klik klik ok!

Friday, May 27, 2011

31 minggu 2 hari

Beginilah upenya bila dh cecah 31 minggu.
Google punya!

Alhamdulillah tadi kepala bby kat bawah 
dan uri kat atas.
Google lagi!

Salam Jumaat wahai rakan belog semua. Salam ceria dan salam penuh keberkhatan. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga hari ini dan seterusnya kita sentiasa mendapat keredhaan dan kerahmatan dr Allah swt... Insya Allah.


Alhamdulillah, hari nie genab sudah 31 minggu 2 hari usia kandungan mrs sunnies. Syukur alhamdulillah semuanya berada dalam keadaan baik2 sahaja.
Berat bdn mrs sunnies naik 2kg dalam masa sebulan! padanlah bila berjalan dh rasa macam itik je hahaha..., baby ok, jantung bby pun ok, ukuran tumbesaran bby pun ok, sgt bersesuaian dengan fizikal tubuh badan mrs sunnies dan jantina tetap sama! Compom dah tu.... :) 


Lagi 2 bulan InsyaAllah mrs sunnies akan bersalin. 2 minggu dr sekarang, mrs sunnies akan lebih kerap jumpa doctor hinggalah selamat melahirkan. Tadi doc bg pilihan sama ada nak bersalin normal or oparate? Mrs sunnies pilih normal but kalau keadaan tidak mengizinkn maka Mr sunnies mengizinkan doctor utk operate. Doc kate tunggu hingga saat nak melahirkan, lihat kepada saiz baby dan rongga pintu rahim sama ada boleh normal atau tidak sbb fizikal bdn mrs sunnies kecil je ni hah hehehe... 


InsyaAllah semuanya selamat, sofar ukuran bby memang bersesuaian dgn tubuh bdn mrs sunnies. Myb berat bby tak lebih dr 3kg, so doc saran kurangkan gula tetapi lebihkan lauk dan sayur-sayuran :) Ok doctor, sy menurut perintah!








MoDe : Jom kita makan sayurrrrrrrrr hihihi :)

Thursday, May 26, 2011

Aku terlebih lemak sudah!

As salam dan salam sejahtera rakan belog semua. Hari ini mrs sunnies mmg sudah terlebih lemak! Lemak2 itu dtg dari tangan turun ke perut terus melekat ke mata! 



 Ayam goreng itu memang menggiurkan 
hingga tidak sedar berapa ketul telah ku bedal!


 Sudahlah ayam menggiurkan, nasi plak mengancam gila!
 Huh... dari bekpes sampai makan tengah hari ai telan! (ish.. tipu tu)


 Tu dia... memang lemak itu menyeksakan perut ku! 
Oh perut maafkan aku. Kerancakkan mulut ku tak boleh nak tahan nafsu ku dari 
terus menerus menelan Nasi Lemak itu hahahaha... I am sorry!


 Nasi lemak itu tidak cukup menambahkan lemak ku. 
Maka aku sudahkan lagi dengan lemak yang lebih menyejukkan 
dan mengenakkan mata terus menelan. 


Walau rupa mu tidak cantik, oh Pisang Bakar dan Askem Cair 
tp rasa mu SEDAP! Aduhai aku makan hingga menjilat sudu! 
Taburan kacang panggang bersama anggur kering disiram pula dengan coklat syrup memang secocok di mulut ku itu. 
Hihihihi.... stop!


Motif? saje nak tayang piccas. Jangan marah arrrr... No resepi today sbbnya mrs sunnies dh pun paparkan semua resepi di atas sebelum ini :) 






MoDe : askem itu penawar tekak! yok makan askim banyak2 hihihi :) Gila! esok nk jumpa doctor jgn sok doc kate "awak ada kencing manis, drh tinggi" pengsan mak!

Wednesday, May 25, 2011

Maggi Kung Fu 30 minit!

Jangan sentap lagi bila tgk Maggi Kung Fu 30 minit ku hehehe....


 lepas makan terus rasa nak kung fu org hahaha....

As salam dan salam sejahtera wahai rakan belog semua. Dah makan belum? Kalau belum, mungkin ini boleh jadi menu simple untuk santapan anda :) Sebenarnya ini bukanlah menu tengah hari kami, ini malam tadi punya. Malam td malas nak upload atas sebab badan tak sihat. Dah 2 hari mrs sunnies tak berapa sedap badan. Tekak tak berapa lalu nak makan nasi. Tekak cuma selera nak makan makanan barat je, wahhh gitu, anak ai memilih tau! Serius mrs sunnies rasa macam masa mula2 mabuk dulu, sikap malas nak ke dapur dah dtg balik! paling tak tahan, mrs sunnies dah tak suka dengan bau2 tumisan! pastu asyik nk tidor je :(  Normal ke? bila dah 2 bulan terakhir akan alami semula semua tu?

tebal sungguh maggi ai tu kan?

Ok! sambung balik cer masak ye? sebenarnya maggi kung fu ni, mrs sunnies dpt ilham dari buku Chef Kamarul. Dalam buku, resepi asalnya ialah bihun kung fu tp mrs sunnies sudah kasi tukarlah! Dah lah tukar pastu derhaka lagi kikikikih.... lupa plak nk tgk time, masa masak betul ke 30 minit? wakakakaka.....


 nampak tak resepinya? tak nampak?

 ok ai kasi dekat sikit....

Tak puas gak?
 susah2 beli je buku masakkan nie. 
Tak rugi beb! 

BAHAN-BAHAN untuk mi
Bihun - 200gm (sy gantikan dgn 2 bungkus maggi)
Telur - 2 biji
Garam - secukup rasa
Daun bawang (hiris halus)
Minyak (untuk menggoreng)

BAHAN-BAHAN untuk kuah
Bawang putih  - 2 ulas (cincang)
Minyak masak  - 2 sudu besar
Udang - 7 ekor
Sotong  (tak letak pun)
Ayam  (potong dadu)
Sos tiram - 1 sudu bsr
Lobak merah - (sy gantikan dgn cendawan hitam)
Kailan - (sy gantikan dgn sawi pak choy)
Stok ayam - 1/2 cwn (sy gantikan dgn 1 cwn air)
Tepung jagung - 2 sudu besar (sy bancuh 1 sudu bsr je)
Cili padi - 2 tangkai (ketuk)

CARA-CARA
Untuk Mi - Dalam air menggelegak rebuskan maggi sampai masak. Tos dan ketepikan. Pukulkan 2 biji telor bersama dengan garam dan daun bawang. Kemudian gaulkan ke dalam maggi. Biarkan hingga telor meresap dan sebati. Gorengkan dengan sedikit minyak, angkat dan potong 4 berbentuk segi tiga.
Untuk Kuah - Tumis bawang putih hingga harum dan masukkan sos tiram. Kemudian masukkan pula ayam, udang dan cendawan hitam. Kaup balikkan dan masukkan pula air. Biarkan mendidih (sy perasakan sedikit dengan serbuk pati ayam). Bila ayam dan udang masak, masukkan pula sayur sawi. Kaup balikkan dan masukkan pula air tepug jagung (tambahkan lg air kalau kuah jadi terlalu pekat). Akhir sekali tuangkan kuah tersebut ke atas maggi yang telah digoreng tadi. 





MoDe : tekak perit huhuhu....

Tuesday, May 24, 2011

Saya nak tengok cite nie, tapi........

 Saya suka Johnny Depp!

Apa kes ni tetiba malam2 gini tayang poster wayang. Motif? sy nak tgk wayang tapi malas nak keluar, malas nak beratur, malas nak booking tiket! Takut dh booking tetiba tak jadi huhuhu... macam mana tu?


Sekarang nie kan wayang tengah rancak mainkan cite Pirates of Caribbean dan Nur Kasih. Untuk pirates of caribbien kami tak pernah miss tengok wyg sbb kami sudah jatuh cinta dengan watak Jack Sparrow. Suka sangat dengan wataknya yang gila-gila. Tapi untuk kali ini, boleh ke? mrs sunnies kan wanita mengandung, agak-agak boleh lepas tengok tak? Yelah, pesan org tua kalau mengandung jgn tgk rupa yang buruk2 nnt mengenan. Tak boleh percayakan benda cam gitu? tp tak boleh gak lawan kate org tua huhuhu... 


Mr Sunnies plak dok pujuk je, katenya nnt bila time Harry Potter kuar wyg, kompom takleh tgk sbb time tu mrs sunnies dh pun bersalin. Masalahnya sekarang, tiket penuh sentiasa! yang ada pun nak dekat waktu maghrib or tengah malam. Ish... waktu-waktu tu mmg tak bolehlah hehehe... takpe kita tunggu dah reda baru gie tgk ok!


Nak tengok ni jugak!!!

Cite Nur Kasih ni pun tengah hangat di perkatakan. Alahai... nak tgk jugak! Laman gossip, dalam fb or blog semuanya bercerita pasal Nur Kasih. Rata-rata semuanya kata best! Mana yg dh tengok, dia org siap pesan jgn lupa bawak tisu sbb mula je cerita hati sudah tersentuh. 

Lagi pun dgr ceritanya lepas ni Nur Kasih dah takkan di dramakan lg. So kalau nak tgk kesudahan episod drama yang lepas harus tengok wayang nie, lepas ni dah tak ada NUR KASIH lagi dah :)

Pendek kate sy nak tengok gak dua2 cite tu :)))))

Marble Coklat Cheese Cake

As Salam dan salam sejahtera wahai rakan belogger :) Motif pagi ini, jangan sentap tengok kek ku wakakakaka!


 Marble Coklat Cheese Cake
Resepi Asal : Kak yati 
      Mrs sunnies copy dari : Duniaku

Secara jujurnya sebelum ini (satu masa dulu) mrs sunnies pernah buat marble cheese cake dari sumber google tp syg kek tu tak berapa menjadi. Tak tahulah kat mana silapnya kek tu jadi terlalu kering dan rapuh. Masa tu saje try nak buat sebab dpt cream cheese dan butter free dari jiran yang bekerja di syarikat pengedar cheese. Mr sunnies pun tak berapa nak makan kek tu, mungkin sebab rasanya kureng sikit.
2 minggu lepas besday my adik, ntah macam mana mrs sunnies teragak nak buat marble cheese cake lagi. Yelah jemu plak rasanya setiap kali blk kg asyik bwk tiramisu je hehehe... 
Blog Duniaku ni dh lama mrs sunnies follow tapi resepi asal kek ni dari kak yati (thanx izzah igtkan sy). Dari blog duniaku nielah mrs sunnies copy resepinya hehehe... Alhamdulillah kali ini menjadik! Licin habis tak sampai 2 hari! Sampai tak sempat nak snap cantik2 pun... hubby pun suka hihihi...



Jom terjah resepinya


BAHAN 'A'
250gm mentega
5 biji telor
1 1/2 cwn gula halus - sy letak 1 cawan je
1 1/2 cwn tepung halus - guna tepung gandum je
1/2 cwn serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
1/4 cwn susu cair - sy gantikan dgn susu segar
*Ayakkan serbuk koko, tepung dan baking powder (satukan)


BAHAN 'B'
250gm cream cheese
3 sudu besar gula halus
1 sudu kecil essen vanila
1 biji telor




CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 160c
Sapukan sedikit mentega di keseluruhan dulang pembakar (guna bekas kek non-stik yg berlubang tengah)
Untuk Bahan A - Putarkan mentega dan gula hingga putih. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit-dikit berselang seli dengan susu cair hingga habis dan akhir sekali letakkn pewarna coklat/coklat emulco. Ketepikan.
Untuk Bahan B - Dalam bekas lain putarkan pula cream cheese,gula dan essen vanila hingga kembang (pastikan pemutar itu bersih dan kering). Masukkan pula telor dan putarkan lagi sampai gula hancur.
Tuangkan sedikit Bahan A ke dlm bekas dan tuangkan pula Bahan B. Selang selikan sampai bahan habis. Bakar selema 40-45minit/sampai kek masak. Cucuk dgn lidi/btg satay (sy guna chopstik) utk pastikan kek masak atau tidak. Kalau lidi licin itu tandanya dah masak tapi kalau bahan melekat pd lidi, tambahkan lagi sedikit masa.








MoDe : harap my kazen sabar... mr sunnies sibuk banget so tak sempat nak tunjuk step by step buang malware tu :(

Sunday, May 22, 2011

Roti Goreng Sardin

Dalam roti ada sardin
Resepi asal : My Resepi

Gud Moning Eberibody, happy sunday semua..... dah sarapan ke belum? ketuk kuali kali ini Roti Goreng Sardin. Ekceli pagi nie, roti grg sardin bukanlah santapan bekpes kami. Ini piccas hari tu punya ok! Tapi bolehlah di jadikan rujukan pada anda semua kot2 masih tercari-cari menu utk pagi ni kan? Silalah tiru resepi mrs sunnies ini. Resepi ni mrs sunnies dah ubah sikit. Biasalah anak murid mmg kadangkala derhaka manja dengan cekgu hahahaha....

 Kan dh kate ada sardin hihihi

BAHAN-BAHAN untuk inti roti
1 tin kecil sardin
1 labu bawang besar - cincang dadu
1 ulas bawang putih - cincang dadu
3 tangkai cili padi - racik halus
Sedikit lada hitam dan putih
Secubit garam
Sedikit sos cili, kicap manis, sos tiram dan sos tomato (*)
1 sudu besar jus lemon/limau kasturi

BAHAN-BAHAN untuk roti
8 keping roti
1 cawan tepung gandum - sy tambahkan 1 sudu besar tepung jagung
1 biji telor
Air secukupnya.
Secubit garam
sedikit serbuk kunyit
Majerin/butter

Silakan jamu mata semua :)

CARA-CARA
Untuk Inti - Dalam mangkuk, lenyekkan sardin bersama dengan sosnya sekali. Campurkan garam, lada putih dan hitam. Lenyekkan sampai hancur dan sebati. Ketepikan. Tumiskan bawang besar dan putih sampai kekuningan. Masukkan sardin. Dengan api yang kecil kaup balikkan sardin supaya tidak hangus. Letakkan pula semua bahan bertanda (*). Masakkan sampai sardin masak dan sedikit kering. Akhir sekali letakkan pula jus lemon. Kacau seketika dan bolehlah di matikan api.
Untuk Roti - Canai nipis roti terlebih dahulu (buangkan tepinya). Bancuh tepung gandum, tepung jagung dan telor dgn air secukupnya (macam nak buat goreng pisang tu). Sapukan sedikit majerin/butter di atas roti. Letakkan pula inti sardin di atasnya (macam buat sandwich). Celupkan roti dalam bancuhan tepung dan goreng sampai warna keperangan. 





MoDe : no idea!

Friday, May 20, 2011

Ayam Masak Merah

 Merah oh merah

As Salam semua... dah makan ke belum? kalau belum, jemputlah jamu mata ye :) Jangan segan2 nak tambah okes hehehe... Ketuk2 kuali kali ini adalah Ayam Masak Merah permintaan dari incik suami yg dh lama gila mengidam nak makan aym masak merah ni :) Tapi nak mai habaq ler, ini bukan menu hari ini, ini yg lepas2 punya. Al maklum ler dh lama tak bukak pintu, tu yg banyak lauk tersimpan je hihihi...

 Ayam ku berenang-renang dlm minyak hihihi...

Percaya atau tidak, selama bertahun-tahun kawin, inilah pertama kali ai masak ayam masak merah! Iye!!!! percayalah! Jangan di tanya apa sebabnya ok? Pastu plak main masak je! hahaha nasib baik jadi U..... Ok kita terus ke bahan-bahan ye... ceceh banyak2 nnt korang lari plak ehek..ehek..ehek.. (tp kalo tak confident jgn tiru resepi ai ok, nnt kalo tercery bery ai tak tanggung hihihi)

Jemput makan semua :)

BAHAN-BAHAN AYAM (utk 2 org mkn)
Beberapa ketul ayam 
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

BAHAN-BAHAN SOS
2 labu bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih - racik
1/2 inci halia - ketuk
1 biji buah tomato - potong dadu
1 sudu besar cili kering
2 - 3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos tiram
secubit garam
1/2 gelas air
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar kacang pis (tin punya)

CARA-CARA
Untuk Ayam - Basuh ayam bersih-bersih. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Dalam minyak yg panas, gorengkan ayam separuh masak. Tos dan ketepikan.
Untuk Sos - Gunakan minyak sayuran semasa menumis. Tumiskan bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kering dan tumis sampai cili kering masak/pecah minyak. Masukkan pula buah tomato. Tumis sampai buah tomato jadi lembik. Masukkan pula sos tomato, sos cili, kicap manis dan sos tiram. Kacau seketika dan tambahkan 1/2 gelas air. Letakkan bawang besar, ayam goreng dan secubit garam. Biarkan mendidih dan sesekali kaup balikkan supaya tidak hangus. Bila kuah mulai pekat letakkn pula kacang pis dan jus lemon. Kaup balikkan lagi sampai ayam masak dengan sempurna dan bolehlah dimatikan api. Hiaskan ayam dengan daun sup dan daun bawang.

P/s : untuk sos, tambahkan lagi semua bahan sos kalau rasanya tdk memuaskan hati :) Kalau banyak ayamnya lebihkan ler semua bahan tu ye, nnt ada yg kato ekau kedokut bahan plak hihihihi.....






MoDe : tak semua org betuah.... setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau dpt yg kurang pasti ada hikmahnya kan?

Best Friend Award ~ Tq Kak Yan :)

As Salam, salam sejahtera dan selamat hari jumaat my pren :) Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik dari semalam dan semoga hari ini dan selamanya kita akan mendapat keberkhatan, pahala, rezeki yg melimpah ruah dan kesihatan yang sempurna dari Allah swt ~amin~ Selamat Beramal Semua :)

Ok, lama tak bersiaran, ada beberapa n3 kenkawan yang mrs sunnies termiss nak tengok. Rindu wei nak baca blog korang semua :) Al maklumlah kg ai nama je pusat pelancongan (port dickson) tp berukband harammmmmm nak laju! lembab macam siput comel! geram sey, internet plak xde, ayh tak nak pasang katenya nnt adik2 leka dok godek internet je huhuhu..., so kalau mrs sunnies balik kg, mmg terputus hubungan terus dengan dunia IT! sadis kan? hahahaha.....

So nak dijadikan cerita, pagi tadi mrs sunnies jengah blog KAK YAN  then ternampak plak AWARD. Bila chek2 nama mrs sunnies tersenarai dari senarai best friend awardnya. Huhuhu.. terharu sungguh macik. TERIMA KASIH KAK YAN, sudi beri award ni walau kita baru kenal tapi kerajinan kak yan mengintai rumah mrs sunnies membuatkan mrs sunnies senang sekali :) Semoga hubungan kita akan terus berkekalan walau hanya di alam maya (tapikn satu hari nnt nak gak jumpa KAK YAN, KAK KASIHREDA dan lain-lain)

Ok mrs sunnies taknk listkan nama2 tapi pada semua kengkawan, kazen or sesiapa jelah yang dtg jengah, dengan besar hatinya, amiklah award ini ye sebagai tanda persahabatan kita :) JANGAN MALU-MALU, JANGAN SEGAN-SEGAN ok!

Thursday, May 19, 2011

Cuti panjang vs jalan-jalan cari pasal

Google punya!

As Salam dan salam sejahtera semua.... lamanya mrs sunnies tak bersiaran kan? dah berhabuk rumah kita ni hah, hari nie nak kena cuci habuk2 tu semua kalo tak nanti terbersin-bersin korang kang hehehe...

Ada yang ambik cuti panjang ke hari tu? Jalan2 ke mana korang? Mrs sunnies balik kg je, then sattelkan semua barang2 baby yang tak habis beli lg. Seronoknyalah, hari tu mrs sunnies bawak mama pegi Midvelly cari baju2 baby dan sewaktu dengannya. Ya ampun rambang mata you all's! tak tau nak pilih yang mana? semuanya cantik2! membebel-bebel mama kat mrs sunnies & adik! mana taknya baju yg kami pilih cuma nak yang cantik2 je, tp tak pikir pun bby boleh pakai ke tidak! Last-last kami biarkan je mama yg pilih semuanya hehe... kami? jalan2 cuci matalah kikikih....

Satu hari bersiaran mencari barang keperluan baby mmg seronok. Rasa tak puas je... memang tak puas pun, esok paginya kami keluar lagi tp bukan ke MV, cuma ke pekan PD je. Mama ajak pergi kedai kain nak cari bahan untuk buat barut baby, bengkung mrs sunnies & sarung bantal + cadar baby. Sebenarnya tak payah buat sarung bantal & cadar pun takpe sbb awal2 lagi kami dah beli tapi mama ekcited nak buat jugak, so layankan jelah. Alhamdulillah 2 hari bersiaran, semua kelengkapan sudah sedia, cuma tinggal sikit2 je lg untuk mrs sunnies. Insya Allah dalam masa 2 bulan lahirlah permata hati nie :)

No piccas today... nntlah mrs sunnies upload ye :)

To my kazen, blog angah takleh bukaklah huhuhuhu.... ada MALWARE :(







MoDe : letih tp happy :))


Wednesday, May 11, 2011

Pasta Goreng vs last minit punya kerja!

Pasta goreng ala basah gitu...

Selamat petang semua.... dah makan tengah hari belum? kalau belum moh makan petang dengan mrs sunnies.  Kita makan pasta goreng yang simple last minit punya kerja! Yes... ketuk-ketuk kuali kali ini cuma pasta goreng je. 


Al kisahnya pagi tadi, sebelum pergi keje, mr sunnies ada belikan mrs sunnies nasi kerabu dan sedikit kuih muih. Mrs sunnies cuma lalu makan kuih muih je sebabnya hari nie perut meragam sikit :( Then bila mr sunnies balik umah lebih kurang pukol 11.30pagi, dia tgk bungkusan nasi kerabu lansung tak berusik. Bukan tak sudi tp memang takde selera nak jamah nasi. Penyudahnya mr sunnies yg makan nasi kerabu tu hehehe....


Hot dog & fish ball tertimbus dalam pasta hihihi...

Kesian dia tengok bini dia dok melepek terbaring je, sambil tangan tu usap2 perut. Bila jam tepat kol 12.30 tgh hari, agaknya dia tgk bini dia masih lg di posisi yg sama hehehe... (osah pemaleh bini org ni!) terus dia tanya berkali-kali dan kali sampai naik lali dah telinga ni hahahaha... "Nak makan ape tengah hari ni? abg belikan", tak respond, "nak makan apa tengah hari nie?" tak respond gak, "nak makan apa tengah hari ni?" pun sama gak. Bila kali yg ke berapa ntah dok tanya soalan yg sama, terus mrs sunnies bangun, bukak peti ais, keluarkan apa yang patut then ternampak plak pasta. Ahah... jeng jeng jeng.... dalam masa 30 minit siap sudah pastu goreng ku sebelum mr sunnies keluar bekerja semula.


Jemput makan semua

BAHAN-BAHAN PASTA (utk 2 org)
1 mangkuk pasta - rebus dan toskan
3 tangkai daun sup - racik halus
sedikit serbuk pasley


BAHAN-BAHAN TUMIS
1 labu bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - potong dadu
1 biji buah tomato - potong dadu
sedikit serbuk lada hitam - sy guna yg kasar
sedikit serbuk cili kering - sy guna serbuk paprika
4 sudu besar sos spaghetti perisa cendawan - sy guna kimball
1 sudu bsr sos cili
1 sudu bsr sos tomato
sedikit kicap manis
6 ketul fish ball - potong bulat
1 batang hot dog - potong bulat
6 ketul cendawan butang - potong 6
6 ketul buah zaiton hitam - potong 4
1 biji buah capsicum merah - potong dadu
sedikit serbuk oregano
garam secukup rasa
sedikit air


P/s : sebenarnya semua bahan di atas tak ada sukatan pun, sy main campak2 je... 


CARA-CARA
Untuk pasta - Rebuskan pasta selama 10 minit/sampai lembut dalam air mendidih bersama dgn sedikit minyak dan garam. Tos dan ketepikan.
Untuk Tumisan - Panaskan minyak zaiton dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bwg putih sampai naik bau. Masukkan lada hitam dan tumiskan lagi sampai bawang kekuningan. Letakkan pula serbuk cili kering/paprika. Tumiskan lebih kurang 2 minit dan masukkan pula fish ball dan hot dog. Kacau rata, bila fish ball & hot dog masak masukkn pula buah tomato. Tumiskan lagi, masukkan pula sos spaghetti dan serbuk oregano. Kacau dan biarkan mendidih seketika, barulah diletakkan sedikit air (lebih kurang 1/2 gelas air). Letakkan semua bahan sos, cendawan, zaiton hitam dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sampai tomato lembik. Masukkan capsicum (sy suka capsicum di masak separuh masak). Pastikan sos tidak terlalu kering dan akhir sekali masukkan pasta. Gaul rata dan bolehlah dimatikan api. Taburkan daun sup dan serbuk pasley sebelum di hidang :)






MoDe : cuaca sgt panas skrg... perut sgt tak selesa sekarang... tekak sgt perit skrg... :(

Tuesday, May 10, 2011

Semug Nescafe & Sepinggan Buger Telor


As Salam dan selamat pagi eberibody hehehe... dah sarapan ke belum? Today my kuali only ketuk telor goreng je. Motif? malas nak ketuk lebih2. Motif lagi? sebab harini mrs sunnies sarap sorang2 je huhuhu..., awal pepagi mr sunnies dah keluar rumah, ada meeting tp pukul 8.30 sampai je opis dia bg tau meeting cancel!  So dia malas nak patah balik sbb pukul 10.00 ada appt at OCB Bkt Damansara.



Keseorangan di pagi hari, hanya di temani dengan semug nescafe dan sepinggan buger telor untuk santapan me & baby. Tak habis pun, baru makan 1/2, perut dah rasa kenyang. Berbakilah buger tu dalam tudung saji. Nnt sambung makan lagi ye hihihi..., tayang resepi? haish... melampau eh, buger telor pun nak tulis resepi gak ke? Jangan kasi malu ai ok!!! hahahaha... goreng je telor mata kerbau, buh lada sulah sikit, letak atas roti keping, pastu buh mayonis, buh sos cili, buh buah tomato dan salad. Walla siap sudah! Optsssss..... terbagi resepi lak wakakakaka...


Dapur mrs sunnies kena serang dengan sekumpulan semut (semut tu kategori macam semut api. Bila gigit sakit wooo). Dah 2 hari mr sunnies berusaha pelbagai cara utk menghalau sekumpulan semut itu termasuklah menggunakn petua org dolu-dolu. Sayangnya semut2 tu tak makan saman pun! Naik pening dah, puas cari kat celah mana punca semut tu suka datang tp tak jumpa pun. Tunggulah... sat gie mr sunnies balik, akan kami operasi habis-habissan dapur tu!








MoDe: Hujan oh hujan turunlah... tak tahan panas dah nie :(

Monday, May 9, 2011

Mee Hoon Goreng Sos Thai


Roses for Mother's Day.... yeah mrs sunnies dpt bunga ros tp bukanlah dari mr sunnies but dari seorang promoter kedai emas kat OU hari tu. Masa tengah jejalan tetiba ada seorang promoter bg bunga ros kat semua wanita yang lalu di depan kedainya. Thanx ye.... 


Ok berbalik kepada menu pagi ini. Today dalam n3 mrs sunnies mee hoon goreng sos thai menjadi santapan di laman rumah ini. Ketuk-ketuk kuali hanya yang simple sahaja. Rupa tetap sama cuma bahan dan rasanya sahaja lain sedikit. Dah 2 hari badan mrs sunnies rasa letih, nak masak pun macam malas je, nak makan kat luar lagilah malas! Malas nak bersiap, malas nak melangkah dan malas nak mengunyah! Ish... gila malas tu!!! Mungkinkah sebab cuaca atau pun mode mrs sunnies yg sentiasa berubah-rubah. Serius, tekak cepat kering dan badan cepat rasa panas, bila mandi rasa macam air tak melekat kat badan je. Ummmm.... apa-apa pun bby ok, sentiasa aktif bergerak sampai terkujat-kujat makcik ni hah hihihihihi.... Now berbalik semula pada resepi ok!



BAHAN-BAHAN Mee Hoon
1 1/2 keping mee hoon - rendam sampai lembut
1 ikat sawi 
2 biji telor ayam kampung - goreng dadar


BAHAN-BAHAN TUMIS
3 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar cili kering
2 keping dada ayam - potong dadu/potong kecil
6 ketul fish ball - belah 4
3 sudu besar sos thai - sebarang jenama
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap manis
secubit garam 


CARA-CARA
Untuk Tumis - Tumiskan bawang putih sampai baik bau. Masukkan cili kering dan tumiskan lagi hingga cili masak/pecah minyak. Masukkan pula ayam dan fish ball. Bila ayam dah masak, masukkan semua bahan2 sos dan secubit garam. Kacau rata hingga mendidih.
Untuk Mee Hoon - Bila bahan tumisan dah mendidih, masukkan mee hoon. Kacau rata dan tambahkan sedikit air (untuk melembutkan mee hoon). Gorengkan sampai mee hoon lembut dan masak. Kemudian masukkan pula sawi. Gaul rata dan bolehlah dimatikan api bila sayur dah layu. Akhir sekali taburkan telor dadar di atas mee hoon tu. Sedia dimakan!








MoDe: kenapa blog nie rasa macam lain je... rasa macam piccas yang di upload makin kecik je.

Sunday, May 8, 2011

Saje je nak tayang



Sebenarnya ini bukanlah menu makan malam kami, yang nie maggi haritu punya. Sesaje je mrs sunnies nak tayang kasi tangkap tak berapa leleh untuk korang wakakakaka.... Nampak sedap tak? ada sayur, hot dog dan taburan bawang goreng nyum..nyum..nyummmm... agak2 tak ada selera makan, cubalah masak maggi cara begini! 




Tapikan nak bagi tahu nie, gambor je nampak menarik, rasanya ummm... kureng sikit! Ntahlah macam tak berapa berkenan je kat tekak ni bila makan maggi mamee perasa ayam yang terbaru tu. Tak sedap wei! Macam rasa kunyit je huhuhu... tak taulah kat tekak org lain, yelah ibu mengandung nikan deria rasanya lain sedikit. Orang lain kate sedap, kita kate tak sedap! 


Malam nie tekak mrs sunnies hanya dilayan dengan roti keping cicah sambal ikan bilis garing. Piccas elek! habis dah melantak tanpa sedar yg mrs sunnies terlupa nak snap! so takdelah resepi untuk kali ini kui..kui...kui...








MoDe: senyum tp macam tak berapa nak senyum! macam mana tu?

Saturday, May 7, 2011

Shopping yang ringan-ringan je......

Just nak share kat Midvelly dari 6-8 May 2011 ada pameran for Mom & Baby Expo, Halls 1, 2, 3 Mid Valley Exhibition Centre. Tak lama lagikan mrs sunnies mom to be, so td adalah shopping sikit2 untuk baby. Baby je... mak baby takdak pun huhuhu... takpe dulukan yg penting ok.


Rambang mata ai nie you all's, macam-macam ada! kereta sorong, katil, tilam, baju, stoking, selimut, pendek kate dari A to Z lah! Gila...gila...gila... jadi gila tengok benda tu semua! so cuteeeeeeee....... :) Dalam kewarasan dan keimanan (amboi ayat takleh tahan ni) kami tak memborong pun, niat asal saje je nak nyibuk2 tapi last2 tangan teramik juga ngeeee.... orang ramai jangan cakaplah, tak sanggup kami nak tercanguk lama-lama dalam tu, sempit pun ye so paham2 jelah.


Yang nie baju baby (ala.. tak tau pe namanya, kalau cuaca panas mmg sesuai sgt, lengan pendek pastu macam cawat... betul ke ni? kalo tak paham buat2 paham jelah ye huhuhu..) from 0-6 month siap dengan stoking 6 helai. Hage 40hinggit, hubby kate murah tapi bila kami jalan lagi, jalan lagi dan jalan lagiiiii rupanya ada yg jual rm20 hinggit je... huwaaaaaaa bendanya sama, brand je lain! Tipah terkena sudah!

So disebabkan tipah sudah terkena di kedai sebelumnya, jadi kedai yang jual murah-murah tu kami sambar blanket yang ada gambar frog. Yang ni blanket siap dgn tutup kepalanya sekali. Sesuai sangat boleh cover kepala dan badannya sekaligus. Jimat kan? 

Tak cukup blanket kat atas, kami beli gak blanket biasa, puehkan hati sebb tipah dah terkenakan hahaha... takdelah yg nie kami beli sebab berkenankan kainnya. Nampak sejuk macam kain selimut kat spital tuuuuu. Hubby tanya nak saiz besar ke kecik? mrs sunnies pilih yg besar! boleh guna untuk jangka masa yang panjang, tak gitu? Jimat lagi!!! hihihi....

Lepas shop ringan-ringan kat MV, kami terjah pula OU sebabnya hubby nak makan pizza millano so layankan jelah. Yelah dia pun dady to be so kekadang tu mengidam gak nak makan yang bukan2 hahahaha....

Tak sia-sia kami ke OU, rupa-rupnya MPH ada buat jualan murah juga. Wahhhh.... nampak buku pun makcik boleh rambang mata! Sekali lagi dalam kewarasan dan penuh keimanan (waduhhh mmg penuh cahaya muka ai hari nie hehehe...) mrs sunnies just amik buku Nama2 indah untuk permata hati dan kelebihan surah2 Al Quran. Ya Allah mmg dah rezeki buku surah tu tinggal 3 buah je, dan nama2 baby pun tinggal satu je. Takde tunggu-tunggu dah, amik dan terus bayar kat kaunter. Alhamdulillah dalam pada asyik sibuk nk shop brg baby, amalan dan bekalan akhirat wajib tahu juga :) Nampak tak cahaya tu hehehe... Ish boleh plak main2 makcik ni kan?






MoDe: Happy! wakakakakaka....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails