klik klik ok!

Monday, October 31, 2011

Telur Hancur a.k.a Dapur Dah Berasap Sikit

As Salam dan selamat petang semua. Lamanya rumah nie tak sembang2 pasal makan kan?

Hummmm.... hujan turun mencurah-curah, lebat sungguh. Terbatal aktiviti kami nak bawak amani keluar jejalan kat Kota Damansara. Hujan2 nie perut jadi lapar pulak. You all's pun mesti rasa yg sama kan? asal hujan lapar, asal lapar je mesti time hujan nafsu nak makan tu menjadi-jadi, betul tak? hehehe...
Kalau ada cekodok ikan bilis cicah dengan sardin, minum plak dengan nescafe 'O' fuhhh.... bestlah! Lagi best kalau ada org yg buatkan kan..kan..kan... (mode malas tahap gaban!), ada ke org nak buatkan? jawapannya TAK ADA! ok! lupakan pasal cekodok vs sardin.
Paling ringkas kalau nak tutup perut yg berkriuk-kriuk tu, ai masak telor hancur je, ok what? sedappppp... Perut kalau dah lapar, tekak mesti tak cerewet punya (osah maleh bini org ni) hahahaha...
Bahan-bahan
2 biji Telor
1 biji bwg besar - Potong bulat
4 tangkai cili padi - Titik/potong 2
Kicap manis secukup rasa
Sos cili secukup rasa


Cara-Cara
Minyak secukupnya untuk menumis.
Mula-mula tumiskan bawang besar dan cili api hingga layu. Ketepikan (tak perlu keluarkan dr kuali). Masukkan 2 biji telor, biarkan beberapa saat dan hancurkan. Kemudian gaulkan telor tu bersama-sama dengan bawang tadi. Letakkan kicap dan sos cili secukupnya (gaul cpt2 supaya kicap tidak hangus). Bila dah sebati bolehlah di matikan api. Siap!


Silakan layan menu org rajin mcm ai ni ye ngeeeee........

Saturday, October 29, 2011

Amani bikin runsing!

Semalam buat pertama kalinya kita org dpt makan macam dolu2....


Alkisahnya semalam kita org nk keluar cari hadiah for my frend wedding. Cadangnya nk keluar pukul 3 ptg dan balik sebelum malam. Tapi si amani nie macam dengki dengan kami plak... hai ank aku nie.... bila kita nak berjimba-jimba, time tu plak dia tidor lena mcm tidor malam! Dari pukul 1 tgh hari sampai pukol 4 petang baru dia bangun!


Ai dh kepanasan menunggu dia bangun, mana idoknya makcik nie dh siap berdandan dari pukol 2 lg and ready to go je... so nnt bila dia bangun, nenenkan dia pastu tukarkan baju dan 123 zommmmmm............. shopping!


Stop! sampai je kt OU belum pun 10 minit dia dok dlm kete sorong dia dh keluh kesah! kepala dah toleh kiri, toleh kanan, kaki tangan semua dh bergerak tp masih mantain senyap. Kami wat dono. Misi mencari hadiah di teruskan....


Tak boleh jadi nie... bila kami buat tak nampak, dia tetiba berdrama quen lah plak..... panic mak tau! semua org toleh..... aduhhh ank sapa lah tu dok main jerit2! bukannya menangis pun tp saje je nk tarik perhatian.


Kelam kabut makcik pergi ke bilik bresfeading. Masuk dlm dan try nenenkn dia sbb gaya mcm dh lapar sgt. Tapi bila je dia nampak bilik tu jalur2 kaler biru, terus tak jadi nk susu!  Dia main2 plak. Try masukkn dlm kete sorong sekali lagi. Menjerit plak!!!! Hai si comel ni mmg nak kena gigit dgn ummi! 


Rupanya, dia nk dukung...... hihihihi nasib badanlh walid ye, ummi mmg tak larat nak dukung dia ngeeee... Ok! sambung shopping, zaaaaaas!!! Ai pun belek baju tu, belek baju ni, yg ni berkenan, yg tu tak cantik, yg ni sesuai, yg tu tak lawa (bukan bj sy ye tp bj amani) pendek kata rambang matalah! 


Walid? hehehehe.... jaga amani. Round2 kat kawasan mainan sampailah ke brg elektrik. Wahhhh berselonok-lonok ai keseorangan...suka..suka...! Belum hbs ai nk selonok2 pilih baju, dia org dh dtg balik. Amani dh mula tunjuk muka bosan kikikiki.... muka walid panic sbb amani dah ada tanda2 mcm nak menjerit tp ai wat dono je wakakakaka.... Kali nie mmg compom dia nk susu. Ok, ai pun cabut masuk bilik tu sekali lagi dan nenenkn dia sampai kenyang. Legaaaaaa.


Zassss sambung shopping lg. Ambik tu, ambik nie, lepas tu... aduhhhh dia buat drama quen lg.... nak tidor plak! Walid kate jom turun bawah cari sayur2 dan apa2 yg patut then terus balik. Alah... potong stim amani ni tau. Ok, ai yg menurut perintah. Sampai kat bawah, kami cari sayur dan sewaktunya dengannya sambil ai tolak amani, tetiba ai rasa lain je... nape kaki tangan dia tak bergerak, mantain cantik je.... bila intai, laaaaa dah tidur rupanya. 


Cantiklh tu, boleh sambung shopping lg hahahahaha....  eh tak jadi sambunglah. Perut lapar dah bunyik kriuk kriuk. Sepantas kilat walid bayar dan zassss kami pergi ke chiken rice shop. Dalam hati nak makan situ ke nk bungkus sbbnya sejak ada amani kami tak pernah lg makan kat luar. Bila tengok amani tidor lena so kami setuju sebulat suara makan kt situ tp...... baru nak oder, dia bangun plak. Haish budak ni tak kasi can lansung kami nk dating. 


But.... ok gak dia tak meragam. Dia dok leka pandang sane pandang sini. Alhamdulillah kami makan dengan selesa walaupun tak kunyah 40x hahahaha.... gila cpt kita org makan. Lepas makan kami singgah Poh Kong cari gelang kaki amani. Masa tu amani dh mula jerit sikit2 tp boleh tahan lg. Ai tanya tu, tanya nie kat pekerja Poh Kong tu. Baru nak pilih mana yg cantik, amani buat hal. Dia nk tidor lagi tp kali nie tak nak dalam kete sorong. 


Tak panas lg punggung ummi dok dlm kedai emas tu. Ingatkn nak gak kenen2 ummi punya plak sebarang dua utas (waaaaah makcik tamak tau). Ok amoi, ai pilih yg tu tlg pasangkan terus kt kaki anak ai ye. Amoi tu menurut perintah tp si amani ni masa nk di pakaikan gelang kaki tu, mulut dia dok jerit, kakakakaka kelam kabut amoi tu. Peal baru budak kecik tu skrg nie suka main jerit2. Nak cari perhatian lebih je sebenarnya hihihihi..... runsing tau!


Selesai! cari hadiah sudah, cari baju sudah, cari brg dapur pun sudah, makan pun sudah, cari gelang kaki pun sudah. Balik time!!!! masuk dlm kereta belum keluar dari bangunan OU, amani dh tidor hehehehe.....

Wednesday, October 26, 2011

Amani n PlayMats

 Walid belikan amani playmats. Sekarang ni bila dh ada playmats senanglah sikit kerja ummi. Lepas je mandi ummi letakkan amani kat playmats. Biarkan dia main, ckp sorang2, pusing kiri, pusing kanan, kaki tangan semuanya bergerak dan ummi.... apa lagi main fb lah sekejab hihihihi....
 muka tak puas hati sebab ummi dok sibuk panggil dia pandang camera.
My baby Amani dah semakin membesar. Sekejab je dah 3 bulan lebih usianya. Amani skrg dah pandai gelak besar, terkekek-kekek suara dia. Suka mengerengkan badan tp menangkup tak berjaya lagi. Adalah sekali dua dia berjaya buat tapi lepas tu asyik tak jadi je! lupa step agaknya, huhuhu bak kate org jawe, LEMPER budak ni. Yang terbaru 2,3 hari nie dia suka betul jerit2. Kalau dah menjerit maun jiran sebelah rumah ai pun dengar! Dah penat main jerit2, dia main nangis plak, alahai sabar jelah hehehe.... Kuat berangan pun ye gak, bila baring atas toto dia akan genggam tangan sambil mulut tu kemut2, pandang kipas pastu senyum sorang2.... sweet kan?

Tuesday, October 25, 2011

Di Halaman Bonda

Testing...testing...123......... gambar di ambil di halaman bonda ketika ai balik kg tempoh hari. Saje je nak testing jemari nie ada bakat ke tidak.... kira ada bakat juga ai ni kan? hahahaha perasan! Oklah tu kan? setiap gambar ada ceritanya.... 

Mama cinta bunga dan bunga cinta mama... mama dan bunga-bungaan mmg tidak boleh di pisahkan. Mama kate kalau muka nak nampak muda sentiasa petuanya cakaplah dengan tumbuh-tumbuhan. So korang kalau nk nampak muda cpt2 cari pokok bunga then cakap2 dengan pokok tu ye hehehe... 
Mama kate nie bunga lipstik. Pelik gak, tang mana yg ropenya mcm lipstik... mungkin warnanya tu mcm kaler lipstik.
 nie bunganya... cantikkan
 Kemboja pink
 kaktus kuar bunga.... 
 Cantik bunga kaktus ni kan...
 Kaktus yg rupanya seakan-akan pokok alovera
 Bunga pukul 10. Kenapa pukul 10? sbb tepat jam10 pagi bunga ni akan kembang mekar sampai petang. Tak percaya kan? Sebenarnya bunga ni akan berkembang bila kena cahaya matahari.
 Selain pokok bunga, sayur kubis juga ada di laman rumah. Kubis nie adik yg taman. Tanam dalam pasu bunga. Kekonon adik nak jadi petani berjaya tp hemmmm... angan2 minah jenin je hihihi....
 cer teka ni bunga apa? bunga raya kah? hah ni lah bunga rosalle. 
Buah rosalle.... kelopak rosalle tulh kita kopek dan jadikan jus... sedappppp.

Orang kate berbudi pada tanah hasilnya pasti lumayan. Bukan lumayan pada wang ringgit ye tp pada mata, hati dan jiwa. Bila tanaman kita berhasil hati kita akan rasa senang sekali. Sebab tulh mama kate kalau sakit @ sakit hati or jiwa tak happy, pandanglah hijau hijauan nnt mesti sakit tu rasa kurang. Lepas ni ai snap plak koleksi kaktus mama ye. 
Masa ai sibuk snap piccas, mama tengah sibuk kemas pasu bunga susun kasi lagi cantik. Mama bising, org lain sibuk buat kerja ai sibuk amik gambor hihihi... ok lepas ni akak masukkan gambar mama plak ye :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails