang tanah.
-Gaul rata-rata dan bolehlah di matikan api. Pastikan mentaram betul2 sejuk barulah simpan di dalam bekas kedap uadara.








MoDe : tengah buat Tiramisu Biscotti dari resepi akak kasihredha ;) ngeee kak, saya tiru resepi akk ye?

18 Minggu Sudah

Ehsan dari pak google

Alhamdulillah hari ini genab sudah kandungan mrs sunnies 18 minggu! syukur Alhamdulillah.... kandungan ok, saiz kepala ok, jantung ok and tangan, kaki, punggung semuanya ok! tadi dalam kesamaran macam nampak baby tengah hisap jari je hehehe... cute sangat! Sayang... doc takleh nak print  pic dengan jelas sbb baby lasak :(

Tapikan baby tadi malu-malu... bila Doc nak check jantina, dia kepit plak.... alahai... nak supprisekan kita orang lah tu hihihi... Sebenarnya melalui pinggul baby sahaja doc dah boleh teka apa jantinanya. Cuma untuk lebih kepastian lagi kena tunggu bulan depan laaaaa.... 

Tak kisahlah, pada kami boy or girl, yang penting sihat, sempurna dan cukup sifatnya. Semoga dewasa kelak menjadi anak yang soleh, beriman, bertakwa, berguna pada bangsa, agama dan negara AMINNNN. Syukur Alhamdulillah juga keputusan darah aku ok. Takde jangkitan kuman, kurang darah or kencing manis. Uri juga ok, dah naik ke atas sikit. Walaupun semuanya dah ok, ini bukan alasan untuk aku lasak or tidak jaga makan!

Semoga Allah SWT permudahkan proses kandungan ku dan proses bersalin ku. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat :)))





MoDe : Ummm.... nak pilih kaler pink or biru or hijau ye??? ten ten ten.....

Thursday, February 24, 2011

Mee Goreng Tak basah

comot lak aik mangkuk tu... tak semumeh betul ler hihihi....

Mee Goreng Tak Basah? maksudnya?? Hahahaha apa punya nama daaaa.... Ok lah tu mrs sunnies buh mee goreng tak basah. Kalo buh mee goreng LEMBAP? lagi haru kan ngeeee.....

Bahan-bahan
500gm mee kuning
3 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar cili kering
sos cili - secukup rasa
sos tomato - secukup rasa
kicap  manis - secukup rasa
1/2 sudu besar kicap pekat 
1/2 sudu besar sos tiram
secubit garam
Ayam - potong kiub 
sawi dan taugeh
sedikit air

Cara-cara
- Tumiskan bawang putih
- Masukkan cili kering dan tumis sampai cili kering masak
- Masukkan ayam dan tumiskan lagi
- Masukkan pula air (tujuannya nakkan aym tu masak dengan sempurna)
- Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis, kicap pekat dan secubit garam
- Biarkan bahan mendidih dan pekat
- Akhir sekali masukkan mee dan sawi. Bila mee dah masak sebelum tutup api masukkan pula taugeh. Kacau sebentar dan bolehlah dimatikan api.
inilah dia mee grg tak basah!

Nama tak penting okesss... yang penting rasanya sedap hingga menjilat sudu! kuikuikui... puji diri sendiri nie. Apa pun cubalah ye... rasa macam mee goreng bujang pun ye gak hehehe....








MoDe : seriusss... aku sekarang ini lebih gila dengan blog dari fb! apakah??? satu lagi rimas dengan orang yang tak paham bahasa! gigi sakit lagi laaaa.....

Wednesday, February 23, 2011

Sup Sayur

Sakit gigi! motif??? gigi bongsu sibuk nak kuar gak walaupun dah tak ada ruang untuk dia menyelit! Sungguh tak selesa tang nak gosok gigi tau. Bila time makan lak... alahai seksanyaaaaa wok. 
Sup sayur untuk org sakit gigi

Nasib baiklah ada ubat gigi COLGATE SENSITIF, alaaa... yang dalam iklan tu, kekononnya minum air sejuk tak rasa pe2 selepas gunakan ubt gigi tu. Ye betul! memang berkesan lah... waaa makcik promote ni kikikikih.... imbas semula disini


Menu malam nie hanyalah sup sayur khas untuk org sakit gigi! mudah, cepat dan senang telan hahahaha....


Tumiskan saja bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga kekuningan. Masukkan kentang dan tambahkan air. Bila kentang dah empuk masukkan carrot. Kemudian masukkan pula cendawan. Lepas tu masukkan pula sawi dan soun, matikan api. Jangan lupa bubuh garam dan pati ayam secukup rasa. Nak lagi sedap perahkan limau dan taburkan cili api.








MoDe : tak tau nak kate ape sbb mode sekarang ni mmg tak ok! malas nak jawab phone yang tak penting....

Puding Roti Kuah Kastard

Knock.. Knock... naik pitam Mr Sunnies melayan kerenah Mrs Sunnies ni hah... kejab nak dinding itam, sekejab lagi nak putih, dah putih nak merah plak. Last2 putih yang menjadi pilihan hehehe.... apa pun renovation ni belum 100% siap! banyak lagi lubang yang nak kena tampal hahaha... sabar jelah dengan Mrs sunnies ni hah! stop!

Semalam dlm n3 fast of life roti pudingnya dah buat mrs sunnies terliur. Ibu mengandung ni takleh tahan kalo nampak makanan yang besh2... nasib baik semua bhn ada so.....
 puding roti kuah kastard
 sebelum bakar
 sesudah masak

Resepi ni aku ubah sikit... amik dari resepi HaNa's Family & fast of life


Bahan-bahan
8 keping roti - sapukan sedikit butter dan siat-siatkan
500ml susu segar
2 biji telor
2 sudu besar gula - resepi asal 4 sudu bsr
2 sudu besar butter - cairkan
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
1 kotak kecik kismis


* satukan susu segar, telor, gula, butter, tepung jagung dan essen vanila *
- susun rata roti ke dalam loyang pembakar yang sudah disapu dengan sedikit butter
- tuangkan bahan yang bertanda * ke dalam loyang hingga roti tenggelam. Biarkan selama 20-30 minit / sehingga roti menjadi kembang
-Taburkan kismis dan sedikit gula di atasnya
- Bakarkan dengan suhu 180c selama 30minit / hingga garing


Untuk kuah
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu kecik essen vanila
1 1/2 sudu besar tepung kastrad - letak 1 sudu besar pun ok
- Satukan semua bahan dan masak sampai kuah jadi sedikit pekat dengan api yang kecil
taraaaaa..... jemput makan semua!

Bahagian roti sucsess tapi kuahnya..... huwaaaa terpekat lah pulok! Takpa jangan putus asa okesss.... lepas ni boleh cuba lagi hehehe....





MooD : mari kita main masak-masak! takpe aku tak kedekut nak kongsi resepi ngee ngee ngee....

Tuesday, February 22, 2011

Jejak padi di Sekinchan

As Salam you all's..... ok n3 semalam mrs sunnies cite pasal makan nasi ambeng siap dengan piccas sekali kan? now i nak tunjuk kat you all jalan-jalan kat Sekinchan plak (wah... kemain minah ni berYou U plak)

Lepas makan kat warung ibu tu... tanpa dipinta my hubby melencong arah menuju puncak gemilang cahaya hahaha... Jangan meluat okess... melencong arah bertentangan dari jalan balik. Aku terpinga-pinga (yelah tu...) pandang kiri, pandang kanan... hubby drive je, wat dono kat aku yang tertanya-tanya dalam pikiran... Jalan mana nie? 

Aku : errr... bang, kita nak ke mana ni?
Hubby : Jalan-jalan....
Adohaiiii... dia nak main jawab soalan plak.

Aku : yelah... nak kemana? jauh dah ni....
Dia tersengih hehehehehe... aku pandang kiri, pandang kanan lagi. Jalan raya dah lah tak ok, sakit punggung mak youuuu terhentak-hentak! Akhirnya...

Hubby : ngeee... abang nak bawak ayang gie tengok padi kat Sekinchan!
Aku : padi??? besh..besh... nak nak... jauh lagi ke bang?
Hubby : tak taulah.... kita jalan jelah sampai jumpa!
Aku : ???? grrrrr ??????

Jalan punya jalannnn akhirnya jumpa gak padi dalam kawasan kampung (lupa lak nama kg tu) tapi silap taiming lah pulok! padi dah kena bajak lah.... huwaaaaaa dah kena tuai lorrr... 
 jalan kampung... beshnya kiri kanan ada padi 
 saliran air... syok woooo...
 padi dah kering... sob..sob..sob.. kecewa makcik!
 but i found gak yang masih hijo....
 cantik kan?
 time ni aku bertekak ngan hubby. Dia paksa aku berdiri kat sawah padi tu. Aku takut kot-kot ada pacattttt! 
 tengok tu aku pijak kat bahagian yang kering je... hihihi cepatlah snap!
 sempat singgah beli buah sebelum balik
 Sepanjang perjalan ada banyak gerai jual buah-buahan & mentarang. Kami beli buah mangga je...
Tunai kewajipan... kami singgah sembayang di masjid Sultan Ibrahim@Kuala Selangor

Memang puas berjalan hari tu, perut kenyang, mata pun kenyang gak! kami ada nampak gerai mee udang banjir@jalan-jalan cari makan tu tapi tak singgah pun malaslah! Tak syokya jalan kat situ banyak yang dah berlopak-lopak! Sakit punggung, sakit kaki mak ni hah hehehe.... 
Ekceli masa dah sampi kat Sekinchan tu, mata dah nampak kat tepi jalan, padi dah kena bajak tapi disebabkan kesungguhan hubby nak gak bawak biniknyaaaa tengok padi maka aku turutkan jua (dalam hati terharu Uuuu....) Luas perjalanan jauh pemandangan tak gitu kekawan?







MooD : sok paginya kami laki bini sakit kaki! huwa huwa huwaaaa....




Monday, February 21, 2011

Nasi Ambeng Warung Ibu

As Salam.... mrs sunnies masih lagi tidak berpuas hati dengan susun atur rumah sekarang ini tapi tak mengapa akan dibaik pulih secara perlahan-lahan okeyssss......

Ingat lagi tak n3 sebelum nie? yang mana ye (alaaaa... macik lupa lah) kat bahagian MooD tu ada tertulis nak makan nasi ambeng kat warung ibu kan? so hajat nak makan dah pun tercapai. Alhamdulillah takdelah ibu mengandung ni kempunan lagi hihihi. Orang kate bukan mrs sunnies kate ye... bila bersalin tak delah anak tu meleleh air liurnye kuikuikui.... ok stop!
 signboard warung ibu @ Tanjung Karang
 stail lama... macam warung kopi dolu-dolu
 moden... dalam pinggan je :)
 sisi lain...
 boleh makan kat luar kalau nak rasa angin original
 suasana dalam kedai...
rumah tuan empunya kedai

Ok misi diteruskan! Perjalanan dari Damansara ke Tanjung Karang memakan masa selama 1 jam (macam ayat UPSR je kikikih). Cuma aku nak sarankan jangan pergi pada waktu petang sebab jalan nak ke sane jem yang amat (kalau anda dari Damansara lah) Sepanjang perjalanan cuaca agak panas dan bahang walaupun baru pukul 11.30 pagi...

Akibat terpengaruh dengan selera Serina Chef Wan maka misi jalan-jalan cari makan pun berjaya! Cume nak komen jugak lerrrr... sebagai anak jati JAWA cewahhhhh.... makanan yang disajikan pada aku boleh tahan jeee rasanya. Takdelah sesedap yang Serina@Jalan-jalan cari makan wawarkan. 


Aku bayangkan nasi ambeng akan dihidangkan atas daun pisang dalam dulang kecik. Yelah nama pun nasi ambang kan? Rupanya kalau nak makan dalam dulang, kita kena mintak. Manalah kami tahu! Itu pun aku tengok dalam dulang tu tidak dialas dengan daun pisang sebaliknya dengan kertas minyak! Hubby mintak nasi ambang satu tapi dalam pinggan yang dia bagi huhuhu... Harga pada aku agak mahal, tak berbaloi dengan rasanya. 

Nasi ambeng 1 pinggan (bukan dalam dulang ye) rm7.00 + milo ais rm1.80
Yang hubby amik - ayam goreng, keluban, serunding kosong, mee goreng dan tumisan kentang.
Serundingnya terlalu manis, keluban pula bukan dari pucuk ubi, tumisan kentang dan mee goreng juga manis. Hah ayam goreng dia memang sedap!
Keluban agak mengecewakan aku, sebab tidak menggunakan daun pucuk ubi sebaliknya pucuk pakis tanjung. Rasanya juga tidak lengkap, kerana tidak ada rasa buah cekor atau pun daunnya. Ikan masin lagilah lansung tak ada! putus dah selera makcik wokkk kuikuikui...
Pertama kali aku makan kat kedai, air kena serve sendiri... aduuuhai airnya terlalu manis walaupun dah 2x tambah ais! 
Apa yang boleh aku puji.... kedainya bersih, ada pelbagai jenis lauk pauk,  ada soto dan tuan empunya kedai ramah, sentiasa tersenyum. 
Kedai dibuka dari pukul 11.00 pagi - 6.00 petang setiap hari (kalau tak silap aku)

Dari 5 bintang aku bagi 3 je.... Pada yang teringin atau tak pernah makan nasi ambang bolehlah cuba makan di warung ibu. Aku dari kecik dah biasa makan nasi ambeng so agak cerewet sikitlah... Ini cuma pendapat dan pandangan aku sahaja ye... Apa pun aku dan hubby enjoy hari tu.... nanti aku upload pic sawah padi kat Sekinchan pula ye.... 





MooD : ummm... lepas ni nak cari makan kt mana ye??? cari makan ke cari pasal? hehehehe.....

Sunday, February 20, 2011

Renovation Sekejab

Aku sekarang ini tengah mengemaskini rumah@blog.... Nak tukar wajah baru@lantai baru! Aku dah bosan dengan rumah lama sbb dah terlalu lama dengan dinding dot..dot..dot... 


Yang sebenarnya aku tak perasan pun en hubby dah pun tukar lantai rumah warna hitam. Asalnya memang aku yang mintak tetapi masalahnya sekarang nie macam tak sesuaiiii padan je dengan colum! Emmm... rasa macam pelik lak, dinding nampak besar tapi ruang menulis nampak kecik! Korang paham tak? kalau tak paham buat tak tahu jelah ye....


So.... untuk sementara waktu nie terpaksalah aku tutup pintu. Sori ye.... tuan umah nak buat renovation sekejab hehehe....

Ayam Masak Kicap

Today chef mrs sunnies nak tunjukkan satu lagi resepi iaitu ayam masak kicap lah! wahhh tetibakan jadi chef plak hihihi....

I tau you all mesti dah tahu resepi ayam masak kicap kan? mongaklah tu (bhs org nogori) kalau kate tak tahu? tapi aku tak pedulik nak gak share ngan korang.....
abaikan dengan piccas yang tak menonjolkan ayam

Bahan-bahan untuk 2 orang makan:-
Beberapa ketul ayam
1 ulas bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 tangkai cili besar merah - hiris
sedikit halia - ketuk
3 sekawan (kayu manis,bunga lawang&buah pelaga)
sedikit lada hitam - tumbuk kasar
kicap manis - secukup rasa
1/2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili dan sos tomato
sedikit garam
1 gelas air
1 biji kentang - potong 6

*Gorengkan ayam separuh masak terlebih dahulu (jangan lupa bubuh kunyit dan garam kat ayam tu)*
* Gorengkan kentang dan angkat*

Cara-cara:-
- Mula-mula tumiskan seketika 3 sekawan
- Tumiskan pula bawang besar, bawang putih, cili besar dan halia hingga naik bau
- Letakkan pula lada hitam, tumiskan lagi....
- Masukkan pula air, kicap manis,kicap pekat,garam,sos cili dan sos tomato
- Bila bahan sudah mendidih, masukkan pula ayam dan kentang
- Masakkan ia sampai ayam masak dan kuah menjadi pekat (ikut suka anda nak kuah banyak mana). Bolehlah diangkat dan di jamu bersama nasi PANASSSS hihihi.... 
Nampak tak ayam? kikikih....

Btw ini bukan menu semalam ye.... 
Sudi-sudikanlah mencuba resepi chef ni ye... Lagi satu, perasan tak boleh dikatakan setiap masakkan aku mesti ada sos cili dan sos tomato kan? Hummmm.....

Friday, February 18, 2011

Menguap.... apakah itu tandanya?

2 hari nie aku kusyuk betul menjahit manik tuk baju sendiri... semangat menjahit dah membara semula. Tak boleh tahan lor nak duduk diam sesaje... Pilihan jahitan simple je tapi nak siapkannye tu sampi sekarang tak siap-siap! Soooo... slow! Mayb sebab dah lama sangat berehat so ketahanan tangan tu dah kureng sikit :( stop!


Sejak petang tadi aku rasa badan letih dan lesu je, pukul 7.00 petang mata pun macam nak lelap. Tahan tahan.. tak baik tidor waktu magrib. Sebelum tu hubby ajak kuar pun aku malas. Sekarang nie sejak dari lepas semayang magrib aku dok menguap je... adalah 5 kali menguap! apakah itu tandanya.... kena tido? alahai... dalam fikiran nak tgk tv tapi mata dah tuju ke bantal je hah... 

Aku : bang... nak tau tak? ayang masuk nie dah 5 kali menguap
Hubby : ngantok tu... tidorlah
Aku : errrkkk.... 


Tidor lepas tengok cite APA SAJA.... FBI boleh tak? eh..eh.. lepas cite GALAKSI lah hihihihi.....




MooD : apa saja.... mrs sunnies wey :))

Sayur Kubis Goreng style Jawa

Kebiasaannya kalau kenduri orang jawa, sayur goreng nie akan menjadi salah satu pilihan makanan peberet, tak kiralah sama ada kenduri biasa atau pun kenduri kahwin. Selalunya gorengan sayur nie ada pelbagai jenis campuran, ada yang suka campur dengan kacang panjang, tahu kering, carrot atau kacang mata satu. Yang pasti bahan utamanya adalah kubis bulat, kentang dan soun.

Resepi nie aku derhaka sikit tau hihihi... ikut suka goreng je! Jangan marah mama kihkihkih...

Bahan-bahan:-
Kubis - hiris kasar (ikut suka nak banyak mana)
1 biji kentang - potong sederhana nipis
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 tangkai cili padi - hiris (suka pedas letak lebih)
2 tangkai cili besar merah - potong serong
sedikit ikan bilis
1 keping soun - rendamkan
sedikit kicap manis 
garam dan pati ikan bilis secukup rasa
sedikit air

Cara-cara:-
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili api  dan cili merah hingga naik bau (sy suka tumis hingga sedikit garing)
- Masukkan kentang dan tumiskan seketika. (api jgn terlalu besar takut nnt bahan tumis hangus plak)
- Letakkan pula sedikit kicap, kacau sekejab dan masukkan pula sedikit air. Biarkan seketika hingga kentang empuk.
- Bila kentang sudah empuk dan air kering, masukkan sayur kubis, garam dan serbuk pati ikan bilis. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan soun yang sudah direndam dan tumiskan hingga semua bahan masak dan sebati. Bolehlah ditutupkan api (sy suka sayur setengah masak sbb cruncy bila dikunyah)


MooD : rindunya nak makan nasi ambeng! ummm... nak ajak hubby gie Tanjung Karang, dengar-dengarnya ada satu warung nasi ambeng sedap sampi jalan-jalan cari makan pun promote warung ibu ni :)))

Thursday, February 17, 2011

Sayur Goreng Peria

Peria Katak / Momordica Charantia
Pasti ramai yang tidak suka makan sayur peria kan? pahit dan rasanya tidak enak. Tapi tahukah kita sayur peria ini banyak khasiatnya? 

Dulu masa kecik-kecik, aku sendiri tak suka makan sayur nie. Kalau mama masak, mesti aku mengeluh. Walaupun aku nie adalah seorang penggemar sayur-sayuran tp kalau sayur yang satu nie mesti aku tolak! Mama kate rugi tak makan, sayur nie elok untuk kesihatan. Itu dulu, sekarang sayur nie dah jadi salah satu sayur kegemaran. Hihihi... betul kate mama! 

Dulu aku pernah alami masalah kulit muka. Muka aku penuh dengan jerawat nasi. Bila kena cahaya matahari je, muka jadi gatal-gatal dan merah. Ramai yang tegur dan tak kurang juga buat memek muka jijik. Aku jadi susah hati, kemudian kazen kenalkan aku dengan satu product pencuci muka dari susu kambing jenama BELLINA COSMETIK. Memang kulit jadi cantik dan licin semula tp masalahnya aku kena bergantung sepenuhnya dengan sabun tu. Luaran saje pulih tapi dalaman tak ok. Yelah kebiasannya apa-apa saje penyakit kulit, ia akan melibatkan darah kan?

Jadi suatu hari tu suami aku (masa tu tunang lagi) kenalkan aku dengan seorang kawan yaitu kakaknya ada menjual product makanan kesihatan jenama Gamat Healin dan product muka AG2000. Gamat memang bagus untuk kesihatan dan kecantikkan cuma harganya boleh tahan mahal. OK now berbalik pada peria, Kak Aisyah nie lah yang bagi aku petua macam mana nak dapatkan kulit muka yang cantik dan licin tanpa perlu keluarkan modal yang mahal. Katenya banyakkan makan sayur peria. Sebab peria nie amat bagus untuk darah. Bila darah bersih maka kulit kita pun jadi cantik. Cara yang paling berkesan ialah dengan blendkan peria tu dan minum jusnya atau potong nipis-nipis jadikan ulam. Huhuhu... yang tu aku tak pernah try! Kalau tak nak blend, tumiskan dan makan dengan nasi panas2. Makan dengan roti keping pun sedap. Sejak dari tulah aku suka makan sayur goreng peria... rupanya rasanya tidaklah sepahit mana dan memang sedap pun! rugi tak makan dari dulu lagi hehehe... 

Ada petua nak kurangkan rasa pahit peria tu, lepas dipotong, basuh bersih-bersih dan taburkan sedikit garam / rendam dengan air garam dan biarkan seketika. Lepas tu bilas sekali dan bolehlah ditumis.
Sayur Goreng Peria
Bahan-Bahan:-
Peria
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
7 tangkai cili api - hiris
sedikit ikan bilis
garam dan pati ikan bilis secukup rasa
sedikit air untuk melembutkan peria

Cara-cara:-
- Tumiskan bawang merah, bwg putih, ikan bilis dan cili api hingga kekuningan
- Masukkkan peria dan kacau seketika
- Masukkan pula sedikit air, garam dan pati ikan bilis
- Tumiskan lagi hingga peria jadi sedikit layu dan bolehlah di angkat. (saya suka peria separuh masak)

Kelebihan Peria bukan sahaja baik untuk darah tetapi bagus untuk merawat kencing manis, darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan masalah-masalah lain. Malah masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air dari daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati akibat dari pengambilan alkohol -Sumber dari blog Segalanya Tentang Tumbuhan.



Mood : now kaki cepat sangat bengkak... apakah?

Wednesday, February 16, 2011

Putrajaya Part 2

Saksikan kesinabungan Putrajaya part 2... Encik hubby kekononnya nak jadi profesional photografer... so layankan jelah ye... lepas lepak kat presint 8, kami amik picas di jambatan Seri Wawasan... huhai... ramai betul pelancong!
 picas nampak cam kelabu je kan?
 ada gaya prof tak cik abe aku ni hehehe...
merenung masa depan! hahaha.... 
berangan lagiiiii....
 Masjid Putarajaya... 
Taman Wetland
golab lak ai...
jauhhhh menung!

Persiaran terakhir di Taman Wetland Putrajaya.  Kat situ kita boleh tengok kaki pancing asyik memancing! ntah ada ikan ntah tidak! nak berkayak pun boleh juga... Nyaman gak... cuma yang kurengnya bau tanah macam bau air longkang :( sbb kawasan tu masih lagi dalam proses baik pulih yakni mencantikkan lagi tempat tu... syok gak tengok 2,3 family berkelah.... selera je nengok dia org makan hihihi....

Puas berjalan 1 hari tu.... bila malam aku tak boleh tidor huhuhu... perut tegang lor... agaknya baby penat kot.... serik! tak nak jalan sakan lagi dah :-)

mood : ringannya rasa kepala bila kena cuci sambil urut-urut... legaaaa ehekehek....

Putrajaya Part 1

Sejak mengandung aku tak pernah lagi keluar rumah menghabiskan waktu 1 hari beriadah bersama hubby. Atas sebab keadaan diri yang tidak mengizinkan dan kekurangan masa suami yang terlalu sibuk dengan kerja. Jadi hari ahad tu kami menghabiskan masa dengan bersiaran di Putrajaya :-)

Langkah pertama, kami menuju ke ALAMANDA. Ummm... bunyik macam baru pertama kali datang je kan? Sebenarnya dah berkali-kali tapi saje je nak menggediks kat situ hehehe... Nama pun beriadah kan? Nasib kami agak baik, kebetulan kat situ ada pulak pertunjukkan tarian singa sempena CNY. Syiok gak tengok singa terlompat sane, terlompat sini hihihi....
baru sampai
action!
tengok tu bukan main tinggi dia lambung
orang belakang yg lebih penting memainkan peranan sebenarnya
Pertunjukkan tarian singa nie tak lama pun... tak puas nak tengok. Rasanye tak sampai pun 20 minit.... lagi pun tempat yang dia buat nie sempit dan kecik, laluan nak menuju ke food court.


Lepas Alamanda kami pergi rilekskan jiwa di presint 8. Berhadapan PICC  ada satu taman yang cantik, bersih dan tenang. Cuma yang tak syoknya hari tu cuaca tak baik... JEREBU!
bersih
luas
nampak tenang kan?
perhatikan betul2... nampak tak jerebu?
wahhh... kemain macik ni hehehe...

Memandangkan cuaca tak besh... so petang tu kami rasa badan cepat melekit dan lesu. Tapikan ramai betul pelancong yg datang, dan hari tu juga ramai gak pengantin baru bergambar ria di kawasan tu. Yang syoknya tak pasal-pasal perantin pun glamour Uuu.... sebabnya pelancong beriya sakan amik gambar dengan mereka hehehe... 

Ok lepas ni aku tunjukkan lagi picas di part lain ye ye ye.... 

Mood : SALAM MAULIDUR RASUL RAKAN2 BLOGGER.... 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails