klik klik ok!

Friday, April 29, 2011

27 minggu 5 hari sudah ; -)

Google punya!

Alhamdulillah today my kandungan dah genab 27 minggu 5 hari. SubhanAllah tiada kata-kata yang dpt dijelaskan bila melihat bby semakin membesar dalam perut ini, lagi-lagi bila bby aktif bergerak. Kekadang tu gerakkannya rasa macam bergetar pun ye gak. Bila dia gerak je, mrs sunnies geletek-geletek perut pastu borak2 dengannya. SubhanAllah dia balas! lagi kuat dia tendang hihihi.... geli hati plak rasanya. Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan semuanya selamat hingga melahirkan :)

Cuma tadi masa chekup, mrs sunnies ada kencing kotor sedikit. Ummm.... doc suruh minum jus cranberry tp masalahnya bila minum, lagi kerap nak terkencing huhuhu... Doc pun pelik hehehe.... tak perlu dirisaukan sangat sebabnya normal ibu mengandung akan kena jangkitan kuman pada air kencingnya dan masalah itu boleh dirawat. Yang penting pencegahan itu lebih baik dari merawat, tak gitu? Tanya gak kat doc yang letly ni mrs sunnies kerap mengah dan berdebar. Doc cakap, bila mengandung jantung akan lebih banyak mengepam dan semakin baby membesar makin kerap si ibu itu akan rasa mengah. Kalau mengah itu terjadi hingga menyebabkan sesak nafas, itu bahaya dan perlu rawatan segera. Alhamdulillah setakat nie mrs sunnies tak sampai tahap tu lagi. Ish.... jauhkanlah.

Tadi masa scan, jantung bby ok, pembesaran kepala pun ok, hidung, mata, mulut, tangan, kaki, bentuk tulang Alhamdulillah semuanya ok. Uri pun ok dah tak kat bawah lagi :) Jantina? compom tak bertukar! dari usia kandungan 4 bulan sampai sekarang jantina bby tetap sama. So memang compom bby.................. tutttttttt ngeeeeee :)








MoDe : Ya Allah, KAU permudahkanlah proses ku mengandung dan permudahkanlah proses ku bersalin, amin. Tak sabar nak shopping baju baby :)))

Pisang Bakar & Aiskrim


Cuaca kat luar mendung, pagi tadi hujan turun lebat sangat tapi tekak ni bukannya kesah sejuk ke tidak. Dari kat klinik lagi mrs sunnies dah terbayang-bayang nak makan pisang bakar with askem. Sampai je kat rumah, tak agak-agak terus panaskan oven, capai pisang dan bakar. Kebetulan kat rumah ada buah strawberry, kacang pistachio & coklat syrup. Pisang bakar & Aiskrim ni asalnya mrs sunnies tgk dkt blog KAK YAN, takleh tahan wok hihihihi...tq kak :)


Pisang tu panas bila buh askim terus cair :)

BAHAN-BAHAN
2 buah Pisang - sy guna pisang berangan
Butter
Gula perang - sy guna gula organik
Aiskrim - sebarang perasa

BAHAN HIASAN
Kacang Pistachio/sebarang kacang
Buah Strwberry
Coklat syrup

CARA-CARA
Untuk Pisang - Atas dulang pembakar sapukan sedikit butter. Kemudian sapukan butter ke seluruh pisang dan taburkan gula diatasnya. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit atau hingga pisang keperangan.
Untuk Hiasan - Susunkan pisang diatas bekas yg bersesuaian. Kemudian letakkan aiskrim diatasnya. Susunkan buah strawberry, curahkan coklat syrup dan taburkan kacang pistachio. Sedia untuk dimakan!






MoDe : mama pesan kurangkan minuman yang manis2 nnt kena kencing kotor huhuhu.... td check, air kencing ada kotor sikit. Stop manis-manis ok!

Thursday, April 28, 2011

Lempeng Roti.......... Testing...testing


Testing...testing.... percubaan pertama membuat lempeng roti! Vavas the vommmm... not bad! wahhh... masuk bakul angkat sendiri nie, macam mana tu? Hihihi.... ok, ini bukan menu tengah hari kami ye, nie pagi tadi punya. Ketuk ketuk kuali kali ini, temanya main hantam jelah kuikuikui....


Kita selalu buang roti kan? lagi2 kami yg duduk 2 orang, kekadang tu 1 bungkus roti ada balance sampai 5, 6 keping tak termakan. Tak nak membazir, selalunya kalau tak buat cekodok roti ikan bilis atau pizza roti, mrs sunnies akan bubuh dalam peti ais untuk hilangkan bau bauan yg kurang enak. Untuk kali ini, mrs sunnies cuba buat lempeng roti! saje try test, mungkin kat luar sane dah ada yg buat, but for me, ini pertama kali loh ngeeeee....



Lempeng roti nie tak akan cantik macam lempeng tepung dan cara masaknya juga kena lama sedikit sbb lempeng ni kena masak garing baru sedap, kalau tidak nnt macam mkn tepung mentah je (adunan pertama tak berapa jadi huhuhu....)


BAHAN-BAHAN
7 keping roti
1 biji Telor
Tepung gandum
Air panas
Garam


CARA-CARA
Bahan lempeng roti - 7 keping roti dibuang kulit tepinya dan disiat kecil2. Rendamkan dalam air panas hingga kembang. Kemudian lenyekkan. Gaulkan dengan tepung hingga menjadi satu adunan sebijik macam lempeng tepung. Letakkan telor dan garam secukup rasa dan gaul lagi. Tambahkan air lagi, pastikan adunan tidak tertalu cair atau terlalu pekat. Adunan akan nampak bergentel so jangan risau.
Cara masak - Dalam kuali leper, ratakan sedikit minyak. Bila kuali dah panas, letakkan 1 senduk adunan dan ratakan nipis (macam lempeng tepung tu). Masakkan hingga kedua belah garing. 








MoDe : selalu terjadi dalam diri, bila benda yg diminta tercapai, mst akan timbul rasa bersalah, menyesal dan kasihan! aduhaiiiii... syuh2 buang jauh2 sifat tu :(

Wednesday, April 27, 2011

Sup Sayur Simple


As Salam... baru dapat bersiaran guna line, semalam satu hari terpaksa guna berukband sbb line kt rumah kami kena sambar petir. Huhuhu... petang semalam kami tak ada kat rumah, hujan lebat sangat, sampai rumah dah malam, sedar2 je line intenet tak ada! Kali nie kami pujilah TM Net sbb cepat dan tangkas. Ikutkan mereka kate akan settel dalam masa 72 jam tp rasanya tak sampi pun. Ok lah tu kan!

Ok! Now berbalik kepada SUP SAYUR, mrs sunnies suka sgt makan sup sayur, terutama sup sayur sawi. Kekadang tu kalau dah tak ada sawi, kubis saje pun jadik, yang penting buh kentang dan soun. Mr hubby pun suka, kalau dah malas sgt nak ketuk kuali lebih2, just masak sup sayur, goreng ikan selar dan goreng ikn bilis berlado je, mmg sudah cukup menyelerakan kami :)



BAHAN SUP SAYUR (sy guna apa saje yg ada kat peti ais)
1 ikat sawi
2-3 helai daun kubis - potong kasar
1 keping  fish cake - potong tebal
1 biji kentang - belah 6
Soun - rendam sampai lembut

BAHAN TUMIS
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
Sedikit ikan bilis
Sedikit pati ayam 
Garam secukup rasa
Air


CARACARA
Bahan Tumis - Tumiskan bahan hiris dan ikan bilis hingga kekuningan. Masukkan kentang dan tumiskan seketika. Masukkan pula air. Biarkan mendidih hingga kentang empuk. Letakkan pula fish cake, garam dan pati ayam. Bila dah mendidih, masukkan kubis. Biarkan kubis hampir layu, barulah dimasukkan sawi dan soun. Bolehlah matikan api, supaya sawi tidak terlalu masak dan soun tidak terlalu kembang. Mudahkan!








MoDe : Senyummmmmmmmmmmm lagi dan lagi :))))))

Tuesday, April 26, 2011

Ikan Pekasam Pekan Rabu

As Salam semua, semoga hari ini adalah hari yg lebih baik dari semalam :) Masih terasa kat tekak nie kesedapan ikan pekasam yang mrs sunnies goreng semalam. Percaya atau tidak masa awal2 mengandung time mengidam nak makan yang bukan2 time mengada-ngada, ikan pekasam adalah slh satu benda yang mrs sunnies nak sangat. Pendek kate kalau dah nak tu, time tu jugak nak!


Haru biru juga mr hubby nak cari! yelah mana taknya, yang ada jual kat kedai2 tu mrs sunnies tak nak, nak yang dekat PEKAN RABU je! Ayoyoyo cerewet betul! pakal mengandung kalo tak maun kena booo layan je. Puas jugalah mr hubby calling member2 dia, yang ada kampung kat Kedah, nak kirim ikan pekasam.  


Lepas berbulan masih tak dapat, mrs sunnies diam. So mr hubby igt dah tak ngidam lagi lah tu, no..no..no... nak masuk 5 bulan, sekali lagi mrs sunnies merengek nak makan ikan pekasam. Hah sudah! garu kepala lagi mr hubby, last2 dia kate jomlah kita pie Kedah! 


Google punya!

Dah namanya rezeki, kebetulan my frend n family (dah macam keluarga sendiri) nak hantar bini dia balik Kedah sebab bersalin dan berpantang di kg mak nya. Tau2 je, dia dah belikan 2 bekas ikan pekasam! Yahooooo.... syukur Alhamdulillah :)




Ikan pekasam ni sama je macam ikan masin, bezanya ikan tu disalut dengan beras tumbuk, berair dan baunya pun kurang sikit. Cara pembuatannya juga agak rumit. Ikan pekasam ada pelbagai jenis tapi ramai yg kate, ikan pekasam talapia yg paling best! Yang penting, mesti simpan dlm peti sejuk, supaya tahan lama dan letak dalam bekas kedap udara, kalau tidak 1 peti ais bau harum! (maafkan sy kalau penerangan sy ini salah). Beras tumbuk yg disalut di bdn ikan itu yg MENYEDAPKANNYA, bila kita goreng garing2 akan ada rasa cruncy sikit.


BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan pekasam
1 labu bawang besar - hiris
5 tangkai cili padi / cili kering - hiris
1 biji limau kasturi


CARA-CARA
Dengan sedikit minyak (macam nak grg ikan masin) gorengkan ikan pekasam hingga garing. Angkat dan ketepikan. Guna minyak yg sama, gorengkan bawang besar, cili padi/cili kering hingga garing. Taburkan di atas ikan pekasam dan perahkan limau. Sedap di makan panas2 bersama dgn nasi panas. 








MoDe : senyummmm dalam panazzzz!

Monday, April 25, 2011

Ketam Masak Lomak Cili Padi

Terlebih ngam dgn mangkuk ai, sbb saiz dia besar punya!

Podeh menyengat, makan tak hingat! Memang podeh masak lomak cili padi den ni hah! hehehe..., Ok! ini adalah n3 last mrs sunnies tayangkan lauk yg kami beli masa jcard day hari tu. Ye tahu, korang mesti muak kan? dari hari sebelum-belumnya, mrs sunnies dok cite pasal jcad day je kan? ngeeee... nak buek camno? but dont wori yg nie last punya!!!


 Nampak tak cili kat badan ketam tu?

Ketam nie mrs sunnies beli 2 ekor je. Ah..ah..ah... jgn tanya cukup ke tidak? Cukuppppp you! bosar saiz eh, pueh makan!

BAHAN TUMBUK
15 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
garam secukup rasa

BAHAN KUAH
1/2 biji santan kelapa 
3 keping asam keping
2 batang serai - ketuk
sedikit gula
sedikit pati ikan bilis

CARA-CARA
Dalam periuk, satukan ketam, santan, asam keping, gula, pati ikan bilis, serai dan bahan tumbuk. Masak dengan api yang kecil. Hendaklah sentiasa kacau supaya tidak pecah santan. Tambahkan sedikit air supaya santan tdk terlalu pekat. Masakkan sampai santan dan ketam masak sepenuhnya.


Ketam tu dahlah podeh, goreng plak sayur kacang panjang. Guno cili padi laie, bertambah podehlah kita orang makan! Hihihihi.... walau podeh, makan bertambah-tambah tuuuu... Alhamdulillah.




But, the best part is IKAN PEKASAM!!! goreng garing2 pastu perahkan limau, buh plak bawang besar dan cili padi goreng. CILI PADI lagi!!! fuhhhhh.... sodap hingga menjilat jari :)))) Alhamdulillah atas rezeki mu Ya Allah. 








MoDe: Panazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!

Mushroom Soup With Garlic Bread


Selamat pagi Malayyyyyyysia! Kali ini dalam n3, hanya mushroom sup dan garlic bread menjadi santapan mrs sunnies. Alhamdulillah, menu ini adalah salah satu kegemaran kami. Mudah, cepat dan diet lorrrr... sesuai sangat untuk my hubby yg letly ni badannya macam dipam-pam hah! hehehe... jgn mare ye bang :) hakikatttt.... ngeee


 Taburkan serbuk lada hitam/putih sebelum di hidang

Roti perancis ni mrs sunnies beli masa bekpes kat dellifrance semalam. Baru-baru nie je kami try makan kt situ, selalunya just beli roti je. Sukalah bekpes kat sane skrg, sbb sedap! Roti dia pun, dari saiz besar sampailah saiz yg kecil semuanya ada. Takdelah mahal hage makanannya!


BAHAN MUSHROOM SUP
1 labu bawang besar - potong dadu kecil2
1 ulas bawang putih - potong dadu kecil
2 sudu besar butter
8 ketul cendawan butang - potong dadu/potong ikut suka je
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam - sy guna 1 sudu kecil serbuk pati ayam
2 cawan air
1/2 cawan whipping cream - boleh ganti dgn susu segar 
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit herba oregano leaves (tak nak letak pun boleh)


BAHAN GARLIC BREAD
Roti perancis - potong serong (guna roti keping pun boleh)
1/2 sudu besar butter
2 ulas bawang putih - ketuk dan racik halus
1 sudu kecil parsley flakes - boleh ganti dengan daun sup (racik halus)


Jemput makan semua


CARA-CARA
Untuk Mushroom Soup - Panaskan butter. Bila dah cair, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan cendawan dan oregano leaves. Tumis lagi hingga cendawan bertukar warna keperangan. Letakkan tepung gandum dan kacau rata. Tuang 2 cawan air. Bila dah mendidih, letakkan garam dan pati ayam. Kecilkan api dan kacau, supaya tidak hangus. Masukkan pula 1/2 cawan whipping cream. Sentiasa kacau dan boleh dimatikan api bila kuah mulai pekat. Sy suka taburkan serbuk lada hitam/putih untuk rasa pedas sikit :)


Untuk Garlic Bread - Dalam bekas, satukan butter, bawang putih dan parsley. Gaul rata. Sapukan kat bhg atas roti perancis. Bakar pada suhu 180c selama 5-10 minit atau roti keperangan. Kepanasan suhu oven adalah bergantung kpd jenis oven anda.










MoDe : petang ni rasa macam mls masak je, dah beberapa hari ni, suka masak tp bila makan, selera mesti kurang... alahai :(

Sunday, April 24, 2011

Ikan Siakap Sweet Sour

Hari Bumi, hehehe... nampak hijau je kan?

As Salam dan salam sejahtera. Jom masak, jom makan! masih lagi ditahap kerajinan maksima, hari nie dalam dapur, mrs sunnies masak Ikan Siakap Sweet Sour. Resepi asal adalah dari sini tapi mrs sunnies dah ubah sikit mengikut cita rasa sendiri. Bezanya CMG guna ikan kerapu dan mrs sunnies guna ikan siakap!


Jemput jamu mata semua

BAHAN IKAN
1 ekor ikan siakap
Serbuk kunyit
Garam
1 sudu besar tepung jagung


BAHAN SOS
1 batang serai - ketuk
2 tangkai cili merah besar - CMG guna cili kering
2 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar - hiris
1 biji buah cili benggala/capsicum hijau - potong dadu
1 biji buah tomato - potong dadu
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos thai life
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 gelas air
sedikit garam


CARA-CARA
Bahan Ikan - Ratakan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian taburkan tepung jagung, tujuannya supaya ikan tidak melekat semasa menggoreng dan lebih rangup!


Bahan Sos - Tumbuk lumat bawang putih dan cili besar merah. Ketepikan. 
Panaskan minyak, goreng serai seketika dan masukkan pula bahan tumbuk. Tumis hingga bhn tumbuk sedikit garing. Masukkan pula bawang besar. Tumis lagi sampai bawang layu. Letakkan semua bahan sos dan sedikit garam. Tuang 1/2 gelas air. Biarkan mendidih. Akhir sekali masukkan capsicum dan tomato. Kacau seketika/kuah jadi sedikit pekat dan bolehlah di matikan api. Tuangkan sos di atas ikan.



Terlalu kerap menayangkan menu? hai.... ai ni rajin ke dapur adalah kerna untuk melicinkan peti ais gara-gara memborong pelbagai lauk semasa Jcrad day di MV haritu. Mungkinkah esok menu di n3 ini ketam plak? hehehe... tungguuuuu!








MoDe: Hujan2 nie... selera perut jadi besar plak hihihihi :)

Saturday, April 23, 2011

Mee Kari



Jom kita makan sambil gosip-gosippan! hish... tak baik, tak baik.. no..no..no...gosip! Ok, n3 semalam mrs sunnies ada tulis nak buat mee kari kan? now sudah tertunailah! Tapikan hari nie, mode mrs sunnies tak nak ceceh panjang, sebab apa? sebab perut sudah kenyanglah hehehe...




BAHAN TUMIS 
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - tumbuk lumat
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
1/2 inci halia - ketuk
1 sudu besar cili kering
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1/2 mangkuk air  
Ayam - potong kecil


BAHAN KUAH
1/2 biji santan kepala
3 biji ubi keledek - rebus kemudian blender
2 keping asam keping
1 keping fish cake - hiris nipis
5 ketul tahu lembut - potong 2
Garam secukup rasa
sedikit pati ikan bilis


BAHAN MEE
1 mangkuk kecil kerang
2 biji telor rebus
1 tangkai cili merah - hiris nipis
4-5 batang daun sup - hiris nipis
Sawi - celur
Togeh - celur (sy suka makan mentah)
Bawang goreng
Limau kasturi


CARA-CARA
Untuk Tumisan - Dengan minyak yang agak banyak (sy guna minyak sayuran) tumiskan seketika kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Masukkan bahan hiris bersama daun kari. Tumis hingga harum. Letakkan pula bahan tumbuk dan halia. Tumiskan lagi hingga semua bahan kekuningan. Masukkan pula cili kering, bila dah pecah minyak/masak, letakkan serbuk kari. Tumis seketika, masukkan ayam. Kacau rata dan tuangkan 1/2 mangkuk air. Biarkan mendidih hingga ayam masak/empuk. Pastikan api kecil.
Untuk Kuah - Bila ayam dah empuk, masukkan santan, garam secukup rasa, sedikit serbuk pati ikn bilis dan asam keping. Biarkan mendidih. Masukkan pula ubi keledek yg sudah di blender. Tambahkan air lagi supaya kuah tdk terlalu pekat. Masukkan fish cake. Biarkan mendidih lagi/kuah masak dengan sempurna, barulah dimasukkan tahu lembut. Bolehlah dimatikan api bila kuah dah masak.
Untuk Mee - Letakkan mee ke dalam mangkuk, tuang kuah dan letak bahan lain. Perahkan limau sebelum makan :)


Jemput makan kawan-kawan






MoDe : Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati!

Friday, April 22, 2011

Udang Galah Masam Manis

Hari ini ketuk-ketuk kuali mrs sunnies, masak yang simple je. Semalam masa beli barang dapur kt Jusco MV, mrs sunnies ada ternampak udang wane biru melonggok-longgok dalam bekas. Bukan main besau saiz badan dia, takleh tahan loh, terus mrs sunnies amik 7 ekor (mesti korang kate, 7 ekor je?) ish... cukuplah tu, 2 orang makan je kan :)


 Harap maklum pokok ini tiada hubungan sulit dgn udang itu! 
Persoalannya, kenapa daun pokok sy berlubang-lubang? 
macam kena makan dengan siput tut je, dah cari, tak ada pun siput bab tu.

 Eh.... apa motif piccas ni??? cer cite..cer cite... 

 Tarraaaaa.... inilah udang galah masam manis!
Kate 7 ekor? nie nampak sekor je? 
ish... kang tunjuk lebih, korang terliuq pulak, ngeeeeee!

Bahan-bahan
7 ekor udang galah
1 labu bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili besar - hiris
sedikit halia - hiris
sedikit lada hitam - tumbuk kasar
1 biji buah tomato - potong dadu kecik2
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap manis
sedikit sos tiram
sedikit gula
garam secukup rasa
air - terpulang nak letak banyak mana


Cara-cara
Tumiskan bawang besar, halia,bawang putih dan lada hitam sampai naik bau.
Masukkan buah tomato. Tumis sampai tomato jadi lembik.
Masukkan pula udang. Bila udang sudah bertukar warna merah, masukkan air. Biarkan mendidih.
Letakkan pula semua bahan sos, sedikit garam dan gula.
Kalau suka, perahkan sedikit lemon. Bolehlah matikan api bila kuah jadi sedikit pekat.

Hok aloh pe cer ni? cer bakor...cer bakor... hehehe... 
hanya amimarz yang tahu! 
cian model tak berbayar ni, kabur piccasnya :)))


Seminggu ni tak payah pergi pasor, sebabnya semalam, kami dah borong sayur-sayuran, ikan siakap dan ketam. Wa cakap sama lu... seekor ikn siakap cuma rm6.oo je. Tak kisahlah saiznya besar mana, hage tetap sama! kami amik yang kecik je, 2 org makan kannnn... ketam pun kami amik 2 ekor je!

Menu untuk esok, mrs sunnies nak buat mee kari lah! cer jeles...cer jeles... hehehe..






MoDe: normal ke bila usia kandungan makin besar, jantung kita akan kerap berdegup? maksudnya cepat mengah, berderau dan cepat rasa pitam.

Thursday, April 21, 2011

Home Made Steak@Burger

Selamat malam semua, dah makan ke belum? makan apa? makan di mana? wahhhhh... kemain buzy body minah kecik ni kan? ngeeee...., hari ini dalam dapur, mrs sunnies ketuk kuali dan periuk lagiiiiii. Now my mode mmg rajin main masak2 dan mode nak snap piccas pun mari sudah ngee..., pagi tadi kami ada belanja barang dapur, so banyaklah sayuran yang kami beli, so tu tandanya kena lagi rajin masuk dapurlah kan? bunyik macam malas ke dapur jeeee kakakakah!


Jadi menu malam nie mrs sunnies buat steak@burger sendiri! you alls tau, masa mrs sunnies habaq kt mr hubby nak buat daging steak tu kan, dia dgn tak bersalahnya buat tanda soalan "hah? boleh ke?" amboiiiii... tak sayang mulutlah tu! tengok jari binik awak ler.... campak2 jadilah tu! wahhhhh... takbur dah ni hahaha....
 Besar dan tebal kan? jgn salahkn ibu mengandung, 
salahkan jari pak buyung sbb dia yang adun hehehe....
 Tapi.... walau tebal, yang penting masak didalam! 
gebus sungguh daging pakcik ni hah!

Bahan-bahan daging steak@burger
400gm daging cincang Ramly - sy guna 1 bungkus daging
1 labu bawang besar saiz kecil - potong dadu kecil2
1 ulas bawang putih - potong dadu kecil2
1 biji telor
sedikit tepung - apa saje tepung (sy guna tepung jagung)
sedikit garam
sedikit lada sulah putih/hitam
sedikit serbuk oregano 

Campurkan/gaulkan semua bahan di atas kecuali telor dan tepung. 
Bila dah sebati barulah masukkn telor dan sedikitttt tepung. Supaya bahan melekat.
Kepal dan leperkan mengikut saiz kesukaan anda. Kalau boleh nipis dan lebarkan saiz daging tu, sbb nnt masa masak daging akan kecut/mengecil.
Atas kuali leper/kuali buger, letak dan ratakan minyak zaiton/sayuran, pastikan minyak betul2 panas dan api kecil semasa memasak, sesekali kaup balikkan daging sampai daging masak keseluruhan. 

 Tak sah kalau tak ada kentang lenyek kan?

Bahan-bahan kentang lenyek
4 biji kentang - buang kulit
2 sudu besar mayonis
3 sudu besar susu segar - guna susu kotak je
sedikit garam
sedikit lada sulah putih/hitam

Rebuskan kentang sampai empuk.
Bila dah empuk, dalam bekas, satukan kentang, mayonis, garam, susu segar dan lada putih/hitam.
Lenyakkan kentang semasa masih panas. Kalau terlalu pekat tambahkan lagi susu segar dan mayonis.

Selamat menjamu mata semua. 
Optsss... lupa plak nak bg resepi salad dan sos steak!

Bahan-bahan sos steak
1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar (sy guna yang dah siap tumbuk)
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 1 cawan air
sedikit kicap manis - anggaran sy lebih kurang 4-5 sudu besar
sedikit kicap pekat 
sedikit sos tiram
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
1/2 gelas air

*Tumbuk lumat bawang putih dan halia*

Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkn lada hitam, tumiskan lagi sampi bawang kekuningan (api jgn besar nnt cpt hangus plak).
Masukkan 1/2 gelas air. Biarkan mendidih.
Letakkan pula sos tiram,kicap manis,kicap pekat,sos cili,sos tamato dan sedikit garam (semua bahan sos, boleh di tambahkan lg kalau rasanya kurang ummmp!) hehehe...
Sekali lagi biarkan bahan mendidih.
Letakkan pula air tepung jagung. Kena sentiasa kacau supaya tdk hangus. Kalau terlalu pekat tambahkan lagi air. Masakkan sampai sos masak ok!

Bahan-bahan salad
Daun salad - racik kasar (sebarang salad)
Kubis - racik kasar (tak letak pun boleh)
1 biji buah tomato - potong dadu 
3 biji buah zaiton dalam tin - potong nipis (tak nak letak pun boleh)
1 biji lada benggala - potong memanjang
1 sudu besar minyak zaiton
1 sudu besar mayonis
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam kasar

Gaulkan semua bahan di atas hingga sebati dan bolehlah di hidang!


Ok stop! panjang jela dah mrs sunnies bg resepi huhuhu... mmg rajin kan? daging steak ni kan, kalau korang nak jadikan daging buger pun boleh! rasanya lagi jimat buat sendiri, lagi pueh hatilah kalau makan! kui..kui..kui..., yang penting sayur-sayuran mesti kena ada ye, yelah dah tambah kalori banyak2 kenalah balancekan dengan sayuran ye tak?









MoDe: sakan betul macik sorang ni shopping! tak cukup semalam, arini shopping lagi! uh..uh..uh... binik sape lah tu??? :))))

Wednesday, April 20, 2011

Shopping VS Poning Palo Makcik!

Alhamdulillah, hari yang ditunggu dah pun tiba, hoyeh..hoyeh... today is Jcard Day!!! maknanya shop2 barang babylah! ape punya ayt ni mak buyung oiiiii!


Nak tau tak? seawal jam 9.00 pagi, kami dah keluar rumah tau (Mang aik awalnya?) Hallooo... takdelah terus tuju ke MV, wahhhh... gila ke apa? dari rumah mrs sunnies nak ke MV tu, tak sampai pun 1 jam lorrr. Saje je kami keluar awal sebab kami nak singgah bekpes dulu, itu ini, itu ini, adalah dalam pukul 10.00 pagi lebih sikittttt je kami sampai ke MV.


Dalam fikiran, masih awal lagi nie, parking mesti byk kosong tp YA AMPUNNNNN... osah orang MALAYSIA ni memang suko menyopping! dah hampir penuh you alls! 3,4 round jugalah kami carik parking! Itu baru parking, masuk je dalam jusco, yelah bajet kami datang awal, mesti orang tak ramai lagi kan? sekali lagi YA AMPUNNNNNNN.... biar betulllll!!! dari pukol berapa korang dah tercanguk kat MV ni? Peeeenuh! dah boleh gesel-gesel bahu hah! Memanglah pekara biasa, kalo orang berasak-asak time Jcard day, tp kami takler bajet orang akan ramai seawal waktu tu.


So tak nak buang masa, kami pun laju tanganlah capai barang2 yang di kehendaki sahaja! yolah tuuuuu....
Barang pertama yang kami capai, 1 set tilam baby + 1 pillow + 2 bolster, comfoter dan 1 pillow(sebagai tambahan) 100% cotton by Sweet Cherry. 30% diskaun, murah! tapi tulah untuk 100% cotton cuma ada satu kaler je and my hubby sukelah, sebab mmg kaler itu yg dia nok :)
Ok, sattel barang kat atas, kami capai pula, botol susu yang kecik (khas untuk isi air kosong), then pam susu(mama kate pam ni penting untuk pertama kali menyusu), mrs sunnies beli yang guna batteri so senang kerja macik, takdelah terkial-kial nak pam guna tangan hehehe... mahal rupanya pam ni kan? nasib baik ada diskaun, ramai jugalah orang amik jenama pureen ni, yang penting no BPA ok! 


Dah lepas amik pam susu tu, ternampak plak lapik getah dan kelambu so tangan ni capai jelah, dah alang2 kan... walaupun yang sebenornya tak ada dalam list! nge..nge..nge..
Settel! Jalan lagikkkkk, misi seterusnya, tab mandi baby. Jumpa! emmm..., tak banyak pilihan, dsign yang sama cuma beza kaler. Kami pilih tab mandi jenama sweet cherry, 2 in 1, tab mandi + tempat mencuci rambut (multi-functional tab), harga mahal sedikit dari yang biasa dan dari haritu lagi mr hubby dah berkenankan yang itu, so layankan saje.
Ok yang ni mrs sunnies mengaku memang tak ada dalam list tapi aduhaiiii... tang sikat rambut baby tu, perlu ke? yelah babykan kecik lagi, so tak payah sikat rambut pun tak apa kan? tapi nak buat macam mana dah teramik sebab dah terbekanan huhuhuhu... tang berus botol susu plak, boleh beli lain kali sebenarnya tapi memandangkan harganya murah dahtu tinggal sikit je maka kami sambarkan aje!
Stop! ini jelah barangan baby yang kami beli dulu, selebihnya insya Allah hujung bulan 5, tadi ni pun mama dah pesan, JANGAN beli baju baby dulu! pastu dia tanya kenapa beli pam susu awal sangat? mrs sunnies jawab, "tengah murah ma, tu yang kakak beli" mama jawab "owhhhh" kikikikih... mama oh mama.


Yang penting korang nampak tak 2 plastik jusco tu? ahah itu bukan barang baby ye, itu barang bapak baby! satu plastik, baju kemeja dan seluar, satu lagi tu tuala mandi. Hamboiiiiii... kemain pakcik tu, sempat je nak nyopping barang dia! mrs sunnies tak beli apa pun (bunyik macam merajuk je kan?) Bukan tak nak beli tapi dah tak sanggup nak berdiri! tak tahan..tak tahan... dengan peal orang , bukan setakat gesel2 bahu tapi dah tahap laga perut hah! sampai ada sorang promoter cina tu pesan kat mrs sunnies "jaga2 perut arrr.. hati-hati" hehehe.... 


Lemas dengan keramaian orang, ditambah plak dengan bau-bauan yang kurang enak, mrs sunnies naik pitam! pukul 1.30 tgh hari, kami dah cabut keluar sebab tak tahan sangat! mrs sunnies nak beli sandel pun tak jadi, bila tengok kat bahagian kasut sampailah ke baju bajan, huhaiiiii ramainya umat! Cuma kami ada sikit bengang kat satu budak chasier ni, blur semacam, ada diskaun dia kate tak ada! hai... pening ke apa? lepas tu plak, dia lupa nak tanggalkan tag, so bila lalu depan scanner, berbunyik-bunyiklah troli kami. Nasib baik gurd tu ok, baik hati, gurd tu kate "pekara biasa encik, jgn takut kami cuma nak cabut tag tu je, budak chasier tu pening kot sbb ramai sgt org hihihi" Tak mengapa di maafkan :)


Pssst.... terserempak ngan my kazen amimarz  n hubby, waaaaaa... shopping sakan ke? hihihi...








MoDe: letihhhh dalam kseronokkan! :)

Tuesday, April 19, 2011

Projek baru VS Kerja keras tangan?

Caya jangan tak caya! orang lain dalam blog, sibuk tunjuk n3 masakkan. Mrs Sunnies??? dok sibuk nak tunjuk benda alah di atas ni hehehe.... apa mau bikin dengan benda tu semua? Ada sapu tangan kecik, riben, glue gun dan kertas pembalut. 
Ahah... inilah projek baru vs kerja tangan mrs sunnies! no manik2 ok! YA AMPUNNNNN.... boleh jadi ke kerja tangan aku ni? mrs sunnies bukannya ada bakat pun, kalau bakat nak MENJAHANAMKAN tu memang ada terserlah sejak azali lagi! 


Sebenarnya, mrs sunnies nak buat door gift for my adik ipar wedding bulan 10 nie. Yelah, sementara belum terberanak, dari masa terluang lebih baik mrs sunnies buat sesuatu yang berfaedah kan? Tapi tulah, masalahnya tangan ni tak pernah lembut dengan kerja tangan, kalau setakat jahit manik tu anytime je beb! waaaaaa kemain takbur makcik ni hahaha!! Serius... berjayakah nnt kerja tangan keras ku ini?


Ala... kalau setakat gulung2 pastu buh reben buh bunga sikit, ahhhh.... kira orite lah tu! Lagi jimat buat sendiri dari beli yang dah siap :)) Chaiyok...chaiyok...!








MoDe: Ralat tengok perangai bebudak skrg. Tak boleh kena tegur lansung! Lagi di tegur lagi dia memberontak. Hai... janganlah ank kami nnt tak dgr kate.

Monday, April 18, 2011

Thanx to 'Story of Mama'

Dah 3 hari mrs sunnies tak bukak blog, then sekali bukak, tgk2 kt peti pesanan ada award untuk rumah saya! 


10Q so much to mama nor blog kerna bagi mrs sunnies award khas untuk followersnya. Sebenarnya mrs sunnies tak pasti betul ke ini awardnya? hihihi... kalau salah maafkan saya ye mama nor. Sepekara lagi, kena amik satu ke dua ye? hahaha... mrs sunnies amik sekali 2 daaaa... sekali lagi mintak ampun ya kalo tersalah lagi!
 Insya Allah mudah2an persahabatan ini akan berkekalan
Walau tidak pernah bersua muka, namun alam maya masih boleh mengeratkan hubungan kan?

Sekali lagi mrs sunnies mengucapkan, ribuan terima kasih to Story of Mama. Senyum tak perlu kata apa-apa.







MoDe : Puas sangat bila yang di ngidam semuanya dah dapat! Alhamdulillah... thanx ayh belikan kakak kek lapis masam manis sawarak :)

Friday, April 15, 2011

Salam Jumaat

As Salam semua dan selamat hari jumaat. Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik dari semalam dan semoga juga hari ini dan hari seterusnya kehidupan kita akan penuh dengan keberkhatan dan rahmat dari Allah swt. Semoga Allah swt melimpah ruahkan rezeki kita. Banyakkan selawat, beristighfar dan selamat beramal ye :)


Petua Murahkan Rezeki Menurut Islam


1. Banyakkan beristighfar dan bertaubat


2. Banyakkan bersyukur


3. Banyakkan bersedekah kepada yang memerlukan


4. Berjasa kepada ibu bapa dan ahli keluarga




Sekian sahaja untuk hari ini. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL







MoDe : Yeah my camera dah ok dan dah keluar klinik pun, but my mode not ok tu snap2 because........... no masak2 today! hahahaha..... pe punya ayat daaaaaa!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails