klik klik ok!

Saturday, March 31, 2012

Bihun lagi! Tak jemu ke????


 Hihihihihihi....buat kali yang ntah keberapa rumah ini ulang siaran lagi. Semalam dah tayang, malam nie tayang lagi. Esok? ish...biar betik! Sila tutup mata kalau korang rasa bosan dgn siaran ulangan yg berkali-kali ye hehehehe. Kiranya nie macam siaran ASTRO lah, asyik2 dok ulang cite yang same je. What to do? kami suka so kami punya sukalah! sape tak suka sila main jauh2 ok.
 Amboiiiii...main kasar makcik ni!

Jangan mare kekawan, kadang kala mulut nie leser juga huhuhu. Tapi...dalam hati ada kebun tau! Kalau org lain dalam hati ada taman, mas ada kebun yg sangat subur, hijau dan segar. Siapa yg kenal akan tahu hati ini sangat lembut dan suci. Selembut sutera asli, bukan sutera campur ek hihihihi. Hah...nak melalutlah tu kan. Stop! jangan diambil hati ye kekawan, mas cuma gurau senda dimalam hari je ok.

Kita teruskan memasak bihun SINGApore ok. 

Bahan-bahan:-
3 ulas bawang putih - ketuk
1/2 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
2 keping dada ayam - potong dadu
1/2 batang carrot - potong nipis
1 ikat sawi
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu bsr sos tiram
Garam secukup rasa
sedikit air - utk melembutkan bihun
1 1/2 keping bihun - remdam sampai lembut dan toskan.

Cara-caranya:-
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan ayam dan lada hitam, tumis hingga ayam masak.
Masukkan pula kicap cair dan sos tiram, gaul rata2.
Masukkan pula sedikit air (jgn sikit sangat, agak2 sampai bihun masak).
Bila dah mendidih, masukkan bihun dan carrot, kaup balik, kaup balik bihun hingga masak, perasakan dengan garam secukupnya.
Akhir sekali masukkan sawi, gaul rata2 sampai semua bahan sebati dan masak. Padamkan api dan sedia untuk dimakan!


Dari semalam blog mcm ada masalah je. BW rumah org dan tinggalkan pesanan tp pesanan tak boleh disampaikan, Error saje! sakit hati plak rasanya. Atau blog mas je yg problem.....

Friday, March 30, 2012

Bihun lagi dan lagi!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam kita bersua kembali dihari Jumaat yang dingin kesejukkan akibat hujan dari pagi tadi. Ingat, jangan dirungut dgn hujan yang turun kerana hujan itu rahmat dari NYA. Allah basahkan sekejab bumi NYA dari kepanasan yang berpanjangan. Yelah kita ni manusia adakala termengeluh jugak tanpa sedar (termasuklah mas ni). Bila panas terik kita merungut sbb panas sangat, kita sibuk kate bilalah hujan nak turun tp kalau hujan je, pun kita rungut lagi, bilalah hujan nak berhenti.... Heeeehai susahlah mcm tu kan? tapi dalam pada kita suka hujan turun (tarik selimut lama2 best ni), simpati lah pada mereka yg alami kebanjiran. Semoga mereka sabar dan tabah dengan ujian Allah ini. 

Hari nie kami tak kemana-mana sbb penat dah bersiaran semalam. So hari ni kami duduk, baring, tidor, lepak2 kat rumah je. Lagi pun cuaca tak ok nak bawak amani berjimbaan kat luar. Sebenarnya mas ada sedikit risau, amani tu nampak macam ada tanda2 nak kena asma. Perasan sangat nafas dia, bila malam berbunyik macam hidung tersumbat. Lepas tu kalau dia terlau aktif, dia akan mengah sampai nampak nafasnya turun naik laju sangat. Risaulah... tp tak naklah pikir yg bukan2, hope amani jadi anak yg sihat2 sahaja. 


Ok, kita cite pasal makan plak ye. Petang nie dalam dapur, mas masak bihun goreng udang kering. Bihun lagi? nak buat mcm mana, dah kami laki bini suka sgt makan bihun. Gorenglah bihun apa cara pun, kami tetap bedal sbb bihun itu sedap! Hehehehe...bunyik mcm dah fanatik bihun je kan? 
Sekali lagi mas derhaka dengan jari ini. Semalam mas dah melantak SAKAN budu nasi kerabu, hari ni mas bedal udg kering plak. Sori jari, sedap punya pasal tuan mu tolak ketepi kegatalan dijari nnt huhuhuhu. Mas malas nk tulis resepi lagi so sesapa yg nk cuba bihun goreng udg kering mas ni, silalah klik kat bwh ni ye....sekian terima kasih.

Resepi DISINI

Thursday, March 29, 2012

Nasi Kerabu......bangga sekejab!


Assalamualaikum dan selamat malam. Bersua kembali dimalam khamis yg dingin ini. Keletihan dari berjimba-jimba bersama hubby dan baby tidak menghalang mas untuk menyudahkan n3 ini. Sepatutnya n3 ni dah siap dari tengah hari tadi tp tak sempat nak sudahkan sbb asyik ada ganguan je maka tergendala sampai ke malam hah. 



Ok, n3 semalam mas ada bg tau yg mas nak masak nasi kerabu kan? Tarararaaaaaaa....lihatlah dunia nasi kerabu ku! jadi you! bangga makcik sekejab! kihkihkih. 


Alhamdulillah, kerja keras yg sangat tekun dan keringat yg menitik-nitik (euwwww.. acah je mana ada nitik!), akhirnya hasilnya tersangatlah memuaskan! Tapi kan nasi tu tak biru sbb tak jumpa bunga telang kat bandor ni hah. So nasi masak wane putih je. Seronoknya, pertama kali mas try masak, alhamdulillah menjadik, berjaya, sucses dan incik hubby tersangatlah suka hingga jilat jari wa ckp sama lu beb. Sedap sgt ye bang? wakakakaka...tlg korang jgn muntah!



Mas nak ucapkan terima kasih kepada Kak CM atas resepi nasi kerabunya yg sgt sedap! Sekarang baru mas tahu kenapa sepinggan nasi kerabu agak mhl harganya. Paling kurang 7.00++ sepinggan, malah mas pernah makan harganya RM16.00 sepinggan. Rupenya agak rumit penyediaannya. Letih jugalah makcik nak sediakan bahan2nya tp disebabkan dah suka maka ku telankan saje kelecehan itu hehehe....



Pada sesiapa yg belum pernah cuba, moh cuba ye. Sangat tak rugi, percayalah! Tapi kan lepas ni kalau incik hubby mintak buat lagi...ummmm... makcik pikirkn dululah, bukan apa.... ada anak kecil ni tak boleh nak serius sangat kat dapur, sbb apa? kejab2 dah kena panggil anak nk mintak susu ummi hihihi (arghhh... alasan je tu!). Kita beli jelah ye..ngeeee.


Resepi ni mas ambil dari dapur Kak CM ok.


Nasi kerabu Kak CM


Bahan Nasi :-
Masak nasi seperti biasa. Jika mahukan nasi warna biru gunalah air bunga Telang. Masukkan beberapa helai daun limau purut semasa memasak nasi bergantung kpd berapa banyak nasi yang dimasak.


Sambal Kelapa (wajib) :-
1/2 biji kelapa parut - bahagian putih
4 ulas bawang merah
1 batang serai - potong nipis
2 tsp biji lada hitam 
1 inci halia
Garam secukup rasa
Gula melaka secukup rasa
2 ekor ikan kembung - panggang *mas guna ikn selar


Cara-caranya :-
Kelapa disangai sekejab - jgn terlalu perang
Tumbuk bawang merah, halia, lada hitam, serai, garam dan gula melaka hingga lumat
Ikan diasingkan tulangnya dan dilenyek kasar
Masukkan semua bahan2 tumbuk dan isi ikn tadi kedalam kelapa sangai dan gaul hingga rata.


Budu Tumis (wajib) :-
5 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 botol budu (saiz paling kecil)
1 inci halia
1 batang serai - ketuk
Gula melaka secukup rasa
2 helai daun limau purut
1/2 biji limau purut - belah dua *mas ganti dgn 2 biji limau kasturi
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya :-
Cili kering, bwg merah, bwg putih dan halia dikisar hingga halus
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga naik baunya
Masukkan daun limau purut, buah limau purut dan serai. Kacau hingga rata.
Tuangkan 1/2 botol budu saiz yg paling kecil dan masukkan 1/4 cawan air
Masak sehingga mendidih, jika nampak terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air atau jika terlalu cair, masakkan sehingga agak pekat sedikit
Kemudian masukkkan gula melaka secukup rasa seimbangkan rasanya.


Ikan Goreng bertepung :-
Ikan direbus dengan garam, lengkuas dan asam keping sehingga masak
Kemudian toskan airnya
Bancuhkan tepung seperti tepung bancuhan grg pisang
Celup ikan dan goreng sehingga garing


Kuah Tumis dan air lada
Air lada :-
Kisar cili dengan sedikit air masak
Masukkan sedikit cuka


Kuah Tumis :-
1 biji santan pekat
5 biji cili kering 
1 inci halia
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 batang serai - ketuk
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya :-
Cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi
Masukkan serai
Kemudian masukkan santan pekat. Kacau dan masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa.


Ulam-ulamnya :-
Kacang panjang
Kacang botol
Daun kesom
Daun selom
Ulam raja
Timun
Taugeh
Bunga kantan


Telor masin
Keropok




Fuhhhhh tamat sudah! loteh jari acik sekejab hihihi....

Wednesday, March 28, 2012

Mee Sedap...........Selamat Hari Lahir!


 Mee sedap....sedap dimakan cepat dimasak! errrr...betul ke lagu tu? eh lupa plak, assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat malam ye. Macam biasa, dah makan ke? makan apa malam ni? tentu korang sedang beristirehat depan tv kan?Semoga malam ini mimpi kita indah belaka. 

Ok, tak nak bebel panjang2 sbb perut dah kenyang, mata pun dah kecik besor, kecik besor so terus ke agenda utama jelah ye. Tak ada story yg penting pun cuma malam nie dinner kami just mee segera jenama SEDAP je! motif??? makcik malas masak ke? Eh dok ler...petang tadi kami dah pun kenduri sakan kat Ikea selepas balik dari klinik. Jejalan kat ikea sambil isi perut lepas tu terus singgah ke Sunway Giza beli barang dapur sikit sbb cadangnya esok mas nk buat nasi kerabu buat pertama kalinya. Tapi nasi tu nnt tak jd warna biru, sbb apa? kat bandar ni mana nk cari bunga telang dik nunnnnn...kalau kt kg tu lain lah kisahnya kannnnnn.... so esok mkn nasi kerabu putih jelah ye. Hope berjaya dgn jayanya!


 Dah bebel panjang ni. Takpe sambung lg sikit...motif mas buat nasi kerabu??? tetiba je kan...gini kisahnya. Esok pagi besday incik suami yg ke 34. Alamak terlepas sebut plak umur dia hihihihi...ala baru 34, masih muda remaja lagi tu hahahaha! Jadi makcik ni nak lah masak menu istimewa sempena besdaynya. Isteri mithali lah katakan...ngeeeeeee.

Ok dah cukup bebel! sorry hubby, isteri mu sangat malas nak buat kek sendiri so esok pagi kita beli kek ye..ye..ye...ummi belanja berserta dgn hadiah skali ok! haru sungguh bini org ni kan hehehehe.... 

Doa Ummi

Semoga menjadi suami dan walid yg cemerlang, gemilang, terbilang kepada kami. Bimbinglah kami menjadi insan yg solehah di sisi Allah swt. 

Lagu Ummi

Engkau lah raja hati kami, bila kami berduka, engkau hiburkan selalu...ibu..ibu..eh silap! walid..walid..engkaulah raja hati kami. 
Boleh gitu?

Tuesday, March 27, 2012

Sambal Sardin


Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Salam sua kembali...apa khabar semua? diharap kalian semua sihat sejahtera dan baik2 sahaja. Mas, suami dan baby alhamdulillah sihat walafiat. Korang dah makan ke? makan apa tengah hari ni? atau tengah sibuk kat dapur. 
Mas? hummm...belum makan dan tak masak lagi, iye...tak masak lagi hah...tak tahu nak masak apa hari nie. Lagi pun pagi tadi kami sarapan lambat dan sarapan kami agak berat so perut masih lagi terasa kenyang.


Sambal sardin yg mas paparkan niiiiiiiii semalam punya menu! Nampak tak cekodok kt belakang tu? hah itulah bekpes kita orang semalam dan sambal sardin tu plak sangat2 syok sebabnya sambal tu jd 3 in 1, makan pagi, tengah hari dan malam sekali hehehehe....jimat kan? 
Makcik malu nak bg tau, kami laki bini suka sangat makan sambal sardin ni tp mas tak pernah buat sendiri. Selalunya mas main oder je kat mak tiri or mama bila balik kg huhuhuhu, semalam mas try buat dan alhamdulillah jadi plak hehehehe... so lepas ni incik suami anytime you boleh oder kat i je! cewahhhhhhh.... wakakakakak!



Resepi ni mas amik dari buku My Resepi dan mas telah derhaka sikit....maaf ye Puan My Resepi hehehe... apa2 pun sgt best!


Resepi : My Resepi (utk 2 org makan)


Bahan-bahan :-
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering - mas guna 3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil pes asam jawa - mas letak 4 sudu besar air asam jawa (bancuh pekat2)
1/4 cwn minyak
1 sudu besar kicap pekat manis - mas guna kicap kipas udang je
sedikit garam
sedikit gula
sedikit sos tiram - mas tambah


Cara-Cara :-
Kisar bawang besar, bwg putih dan cili kering hingga halus - mas hiris2 je semua bwg.
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak - mas tumiskan bwg putih dulu lepas tu baru masukkan cili kering.
Masukkan sardin, pes asam jawa, garam, gula dan kicap. Masak hingga pekat - mas masukkan bwg besar dan sos tiram dan masak hingga pekat.

Sunday, March 25, 2012

Jom Singapore !


Assalamualaikum dan selamat malam. Dah makan ke? mas dah, alhamdulillah kenyang sudah perut kami ni. Malam nie tak ada menu yg istimewa, cuma masak bihun Singapore yg sangat simple dan sangat bujang hehehe... 


Kemalasan telah melanda diri walaupun mode memasak sudah mari! Hari tu heboh skill memasak dh hilang, sekarang ni kecoh malas pulakkkkkk...
alahai anak sapa lah tu kan? hihihihihi

Tengoklah betapa malasnya mas, piccas yg mas upload ni pun dari pic n3 yg lepas..lepas...lepassssss punya! malas kan saya ni??? huhuhu...nak tulis n3 jela-jela pun malas dh ni so sampai di sini jelah ye
 wik..wik..wik.... 


Resepi Di SINI

Friday, March 23, 2012

Cuti Masak Si Tukang Masak?


Assalamualaikum, salam sejahtera, salam kemaafan andai ada terkasar bahasa, tersalah bicara, tersilap kate, ter..ter..ter..secara tdk sengaja dari insan yg kerdil ini. Saya hanyalah manusia biasa yg kadang kala tidak sedar dan terlepas kira hati dan perasaan org lain. Maaf tak perlu tunggu raya, maaf perlu di uangkapkan bila2 saje, kalau rasa bersalah cpt2 mohon maaf sebelum terlambat. 
Ingat MATI itu BILA-BILA MASA saje.
 Hari ini hari Jumaat hari segala penghulu hari, jom kekawan hari ini mulut kita banyakkan berzikir, berselawat, berigstifar sebanyak yg boleh. Jauhkan mulut dari mengumpat org, jangan marah tak tentu pasal, jangan menuduh sesuka hati, jangan curiga, buruk sangka, dengki mendengki dan cemburu buta! InsyaAllah semoga usaha kita akan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.



OK, apa kes cuti masak si tukang masak tu? cuti sebab merajuk ka? Hehehe... si tukang masak ini cuti sesaje je, cuti sbb nk cari mode memasak semula. Waaaah nak cari mode pun kena cuti ke? Sebenarnya dua tiga menjak ni skill memasak tu dah hilang plak. Mana taknya, dah lama nah berumah tangga kat kg so bila dah duduk kg tu ofcos air tangan mak saje yg kita makan kan. Semuanya mak yg masakkn, kita? tinggal nganga je hihihihi....osah maleh ank mak ni! bukan malas ye, tengah tlg mama pastu anak kita merengek-rengek nk kt kita so mama kate, pegi sane jg amani biar mama msk sorang2...ngeeeeeeeeeeeee

Sambung balik. Bila lama dah tak tung..tang..tung..tang, grg sayur pun boleh terlebih masin! huwaaaaaa...manyak tolok wooooo. 

Wednesday, March 21, 2012

Sepi kerana.........


Assalamualaikum, selamat sejahtera dan selamat malam wahai rakan belog semua. Apa khabar? sihat ke? dah makan belum? makan apa? tengah buat apa tu? dah mlm begini tentunya sedang beristirehat kan. Mas alhamdulillah sihat walafiat, hubby dan baby pun sama, sihat dan baik2 saje. Lama betul mas tak bersiaran kan? rindunya dengan rumah yang satu ini, rindu nak jejalan rumah jiran, rindu nak jengah dapur jiran hihihi. Oh ye sebelum tu, mas sekarang dh pun berada di rumah sendiri selepas 1 minggu lebih berumah tangga di kampung. Seronoknya bila dah sampai rumah, rasa bahagia je, yelah rumah ku syurga ku kikikiki. Jangan disalah erti dengan kata2 mas ini ye, duduk kt kg mmg seronok (kalau boleh nk tinggal lama2) sbb adik beradik, mama, ayah, mak tiri semuanya ada depan mata. Bila dh berkumpul tu riuhnya macam satu kampung buat kenduri je cuma kali ini keseronokkan tu kurang sedikit atas sebab Amani tak sihat. 


Amani kena demam panas yg sangat tinggi! tak pernah selama ini dia kena demam macam tu. Selalunya kalau dia demam bila bagi mkn ubt badannya terus kebah. Tapi kali ini dah bagi ubt 3 kali sehari pun demamnya tetap tak kurang, hati ummi mana yg tak risau. Ceritanya macam ni, hari khamis 8/3/2012 amani kena cucuk utk usia 8 bulan,sama je macam suntikan yg dia ambil sebelum2 nie dan dari awal kelahirannya lagi kami dah hantar amani kat KPJ Seremban, senang dan tak byk kerenah! (the best part boleh terus balik kg hihihihi). Sorry to say bukan kami tak percaya dengan hospt gomen tp sgt serik dgn apa yg dah berlaku pada mas sebelum mas mengandungkan amani. Biarlah jadi kenangan kami sahaja.



Ok, memang normal setiap kali lepas suntik amani akan demam sedikit cuma kali ini demamnya berlarutan selama 5 hari. Lepas je dapat suntikkan tu, kami terus balik rumah mama, sampai je rumah kami tgk amani ok, cergas n ceria, siap main lompat2 lagi dengan sepupunya so mas tak bg dia makan ubt demam sbb yakin suntikan kali nie dia tak demam. Memang ye dia tak demam pun keesokkan harinya (jumaat) so legalah hati nie. Tiba hari sabtu pagi bdnnya mula hangat sedikit, tapi dia still aktif mcm biasa so mas pikir tak perlulah makan ubat demam. Masuk je waktu petang badannya dh panas sampai 37.8c, hah sudah...cepat2 kami bagi dia makan ubt demam. Walaupun demam, dia tetap aktif cuma kurang bercakap mungkin sebab rasa pening dan lesu agaknya. Bila tiba waktu malam demamnya tak kebah juga, kami bagi makan ubt demam lagi. Esok harinya (ahad) dia demam lagi tapi tak terlalu tinggi dan kami bg makan ubt demam lagi. Time tu nampak dia macam tak de semangat nak main dan gelak. Mukanya monyok mintak dokung saje tp masih lg ada selera makan. Malam tu dalam tengah malam hubby kejutkan mas, dia kate badan amani panas sangat, masa tu mas tgk amani tidor lena. Bila kami chek, suhu badannya dah naik 38++c, terus kami kejutkan amani bg dia mkn ubt demam lagi. Mas bukak bajunya dan lap2 badannya supaya suhu bdnnya turun. Kecian, dia menangis teresak-esak sbb tidornya tertanggu, mas cuba paksa dia menyusu tp dia tak nak, masa tu mas dpt rasa yg mulut dan lidahnya panas sgt. Dalam hati Tuhan je yg tahu hati mas masa tu, tak sabar nak tunggu hari siang dan bawak dia pergi spital. 


Esoknya (isnin) bila demamnya masih tak jugak kurang, kami bergegas bawak dia ke KPJ Seremban. Sampai je sane, amani terus dibawa masuk ke wad emengency, untung mas ada sepupu yg jd nurse kt situ so semuanya dia yg uruskan. Mulanya kami nak bawak amani jumpa doc yg cucuk amani tp dia cuti 3 hari plak. So di pendekkan cerita, selepas je doctor periksa badannya terus doc suruh masukkan ubt demam di punggung sbb masa tu suhu bdnnya dh cecah 38.8c. Kesian sangat, amani lemah, nak angkat tangan pun tak larat sbb penat menangis takut dengan doctor n nurse huhuhu... Doctor bg tempoh selama 24 jam dan kalau tak ada perubahan doctor mintak kami bawak amani semula ke spital. Lega dgr bila doctor sahkan yg amani demam disebabkan suntikkan 8 bulan tu dan it's normal kalau jadi demam.


Alhamdulillah kesan ubt dari punggung tu, amani sembuh dengan cepat. Malam tu dia aktif semula dan boleh main2 dengan kak isya siap gadoh berebut nenek lagi hehehe selonok hati ummi. Tiba time tidor, mas susukan dia macam biasa dan tidornya lena sangat, lega sgt hati kami. Rupanya.... sekali lagi tiba tengah malam suami mas kejut, badan amani panas lagi dan kali ini naik 39c! Ya Allah...ujian apa yg Allah bg kat kami nie, sakit apa anak kami sebenarnya? mas menangis, dlm kepala dan terbayang, yg bukan2. Macam mana nak buat ni, mas panic sangat, nak bwk pergi spital dah tengah malam, kami jadi buntu masa tu mulut amani merah menyala, kepalanya panas sangat. Tetiba mas teringat dengan sepupu terus mas call dia mintak tunjuk ajar apa yg patut kami buat. Mula2 dia tanya amani ada menggigil tak, kami kate tidak, then dia tanya amani merengak tak, kami kate tidak dia tidor lena sekarang. So dia mintak kami bg amani ubt demam tang punggung then matikan kipas, bukak baju amani dan tekap-tekapkan bdn amani dgn air sejuk selama beberapa minit then bukak kipas semula. Setiap setangah jam dia mintak kami chek suhu badan amani, dan sentiasa tekap2kan badan amani (ulang proses yg sama) sekerap yg boleh. Malam tu mas tak boleh tidor, setiap setengah jam mas chek suhu bdnnya dan setiap setengah jam mas lap2 bdn amani supaya cepat turun suhu badannya. Akhirnya dari 39 turun kepada 37c, alhamdulillah dan mas rehat sekejab sbb rasa letih dan terlelap lebih kurang 1 jam. Bila terjaga je mas terus pegang kepala amani, Ya Allah panas lagi, naik dah 38c. Mas kejut hubby mintak dia tlg tekapkn kain bsh sambil mas susukan amani. Dalam hati cuma berdoa semoga amani segera sembuh, Alhamdulillah Allah makbulkan doa mas, tepat jam 6 pagi suhu badan amani turun 36.5c dan turun lagi dan lagi 35c. Syukur Alhamdulillah :))) 


Alhamdulillah........so bila demamnya dah kebah mama ajak kami bawak amani jumpa bidan bayi nak mintak urut badan amani, yelah manalah tau kot2 ada yg terkehel sane sini ke. Sangkaan kami betul...leher amani dah terkehel selama 1 minggu dan dah berbiji pun uratnya. Patutlah demamnya tak kebah2 rupe2nya huhuhuhu.... nenek tu kate baby kalau terseliuh/terkehel boleh jadi demam dan kurang selera makan. Pulak tu memang tak kena dengan masa, dia plak kena cucuk so berganda-gandalah demamnya huhuhuhu. Sekarang amani dah ok, dh sihat walafiat, dah ceria macam sebelum-sebelum nie. Ini semua jadi pengalaman dan pengajaran kepada kami, lepas ni kalau dah kena cucuk cepat2 bg makan ubt demam walaupun dia belum ada tanda2 nak demam!



Ok ini tips untuk anak/bby yg kena demam panas yg sgt tinggi


1. Basahkan tuala muka/kain dengan air paip bukan dgn air batu ye

2. Bukak baju baby

3. Matikan kipas/perlahankan kipas supaya bby tdk menggigil kesejukkan

4. Tepind sponge (tekap2kn kain bsh) di seluruh bdn bby terutamanya bhg ketiak dan kepala

5. Bila dah kering kuatkan semula kipas. Pastikan bilik tidor sentisa berada dlm keadaan sejuk supaya suhu bdn bby cpt turun kecuali semasa hendak tepind sponge kan baby

6. Seeloknya pakaikan baju yg berlubang-lubang/nipis 

7. Ulang semula proses no 3 dan 4 setiap setengah jam dan chek suhu badannya juga setiap setengah jam

8. Walaupun suhu badannya dah turun, pastikan dia tdk berada di tempat yg panas sehinggalah suhu badannya benar2 kembali normal

9. Bagi baby minum air kosong / susu sebanyak yg boleh

Friday, March 9, 2012

Model Chomel!

 Assalamualaikum, selamat petang dan Salam Jumaat. Sihat ke? mas alhamdulillah sihat cuma amani hari ni tak sedap badan. Badan dia hangat sikit tp ok masih boleh main lompat2 lagi. Semalam amani dah kena cucuk 8 bulan dan berat badan dia pun tak naik banyak, 7.35kg je. Kesan dari cucuk tulah hari nie dia demam sikit. 
Sampai je rumah mama, kakak sepupu dia dah tunggu depan pintu. Kakak isya balik cuti panjang hihihi. Kakak isya nie adalah peneman setia amani masa mas dalam pantang lagi. Setia dia jaga amani dan bila amani tidur, dialah org paling rajin henjut buai. Tapi sekarang dia dah duduk Johor so balik sekali sekala ja. 
 Baju yg mereka pakai tu nenek yg buatkan. Sedondon kain tapi tak sama dsign. Nenek beriya-riya suruh amik gambor, jadi model. Tapi paham jelah dengan model kecik. Sekejab ok sekejab tak ok. Tengok tu muka amani, muncung seksi u hehehe... 
 Kakak isya possing cantik tp amani sibuk nak gigit heben baju kakak isya hihihi
hehehe..time ni kakak isya dah muncung sikit sbb amani dok sibuk tarik baju dia. Sayang...baju chantik hihihi. Sabar jelah dengan bebdudak ni.

Ok, itu je untuk kali ini. Mode nak layan amani yg meragam sikit. 

Wednesday, March 7, 2012

Daging Kisar 3 Rasa....Saya sgt rajin!


Optsss! jangan disalah erti dengan tajuk itu. Daging kisar 3 rasa bukanlah daging yg dijual dengan 3 perasa tapi ia adalah daging kisar yg mas masak dengan 3 rasa hihihi. Eh sebelum itu, assalamualaikum dan selamat malam rakan belog semua. Tengah buat apa tu? Nonton tv ke? mlm ni tak ada cerita yg menarik pun, sekejab2 tukar chanel nak cari ceti best kononnya tp hampa so rasa bosan pulak. Nak tengok cd malas sbb dah nak tengah malam, kang nnt bukan kita tgk tv tp tv yg tengok kita hehehe....

Dah nak tengah malam ni ada ke org BW lg? kalau ada baguslah, moh singgah sini lama2 tgk daging kisar 3 rasa mas ni hihihi. Hari nie mas rajin sgt update n3 sampai 2 kali. Bukan apa, jeles plak tgk org lain dok tayang menu banyak kali dlm sehari so kita ni pun nak ikut sekali la. Hehehehe...tak adalah, sebenarnya esok pagi mas nak balik kg. Esok amani ada apt dengan doc untuk cucuk 8 bulan. Dah alang2 turun seremban so terus panjang langkah ke PD lah hihihi. Manyak sonok wooo dpt jumpa mama. 


Bila dah sampai kg tu paham jelah memang tak dan ler nak update blog dan bermuka buku sebab kat rumah mama tak ada internet dan line berukband pun sgt slow macam siput comel. Nasib baik skrg ni rumah sepupu, sebelah rumah je ada wifi so bolehlah kami tumpang setingkap nge..nge..nge.. Nak cuba try testlah update n3 sok mana tau laju je kan.

Ok, dah dulu membebel dan sekarang mas nak tunjukkan resepi rahsia dari dapur mas ok. Wahhh gitu tau!

Bahan-bahan
400gm daging kisar ramli
2 ulas bwg putih - racik halus
1 biji bawang besar - potong dadu
1/2 inci halia - hiris nipis dan dadukan
1 sudu kecil serbuk lada sulah 
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu bsr kicap manis
1 sudu besar jus lemon - nak guna cuka masak pun boleh je
Garam secukup ras
1/2  cawan air

Cara-cara
Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan daging kisar hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan. 
Masukkan semua bahan sos dan kacau seketika.
Masukkan pula air dan garam. Kacau lagi, masukkan pula daging kisar dan lada sulah. 
Gaul rata2, agak2 dah kering dan cukup rasanya bolehlah padamkan api.  

Bihun Goreng Udang Kering


Assalamualaikum dan selamat petang. Apa khabar semua, sihat ke? semoga setiap hari Allah swt berikan kita kesihatan yg sebaiknya agar kita dpt menjalankan kerja2 yg telah di amanahkan, tak kiralah sama ada kerja dipejabat mahu pun dirumah dan dengan kesihatan yg baik juga dapatlah kita beribadah dgn sempurna.

Hari nie hari rabu, masih lagi hari bekerja dan selalunya kalau hari bekerja bg suri rumah bermaksud hari2 didapur kan? dari hari isnin sampailah jumaat mesti dapur sentiasa berasap je. Pagi masak lain, tengah hari masak lain dan malam masak lain. Itu belum masuk minum petang lagi hehehe...tengok betapa kerja kerasnya suri rumah didapurkan? Cutinya bila tiba hujung minggu je. Time tulah incik suami bg can isteri nya tutup dapur dan bukak dapur org plak hahaha bestnya! tapi kekadang si isteri lebih suka duduk dapur cuba resepi baru lebih best, lebih enak dan lain dari biasa kan kan kan. Sama juga dengan isteri yg bekerja, hari minggu adalah hari dapur, hari berkumpul seisi keluarga dan makan semeja. Kualitikan masa dan rasa bersama tak gitu? 

Ok, cukup2 lah membebel ye mas, dah nak merapu dah tu hihihihi. Kita terus ke agenda utama. Dinner malam tadi mas ada masak bihun goreng udang kering. Ini kali pertama mas try masak bihun campur udang kering. Selama hari ini, seboleh-bolehnya mas cuba elakkn makan udang kering sbb takut jadi kegatalan yg tidak boleh dikawal jari nak menggaru je huhuhu...Tapi semalam mas derhaka dgn diri sendiri selepas pekena terung sambal tumbuk yg ada udang kering terus mas gatal nak makan udang kering je! Hah betullah tu kegatalan yg tidak boleh dikawal hahahaha!



Bahan-bahan
2 keping bihun - rendam sampai lembut
2 ulas bawang putih *
4 biji bawang merah*
1 sudu besar udang kering*(bahan * tumbuk. Bawang merah dan putih tumbuk skali sampai lumat. Udang kering tumbuk kasar)
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 mangkuk sawi
6 ketul fish ball - potong 
1 mangkuk daging ayam
2 keping fish cake - goreng dan asingkan
Garam secukup rasa
Sedikit air untuk melembutkan bihun


Cara-cara
Panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan sekejab udg kering hingga warna coklat sedikit. 
Terus masukkan bahan tumbuk, tumis hingga naik bau/kekuninggan.
Masukkan pula cili kering, tumis sampai pecah minyak dengan api yg kecil.
Masukkan pula ayam, kaup balikkan, bila ayam dah masak masukkan pula fish ball.
Kacau2 sebentar, masukkan pula semua bahan sos, kacau lagi.
Masukkan sedikit air dan garam. 
Bila dah menggelegak masukkan pula bihun. 
Kaup balikkan hingga bihun lembut, masukkan pula sawi. 
Bolehlah padamkan api bila sawi dan bihun masak sepenuhnya.
Hidangkan bersama dengan fish cake yg dah digoreng tadi. 



Tuesday, March 6, 2012

Terung Sambal Tumbuk



Assalamualaikum dan selamat malam wahai rakan belog semua. Dah makan ke? makan apa tu? sedap ke? hehehe kiah propa betulkan dia ni. Kami pun dah makan, alhamdulillah kenyang sgt. Tadi mas masak bihun goreng udang kering, 1st time buat jadi plak walau pun tadi mas dh kate today my dapur tutup hihihi...tutup separuh hari je. Incik hubby kate sedap! bangga sampai kempas kempis hidung makcik sekejab wakakaka...


Sebenarnya mas bukannya boleh makan udang kering sbb nnt jd alergik pada kulit tangan. Bukan setakat udang kering je, segala jenis seefood kecuali ikan pun tak boleh makan. Kalau makan boleh jd gatal2 kat kulit pastu susah nak baik. Tapi tulah manusia kan, kadang kala derhaka juga huhuhu... Ini kali ke dua mas derhaka, semalam mas buat terung sambal tumbuk yg ada udang kering.


Ok, mulanya seram juga nak buat terung sambal tumbuk ni sbb ada udang kering kan dan resepi ni mas ambil dari dapur Kak Diana. Sebenarnya resepi asal tak ada pun udang kering, kak diana saje tambah untuk mengenakkan lagi rasanya. Penambahan itulah yg buat mas tergoda dan terus tiru macam kak diana buat juga hehehe..



Ternyata penambahan udang kering itu memang menyedapkan lagi terung sambal tumbuk ni. Masa makan tak sedar pun yg terung tu mas ratah macam tu je. Hubby pun suka sangat sbb rasanya pedas2 manis. Pendek kate memang sedap gila walaupun huhuhu...mas derhaka lagi dengan resepi itu. Apa-apa pun terung sambal tumbuk nie memang mantop!!!! Jom semak resepi yg mas ambil dari dapur kak diana.


Resepi oleh : Akk Ummi@Home sweet home


Bahan-bahan
20 ulas terung ungu mini (boleh je guna terung lain) - mas goreng terung dalam minyak yg cetek
3 tangkai cili merah (dibuang biji)*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan yg dibakar* (bahan * ditumbuk kasar) - mas tak letak
1 - 2 sudu besar cili kering kisar - mas guna 1 sudu bsr 
1 sudu besar air asam jawa - mas lebihkan sikit
6 tangkai cili padi thai (diketuk) - mas tak letak
2 sudu besar gula/secukup rasa
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit udang kering (ni Diana tambah)


Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 tumbuk sebentar hingga naik bau.
Masukkan pula cili kering kisar dan kacau hingga naik minyak (guna api perlahan).
Masukkan gula dan air asam jawa, kacau.
Masukkan terung diikuti dgn garam secukup rasa.
Masukkan cili api thai dan kacau balik terung dan cili padi hingga sedikit layu sahaja (rasa keras2 sikit bila dimakan) dan seimbangkan rasa. Tutup api.


Roti inti Keju lagi


 Pagi nie mas bekpes roti inti keju lagi. Mas kena habiskan sebuku roti yg mana esok pagi akan tamat riwayatnya huhuhu. Lagi pun pagi nie rasa malas nak ketuk kuali lebih2 kat dapur. Badan rasa letih dan lesu je, mungkin sbb malam tadi amani meragam sikit dan sepanjang malam dia banyak menyusu so memang mas tak boleh tidor lena. Bila bangun pagi kepala jadi sakit dan mata berat sangat nak celik huhuhu. Tak apalah itulah pengorbanan seorang ibu kan?


Mas dah bg tau incik hubby awal2 yg today dapur tutup! mas malas masak. Wahhhhh suka2 hati je kan? hehehehe....nasib baik incik hubby ok je. So tengah hari ni kami nak sergah dapur org je hihihi... Ummm dah lama tak berbungkus bungkusan di Restoran SAMBAL HIJAU. Yok bang kita ke sana :)))

Sunday, March 4, 2012

Mee Hailam ala-ala Mee Bandung


Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Selamat hari ahad, hari beristirehat seisi keluarga. Kualitikan hari ini, sepanjang masa anda bersama kelurga tercinta dgn bersiaran di rumah atau bwk ank2 jejalan cuci mata sambil cari makan. Lagi pun sekarang ni tengah ada sale sane sini (optss...yg ni mak2 sukalah hihihi). Yok shopping!


Hari ni kami tak ke mana2(kot laaaaa), kami lepak2 kat rumah habiskan masa dgn amani je. Layan kerenah dia yg semakin manja. Sekejab nak dukong, sekejab nak baring, sekejab nak dukong balik, sekejab nak meniarap plak dan begitulah seterusnya sampai dia tidor nge..nge..nge..



Oklah, n3 malam tadi mas ada bg tau pasal mee hailam ala2 bandung kan? so skrg mas nak tunjuklah apa itu mee hailam ala2 mee bandung. Macam nie, semalam masa BW dapur org ternampaklah salah satu dapur jiran ada hidang mee bandung yg sgt menyelerakan. Menariklah pulak tgk mee bandung dari air tangan INTAI DAPUR dan bahan2 yg digunakan pun sgt mudah dan senang. Mas just mintak incik hubby belikan mee kuning je, bahan2 yg lain dah sedia ada dalam dapur kami. Tapi tulah mas dah derhaka dengan resepi tu. Yelah elok2 nama dia mee bandung mas dah tukar jadi mee hailam bandung hahahaha... Jangan marah ye kak liza :) Apa2 pun memang sedap! thanks for the recepi.


Jom kita semak resepi dari INTAI DAPUR


Bahan-bahan :-
500gm mee kuning
3 sudu bsr cili kisar - mas letak 2 sudu bsr
3 ulas bwg putih - tumbuk
250ml stok ayam/air - mas letak air je
4 sudu bsr sos tomato
4 sudu bsr sos cili
2 sudu bsr sos tiram
Sedikit tepung jagung+air utk pekatkan kuah - mas tak letak
300gm isi aym
300gm udang
Telur - mas guna 2 biji telur
1 mangkuk kubis - mas gantikan dgn sawi
1/2 btg carrot
2 biji tomato (cincang) - mas guna 1 biji je
Garam dan gula secukup rasa
*mas derhaka dengan tambah 4-5 sudu besar kicap manis*


Cara-cara :-
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar hingga naik bau
Masukkan semua sos, tomato cincang dan isi ayam dan biar hingga isi ayam tadi agak kering
Masukkan air/stok ayam dan biar mendidih
Seterusnya masukkan garam dan gula serta carrot dan bunga kubis
Bila sayur dah empuk,masukkan air tepung jagung dan pecahkn telur, kacau
Masukkan pula kubis dan udang, bila kedua-duanya dah masak, tutup api dan bolehlah tuang atas mee
Hidang dgn cili api potong


Saturday, March 3, 2012

Roti Telur inti Keju

Sila abaikan gambar yg tidak pro ini

Assalamualaikum dan selamat malam. Dah makan ke? masak apa hari ni? mas ni asyik tanya soklan yg sama je kan? kalo tak tanya masak apa mesti tanya makan apa? huhuhu nak wek camno dah itu je yg ado dalam kepalo den ni hah. Malam minggu nonton drama sambil ngonyel2 kacang or cokelat mst sedap kan? tapi kalau perut dah kenyang memang ngonyel dengan mata jelah hihihi. 

Alhamdulillah dinner tadi mas masakkan suami mee hailam ala2 bandung. Mee hailam ala2 bandung? mcm mana tu? sedap tau, incik habby pun suka! Ok yg tu nanti mas tayangkan resepinya. Sekarang ni mas nak tunjukkan resepi roti telur inti keju. Bagi penggemar keju, tentu korang akan suka kalau keju tu dimasak dgn apa2 cara sekalipun. Lagi banyak keju lagi best! Macam pizza, sedapnya makan panas2 pastu kejunya meleleh-leleh...perghhhh nikmat laaaaa hihihihi.


 Dalam peti ais rumah kami mesti kena ada stok slice keju jenama kraft or jenama lain asalkan halal. Sebabnya mas suka sangat buat pizza roti dan roti telur inti keju. Ok, roti telur inti keju ni kan tersangatlah best dan mudah. Bebudak mesti suka lagi pun makan keju ni bagus tau untuk gigi dan tulang. 

Apa yg perlu hanyalah beberapa keping roti, 2 biji telur di pukul kembang bersama dengan 1/2 sudu bsr mayonis, sedikit garam(optional), sedikit serbuk cili powder dan sedikit oregano herbs. Mula2 buangkan kulit roti, kemudian ambil sekeping keju dan letakkan di atas sekeping roti lepas tu ambil lagi sekeping roti letakkan pula atas keju (mcm sandwich). Belah 4 dan ulang semula proses sampai habis (nak habiskan satu buku roti pun boleh je)


Panaskan kuali dengan sedikit minyak(mas guna minyak zaiton). Celupkan roti dalam telur dan gorengkan dgn api yg kecil. Goreng sampai telur masak di kedua belah keping roti dan keju jd cair. Sangat sedap di makan begitu saje atau dicicah dgn sos cili dan mayonis. Selamat Mencuba!

Abaikan lagi, tangan sy yg tidak pro huhuhuhu....

Friday, March 2, 2012

Spicy Prawn Spaghetti with Mushroom Shitaki


Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat tengah hari. Dah siap masak ke? masak apa hari nie? Oh ye sebelum tu, Salam Jumaat, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Jom kekawan kita banyakkan sedekah, selawat dan istighfar. Semoga apa yg kita lakukan akan mendapat ganjaran pahala dari Allah swt, 
Insya Allah.

Pejam celik, pejam celik dah nak hujung minggu kan? Sekarang ni masa berlalu terlalu pantas. Sedar-sedar dah masuk bulan 3 dan sekejab juga Amani dah 8 bulan. Alahai, dah makin besar baby ummi ni, dah makin lasak dan bijak! Macam tak percaya dia dah 8 bulan sekarang, rasa macam baru je lahirkan dia hihihi.... Semoga Amani menjadi anak yg solehah.

 

Ok mas stop ceceh! Hari nie dapur mas belum berasap lagi. Eh salah, pagi tadi dah berasap, mas buat bekpes cekodok ikan bilis dan sambal ikan bilis. Licin dah...tak sempat nak snap sbb kami dh kebulur hihihihi... Untuk makan tengah hari, mas belum pikir nak masak apa lagi. Nak masak ke tidak ye? Rasa macam malas plak tapi mas ni bukan boleh caya. Cakap je malas, kang tetiba tung tang tung tang kat dapur. Kekadang tu kata nak masak tetiba malas plak so tung tang tung tang lah kat dapur orang hihihi makan luar ler!

So n3 yg mas paparkan ni bukanlah menu hari ini tapi menu dinner kami malam tadi. Malas nak masak nasi so mas masak yg ringan2 jelah. Sukalah spaghetti grg ni sbb ada cendawan shitaki. Selalunya kalau buat spaghetti grg, mas just letak cendawan butang je tapi kali nie mas letak cendawan shitaki sbb teringat plak mkn spaghetti kt pizza hut. Dia org cuma letak cendawan shitaki, udang dan kcg peas je. Simple tapi sedap!

Oklah jom kita terus ke resepi ciptaan saya ye.


Bahan-bahan :-
1 cekak spaghetti - rebus 
1 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - hiris nipis
1 mangkuk udang yg kecil2 - beli yg dah dikupas kulitnya 
1 bungkus cendawan shitaki kering - rendam sampai lembut (belah 4)
1 biji cili benggala merah
1 sudu besar cili flaks
Sedikit oregano herbs
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk pati ayam - optional
2 ke 3 tangkai daup sup - racik halus2

Cara-cara :-
Tumiskan bawang besar dan putih hingga harum atau kekuningan.
Masukkan cili flaks dan tumis sekejab.
Masukkan pula cendawan shitaki. Tumis lagi hingga cendawan lembut.
Masukkan pula udang, garam, pati ayam dan oregano herbs. Kaup balikkan hingga udang masak.
Letakkan pula cili benggala. Kaup balikkan lagi beberapa minit dan akhir sekali masukkn spaghetti. Gaul rata2 hingga sebati. Bila semua bahan dah masak taburkn pula daun sup. Bolehlah padamkan api.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails