klik klik ok!

Wednesday, February 29, 2012

Sedap tapi kenapa TONGONG!


As Salam dan selamat malam. Sihat ke? kat luar sekarang ni tengah hujan renyai2 selepas hujan turun dgn lebatnya petang tadi. Rasa sejuk sampai ke tulang hah. Sejuk2 ni perut lapar lah pulak. Lapar waktu memalam ni tak kan nak pedal cekodok cicah sardin lah kan, macam tak sesuwei je (yg sebenor mokcik malas nak adun tepung then grg then buat sambal sardin then bla222222) hihihihi.... 



Up sikit rajin tu maka tergerak plak nak masak nasi goreng TONGONG! Kenapa tongong? pekebenda tongong tu? jeng..jeng..jeng...mokcik ni bukak ler peti ais. Ok cantik sgt, ada sayur, ada telor, ada cili kering (cop! cili kering pokcik kena pie beli sat sbb yg kat rumah dah berhabuk teruk), ada bwg, ada ikan bilis! 
Aik mcm tak pernah ke dapur pulak mokcik ni kan? Jom kita masak.

Eh lupa...berbalik kepada kenapa nasi grg ni di panggil tongong? masa mula2 dgr perkataan tongong tu kan, mokcik jd blur sekejab. Tongong??? apa tu? yelah mokcik ni org jawe manalah tau menatang pe kebenda tu. Bila di risik upe2nya tongong tu bermaksud bodoh! adalah disebabkan dari bhn2nya yg sgt mudah. laaaaaaaaaa adus kesian kau nasi, sedap tapi tongong kikikikikiki. Siapalah yg cipta perkataan tu ye.


Bahan-bahan:-
2 mangkuk nasi
2 biji telor
1 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris (optional)
8 tangkai cili kering - hiris
7 - 8 ekor ikan bilis
Kubis cina, carrot dan kcg buncis - optional
Garam sekucup rasa
sedikit pati ikan bilis - optional


Cara-cara:-
Tumiskan bwg besar, bwg putih, ikn bilis dan cili kering hingga garing.
Masukkan nasi dan sayur-sayuran.
Gaul rata2 dan perasan dgn garam dan pati ikn bilis secukupnya.
Buat lubang kat tengah2 nasi dan masukkan 2 biji telor. 
Kaup balikkan telor dan nasi hingga sebati. Bolehlah padamkan api. Sedap makan panas2.
*mas gorengkan telur(scrambled) tu dulu baru digaulkan dgn nasi.



tetiba je kan yg ni besor gajah plak gambarnya
 hahahaha tak seni sungguh makcik ni kan?

Sunday, February 26, 2012

Air oh Air


As salam dan salam sejahtera. Selamat malam dan selamat beristirehat. Dah seminggu rumah ni tak bersiaran. Dah seminggu dapur rumah ni tak berasap. Dah seminggu mas cuti panjang dan baru malam ni mas sampai rumah. Alhamdulillah rumah ok dan selamat macam mana kami tinggalkan macam tulah bila kami balik.

CUMA yang panicnya bila sampai je depan pintu ada 2 keping nota TERPAMPANG kat pintu. Satu dari maintanence apt kami dan satu lagi dari pak POLISI. Dari pak polisi tu yg berdebar debar. Ok pelan2 kami baca dan apa????? besok 27/2/2012 akan datang org untuk potong air sbb bil dah tertunggak-tunggakkkkk tak bayar! Biar betul! apa cerita ni? setiap bulan kami bayar dan tak pernah walau sekali kami tak bayor! aduh terkujat seketika.

Hubby terus call tuan rumah tapi mesin yg jawab. Ok takpe kami cuba berpikiran positive. Mungkin line kat sane tak ok atau dia sibuk sampai kena offkan handset. Sebenarnya sebelum kami menyewa rumah ni, mmg tak dinafikan ada sedikit masalah. Sedikit2 pun melibatkan duit yg beriban-riban jugalah. Sebelum ni tuan rumah bagi adik beradik yg duduk. Sayangnya adik beradik ambil kesempatan dan tidak amanah. Umm...tak perlulah cerita. Cuma yg tak syoknya masa kami nak masuk ada bil2 yg tertunggak sampai ribu riban dan tuan rumah terpaksa bayar secara ansuran kepada maintanence. Aduhhh apakah pemotongan yg akan berlaku esok disebabkan masalah itu? tolonglah tuan rumah jangan lepas beban kat kami ye. Setiap bulan kami bayar sewa dan penyelenggaraan tepat pada masanya. 

Ok stop pasal itu. Sebut pasal air, teringat perumpaan yg begini. Umpama mencurahkan air ke daun keladi. Ye memang sesuai sangat untuk org itu. Org itu terlalu keras kepalanya sampai hati org lain yg tanggung akibatnya. Terlalu banyak pekara2 yg tertunggak dan tidak ditunaikan. Mengapa usia yg makin meningkat tidak seiring dengan kematangan dan fikiran? Tak cukup ke pengalaman2 yg lepas dijadikan pengajaran untuk menjadi yg lebih baik di masa hadapan?
Renung2 kan dan selamat berubah!

Thursday, February 16, 2012

Pisang Emas Ku Bawa Belayar


Assalammualaikum dan selamat sejahtera serta selamat sore rakan belog semua. Malas tulis panjang2, kita terus ke agenda saje ok. Tengah hari tadi mas keluar makan with hubby n baby kt OU, selesai makan mas tergerak nak cari pisang emas. Nak buat kek pisang lagi sebagai buah tangan utk dibawa pulang ke kampung. Ummm...dalam pasaraya mana ada pisang emas kan? Yg ada pisang apa ntah, cantik berkilat rege dia pun boleh tahan juga.


Ok. Misi mencari pisang diteruskan, pusing2 lah kami kat kota damansara dan akhirnya jumpa juga, alhamdulillah lega makcik. Kali nie mas nak buh coklat rice n coklat chip biar rasa coklat je lebih hihihihi... Sampai je rumah tetiba teragak plak nak makan cekodok pisang panas2. Huh tekak makcik ni sungguh mengada-ngada tau! maka melecek-lecek ler pisang oleh pakcik yg gagah perkasa untuk melayan perut bini nye yg manja wakakakakaka! meluat korang! 


Ok dah cukup membebel, jom kita terus ke resepi ye.


Bahan-Bahan :-
6 biji pisang emas 
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam


Cara-cara :-
Lecekkan sekali pisang,garam dan gula
Masukkan pula tepung dan gaul rata2 hingga sebati
Dalam minyak yg panas, sudukan 1 sudu adunan dan gorengkn hingga cekodok bertukar warna cokelat dan garing. Angkat dan sedap di makan ketika panas.
Boleh je nak jemput2 adunan guna jari


Wednesday, February 15, 2012

Ayam Masak Merah dari 1 Hari 1 Resepi

Assalammualaikum salam sejahtera kepada semua umat di dunia lalalalalala... Selamat sore kawan2, dah makan ke? masak apa hari nie? ayam? ikan? daging? or beli kat luar je? amboiiiii kau kiah propa kemain lagi buzy body ye. Sibuk tanya org, dapur awak tu berasap ke tidak? hehehe ofkoslah, berkepul-kepul asap keluar dr dapur i tau. 

Di hari yg indah seindah suria walaupun telah diserang virus selsema + pening kepala tapi ketuk2 kat dapur tetap dijalankan dgn sempurna. Alhamdulillah dalam dapur mas termasak sudah mee kari yang cukup simple, ringkas dan sudah pun selamat kenyang dlm perut kami hihihihihi...apa punya ayat lah mas guna kan? korang buat2 phm jelah.


Ok, tolong jangan konfiuskan diri anda, td mas kate mas masak mee kari tapi kenapa pulak dlm n3 mas tayang ayam masak merah? hehehe...meh mas terangkan. Memang ye tak tipu punya, hari nie mas masak mee kari tapi mas malas sangat nak nak snap gambar. Malas nk set meja, nak susun itu ini pastu nak snap satu2 (hahaha poyo sungguh makcik ni tau, mcm cantik je picas yg dia amik). Lagi pun mee kari mas resepi yg sama je mcm dlm n3 mee sebelum ni. Teringin juga nak try resepi mee kari yg lain tapi memandang ada bahan yg kami laki bini alah so tak jadi nk try huhuhu....


Dah panjang sangat mas ceceh pasal mee kari kan? kita stop dan berbalik semula dgn agenda utama. Tau tak dalam muka buku heboh dah sane sini dok cerite pasal buku 1 hari 1 resepi dari Chef Hanieliza. Buku masakkan yg paling terlaris di pasaran! Rata2 sesapa yg dh beli buku tu, mesti puji kata best sangat dan tak rugi membelinya. Mas bila dah ramai sgt yg kate best, apa lagi mencari ler buku tu di MPH tapi tak jumpa, hampa sungguh! Rupa-rupanya buku tu ada kat POPULAR sahaja. Bila dah dapat, wahhhhh kemain happy makcik ni tau. Senyum lebar saja!


Ye percayalah, mmg best! mcm2 resepi ada dlm buku tu. Dari lauk pauk sampailah ke pencuci mulut semuanya ada! Pendek kate kalau kita hari2 dok pikir nak masak apa, so lepas ni tak payah pikir2 lg dah. Hari2 boleh cuba resepi baru. Resepi pertama yg mas try ialah ayam masak merah. Incik hubby suka ayam masak merah, bila cuba resepi ni ternyata mmg tidak menghampakan. Sedap!




Bahan A
1 ekor ayam - mas guna 1/2 ekor
1 labu bawang besar - di potong gelang
2 sudu makan sos tomato
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk Kunyit


Bahan B (Dikisar)
15 tangkai cili kering
2 inci halia
3 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar
2 batang serai
4 biji tomato - mas buh 2 biji 


Cara-cara :-
Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dgn serbuk kunyit dan garam. Gorengkan hingga masak.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan B hingga garing.
Masukkan ayam yg sudah digoreng, sos tomato, bawang besar, garam dan gula *mas tambahkan sedikit kicap manis dan sedikit air supaya berkuah sedikit
Gaulkan sehingga sebati dan rata.
Hidangkan dalam pinggan.

Tuesday, February 14, 2012

Terung Goreng


As salam dan selamat petang rakan belog semua. Dah makan tengah hari ke? masak apa hari nie? mesti masak yg best2 kan? Kalau makan kat luar lak, lagi best sbb banyak pilihan lauk pauk kan? sibuk tanya dapur org, dapur mas belum berasap lagi hah, nie tengah dok pikir nak masak apa huhuhu...Hari2 macam tu lah, mesti pikir msk apa yg best, yg senang, yang cepat, yang simple. Lepas tu penyudahnya kita makan kat luar jelah hihihihi senang hidup makcik!


Hangus sikit terung itu huhuhuhu....

Mesti ada yang bertanya kan? belum masak tp dh tayang menu? kot ye ada yg tanya huhuhu...kalau tak ada, mas nak bg tau gak, terung goreng dlm n3 ni bukan menu hari ni tapi hari yg lepas2 sudah dan baru sekarang nie free nak tayang. Maklum ler org yg sibuk memang tak punya banyak masa hahahahaha POYO SUNGGUH MAKCIK NI!


Siapa yg tak suka makan terung? terung kalau di campur dalam kari atau msk asam memang sedap! Tak pun di goreng dengan sambal cili kering atau masukkan dlm sambal sardin or sadin masak kicap, fuhhhh...mmg bestlah! makan bertambah-tambah you. Cuti panjang minggu yang sudah2 tu, mama ada masak terung goreng cili padi, sedaplah pulak. Air tangan seorang ibu kalau memasak, walaupun cuma campak2 je mesti terangkatlah. Laki makcik pun suka sampai makan tak toleh kiri dan kanan. Seyes mmg mudah, simple dan ringkas je. Bila balik Kl incik suami mintak mas masakkan macam mama masak. Suka betul dia dengan terung grg ni.
Dari dapur mama
terung goreng air tangan mama jauh beza dgn tangan anknya yg tak berbedung ini hehehehe....



Bahan-bahan :-
2 batang terung panjang - potong 6
1 biji bwg besar - hiris
1 biji bwg putih - hiris
7 tangkai cili padi - hiris
1 genggam ikan bilis
1 sudu kecil pati ikan bilis knor - optional
Garam secukup rasa

Cara-cara  :-
Minyak yg lebih sedikit. Gorengkan dulu terung sampai masak (api jgn besar nnt cpt hangus) Angkat dan ketepikan. 
Kurangkan sikit minyak. Gorengkan sekejab ikan bilis dan masukkan pula semua bahan hiris. Tumis sampai bwg jadi sedikit garing. 
Jgn lupa perasakan dgn garam dan pati ikn bilis secukupnya. 
Akhir sekali masukkan terung. Gaul rata2 sampai semunya sebati dan bolehlah di matikan api. 
Atau pun, boleh juga taburkan bhn tumisan atas terung grg itu.

Monday, February 13, 2012

Kek Pisang Coklat Chip


As salam dan selamat malam rakan belog semua. Belum terlewat untuk mas tayangkan menu ngeteh kami petang tadi walaupun sekarang ini sudah malam. Biasalah sejak jadi mother ni, masa sgt cemburu kat saya huhuhu. Tak tau kenapa hari nie amani meragam sikit. Mode dia memang tak ok! sekejab2 merengek mintak didokong. Mata mengantuk tapi tak nak tidur, nak main tapi ada saje yg tak kena, hai sabar jelah. 



Ok stop pasal amani. Dah beberapa hari nie tekak mas teringin sangat nak makan kek pisang. Puncanya sejak pekana muffin banana kat starbuck hari tu, tekak ni terus teringat ingat dgn kesedapannya. Memanggil-manggil supaya dtg dan beli lagi,lagi dan lagi. Sejujurnya mas bukanlah penggemar kek pisang tp bila dah rasa kek pisang yg dicampur dgn chip coklat terus mas jatuh cinta. Terima kasih starbuck kerana buat sy gilakan awak hahahaha.....


Teringin sesangat dengan pantas mas terus mintak incik suami belikan pisang dan mas pun selongkarlah resepi sane sini. Dan tetiba mas teringat yg kak kasihredha ada resepi kek pisang yg sangat mudah dan ringkas. Yang best sukatannya cuma guna cawan. Mas pun sama gak macam akk, malas guna gram2 ni hehehe. Dari apa yg kak kasih tulis, dia sendiri tak igt dr mana dia dpt resepi tu. Apa2 pun thanx kak, kek pisang ni sangat best, sedap dan lembut.



Oh ye kebetulan sama tapi tak serupa, hari ini mas macam berjanji plak dengan cekvisionhome dan dari dapur madiha sama2 tayang kek pisang hihihihi. Jom kita terus ke resepi.


*Mas copy resepi dari Kak Kasihredha


Bahan-Bahan :-
1 cawan pisang - yg dah dilecek
3/4 cawan gula pasir - mas guna gula kastor
4 biji telor gred B
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak - mas guna minyak sayuran
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp esen vanila
*4 sudu besar coklat chip - tambah sendiri


Cara-Cara :-
1. Ayak tepung + soda + baking powder


2. Pukul telur dengan gula sampai kembang, masukkan ke dalam adunan pisang lecek tadi dan kacau sebati.


3. Masukkan minyak dan kacau + esen vanila dan last sekali buh tepung sedikit demi sedikit. Kacau pelan2 dan masukkan coklat chip. * mas buat 2 sudu besar masukkn dalam adunan dan 2 sudu lagi mas taburkan atas adunan sebelum dibakar.


4. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak, temp 180.

Membesar bagaikan JUARA :)


 Assalammualaikum semua dan salam sejahtera juga :) 
Hai uncle, hai auntie, hai kakak, hai abang... ingat lagi tak dengan saya yang shomel ni hehehe... Saya dah makin besar tau. Ummi kate saya membesar bagaikan juara! saya bijak juga sedikit nakal...eh tak saya baik laaaa hehehe. Saya suka main gigit2. Semua benda sy nak gigit! sampaikan tab mandi pun kalau boleh sy nak gigit! terro kan saya!
Hari2 ummi asyik update pasal makan2, nampak sangat ummi n walid suka makan makan dan makan je. Huh kali nie saya pula take over okes...lets story about me! 

DIALOG DI ATAS HANYA REKAAN SEMATA-MATA. 
BARU 7 BULAN biar betik anak makcik boleh tulis n3! wakakakaka

Ok ummi cerita sekarang


Alhamdulillah....puteri cinta hati kami sekarang ini sudah pun berusia 7 bulan lebih. Syukur Alhamdulillah dia membesar dengan penuh kasih sayang dan cinta dari kami. Tubuh badannya sihat, akalnya semakin tinggi, kelakunya semakin lincah. Amani anak yg manja, mesra dan mudah tersenyum. Errr..tang senyum tu, kalo dia berkenan senanglah senyum tapi kalau tak berkenan huhuhu agah macam mana pun dia buat dek je hehehe....

Perkembangan terbaru dia sudah laju meniarap pusing2 360 darjah! pusing je terro, merangkak or duduk sendiri belum lagi. Nenek kate amani ni terlebih manja tu yg lemper. Gaya nk belajar duduk or merangkak tu ada tp gaya je lebih huhuhuhu. 

Carton Dibo, ejen oso n club mickey mouse adalah rancangan kegemaran. Iklan rancangan tu saje boleh buat dia berhenti dari bermain dan terus menari. 

Suka makan! 1 hari 3 kali makan bubur nasi. Anak jawe lah katakan hehehe....takpe ummi pun suka masak :) 

Suka gigit2. Segala benda yg dia pegang kalau boleh dia nk gigit. Kalau naik kereta, gear kereta pun dia nak gigit. 

Suka jalan2 at shopping mall (sama mcm ummi). 

Suka berkawan dan mesra alam (sama macam ummi la) 


Kepala angin juga ank mas ni, kalau dh tak berkenan dia akan bising, bising dan bising tp senang kena pujuk (tang kepala angin ikut walid, tang senang kena pujuk tu ikut ummi kuikuikui)

Bila ummi nak tidorkan dia, setiap hari ummi kena cipta lagu baru khas untuk dia. Hitung2 banyak lagu dah ummi cipta. Sebab apa, dia cukup bosan dgr lagu yg sama terutama bila walid yg tidorkan, mesti dia menangis sbb walid dah macam recording tape je hahahaha ummi dgr pun tensi! 

Cukup gediks bila di panggil comel dan sayang hehehe...


Perasan cantik bila tgk cermin, senyum lebar sesaje hihihi. 

Suka sgt main air, masa mandi kalau boleh nak buat kuak lentang! berendam lama2 pun takpe asalkan boleh main air. 


Ok TAMAT. Sekian dulu cerita tentang Amani :)

Saturday, February 11, 2012

Nasi Goreng Caca Marba


As Salam dan salam sejahtera. Selamat beristirehat dihujung minggu ye kekawan. Cuaca tidak menentu sekarang ni kan? Sekejab hujan sekejab panas. Pagi matahari naik bukan main cantik lagi, berjemuranlah pakaian kat luar. Rupanya hujan di tengah hari....hah kelam kabut pakcik mamat angkat kain hehehehe. Eh kenapa plak isteri pakcik mamat nie cite pasal cuaca plak ye? Al kisahnya kami nak ke ICT malam nie tapi hujan lebat lak pulak huhuhuhu.....


tak cantik betul gambar sy ni kan? 

Seminggu yg lepas mas update n3 pasal kek so kali nie mas update pasal nasi goreng caca marba pulak. Kenapa caca marba? sebab semua benda ada dalam tu. Nasi goreng ni sama je macam nasi goreng cina cuma bahan2nya mas suka2 hati letak. Yang sebenarnya mas nak habiskan semua bahan mentah dlm peti ais sebelum tamat tarikh luputnya. Eh korang, bukan cik kiah ni malas masak tp kami ni rajin berjalan tu yang dapur jarang berasap hehehe. Bini org ni rajin membeli kekadang kurang rajinnnnnn di dapur huhuhu TAPI kan kalau dah rajin sgt hari2 dok dapur sampai semua benda nak masak! hihihihi....


Ok lah berbalik pada nasi goreng caca marba cik kiah ye, ceceh banyak2 bukan korang nak baca pun kan kan kan... hihihi gurau2 je. Percayalah sesiapa yg dtg singgah di rumah mas ini mas sangatlah hargai dan bila korang tinggalkan pesanan atau tinggalkan tanda di atas rasa seronok sangat. Hanya terima kasih mas ucapkan dan pastinya mas akan berkujung ke rumah korang juga. Ok stop bebel cik kiah! Jom kita ke resepi ye.


Bahan2 :-
Nasi secukupnya
3 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu kecil serbuk lada sulah
5 batang jejari ketam - hiris
1 keping fish cake - hiris
1 mangkuk sawi
1 mangkuk sayur campur
1 sudu kecil serbuk pati ikn bilis knor
Garam secukup rasa


Cara2 :-
Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan lada sulah dan kaup balikkan seketika. Masukkan pula jejari ketam, fish cake dan sayur campur. Kuap balikkan hingga sayur campur masak. Masukkan pula nasi, garam secukupnya dan pati ikn bilis. Kaup balilkkan lagi rata2 dan masukkan pula sawi. Gaul rata2 hingga sebati. Bila sawi dh layu dan rasanya sudah cukup maka bolehlah dipadamkan api. 




Bilalah cik kiah ni masukkan link kekawan yg lain... aduhai....malas sungguh! banyak dah cite kekawan yg dh tertinggal terutamanya blog my kazen!

Friday, February 3, 2012

Marble Cheese Cake lagi.....malas !

As Salam, salam sejahtera dan selamat malam wahai rakan belog semua. Tentu sekarang nie kekawan sedang beristirehat sambil nonton TV slot cite seram kan..kan..kan...hehehe memandai teka je mas ni ek? tapi betulkan korang tgk cite seram itu, tak pun tgk cite Merlin kan kan kan....

Terlalu lama mas tidak bersiaran kan? rindunya mas dengan rumah yang satu ini. Rindu sangatttttt...rindu nak tulis bermacam cerita kami, masak2, kongsi gambar dan rindu sangat BW rakan2. Bunyik macam patah hati je kan? hehehe...tak patah hati pun cuma mas sekarang ini tersangat lah MALASSSSSSSS (betul2 malas ni) nk update n3 walaupun kebelakangan ini mas terlalu rajin mencuba pelbagai resepi, TAPI lagi malas nk snap piccas then upload then story mory huhuhuhu....

Sila tgk chesse itu...semuanya lebih kt lapis bawah je :(

Nie pun mas paksa gak diri untuk mengupdate. Gambar yg mas upload ni pun dah lama terperap sebenarnya. Apa masalah mas???? errrr...entah la, sakit ke? eh tak adalah, kami semua sihat walafiat, Alahamdulillah :) habis tu kenapa tak nak update blog??? errrr....tak taulah kenapa. Yg mas tahu malas..malas..malas..dan malas! dah macam orang gila plak makcik ni. Sendiri tanya sendiri jawab! huhuhu....

Percayalah, dh update n3 ni kan, pasni tak taulah bila nk update lg huhuhu... bukan salah jari tp salah diri makcik yg sgt malas bermalasan ni. TAPI kan...walaupun mas dah malas update n3, mas sesekali BW jugak cuma tak tinggalkan pesan je sbb malas. Banyak betul ayat malas kan? dalam malas panjang gak bebelan makcik ni hahahahahaha.....

caca marba! 

Ok stop cerita malas. Nak tau tak? minggu...minggu..minggu yg sudah (byk minggu dah ni) mas ada buat marble cheese cake buat kali ke 2. Kali pertama try tersangatlah sucsess dan sedap! wakakakaka puji diri ni. So try kali ke dua, dengan derhakanya mas telah memandai nak buat lain dari yg lain kekononnya la. Dalam otak bayang lain tp bila dah masak jadi lain plak huwaaaaaaa.....


tak berseni sungguh jari mak temah ni tau!

Sepatutnya masa buh adunan kek ni dalam dulang pembakar, tak perlu la di layer-layerkan berkali-kali (mcm buat tiramisu biskoti tu). Cukuplah hanya dengan cara letakkan adunan coklat lapisan pertama then adunan chesse lapisan ke 2 dan last skali baki lapisan adunan coklat (paham tak?). Barulah nnt kek tu menjadik, nampak cheese nya yg sgt cantik dan sedap.


Tapi mak Temah ni, memandai plak layer2kan macam buat tiramissu plak. Pulak tu menglayer dgn cara yg salah! Last2 adunan chesse tu tak boleh di cover penuh dgn adunan kek coklat sbb tak cukup, maka huwaaaaaa malaslah makcik nak cite. Tak sucses pun. Cheesenya entah ke mana-mana. Tak cantik dan tak rasa cheese! moral...jgn memandai nk jd chef wan k! hihihihihi....


Silalah tatap marble chesse cake yg pertama ni DI SINI ye. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails