klik klik ok!

Friday, January 20, 2012

Chick Peas Goreng Kari


As salam, salam sejahtera dan salam jumaat buat rakan2 di luar sana. Jumaat adalah penghulu segala hari, jom kekawan kita basahkan lidah kita dengan zikir2 selawat Nabi Muhammad SAW. Semoga apa yg kita lakukan mendapat pahala dan ganjaran dari NYA. Amin.....

Untuk n3 hari ni mas masak kacang kuda dalam tin (chick peas jenama kimball) sebagai kudapan di petang hari. Lepak2 depan tv sambil kunyah kacang kuda hehehe. Kami berdua mmg suka makan kacang kuda yg di rebus or goreng kari. Tapi mas nie malas nk buat, leceh plak nak rebus kacang  dulu sampai empuk then baru boleh makan.


Rupanya kemalasan mas nie ada penyelesaiannya kui..kui..kui. Beli je kacang kuda yg dalam tin. Senang, cepat dan mudah! Rasanya juga enak dan lembut. Tak payah tumis lama2, sekejab je dh siap! Senangkan? Mungkin kat luar sane dh ramai yg cuba atau mas je yg ketinggalan huhuhu.... Ok la no idea nak tulis panjang2 jom kita terus ke resepi ye.


Bahan-bahan :-
1 tin chick peas - jenama kimball
1 biji bwg besar - hiris
2 ulas bwg putih - ketuk
1/2 sudu bsr cili kering kisar 
1 sudu bsr serbuk kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk ikan bilis knor
3 - 4 sudu besar air
2 tangkai daun kari
1 tangkai cili besar merah
Garam secukup rasa


Cara-cara :-
Toskan chick peas, ketepikan. 
Tumiskan bwg putih, bwg besar, daun kari dan cili besar hingga kekuningan. Masukkan cili kering kisar dan seruk kari. Tumis hingga cili kering masak. Letakkan pula air, garam dan serbuk ikan bilis. Gaul hingga kuah mendidih. Masukkan chick peas. Kaup balikkan hingga sebati dan kuah jadi kering. Bolehlah matikan api.






Al fatihah untuk Izwan Pilus. Semoga rohnya di cucuri rahmat.

Thursday, January 19, 2012

Bihun Goreng Tomyam

As salam dan salam sejahtera. Selamat malam dan selamat beristirehat bersama keluarga tercinta. Dah makan malam ke? Mas sudah... alhamdulillah malam nie dapat lagi mas masak untuk incik hubby nasi goreng. Nasi goreng biasa je, siang tadi kami dah makan makanan yg berkalori tinggi so malam ni kami mkn yg simple je. Jaga badan wei...penyakit sekarang ni dah tak kira usia, mesti kena jaga2, kan ke mencegah itu lebih baik dari mengubati.


Malam nie bukan n3 nasi goreng yg mas nak tayangkan tapi bihun goreng toyam yang dh mas buat masa minggu2 yg sudah. Pertama kali cuba dan Alhamdulillah jadi plak. Betullah kate orang, kalau niat iklas memasak dengan sepenuh hati InsyaAllah apa yg dimasak mesti jadi. 

Sebenarnya Bihun Tomyam nie mas pernah baca dalam n3 Izahdaut. Bila tgk piccasnya yg menyelerakan terdetik kat hati nak buat jugak. Cuma untuk resepinya mas dah ubah. Mas gunakan bahan2 yg ada kat dapur je.

Bahan-bahan :-
2 keping bihun - rendam
3 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar cili kering kisar
1 kiub tomyam knor
1/2 btg lobak - racik halus
1 keping fish cake - potong nipis
1 keping dada ayam - potong dadu kecik2
1 biji telor - goreng hancur
1 - 2 sudu besar jus lemon - optional
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Sedikit sos tiram - optional
Sedikit garam

Cara-cara :-
Tumiskan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kering dan tumis hingga cili kering masak. Letakkan kiub tomyam, hancurkan dan masukkan pula ayam dan fish cake. Goreng sampai ayam masak. Letakkan pula sos cili,sos tomato,sos tiram dan secubit garam. Kacau sebentar dan letakkan sedikit air. Bila dah menggelegak, masukkan pula bihun. Gaul rata2 beberapa ketika, letakkan pula lobak dan jus lemon. Gaul lagi sampai bihun lembut dan kering. Angkat dan taburkan bihun dgn telor.  




Bilalah nak masukkan semula link kwn2 dlm blog ni ye. Lambat betul makcik ni buat kerja kan? kadang2 mode nak berbelog tu malas!

Cinta Hati Mama

As salam wahai rakan belog semua. Salam penuh kecerian dari saya untuk anda di sana. Semoga malam ini mimpi kita indah. Seindah suria sesinar bintang secerah matari seceria pelangi. Errr... merepek ke daku? hehehe...sebelum lebih melalut jom kita cuci mata. 

N3 yang saya paparkan kali ini bukanlah dari halaman rumah saya. Bunga-bungaan ini semuanya dari laman bonda. Sedia maklum rumah saya tidak punya laman persendirian, laman yang ada adalah perkongsian dengan jiran setaman hahaha maklumler org dok apartment kan... mana la ada laman. Padang permainan adalah! huhuhu....

Berbalik kepada bunga, mama adalah peminat tegar kaktus. Bunga pun tegar jugak tp lebih lg kaktus. Mas tak taulah berapa banyak kaktus yang mama ada. Rasanya kalau di kira mahu cecah ratus. Percayalah! dari sebesar kaktus sampai la sekecil kaktus pun mama ada.  

 Ini antara yg paling mama sayang. Otai kaktus! Usianya lebih dari 6 tahun, saiznya paling besar kt situ. Pernah ada org nak beli tapi sory! bukan untuk di jual ye :)
 Tak tahu pe nama kaktus ni tp suka tgk, rasa mcm di selaput dengan snow je hihihi..
 Yg nie mama buat experimen cucuk kaktus dekat dahan yg memang xde keturunan darah kaktus lansung! Menjadi plak tu...ummm...tabik la mama!
 Spesis ni mas geli...membiak!
 Ni pun sama...bulat2..gemuk2
 Ntah kenapa bila tgk kaktus ni teringat cite ultroman. Upe dia dh mcm raksasa musuh utroman je hahaha boleh gitu!
 Ini lagi gemuk dan bulat dari yg tadi. Geli!
 Cenonet je tak padan dengan pasu.
 Masa tengah hujan lebat, snap dari tingkap bilik. Sebenarnya sepanjang diding rumah mama penuh dgn kaktus. Tak larat makcik nak snap satu!
 Luar dari spesis kaktus. Bunga dolu-dolu, tak taulah pe nama dia.
 Orkid pun peberet mama! 
 Jangan berani2 nak petik! jangankan petik sentuh bunganya pun tak boleh!
 Bunga india buat sembayang. Bau dia wangiiiiiiii.....
 Di pondok usang inilah mama duduk sambil melayan bunga-bunganya. Di sini juga kami suka pedajal bunga mama hehehehe ampunkn kami ma. Kami nakal sikit, ala petik sekuntum dua je ngengenge.....
 Buah markisa pun ada
Hah ini lah taukey bunga, manis kan? hehehe... yg didokong tu tak lama lagi akan jadi cucu bunga. Habislah mama kalau amani dh pandai jalan... tak sabar nk lihat!

Koleksi kaktus mama memang banyak. Kat sini mas pernah tulis n3 kaktus mama 
http://www.sunniesdiary.blogspot.com/search/label/My%20Lensa 
Kalau nak amik picas satu2 memang tak larat. Sampaikan dalam bekas akurium pun mama bolah buat taman kaktus dalam tu. Comel sangat bila dalam bekas ikan yang bentuk 4 segi atau pun yang berbentuk pasu bunga ada mcm2 jenis kaktus. Menarik sangat! nanti lah ada kelapangan sy snap lg kaktus mama ye :)

Wednesday, January 18, 2012

Kari Ayam Santan Kotak

As salam rakan belog semua. Dah makan tengah hari ke? makan apa? lauk apa? makan kat mana? kenyang ke??? waaaah banyak betul cik kiah nie tanya soklan kan? sebok tanya org... awak tu dah masok ke? masak ape? hehehe...
Kali nie mas nk tayang menu tanpa resepi hihihi... Kari ayam segar dari ladang menggunakan santan kotak. Best ke guna santan kotak? Ok ini jawapannya. Boleh laaaa...kalau nak dibandingkan perbezaan rasa sudah tentu-tentu sedap lagi santan original! Rasa lemak2 manis dan bau wangi dari santan segar memang sedap berbeza dgn santan kotak yg pada sy walaupun kat kotak ada tulis Free kolesterol tapi bila masak kuahnya jadi cpt pekat dan bila kita panaskan berkali-kali terpaksa la tambah air supaya kuah jadi cair sedikit. Baunya juga kureng sedikit. Begitu juga dengan rasanya.
Akan tetapi.... ada bagusnya juga santan kotak ni. Kalau kita pergi ke kedai kekadang santan segar cepat habis so bila dh teringin sangat nak masak makanan tu maka santan kotak amat la berguna. Kalau incik hubby kerja tak sempat nk singgah kedai beli santan so guna jelah santan kotak yg sentiasa jd stok dalam dapur. Penting jugak santan kotak ni kan? Tahan lama dan mudah di dapati di mana-mana kedai or supermarket. Kiranya santan kotak ini adalah bidan terjun penyelamat kepada masakkan ketika santan segar tiada di pasaran. 


Cewahhhh! tetiba je kan santan kotak dapat nama hahahaha.....

Tuesday, January 17, 2012

Supprise dari Si Dia

Alhamdulillah.......terima kasih encik suami. Seronoknya dpt supprise dr dia.... suka sgt, walaupun jari ini terkial kial nk taip hihihi. Kena study lg ni...sambil taip sambil tersenyum hehehehehe....... wa manyak SELONOK wooooooooo.......... 

Senyum lebarrrrrrrrrr makcik tau :)))

Daging Paprik cara saya!


As salam dan selamat pagi wahai rakan belog semua. Semoga hari ni adalah hari yg lebih baik dari semalam dan semoga hari2 kehidupan kita penuh pahala, keberkahatan dan keredhaan NYA..amin.   Pesanan bersama Tingkatkan PRESTASI kurangkan KONTROVERSI, Tingkatkan PAHALA, Kurangkan DOSA! Renungkan dan selamat beramal  :)


Ok pagi nie mas nak tayang menu Daging Paprik yang mudah dan simple. Penyediaan sangat mudah dari bahan2 yang sedia ada dalam peti sejuk je. Yelah kekadang sebagai wife, sesiapa sahaja, mesti bingung nak masak apa. Setiap hari  dok pikir esok nak masak apa ye? kalau nak masak itu bahan yang nie tak ada, nak masak macam nie tak cukup bahan plak so yg paling mudah gunakan kreativi sendiri untuk mengubah masakkan itu menjadi yang TERBAIK. Main campak2 tu selalunya best la hehehe...masuk bakul angkat sendiri makcik ni tau!



Sebelum makcik tambah memuji diri sendiri, sebelum korang muntah baik stop! makcik nie kekadang terover shadow tau hihihihi.... Jom kita tengok bahan apa yang mas guna k. Sudi-sudikan la mencuba resepi dari dapur mas yang tak seberapa nie ye.

Bahan-Bahan :-
1 mangkuk kecil daging - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris kasar
2 biji bawang putih - ketuk
1/2 inci halia - ketuk
1 batang serai - ketuk
1/2 btg lobak - hiris nipis
1/2 sudu bsr cili kering kisar
2 sudu bsr sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu bsr kicap manis
1/2 sudu bsr sos tiram
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
Minyak secukupnya untuk menumis. Tumiskan bwg putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kering dan tumis hingga cili kering masak. Letakkan pula daging (pastikan minyak betul2 panas), goreng sampai daging kecut. Letakkan sos tiram,sos cili,sos tomato, kicap manis dan garam. Gaulkan lagi. Tambahkan sedikit air supaya daging masak dan empuk. Masukkan pula bawang besar dan lobak. Kaup balikkan hingga semuanya masak. Tambahkan air kalau daging tak empuk lagi. Bolehlah matikan api, hidangkn bersama nasi panas, telor dadar dan kacang buncis. Sedapppppp.......you!

Wednesday, January 11, 2012

Fettuccine Extra Hot........YESSS !


Hah amik kau...puas mata makcik ngeeeee....

Yessssss! i got what i wish but still kena banyak belajar lagi. Ok, beberapa hari nie mas dan hubby bertungkus lumus, kerja keras dok godek piscasa je. Optsss....marah incik hubby, bukan mas tp dia yg bersusah payah mengedit gambar supaya menjadi mcm yg ahkak nak walaupun hehehe...tak nak la tulis. Binik dia plak dok jd tukang arah je! ehhhh...tolong laaaa makcik tak sekejam itu ok. 


Di atas kemesraan alam binik nya yg tak tahu malu bertanya jiran sane sini (bukan jiran sebelah rumah ok) akhirnya dpt la ilmu yg sgt berguna (terima kasih kak kasihredha). Mula-mula tu tak berjaya juga, nak give up dah tp Alhamdulillah akhirnya berjaya juga. Blog ni pun lama2 kesian kt kami sampai naik tensi gaknya hehehe... 
Kena belajar lg terutama dlm foto2 yg mas shoot tu harus lbh kreatif :) Ok stop!



Tomorrow (dh tgh mlm ni makcik gatal mulut nk spekang london plak) we all nak blk kg coz amani ada apt dgn Doctor Wilson (yehah bestnya balik kg lagi dan lagiiiiii).
Dlm frezer tu ada saki baki sayur dll yg perlu dihabiskan. Byk ko...kobis panjang, cili benggala,lemon,jejari ketam,daging ayam,udang dan bla..bla..bla... so what to do? omputih lagi!

Ketuk2 la mas kat dapur, masak la mas dgn senang hatinya dan amani walid bwk gie taman jumpa kekawan. Malas nak masak pelbagai jenis, maka masaklah fettucine semua dlm 1. Tgk fettucine tu (aish..susah betul nk taip FETTUCCINE, terbelit-belit jari makcik!) dh mcm kapal karam. Macam2 ade,dr laut sampai la ke darat semuanya dlm 1 kuali hihihi...

This chilli flakes very2 extra hot!

Bahan-Bahan :- (2 org makan)
1 cekak fettuccine (rebus)
1 biji bwg besar - hiris nipis
2 biji bwg putih - hiris nipis
1 biji buah tomato - potong dadu
1 biji cili benggala hijau - potong ikut suka anda
10 ekor udang - togelkan
5 btg jejari ketam 
2 keping dada ayam - potong dadu
5 biji buah zaiton hijau - optinional
3 helai kobis panjang - hiris
1 sudu besar red chili flakes
1/2 sudu besar sos tiram 
1 sudu kecil pasti sedap - optional
Secubit oregano
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
Sedikit minyak zaiton. Gorengkan dulu ayam, udang, jejari ketam dan cili benggala. Ketepikan. Tumis bwg bsr dan bwg putih hingga kekuningan. Letakkan chili flakes, tumis hingga cili garing. Perasakan dgn garam dan sewaktu dgnnya. Letakkan pula bhn2 yg telah di goreng tadi. Letakkan juga kobis dan buah tomato. Gaul rata dan tambahkan sedikit air. Gaul lagi, akhir sekali masukkan fettuccine. Sebatikan semua bahan rata2, tambahkan perasa kalau kurang rasa dan bolehlah di matikan api.


Ok daaaaaa....mas nk kunci rumah ni, nnt kita jumpa lg ye. Selamat menjamu mata semua lalalalalala......

Saturday, January 7, 2012

Wabak 2012

As Salam, selamat sejahtera dan selamat bercuti di hujung minggu semua. Eh tak lupa juga, mas nak ucapkan selamat bulan Januari 2012. Hari tu tak sempat nak wish new year so masih awal bulan lagi jadi kira oklah kan?  

Hey korang hujung bulan ni chinese new year la, ofcos sale sane sini kan???? wahhhh... makcik suka..suka..suka! Shopping yokkkkkk....shopping sampai poket senget! Hahahaha...pengsan encik sani. Ustaz Idrus kate suami jangan marah isteri habiskan duit. Isteri besar jasanya, tlg beranakkan anak, jg anak, masak, kemas rumah dll. Wakakakakaka....like 10000 kali Ustaz idrus.

Yang ni encik sani suka. Ummm... nak kuar jalan mendenya, suara dah macam rock serupa tak jadi, hingus dah meleleh, sok sek sok sek je, ada hati nak shopping! Nsb baik tak demam, ni pun kepala macam dh berat, mata dh merah. So batalkan la dulu niat nak berjimba-jimba tu ye. Suka lah tu! Menyampah makcik!!!!

Dah lama betul mas tak update n3. Byk dh koleksi makanan yg mas nk share tp blog mas ada masalah sikit. Masalahnya dari kami sendiri. Kami dah jadi macam tikus baiki labu! Huhuhuhu.... labu masak lomak pun sodap! errrkkk tetiba je kan? Macam ni ceritanya, mas cemburu dengan sesetengah blog yg gambarnya tersangat la cantik, besar dan jelas! Setiap kali tgk gambar mereka, hati ini tersangatlah cemburu hingga terasa nak tiru sangat, nak gambar secantik mcm tu juga. Tertanya-tanya camera apa yg mereka guna? DSLR ke? mas pun guna juga tapi kenapa tak cantik? 

Setiap gambar yg mereka paparkan, bila kita pandang kita akan nampak ceritanya. Tapi macam mana caranya? Kebanyakkan dari mereka bukanlah ambil kelas fotografer pun, malah suri rumah je. Seriusnya sentuhan mereka tersangatlah cantik. Pendekkan cerita, mas minta incik sani tolong buatkan macam tu juga atau lebih pandai ubah gambar tu jadi jelas, besar, cantik dan sesuai sgt dgn n3 blog nie. Yelah, ruang blog luas tp gambar nampak kecik je walaupun dh tekan large. Errrr...korang paham tak maksud mas ni. 

Sambung lagi. Bersungguh-sungguh incik sani menunaikan hasrat isterinya walaupun isterinya garang hahahahaha, walaupun yg sebenarnya incik suami.....stop! Huhuhuhuhuhu huwaaaaaaaa.... akhirnya my blog huwaaaaaaaa malas la nk tulis. And the last dia kate.... "Sayang buat blog baru jelah" aduh!!!! Pitam mak...nak terjun katil jap!

Kak kasihreda akhirnya berjiran fb dengan mas. Dia bg tau cara2 mcm mana nk buat gambar supaya jadi  mcm yg mas nak dan kami dh pun buat tp di sebabkn ada beberapa benda yg dh terusik maka gambar mas dlm blog tetap jd macam tu juga. Pitam mak lagi! nak terjun katil lagi! hehehehe..... apa2 pun terima kasih pada kak kasihreda atas tunjuk ajar mu dan kata2 semangat mu itu. Insya Allah akan dibaik pulihkan dgn kadar segera blog ini. Memang blog nie belum siap sepenuhnya pun :(. Masih ramai lg link kawan2 yg mas tak linkkn lg.

2012.........masih tercari-cari identiti sendiri untuk blog ini supaya mudah di ikuti dan di fahami. Blog dah menjadi dunia mas bertahun-tahun lamanya tapi indentiti masih tak nampak lagi. Perlukan perubahan...perubahan dan perubahan ke arah yg lebih baik, maju dan berjaya! cewahhhh! incik suami jgn lupa my Galaxi Tab arrrrr nge..nge..nge... 




Sekian terima kasih :)))) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails