klik klik ok!

Friday, March 25, 2011

Cranberry Juice

from google

Yeah... cranberry juice 100% pure, jumpa gak & dah beli pun masa jejalan kat OU petang tadi. 500ml Rm39.00 sahaja, rasa dia? Errr... tak try lagi hehehe... 

Product Details :-
CRANBERRY JUICE keluaran 21st Century adalah 100% asli tanpa gula diekstrak daripada kranberi yang segar,matang dan kaya dengan mineral termasuk kalium, kuprum, magnesium, kalsium, fosforus dan ferum. Kranberi juga kaya dengan antioksidan Vitamin A dan C serta unsur surih kebanyakan jenis vitamin B.

Kandungan asid organik kranberi yang tinggi yang menjadikannya bahan yang paling aktif. Kranberi mengandungi sebatian pelawan infeksi dipanggil tanin yang tepu untuk melawan infeksi bakteria termasuk E.Coli.

Untuk merawat dan menghalang infeksi pundi kencing yang sedia ada dan menolong menghalang infeksi pada masa akan datang, minum 12 hingga 16 aun jus kranberi setiap hari.

Kebanyakan minuman jus kranberi yang didapati di pasaraya mengandungi hanya 18% jus kranberi (baca label pada jenama yang terkenal, anda akan dapati anda telah membeli bukan jus kranberri yang tulen tetapi perasa kranberi, minuman bergula yang tidak berguna untuk rawatan masalah urinari). Jus ini tidak ditambah gula kerana tambahan gula pada jus kranberi akan menghilangkan kesan mujarabnya pada saluran kencing yang membuatnya tidak berguna untuk tujuan rawatan.
Product's Major Benefits

    * SISTITIS - Memberi rawatan efektif dan menghalang infeksi salur kencing yang bercirikan pembuangan air kencing yang kerap dan sakit disebabkan kewujudan bakteria dalam saluran kencing. Kranberi menghalang bakteria E.Coli daripada melekat pada dinding salur kencing, membersih dan membuang mereka sebelum mereka dapat melakukan kerosakan seperti yang dilaporkan dalam Jurnal American Medical Association 1994 (Mac 9); 271 (10); 751-754
    * BAU - Membantu mengurangkan bau tubuh yang tidak enak yang dialami oleh penghidap inkonfimens dengan cara penyahbauan salur kencing.
    * INKONTINEN - Membantu mengurangkan pembinaan mukus di dalam pundi-pundi kencing sehingga 50%, yang boleh menghalang kateter dan menyekat pengunaannya, untuk pesakit-pesakit yang memerlukan pelencongan urinari.
    * GOUT - Tindakan kranberi keatas ginjal menolong menghapuskan asid urik yang mana bila terhablur di sekeliling sendi tertentu menyebabkan simptom kesakitan gout.
    * Boleh mengurangkan demam.
    * Boleh menolong mengembangkan tiub bronikal.
    * KEKEJANGAN OTOT - Kandungan kalium dalam kranberi dapat menolong mengurangkan kekejangan dan kekejangan otot.

Sumber dari Vitamin 21 century


Dah beli jangan tak minum plak ye mrs sunnies.

22 Minggu 4 hari sudah vs Biarlah Rahsia

Today kandungan mrs sunnies dah cecah 22 minggu 4 hari, sungguh teruja dan tak sabar nak tunggu kelahirannya :) Sekejab je masa berlalu kan? Minggu depan dah bulan 4, pastu pejam celik, pejam celik dah bulan 7, ish... happy, teruja dan takut pun ye gak hihihi... 
 Kecik je perut kita kan? sape tak nampak kita tak nak kawan! ngeee....
 Kandungan 22 mingggu. Baby kita sekarang dah jd macam nilah. 
Pak google pinjam pic ye :)

Alhamdulillah, sofar so good kate Doctor hihihi..., baby ok, membesar dengan normal dan ukurannya juga sempurna. Mama baby juga ok, tekanan darah normal, uri dah naik ke atas, kurang sikit je lagi ada kat bawah dan kandungan gula dalam air kencing pun cantik, no sugar! yang pasti berat badan naik sekilo, bulan lepas 48kg, now 49kg oklah tu! 

Cuma mrs sunnies kerap buang air kecil terutama bila tidor malam. Doctor suruh cari jus buah cranberry yang pior tanpa gula, amat bagus untuk ibu2 mengandung yang kerap kencing terutamanya bila kencing tak lawas. Memang kerap kencing itu normal tapi adalah lebih baik di rawat supaya tidak dijangkiti kuman. Seeloknya dapatkan jus di farmasi, sebab kebanyakkan yang jual di pasar raya, sudah bercampur dengan pelbagai bahan dan kandungan gulanya amat tinggi!

Jantina? jeng jeng jeng.... BIARLAH RAHSIA ehek..ehek..ehek. Kita orang tahu dah apa jantina baby tu! 60% doctor kate tutttttttttttt....... memang tepat jangkaan dia masa scan bulan lepas. Tapi untuk lebih kepastian dan kepuasaan hati, kalau nak nampak lagi jelas, boleh sahkan lagi masa chekup bulan depan. But, the doc say 60% i know the baby is..... rahsia, rahsia hahaha....

Tak kisahlah, walau apa pun jantina kamu wahai anak, yang pasti Allah swt ciptakan kamu sungguh sempurna, cukup sifatnya, sihat walafiat dan cergas. Bila dewasa kelak, jadilah kamu anak yang soleh, beriman, berakhlak, bijaksana, berguna kepada bangsa dan agama. Bila mama n papa dah tua nanti, jagalah kami dengan sebaik-baiknya Aminnn.....

Kawan-kawan doakan kandungan mrs sunnies selamat ye. Semoga Allah swt permudahkan proses mengandung ku dan permudahkan proses bersalin ku. Mudah-mudahan segala-segalanya berjalan dgn lancar dan selamat. AMIN.




MoDe : Syukur Alhamdulillah atas kurniaan mu Ya Allah :)

Thursday, March 24, 2011

Kasi licin itu rumah!

Tajuk n3 macam suspen je kan? Persoalannya rumah siapakah itu? dah pukul 10.00 malam ni hah, jangan buat memain... hehehe... rilek you all, jangan panik.


Dah 2 hari Mrs & mr sunnies kerja kuat, habis tenaga, berhempas pulas mengemas rumah, eceh ceh... kekonon nak bagi tau ler kita orang ni rajin tahap melampau! Jangan korang kate kami malas sudah ye hahahaha... 
 Pak Google, makcik pinjam gambor ek?
Sebenarnya, sedia maklum mrs sunnies kan nak sambut baby tak lama lagi, errr... bulan 7 lah baru bersalin. Ehhh... walau bulan 7 pun, dari sekarang dah kena kemas kan? Yelah masa kan cepat berlalu, kalo dok asyik tanguh2 je, kang tup tup dah terberanak baru nak kemas umah? Ahhh... kerja gila tu! 

Alah... bukanlah kemas beriya mana pun, kami ni kan dok menyewa rumah appt, so keluasan rumah kami memang terhad! Jadinya kami sekarang, sedang melapangkan rumah seperti di atas. Biar betul? hihihi... tak delah, cuma buang barang2 yang lama je @ dah tak pakai lagi. Contohnya, kotak2 lama masa pindah dulu dan barang-barang kerja mr hubby and mrs sunnies, yang dah tak berguna lagi harus di buang. 
 Pinjam gambar pak google lagi!
Kalaulah kami dapat bilik macam di atas ni, bestnyalah. Appt yang kami duduk, bukan sahaja terhad dengan keluasan ruang tamu, tetapi bilik tidornya juga. Jadi kami sedang mengemas aturkan semula barang2 yang sedia ada, supaya nanti akan ada satu ruang untuk kami letakkan barang2 baby @ bilik untuk baby. Tapi tulah... dok mikir dan mikir, ummm.... nak beli katil baby ke tidak ye? sebabnya ruang bilik memang sempit!
Eh.. eh.. pak google lagi! jangan marah arrr....
Mrs sunnies dari dulu lagi, sukakan ruang tamu yang tidak penuh dengan barang @ menyemakkan mata @ makcik ni bukannya rajin nak mengelap habuk habak pun ngeee.... Cukuplah di ruang tamu tu ada sofa, tv kabinet n meja sudut. Macam dalam piccas kat atas ni, tak semak mata kan?

Dulu-dulu masa zaman kerja, asal dapat gaji je, selain dari menyimpan, mrs sunnies suka beli perabot & perhiasan rumah, bukanlah yg mahal2 punya, beli ikut kemampuan je. Syok rasanya, penat2 kerja bila balik, tengok rumah cantik rasa seronok dan berbaloi perah peluh mencari rezeki tp bila nak pindah, aduhaiiiiii seksanyalah! Barang perabot habis rosak dek terhentak-hentak, sayanggg wooo... tapi what to do? Sekarang serik dah, tak mau lagi beli barang2 yang akan menyusahkan kelak. 

Now misi hampir berjaya, tak sabar nak selesaikan dengan kadar segera. Wish me luck okey! Wahhh... bunyik macam misi besar je kan? hihihihi....




MoDe : penat sudah... nak tidorlah :) 

Masak Lemak Labu

Semalam mrs sunnies rasa macam terlebih rajin ketuk-ketuk kuali vs terlebih macam nak makan! hehehe... nafsu, nafsu... ish ni semualah ni menambahkan berat badan mr hubby! Errrk... tetiba dia plak yang jadi mangsa kan? Sepatutnya piccas ni dah masuk n3 semalam, tp yesterday my body not very oklah. Rasa macam nak demam je huhuhu... 


Bahan-bahan Lemak Labu
1/2 biji labu saiz kecil - potong 6
4 biji bawang merah
ikan bilis - agak2 ler nak banyak mana
1/2 biji santan kelapa
2 helai daun kunyit - koyak2kan
garam
gula
sedikit air
*Tumbuk lumat bawang merah dan ikan bilis*


Cara-cara
Dalam periuk, satukan labu, bahan tumbuk, garam, gula, sedikit daun kunyit dan sedikit air.
Biarkan air mendidih hingga labu setengah masak.
Masukkan pula santan dan lebihan daun kunyit tu. Perasakan sedikit dengan pati ikan bilis. Masakkan ia sampai labu dan santan masak dengan sepenuhnya dan bolehlah dimatikan api. Sentiasa kacau untuk pastikan santan tdk pecah minyak. (Semalam my labu terlebih masak ler huuhu)
Tak sah kalau masak lemak labu tak ada sambal ikan bilis kan? tak menyengat rasanya! Abaikan minyak yang meladung kat mangkuk tu hehehe...


Bahan-bahan Sambal ikan bilis
1 genggam ikan bilis - goreng dan asingkan
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - hiris
1 biji bawang putih - hiris
2 inci gula melaka - tumbuk/hancurkan
1 sudu kecil pati ikan bilis
secubit garam
air asam jawa


Cara-cara
Tumiskan bawang merah dan putih hingga harum.
Masukkan cili kering dan tumis sampai masak/pecah minyak
Masukkan pula secubit garam, pati ikan bilis dan gula melaka.
Tumiskan seketika sehingga cili kering bertukar warna merah kehitaman.
Masukkan pula air asam jawa. Biarkan mendidih hingga sambal menjadi sedikit pekat. Pastikan api kecil, takut hangus plak sambal tu kang.
Akhir sekali masukkan ikan bilis. Bila sambal hampir kering bolehlah dimatikan api.
Dah ada sambal, mestilah nak ada sayur berdaun kan? makan lemak labu sahaja pun tak cukup kalau kita tak tambah sepinggan sayur, tapi untuk resepi sayur ni malaslah mrs sunnies nak tulis. Kacang yo campak-campak je dalam kuali tu :)
Lemak labu dah ada, sambal pun ada, sayur lagi ada, jadi mrs sunnies gorengkan ayam sebagai lauk utama. Kan makcik dah habak, semalam my mode terlebih ketuk kuali plak ngeee.... lagi pun dah petang2 ni mana nak cari ikan? so sambar jelah apa yang ada kat peti ais tu hihihi...


Bahan-bahan Ayam Goreng Bawang Putih
4 ketul ayam
3 biji bawang putih - basuh dengan kulit-kulitnya sekali pastu ketuk/cincang.
garam - sekucup rasa
kunyit - sesedap mata
sedikit pati sedap
*Gaulkan semua bahan di atas dan biarkan selama 15 minit. Lepas tu dengan minyak yang tak berapa banyak, gorengkan ayam bersama-sama dengan bahan perapan hingga ayam masak dan kekuningan*
 wallaaaaa... jemput makan semua.
Last sekali, lepas kenyang makan nasi, kita orang cuci mulut dengan buah kundang masak manis tak hingat punya! hahahaha... saje je crop dekat pic tu, bagi korang terliuq sikit. Sedap wei tapi tulah, kundang nie lah yang menyebabkan mrs sunnies gatal tekak! aduhaiiii.... tulah makan tak hingat dunia kan? so sendiri tanggunglah :(


Psst... korang abaikan jelah piccas yang tak berapa nak menarik jiwa. Malas plak nak edit cantik2.






MoDe : Sok nak jumpa doc nak check perut. Tolonglah jangan demam ye... tak suka, tak suka!

Wednesday, March 23, 2011

Kueh Teow Goreng Kerang+Udang

Selamat pagi semua.... dah sarapan ke belum? mrs sunnies dah kenyang tahap sampai perut ke depan ni hah, hehehe... buruk benoh bunyiknye kan? bini sapa lah tu?  Today, kueh teow goreng kerang+udang menjadi santapan di n3 ini. Yeah, gas kat dapur dah ada so main ketuk ketuk kuali lagi lah ye :) Ok! makcik malas nak ceceh banyak, moh kita terus ke resepinya wokey.


Bahan-Bahan
2 genggam kueh teow
3 biji bawang putih - ketuk
1 sudu besar cili kering
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1 sudu kecik kicap pekat
8 ekor udang saiz sederhana
Kerang rebus
Daun kuchai
Togeh
saje je susun udang cam gitu supaya korang boleh nampak dgn jelas hehehe...

Cara-cara
Tumiskan bawang putih hingga harum.
Masukkan cili kering dan tumis sampai cili kering masak/pecah minyak.
Masukkan pula udang dan kerang. Tumiskan lagi.
Letakkan pula sos tiram. Tumis seketika dan tambahkan sedikit air.
Letakkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan kicap pekat. Biar air mendidih dah kuah menjadi sedikit pekat.
Masukkan pula kueh teow dan daun kuchai. Goreng sampai kueh teow masak.
Bila kueh teow dah masak, akhir sekali masukkan togeh. Gaul lebih kurang dan bolehlah matikan api.
Perahkan limau kasturi semasa makan.






MoDe : ummmm.... no idealah! ok2 je :)

Tuesday, March 22, 2011

Pengumuman... pengumuman....

Mari rapat, mari dengar... ini ada satu pengumuman penting bagi kaum ibu-ibu dan anak2 gadis di luar sana. Mahu nampak cantik? mengerlip? berseri-seri? ahah.... mrs sunnies ada satu cara tanpa perlu membuat pembedahan, pengleseran atau pun pengdietan! Ini bukan tipu2 punya tapi ini kenyataan. 


Dasyat kan? teruja kan? Ehhhh... nanti dulu jangan panik ok. Ini bukan iklan kosmetik atau pelangsingan badan ye.... ini hanyalah promosi mrs sunnies untuk anda semua sempena HARI RAYA yang bakal tiba, apa kate anda serikan busana anda dengan kerlipan manik dari sentuhan Sunnies Beauty Beads. Silalah ke belog INI dengan kadar segera.


Janganlah marah you all hihihihi... tumpang iklan kt sini je. 

Jom Makan Buah Strawberry

As Salam..... okey n3 kali ini, mrs sunnies tak nak cerita langsung pasal ketuk-ketuk kuali or masak memasak! Today mrs sunnies nak cite pasal kelebihan dan khasiat buah strawberry, makanan jugalah tu kan? 


Motif? dapur mrs sunnies sudah tertulis perkataan NO ENTRY! apa kes plak ni? HAHAHAHA... gas kat dapur dah habislah tu yang no entry! Huwaaa... pukul 7 pagi tadi gas habis, terjah kedai, kedai tak bukak lagi, nak tunggu lori gas datang, hujan plak, memang banyak alasan drebar lori tu! hubby plak tak boleh nak tunggu sampai kedai bukak sebab pagi ni dia ada appt kat Putrajaya. Jadi nak tak nak kenalah tunggu hubby balik tengah hari kang, baru boleh beli gas. Petanglah baru dapur berasap ye.... hoyey :) Moralnya? lain kali tolonglah gas jangan habis waktu pagi2 ye, susah wei! Errk... macamlah gas tu paham je kan?
Ok stop! now berbalik kepada cerita tentang khasiat buah strawberry. Mrs Sunnies percaya, ramai antara kita suka makan buah strawberry kan? warnanye yang merah menyala, baunya yang harum, rasanya yang masam2 manis dan bila kita gigit, terasa gigit biji2 kat buah tu kan? 


Tahukah anda strawberry sebenarnya kaya dengan antosianin yang mengandungi antioksidan yang tinggi dan juga kaya dengan serat vitamin C, potasain dan asam ellagic, yang mana buah ini amat baik di makan terus atau dalam bentuk seperti manisan, jus buah, pie, aiskrim, milk shake dan sebagainya. 


Apa yang paling bagus tentang buah ini ialah khasiat yang terdapat di dalamnya sangat bermanfaat seperti mencegah kecacatan tabung syaraf pada janin, vitamin B1,B2,C dan provitamin A yang membantu menghaluskan kulit, membuat kulit lebih cerah dan mencegah pengeriputan/melambatkan proses penuaan. Dalam pertumbuhan anak pula, ia boleh menjaga gigi dan gusi menjadi lebih sihat, membantu penyembuhan luka dan meningkatkan daya ketahanan tubuh terhadap infeksi.
Warna merah buah ini adalah di sebabkan ia kaya dengan pigmen warna antosianin yang dapat menjadi antioksidan. Kandungan khasiatnya yang cukup tinggi, berbanding dengan buah-buahan lain menyebabkan strawberry amat porpular dari segi mencegah kanser, stroke dan proses penuaan malah mencegah dari terjadinya radang atau alergi. 


Strawberry merupakan buah yang rendah kandungan gulanya di mana buah ini amat sesuai di makan untuk pesakit diabetis dan radang sendi. Sehari makan 8 biji buah strawberry sahaja, sudah mencukupi dengan khasiatnya. Ada juga yang kate makan buah strawberry sangat bagus untuk rahim dan kesuburan terutamanya untuk mereka yang belum dikurniakan zuriat. Apa-apa pun yang pasti buah strawberry memang bagus untuk KESIHATAN.


Nak tahu lebih lanjut tentang khasiatnya boleh baca sendiri di sini


I love strawberry so much hehehe... apa ingat dato Ct je ke yang suka makan buah ni? i pun suka juga tau... lagi2 kalau beli strawberry brand KOREA, memang manis rasanya.








MoDe : Hujan lagi.... jom sambung tidor :)

Monday, March 21, 2011

Spaghetti Olio Hot-Hot Manja

As Salam semua... dah makan tengah hari ke belum? 
Hari nie dalam dapur, ketuk-ketuk kuali, mrs sunnies buat Spaghetti Olio Hot-hot Manja gitu! Wah... tajuk kemain lagi kan? tapi rasanya dah bukan hot-hot manjalah, bila makan tadi terasa macam terlebih hot plak hehehe.... Today my felling rasa macam nak makan ala2 barat je, tekak nak jadi minah saleh lah pulok ngeeee.... 1st buat spaghetti olio ni tau :)
 Tergoda menggoda U.........

Bahan-bahan
1 cekak spaghetti - rebus dengan sedikit garam dan minyak. Tos dan ketepikan.
1 biji bawang besar - potong dadu kecik
2 biji bawang putih - potong dadu kecik
2 keping dada ayam - potong dadu
7 tangkai cili kering - gunting ikut suka
7 biji cendawan butang - potong ikut suka
7 biji olive hitam - potong bulat (tak nak letak pun boleh)
1 biji tomato - potong dadu kecil
1 biji cili capsicum hijau - potong ikut suka
1/2 batang carrot - potong ikut suka je...
1 sudu kecil serbuk kasar lada hitam
1 sudu kecil garam / secukup rasa
Sedikit Serbuk pati ayam
Sedikit serbuk oregano
Sedikit serbuk parsley - tak nak letak pun boleh
Minyak zaiton untuk menumis
Mewah dengan capsicum lah pulok!

Cara-cara
Tumiskan bawang besar dan putih hingga naik bau.
Masukkan pula cili kering, serbuk lada hitam kasar dan tumiskan lagi sampai bawang kekuningan.
Masukkan pula daging ayam. Tumis seketika@ayam bertukar warna putih, letakkan pula cendawan butang dan olive hitam.
Bila ayam dah masak dengan sepenuhnya, letakkan pula garam, serbuk oregano dan pati ayam. 
Gaul rata kemudian masukkan pula capsicum, carrot dan tomato.
Bila sayur-sayuran hampir masak, akhir sekali masukkan spaghetti. Taburkan sedikit serbuk parsley sebelum menghidang.

Psst... bahan nampak macam banyak dan rumit je kan? tak apa, jangan takut, kita masak gunakan apa saje bahan yang ada kat dapur! apa yang penting sedap tak hingat ok! kuikuikui... bunyik dah macam masuk bakul angkat sendiri je kan?







MoDe: heboh nak kemas rumah tp aku sampi laaaa ni wat dono je hahaha...

Pagi Ini Mrs Sunnies Sarap.....

Pagi nie tak tahu nak buat bekpes apa, rasa malas plak nak ketuk-ketuk kuali kat dapur huhuhu.... So this morning hubby belikan nasi lemak daun pisang and kuih muih.
 Optsss jgn salah pandang, mak buyong bukan mentedarah sorang2 ye.

Sebenarnya selama mrs sunnies duduk kat Bdr Sri Damansara nie, susah betul nak cari sarapan pagi yang best! Pilihan tu banyak tapi semuanya janji jadik je, rupa cantik tapi rasanya memang kureng gile. Sedih jugak, yelah kekadang tu terpikir dan tertanya macam mana mereka boleh berniaga makanan dengan rasa yang macam tu? just nak kaut untung je ke? bukanlah mrs sunnies nak kate yang diri ini terro memasak? idokkkk ler, cuma biarlah duit yang kita keluarkan tu berbaloi dengan rasanya ok.
rasanya kureng sikit huhuhu....

Tapi tak semuanya tak bagus ok, sarap pagi kat restoren Puteri pun sedap, cuma yang tak syoknya, nak parking susah sikit sebab kawasan dia sempit. Tak pun sarap kat kedai Nasi Lemak Cikgu Klana Jaya, itu pun kalau kaki rajin melangkah ler huhuhu... kalau makan tengah hari mrs sunnies suka makan kat Restoren Sambal Hijau Sungai Penchala, hah... makan tengah hari kat situ memang best, sebab mewah dengan pelbagai makanan. Kalau waktu malam pula kami suka makan kat Restoren Santai Kota Damansara, goreng-gorengan dia sedap juga.

Sofar tu jelah yang kami tahu dan suka, yang sebenarnya hubby punye peal, dia kureng suka nak cari2 tempat makan yang baru sebabnya kalau tak jumpa kedai tu atau termasuk kat kedai tu pastu makanan dia tak sedap maka muka dia macam nak bertukar wane HIJAU lah hahahaha....






MoDe : ummmm.... nak kemas rumah kasi buang barang lama lah :)

Sunday, March 20, 2011

Mee Hoon Goreng Taucu Banjir Telor Malam Hujan!

Hahahahaha..... terkujat tak dengan tajuk n3 ni??? boleh buat tajuk drama tak?
Nasib baik mrs sunnies dah ringkaskan, mula asalnya nak buh Mee Hoon Goreng Taucu Gelab Banjir Telor Malam Hujan! hah amik kau sekali nafas je kuikuikuikui.....


Hujan-hujan nie lapor plak perut, nak keluar malas, so main masak-masaklah kami kat dapur. Percubaan pertama kalinya mrs sunnies masak mee hoon goreng tauchu tau, tu yang macam tak berapa nak menggoda mee hoon makcik ni hah! ngeeeee.....
 Membukit telor dadar tu kan? hihihi... tu yang banjir telor!

Bahan-bahan
1 1/2 keping mee hoon - rendam
1 mangkuk kecil daging ayam - potong dadu
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu besar cili kering
2 sudu besar taucu - basuh dan toskan (letak 1 sudu besar pun dah cukup)
1 ikat sayur sawi
sedikit sos tiram - tak nak letak pun boleh
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit kicap manis 
1 biji telor - goreng dadar dan potong nipis2

*Tumbuk lumat bawang merah dan bawang putih*
Jemput jamu mata ye... 

Cara-cara
Tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan.
Masukkan cili kering dan tumis sampai pecah minyak.
Masukkan pula ayam dan tumiskan seketika, kemudian letakkan pula tauchu.
Tumiskan sampai ayam dan tauchu masak.
Letakkan pula kicap manis, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Gaulkan seketika.
Tambahkan sedikit air supaya ayam masak lebih sempurna
Masukkan pula mee hoon dan gaulkan rata-rata sampai mee hoon masak.
Akhir sekali masukkan pula sawi dan bolehlah dimatikan api bila semuanya dah masak. Hiaskan dengan telor dadar dan bawang goreng.

Psttt.... telor tu jadi banjir sebab mr hubby yang buat hehehe... dia goreng dadar sampi 2 biji telor tu yang membukit tu ngeee... thanx hubby :) Lagi satu, mee hoon tu nampak hitam sebab tadi mrs sunnies main curah kicap je, so hitamlah jadinya kakakakah.






MoDe : perut dah kenyang soooooo....... landing time hihihihi

Malas...... nak update n3!

Hari ini hari Ahad, hari ini hari malas, hari ini hari letih, hari ini hari tak ada mode, hari ini hariiiiiiiiiiiiiiii.............. malas update n3! Hahaha... macam ayat tadika je kan? hummm malas update konon, habis ni bukan update n3 ke mrs sunnies oiiiit!


Al kisahnya pagi tadi, lebih kurang pukul 9.30 pagi selepas sarapan di Restoren Puteri (tu pun nak bg tahu ke?), kami bergerak menuju ke Putrajaya, dengan tujuan yang sangat murni (wahhh.. murni gitu hehehe), nak tengok belon udara panas. Semangat waja ni, sampi je kat sane, masa tu dah pukul 10.00 lebih, kiranya masa tu matahari pun dah mencanak atas kepala. Cuaca pagi tadi panas sangat, masa tengah cari parking tu, kami tengok ramai dah orang, yelah hari nie last day pameran belon tu. 


Nasib kami baik, dapat parking yang oklah, tak jauh tak dekat dari padang tempatnya belon landing! Bertemankan payung hitam yang besar, mrs sunnies berjalan lenggang kangkong ala2 model payung gitu hahaha... hubby sabor jelah! Sempat jugalah hubby snap beberapa keping picass masa tengah mrs sunnies jalan tu, bayangkanlah slownya mak buyung ni jalan!


Sampai je kat padang, teng teng teng.... mana belonnya??? tak nampak pun? jangankan belon, orang belon pun tak ada! yang ada cuma helikopter kecik round2 kat kawasan tu, itu pun cuma sejibik je. Rupanya-rupanya belon udara panas tu cuma beraksi hanya pada waktu pukul 7.00 pagi sampi 9.00 pagi jeeeeee. Haiyakkkkkkkk........ miss lagi!!! awat dia orang buat sekejab nah? ingatkan last day ni lamalah sikit benda alah tu kat padang, atau kami ni silap padang???hahahaha... biar betik!


So dah alang2 sampai, kami jejalanlah kejab, nampaklah kuda, nampaklah bebudak kecik naik motor kecik and sekumpulan budak dengan mak bapak budak naik basikal roda 3 ( bukan basikal yang OKU tu ye) round2 kat kawasan tu. Lepas tu hubby ajak pergi ke satu lagi padang, jauh sikit dari padang helli tu, sebab kat padang lagi satu tu nampak lagi ramai orang, tapi apakan daya mak buyung dah tak larat and bad mode sebab hajat mula2 sampai tu nak tengok belon udara panas je huhuhuhu....


n3 kali nie malas nak update picass sebab malaslah, lagi pun picass tadi tak menarik pun huhuhu... malas nak cerita panjang sebab dah habis cerita pun huhuhu.... Sampai je rumah terus semayang zohor then terus ZzzzzzZzzz......... hehehehe....






MoDe : puas tidor tadi hahaha....

Saturday, March 19, 2011

Karipap Daging tak berapa cun!

Today mrs sunnies sarap karipap daging made by me hehehe.... Karipap daging ni tak berapa cun dan tak berapa nak menggiurkan lah. Bukan tak pernah buat tapi tak rajin tangan so paham-paham jelah ye (yang sebenor makcik ni keras tangan huhuhu). Nasib baik belog My Kuali ada resepinya maka mrs sunnies just copy (dah mintak izin kt tuan umah ye) the kulit karipap, and intinya mrs sunnies hantam sendiri hehehe....
 Karipap Daging

Bahan-bahan Kulit Karipap
4 cawan tepung
2 sudu besar majerin
1/2 cawan minyak
3/4 air
1/2 sudu kecil garam

Panaskan majerin dan minyak dalam periuk. Bila majerin dah cair, tutup api. 
Tengah panas-panas tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garfu hingga sebati.
Bila tepung dah sejuk sikit, campurkan garam dan air sedikit-dikit.
Uli sampai tepung tidak melekat ditangan. Simpan dalam fridge selama 1/2 jam atau nak gunakan terus pun boleh.
Gebu tak? hehehe...

Bahan-bahan Untuk Inti
2 biji kentang saiz besar - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu kecil
1 biji bawang putih - ketuk lumat
2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
2 sudu besar serbuk paprika - nak guna cili kering pun boleh (1 sudu besar)
2 tangkai daun kari
Sedikit daging cincang - sy guna jenama ramly
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit pati ikan bilis
Air


Cara-cara
Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan daun kari dan tumis lagi sampai bawang kekuningan.
Masukkan pula serbuk kari dan serbuk paprika. 
Masukkan kentang dan daging. Tumiskan seketika.
Masukkan pula air yang agak banyak supaya kentang dan daging masak dengan sempurna. Pastikan sentiasa kacau supaya tidak hangus bahagian bawah.
Akhir sekali masukkan garam, gula dan pati ikan bilis. 
Tumis sampai air betul2 kering dan bolehlah dimatikan api. Bila inti dah sejuk bolehlah buat karipap.








MoDe : Hari nie cuti masak... hoyey!!!!!

Friday, March 18, 2011

Ikan Kembung Masak Asam Pedas

Santapan dalam n3 nie, menu malam tadi ye. Al kisahnya petang semalam hubby ajak makan kat luar tapi mrs sunnies malas plak nak bersiap-siap then malas sungguh nak keluar rumah. My mode not ok yesterday. Entah macam mana masa tengah mandi tu tetiba teragak plak nak makan asam pedas! So main masak-masaklah kami di dapur hehehe....
 Ikan Kembung Masak Asam Pedas

Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 sudu besar cili kering
1 sudu kecil serbuk lada hitam 
1/2 inci halia - ketuk
2 tangkai daun kari - daun kesum tak de so guna daun kari jelah
1 biji buah tomato - potong 6
1 mangkuk air asam jawa
1 biji bawang besar - potong 4
6 tangkai bende 
Secubit halba - tak nak letak pun boleh
Sedikit gula
Garam secukup rasa

* Tumbuk lumat bawang merah dan bawang putih *
* Celurkan bende sekejab, tos dan asingkan *

Cara-cara
Tumis seketika secubit halba hingga bertukar warna hitam.
Masukkan bahan tumbuk, halia, daun kari dan tumis hingga kekuningan.
Masukkan pula cili kering dan serbuk lada hitam. Tumis lagi sampai cili kering masak@pecah minyak.
Masukkan pula air asam jawa dan buah tomato. Biarkan mendidih dan bolehlah masukkan ikan.
Letakkan pula garam secukupnya dan sedikit gula. Tambahkan air jika kuah terlalu masam.
Akhir sekali masukkan bawang besar dan bolehlah dimatikan api bila ikan sudah masak sepenuhnya.
Letakkan bende ketika hendak menghidang.
Kangkong Goreng Belacan
Walau dah ada bende tapi tak lengkap rasanya kalau tidak ada sepinggan sayur. Jadinya Sayur Kangkong Goreng Belacan menjadi santapan kami juga malam tadi.

Bahan-bahan
1 ikat kangkong
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
10 tangkai cili api
Sedikit ikan bilis

* Tumbuk lumat semua bahan di atas *

Tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan. Jangan lupa masukkan sedikit garam dan pati ikan bilis. Masukkan pula kangkong dan tumislah hingga sayur layu.




MoDe : letly ni my pinggang cepat terasa sakit bila bangun dari tidor or masa baring:(

Thursday, March 17, 2011

Sardin Masak Kicap

Terima kasih tidak terhingga kepada followers mrs sunnies yang ke 100 ye. Selalulah jenguk teratak mrs sunnies ni k. Oklah.... malas nak tulis panjang, now tataplah n3 Sardin Masak Kicap nie.
Nampak sardin 2 ketul je hah hehehe...

Bahan-bahan
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - ketuk
7 - 10 tangkai cili padi - hiris
1 keping asam keping
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap manis - lebih kurang 2 sudu besar
Sedikit garam
Air - sukat guna 1 1/2 tin sardin tu.

Cara-cara
Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga kekuningan.
Letakkan sos tiram dan kicap manis. Tumiskan seketika.
Masukkan pula sardin dan asam keping. Kacau sekejab dan masukkan pula air.
Biarkan mendidih hingga sardin masak dan kuah menjadi sedikit pekat. Jangan lupa masukkan sedikit garam.
Jemput jamu mata ye.....



MoDe : mendung-mendug ni.... mata jadi berat plak, sejukkkknya! 

Cekodok Ikan Bilis + Sardin Masak Kicap

Tataplah n3 kali ini dengan Cekodok Ikan Bilis + Sardin Kicap! Kuang...kuang...kuang... bebudak aliran sains rumah tangga ni, kompom gelakkan mrs sunnies wey... Apalah this menu pun nak update dalam n3 ke???? 


Halloooo suka hati makcik ler, best what bekpes cekodok ni? lagi-lagi kalau layan time hujan dengan kopi 'O' panas! fuhhhh... malaslah nak bising! kekekekeh...
Cekodok Ikan Bilis cicah sardin kicap

Bahan-bahan (utk 2 orang)
7 senduk kecil tepung gandum
1 biji bawang besar - hiris
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
Air secukupnya
Minyak

*Satukan tepung gandum, ikan bilis, bawang merah, garam dan air. Gaul hingga menjadi satu adunan yang tidak terlalu cair or pekat *

Cara-cara
Bila minyak dah panas, gorengkan adunan dan balik-balikkan hingga cekodok garing.
Sardin Masak Kicap

Sardin masak kicap ni memang peberet aku dan hubby. Makan dengan nasi panas, ulamkan dengan pucuk ubi rebus, tambah pula dengan ikan masin goreng, sedapnyalah! 

Ala... kacang je nak masaknya. Untuk resepi Sardin Masak Kicap ni, mrs sunnies update di lain n3 ye :)





MoDe : nak makan kek, tapi telah bertukar kepada tiramisu biskut hehehe....

Wednesday, March 16, 2011

Aduhhh... rasa nak makan kek lagi!

Alahai.... bila tengok blog Mat Gebu ada piccas Strawberry Cheesecake, tekak mak buyung ni, tak boleh nak tahan-tahan dah! rasa teringin nak makan tu, dah melampaui perut hah! huhuhu... (ayat tak leh tahan lor hahaha). 
Kalaulah dapat makan, semua kek macam piccas kat atas ni.... 

Macam mana ni? semalam baru je makan kek kat resepi rahsia. 2 hari sebelum tu pun dah makan kek gak! aduhai... minggu ni je kalo di kira-kira kolesterol mak ni, tinggi dah hah! bahaya.. bahaya... 
Serius... ketahapan mrs sunnies nak makan kek lagi tu tak boleh disekat sudah! TOLONGGGG!!!




MoDe : sakit perut laaaaah :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails