klik klik ok!

Monday, July 30, 2012

Ayam Kicap yang selekeh!

Bismillah.... 

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat menyambut bulan ramadhan rakan2 kesayangan hamba. Selamat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan aman, tenteram dan damai, jiwa tak kacau....ehhhhh lain mcm je tu.

Diam2 dah 10 hari kita berpuasa ek? minggu depan dh 2 minggu, minggu depan nya lagi dah 3 minggu dan minggu depannnnn nye lagi dah 4 minggu, lepas tu raya la! yeyeye raya! Haissssh...mengalahkan bebudak sungguh mokcik ni, budak pun tak mcm tu tau.... ye ke? budak-budak lagi tak sabar nak raya kan kan kan.... Sedihnya ramadhan nak berakhir tp dlm masa yg sama terujanya nak sambut syawal hihihi.
 Ok stop!

Korang, ayam kicap mas nampak selekeh kan? tgklah rupe mereka yg bergolek atas pinggan tu tak menggoda betul. Langsung tak seksi kan? masa ni mokcik belum berguru dgn kak zila4ever lagi so main hantam kan sajalah, janji ada hehehe.

Tau tak ayam masak kicap adalah makanan peberet kami, buat makan time sahur mkn dgn nasi panas2 pun dah cukup sedap sangat. Jangankn aym kicap... daging kicap, ikan bilis kicap, telor kicap, tempeh kicap dll asalkan ada kicap memang laju la tekak kami nie. Makan tomyam pun buh kicap, makan gulai pun buh kicap gak, senang cite kami nie hantu kicap lah! nampak tak...serasi kan kami hehehehe. POYOS!
 Hari2 mkn kicap pun takpe dan setakat ni istilah jemu tak timbul lagi walaupun harga kicap dah naik melambung kami tetap beli sebab kicap tu best!!!! 
Osah gila kicap den ni.

Pendek cerita, hari ni tak ada resepi. Alaaaaaa.... ayam masak kicap kan basic memasak(berlagaknya saya ni). Teringat dulu masa baru bljr masak, mula2 bljr masak telor kicap, lepas telor kicap terus naik taraf belajar msk ayam kicap, masa tu rasa terro dah tu hihihi, dh jodoh dpt plak hubby suka makan kicap....hemmm memang seiring dan sejalan la kan ngeeeee.


Moral? apa kena mengena ayam kicap dan kami? 
Motif? tiada lg picas terbaru so guna saje gmbr yg ada dgn moto APA YANG PENTING my dapur maya berasap! kuang..kuang...lantok ler.
Sekian sahaja cerita kicap dan kami.


Tamat. 

Selamat berpuasa dan berbuka puasa.

Saturday, July 28, 2012

Puding Raja.....bukan raja kapoooor yg punya!

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ramadhan buat semua. Buat teman2 selamat menjalani ibadah puasa, semoga ramadhan kali ini kita lebih bermakna.

Errr...nak tanya pasal apa ye? buntu...tak ada idea nak membebel. Mari kita pendekkan cerita, picas puding raja ni dah terperap lama dlm simpanan, bulan bila mas tak hingat...hah lama dh tu kan? hehehe lantak ler yg penting my dapur maya berasap wokey :)
 Nak terangkan bahan2nya pun mas dah tak berapa ingat...hah amik lagi, itu menandakan apa? makcik pelupa ke? no..no..no..itu tandanya makcik pemaleh, buat sekali lepas tu harammm nak buat lagi! pemaleh la tu namanye kan? kuanggggg.....

Ala secara simplenya korang nampak picas tu step by step kan so korang agak2 jelah ye hihihi. Soooooo kejam makcik ni kan? 
 Oklah secara ringkasan, sediakan beberapa biji pisang, belah 2 dan gorengkan sekejab dgn minyak yg sedikit   sampai pisang jadi perang mcm kat atas tu ler... susunkan dalam bekas mcm kat atas juga, kalau tak ada guna loyang pun boleh, lepas tu taburkan dengan buah prun yg sudah dihiris, kalau tak ada prun...kismis pun boleh je.
 Lepas tu kita sediakan sosnya pula, dlm 1 bekas masukkan 1 tin susu cair, 2 sudu besar gula, 1 1/2 sudu besar tpg kastrad dan 1 biji telor pukul sehingga semuanya sebati...choppp! letak sikit essen vanilla, lepas tu tapiskan (guna penapis santan) dalam periuk. Dengan api yg kecil masakkan sehingga kuah jadi sedikit pekat. Eh chopppp lagi! masa masak, tambahkan 1/2 tin air. Kalau kuah jadi terlalu pekat tambahkan lagi air (betul ke ni...hahahaha pandai2 koranglah)
Biarkan kuah betul2 sejuk, barulah dituang atas pisang tadi. Simpan dlm peti ais lebih kurang 1 jam dan bolehlh dihidang untuk keluarga tersayang...untuk teman2 pun boleh yo... ngeh..ngeh..ngeh.

Yg mas ingat mcm tulah resepinya dan begitulah kejadiannya. Sesape ada resepi yg lg best atau yg lebih betul silalah tampil bg tau ye sbb mokcik ni buat tak berguru jadi itu ler hasilnya kuang...kuang..kuang.


Selamat berpuasa dan berbuka puasa.

Thursday, July 26, 2012

Sambal telor puyuh sedap!....post ulangan

Dah tengah malam baru dpt post n3.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berpuasa. Sekali lagi doa mas, semoga dibulan ramadhan yg penuh keberkhatan, penuh pahala, penuh rahmat dan keampunan dari Nya kita dpt menjalani ibadah puasa dengan sempurna, insyaAllah.

Masa cpt berlalu kan? sekejab je kita dah beberapa hari sambut puasa, pastu sedar2 dah nak dekat raya, yeppi seronoknya! baju raya dah siap ke? dh shopping raya ke? kami dah mula sikit2, tak nak shopping last minit mcm dolu2, tak sanggup makcik nak berasak dgn ramai org! 

 Hee..hee...heehai! sampai la nie mas masih belum sempat nak tayang iftar di kedua waktu! mode memasak sgtlh rajin tp mode nak tembak2 sgtlah malas. Niat tu ada tp niat jelah nge..nge..nge. 
Jadinya buat sekian kali mas tayanglah picas yg sedia ada dlm peti simpanan dan pernah mas tayangkan sebelum ini cuma masa tu nasi yg dpt nama, kali ini sambalnya pula.

Sekali lagi mas mencuba resepi dari buku sajian istimewa kak shahriah yg comel2 tu. Sekarang kak shah tgh sibuk mengajurkan pertandingan kuiz dari blognya. I tell you, dia punya hadiah pergggg... sgtlh menarik, sape join sgt untung, sape tak join sgt rugi dan masih belum terlambat utk anda join. Cepat2 join dgn kadar segera! (cer kira berapa byk join mas guna?)
Bukan rezeki mas utk turut serta sbb blog ni bukannya selalu ada a.k.a sekejab tenggelam sekejab timbul! 
Tolong sorak dari jauh je ye hihihi

Resepi : Buku sajian istimewa Shariah Abdullah

Bahan2 :
30 biji telur puyuh - rebus
1 biji bwg besar - hiris bulat
2 sudu besar air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar :
4 biji bwg merah
2 bawang putih
15gm cili kering
1cm belacan - mas tak letak
1sm halia - mas tak letak

Cara2 :
1. tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
2. masukkan air asam jawa, biarkan sebentar, perasakan dgn garam dan gula secukup rasa
3. masukkan telur puyuh
4. masukkan bwg besar dan sedia dihidangkan

Sedapppppp....mas makan sambal telor nie dgn nasi lemak juga dari resepi buku kak shah. Buat teman2 yg belum ada cpt2 la beli ye, bestttttt bahan2 yg kak shah gunakan sgt mudah dan senang je, tak rugi....mokcik promote lg tau ngeeeee.

Maaf, mas tak berkesempatan nak BW semua, amani sgt mencemburui kita :)

Monday, July 23, 2012

Ikan selar goreng sambal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera wahai kawan2 blogger semua. Sekali lagi mas mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, doa mas semoga ramadhan kali ini lebih bermakna, penuh pahala, penuh keberkhatan dan keampunan dari Allah swt, InsyaAllah.

Sejak tibanya ramadhan ramai betul kawan2 blogger yg dok tayang iftar bersahur dan berbuka, malah biskut raya pun ada. Seronoknya dpt tgk kemeriahan sambut ramadhan di dapur maya ini, mas pula jadi tak sabar nak beraya hihihi.
 Mas dari awal puasa sampai hari ini tak berkesempatan nak snap picas di kedua waktu huhuhu tak sempat weiiiiiii... siap je masak hubby terus ajak pergi bazar ramadhan, lepas tu baru je kita tertonggeng nak snap, si kecik plak buat hal so tak payahlah hihihi. 

Ikan selar goreng sambal ni pun gambar lama yg dah lama terperap so tayang jelah untuk mengelakkan dari dapur maya tak berasap! hehehe. 
 Bahan2 :

6 ekor ikan selar saiz kecil
3 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
1 sudu besar gula
4 sudu besar air asam jawa
Garam dan pati ikn bilis secukup rasa

Cara2 :

1. Lumurkan ikan dgn serbuk kunyit dan garam, goreng dan ketepikan.
2. Tumis bwg besar dan putih sehingga naik bau, masukkan cili kering.
3. Bila cili kering dan masak/pecah minyak, letakkan pula gula, garam dan pati ikan bilis, kacau sekejab..
4. Masukkan pula air asam jawan dan tumis hingga sambal  pekat, letakkan ikan grg tadi gaul rata2 dan angkat.

Ikan grg sambal ni mas makan dengan terung grg tepung yang tak berapa nak jadi. Mungkin bancuhan tercair so tepung tu tak melekat kat terung. Jangan tanya kenapa tak tambah tepung lagi? so jawapan yg akan mas bg memang artis......NO KOMEN! hahahaha.


Selamat berpuasa dan selamat berbuka!

Saturday, July 21, 2012

Mentaram/sambal tempeh bulan puasa!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa semua, mcm mana sahur pagi tadi? ok ke? makan dgn mata celik ke separuh celik hihihi maklum ler hari pertama sahurkan. Kami ok, makan selera je tp tulah kena makan dlm keadaan senyap dan lampu terang2 manja je, nak borak lebih2 pun tak boleh. Alahai...gara2 nak mengelakkan dari amani terjaga, budak kecik tu telinganya tajam, pantang dgr kerusi kena tarik cpt je toleh sbb dia tahu atas meja ada makanan huhuhuhu.

Kawan2 kalau sahur ada tak makanan wajib buat? asal pose je adalah lauk tu, asal lauk tu poselah tu hahaha ting tong sekejab! Mas kalau tiba ramadhan wajib buat sambal tempeh! orang jawe kate sambal mentaram. Sambal ni penambah selera kami waktu makan sahur. Kalau buat memang tak sikit2, stok sampai utk sebulan pose tapi kekadang tak sampai pun sbb hubby suka meratah tanpa sedar dah tinggal sikit. Eh...bukan ratah waktu siang ye itu sengaja batal pose namanya hihihi.

Rata2 ramai yg dah tahu resepi ni kan, tapi mas nak kongsi juga. Resepi ni dari arwah nenek a.k.a mak mertua mama saya, turun ke mama dan turun pula ke saya.

Bahan2 :
5 bungkus tempeh - hiris nipis
2 genggam ikan bilis
1 genggam kacang tanah
3 biji bwg putih - ketuk
1 1/2 senduk cili kering
1/2 botol sos cili life
4 sudu besar gula
sedikit garam

Cara2 :
1. gorengkan tempeh, ikan bilis dan kacang tanah secara berasingan, ketepikan.
2. dengan minyak yg sama, gorengkan bwg putih hingga naik bau, masukkn cili kering dan tumis hingga cili kering masak/ pecah minyak.
3. masukkan garam dan gula, kaup balikkan seketika, masukkn pula sos cili.
4. masak hingga sos jadi kering sedikit/minyak timbul, masukka pula bahan no 1, kaup balikkan segera supaya sos melekat dengan rata.
5. padamkan api, angkat dan letakkan sambal dalam bekas sementara, biarkan sambal betul2 sejuk barulah disimpan didalam bekas kedap udara. 


Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa

Ramadhan datang lagi :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Esok puasa dah kita semua. Alhamdulillah Ramadhan datang lagi, dan syukur alhamdulillah Allah swt masih panjangkan usia untuk kita merasa nikmat ramadhan lagi. 
Buat teman2 semua kami ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa, semoga sepanjang bulan mulia penuh keberkhatan ini kita sentiasa diberi kesihatan yang sebaiknya agar kita dpt menjalankan ibadah puasa dgn sempurna, InsyaAllah. 

Dikesempatan ini juga mas ingin memohon maaf sekiranya sepanjang berada di alam maya, tanpa sedar dan tanpa sengaja mas telah mengguris hati kawan2 semua. Mas hanya penulis biasa yg kadang2 lupa diri bila tekan keybord. 
Ikhlas dari hati tau, tak maafkan berdosa.

mokcik saje tayang lauk malam semalam bagi idea manalah tau kot2 esok ada yg sahur lauk sardin.

Akhir kate, esok jangan lupa bangun sahur, jangan terlajak pula hehehe....


Jom kita
Bersihkan mulut, bersihkan mata, bersihkan telinga, bersihkan hati dari pekara2 yg tdk elok nnt kurang pula pahala puasa!

Wednesday, July 18, 2012

Sup Cendawan dan Puff Pastry

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat malam. Selamat beristirehat bersama org2 tersayang dan selamat bw bagi yg free hihihi. 

Malam nie hari rabu mas malasssss banget nak ceceh byk, kurangkan cakap (mcm tiru kak kasih redha plak kan hehehe), males nak taip panjang2 lah kan, nama pun malas huhuhu

Untuk resepi sila klik blog KKida.
 Mudah, cepat, simple dan sedap!
Bye..bye..selamat malam!

Monday, July 16, 2012

Nasi Lemak Kak Shah terbaik! Terima kasih zila4ever

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai rakan2 semua. Selamat malam, slmt hari isnin, selamat hari bekerja kepada semua warga Malaysia, lakukanlah kerja dengan amanah dan iklas walaupun hanya kerja rumah yakni suri rumah mcm saya hihihi. Suri rumah pun satu kerjaya yang mulia kan?   

Korang semua dah sarapan ke? eh dh malam ler... kalau belum meh cuci mata dgn nasi lemak dari air tangan mas dan semestinya resepi yang sedap dari Kak Shahriah Abdullah yg shomel tu hihihi.

  Sebelum tu mas nak tunjuk sikit hasil gambar yg mas amik dari ilmu yg mas dpt dgn zila4ever, Jujurnya mas sgt suka dgn hasil kerja zila yg makin lama makin cantik.
Antara ilmu yg dia kongsi, gunakan cahaya dari cahaya matahari seeloknya dari jam 9.00 pagi. Menurut beliau penggunaan cahaya semula jadi akan hasilkan gambar yg cantik tanpa perlu mggunakan flash camera. Maka mas cuba tiru dan itulah hasilnya, yg di atas dgn flash dan yg dibawah tanpa flash. Apa kate anda? kena byk bljr lagi dan lagi :) TERIMA KASIH zila4ever.
Tiada apa yg nak mas katakan selain dari SEDAP nasi lemak dari resepi kak shah comel. Hubby suka dan berkali-kali tambah tanpa mengira lemak2 yg ada hehehe. Memang sedap, simple dan sedaplah hihihihi. 


Resepi: Shahriah Abdullah 
Rujukan : Sajian Istimewa Shahriah Abdullah

Bahan2 :
300gm beras basmathi - rendam & dibersihkan
1 sudu kecil halba
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bwg putih - hiris
1 btg serai - titik
2cm halia - hiris
1 helai dan pandan - simpul
700ml santan pekat
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air

Cara2:
1. campurkan beras dgn kesemua bahan2, kacau sekejab.
2. tanak beras sehingga masak.
3. apabila masak hidangkan bersama -sama sambal tumis dan rendang daging.

*bahan2 mas kurangkan kepada 2 org makan sahaja*

guna flash
tanpa flash

Sunday, July 15, 2012

Jom rempit! ish...ish...ish...anakku

Anakku merempit???? biar betul! lesen kaki pun tak lepas lagi ada hati nak..... ish..ish..ish over tau ank ummi ni! Terperanjat kawan2 ummi baca tajuk n3 kali ni hihihihi.

"Jangan panic ye, sy berjanji sy tak akan berlumba, kalau buat juga nnt ummi gantung basikal saya. Ok tak?"

 Amani dan beskal barunya, hadiah dari ummi dan walid sempena besday haritu. Kemain suka si kecik tu walaupun kaki tak sampai nak kayuh hehehe.


 Tapiiiii sekejab je dia duduk sopan dan santun, lepas tuuuuu...hah tgklah kaki dah kat atas kerusi nak berdiri kekonon nak capai tiang belakang tu. Pekes? sendiri naik sendiri tolak ke?


Alhamdulillah, kami suka tengok dia pakai tudung :)
Kegemaran amani, pantang nampak tudung msti nak pakai. Kalau ada 3 helai tudung depan dia maka 3 helai tu jugalah dia nak sarung. 
Gaya tudung terbaru dari amani, comel tak? 

"abaikan kaler kuning kat hidung sy sbb itu kerja ummi dan walid saya"

Org tua kate kalau nak kurangkan selsema anak, sapukan kunyit hidup kat btg hidung. Ye mmg betul selsema amani cpt kering tp hiihihi kuning semacam je btg hidung tu.

Saturday, July 14, 2012

Kari Ikan Bawal Goreng...ikan lagi :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan2 blogger semua. Daku kelewatan mengupdate n3. Masih adakah yg bersiaran di hujung mggu ni? Kalau ada ini soalannya, sihat ke korang? cuaca yg tidak menentu skrg ni mengundang pelbagai penyakit kan? 

Alhamdulillah amani dh ok dan selsemanya juga dah kering sedikit, tidor mlm pun tak meragam so lega rasa hati nie hihihi.

Alahaiiiii... semakin amani membesar semakin kurang tidornya dan semakin susah umminya nak bersosial di blog! hihihi ayt gempak youuuu. Sepatutnya n3 ni dah tersiar dari semalam tapi nak curi masa on lappy... ya ampun punyalah payah! Baru je sentuh, si kecik tu dah jeling kita ready nk rebut, bila kita bukak je terus dia kejar mcm semut nampak gula! Ok ummi paham. Pukul 12.30 malam juga mokcik ni update n3 tau!

 Kawan2, mokcik tayang ikan lagi! hari tu asam ikan selar, kali ini kari ikan bawal plak. Yang nie bukan menu hari tu, malam semalam, atau tengah hari tadi tapi ini picas lama yg tak sempat nak di tayang umum kan. Errrr...dah bg tau tadi kan? 


Selepas ni akan ada lagi..lagi..lagi dan lagi picas2 lama yg akan mas upload, al maklum ler tuan tanah kan sekejab timbul sekejab tenggelam...bila dh tenggelam memang payah betul nak timbul tu yg sedar2 dah sebulan menghilang rupenya ngeh..ngeh..ngeh
Bahan2 :

2 ekor ikan bawal
5 biji bawang merah - hiris
3 biji bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
1/2 inci halia - ketuk
1 sudu kecil halba
Rempah 3 sekawan
2 tangkai daun kari
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar rempah kari ikan - bancuh dgn sedikit air
1 biji buah tomato - potong dadu
Sedikit air asam jawa
1 cawan air
Santan - 1biji kelapa

Cara2 :

1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam, goreng mcm biasa, ketepikan.
2. Tumiskan seketika halba dan 3 sekawan, masukkan halia, daun kari, tumis lagi dan masukkan bwg besar tumis hingga naik bau.
3. Masukkan pula bwg mrh dan putih, tumis sehingga kekuningan dan masukkan cili kering.
4. Tumis hingga cili kering masak dan letakkan pes rempah kari tadi. Pastikan rempah kari masak dan masukkan buah tomato, kaup balikkan seketika.
5. Lepas tu letaklah air asam jawa dan air. Bila dh menggelegak, masukk plak ikan tadi bersama dengan garam, gula dan pati ikan bilis secukupnya.
6. Biarkan mendidih lagi dan akhir sekali masukkan santan. Tambahkan lagi air kalau kuah terlalu pekat.
7. Padamkam api bila rasanya sudah cukup memuaskan dan santan masak.


Perghhhhhhh!!!! banyak plak stepnya. Nie pun mokcik dah shotkan ayatnya kalau tidak.... heeehaiiii lagi panjang you!
Korang boleh paham kan?

Wednesday, July 11, 2012

Super Simple Asam Ikan Selar, selit sikit gambar AMANI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan blogger semua. Syukur alhamdullilah hari ini dpt mas post n3 baru lagi. Dah 2 hari amani kena selsema dan demam sedikit, nasib baik hubby tak berapa busy so boleh ler mas berbelog sekejab!

TERIMA KASIH kepada rakan belog yg bertanya khabar dan ucapan besday for amani. Seronoknya rasa hati, walau dh lama tak bersiaran tp korang tetap ingat dan sudi singgah serta tinggalkan pesanan. Love u lahhhhh hihihihi...mas akan bls juga pesanan korang ok. 
Mas ok2 saje, cuma kehilangan kami kerana agak sibuk sedikit dgn urusan keluarga, kami banyak habiskan masa di kg dan kalau dah dok kg nak berbelog memang malasssssss, tak tau kenapa huhuhuhu.
Ok, mas takleh bebel banyak takut amani jaga plak (tidor sbb mamai makan ubt selsema). Semalam mas sempat masak asam pedas ikan selar. Mulanya mas nak buh tajuk asam pedas ikan selar tp bila dah makan rupenya kuah tu tak pedas pun (terkurang cili kering) so buh jelah Asam Ikan Selar hihihihi. Simple je you all, takyah nak tumbuk or blend2, just hiris bahan2nya. Rajin kan sy?

Bahan: 2 ekor ikan selar
1 sudu bsr cili kering kisar
1/2 sudu kecil halba
1/2 inci halia - ketuk
3 ulas bwg merah - hiris
2 ulas bwg putih - hiris
1 biji bwg bsr - belah 4
1/2 biji tomato - belah 2
1 cawan air asam jawa
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Cara2: Tumiskn halba seketika, masukkan bahan hiris dan tumis hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan pula cili kering, tumis hingga cili masak/pecah minyak.
Masukkan pula air asam jawa dan air, bila dah mendidih masukkan pula ikan, perasakn dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih seketika, masukkan buah tomato dan bwg besar. Bolehlah padamkan api bila bwg dh masak.






7/7/2012 yg lepas kita org calebrate besday amani di Taman Tasik Perdana. Kekonon nak picnic ala2 santai gitu tp alahai.....dh jadi picnic taufan hah! Mana taknya baru susun2 barang, dtg amani habis dia tunggang terbalikkan semua brg. Nasib baik sempat tiup sebijik cup cake sbb selepas itu yg lain dah kena terbalik dgn dia huhuuhuhu sayangggggg woooo....
Apa2 pun hari tu mmg sgt seronok dan sgt bermakna kpd kami. Baru kami tahu perasaan gembira dan seronoknya hidup jadi ibu dan bapa. Alhamdulillah Allah swt bg kami rasa walaupun terpaksa menanti selama 8 tahun.

Tuesday, July 10, 2012

Everybody home???

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai rakan belog semua.


Bismillah......dengan langkah kanan sy masuk kedalam rumah maya yg dh lama sy tinggalkan, kemain banyak habuk dan sawang hah...uh..uh..uh....mcm mana ni? macam mana lg, kemas jelah hehehehe...tulah sape suh tinggalkn lama2 so cik minah silalah senseng lengan tangan tu ye huhhuu..... Masa membataskan sy utk melebihkan masa dirumah maya ini kerna dirumah nyata saje sy sendiri tak menang tangan huhuhuhu ALASAN!!!!


Lepas siap kemas, jgn lupa jengah rumag jirang tetangga ok. Comfirm juling biji mata cik minah baca n3 yg dh terrrrrrrrtinggal dgn byknya hihihihihih



Alhamdulillah amani sekarang dh berusia 1 tahun. Alhamdulillah dia membesar dgn sempurna dimata kami, walaupun ada sedikit masalah kesihatan dan masih dalam perhatian doctor namun dia tetap anak yg cergas dan aktif!

Piccas ni masa calebrate besday dia @ 7/7/2012 di Taman Tasik Perdana. 
Later2 kita upload piccas selebihnya ye? 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails