klik klik ok!

Thursday, September 20, 2012

Daging Kicap ala Rendang Dendeng

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sihat ke kawan2 semua? Mas baru je ok dari demam yg tak berapa deman hihihi. Apa2 pun doa mas semoga kawan2 semua berada dibawah lindungan Allah swt, amin. 

Ok, terlebih dahulu mas nak mintak maaf banyak2 sbb tak balas lagi peti pesanan dari kawan2. Maaf ye, mas belum punya kesempatan untuk membalas. Seminggu mas menghilang sebelum ini sbb kami balik kg, bapa saudara meninggal dunia akibat sakit tua. Pasal tu rumah maya sunyi je. Bukak je pintu rumah terus update n3 pasal amani then senyap lagi, hah time tu mas tak sihat plak.... now dah ok :)

Terima kasih kepada kawan2 yg sudi tinggal pesanan, InsyaAllah mas akan bls dan jejak korang ye ;)
Wokey...now kita ke agenda utama, picass yg mas paparkan nie dah lama terperap dalam post cuma tinggal nak edit je. So memangdangkan hari ni mas dah sht serta punya kelapangan terus mas update, kalau dok tangguh2 jawabnya sunyi sepi ler rumah maya ni.

Rasanya lepas ni memang rumah maya ni akan sunyi dan kali ini mungkin lama sikit. Mas ada kerja yg perlu di selesaikan dahulu. Ada projek sikit, projek tak berapa besar la hihihi. Apa2 pun selesai je projek tu nanti, mas khabarkan pada kawan2 semua ok! heheeeeee..
Ok cukup sudah. Berbalik kepada agenda utama. Siapa yg kat luar sane suka makan kicap? Angkat tangan! saya suka...saya suka....kicap sedap, kicap best kannnnnn. Di sebabkan suka sgt makan kicap maka mas pun buat ler resepi daging kicap ala rendang dendeng! I tell uuuuu my hubby kemain suka, siap kate "nnt buat lagi ye" wut..wutttt..

 Apa yg best dgn daging kicap ni? best sbb rasa nye mcm rendang sikit then byk guna bawang goreng. Kat rumah mas memang sentiasa ada stok bawang grg.... bwg goreng buat sendiri tau! tu yg tetiba rajin nak merendang hehehe. Sebelum si polan tu memuji diri sendiri akan kesedapan daging kicapnya hahaha perasan! Kawan2 cuba lah enak deh...yok coba hihihi.

Resepi : Mrs sunnies home 

Bahan-bahan :-

1 mangkuk daging (lbh kurang la) - hiris nipis, rebus hingga empuk.
3 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
8 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 sb cili kering kisar
1 sb gula
3 sb sos cili
3 sb sos tomato
4 sb kicap manis
1 sb kicap pekat
1 sb sos tiram
1 genggam bawang goreng
sedikit garam

Cara-cara :-

1. Tumis seketika 3 sekawan
2. Masukkan bahan2 hiris, tumis sehingga jadi bawang goreng.
3. Masukkan pula cili kering, tumis hingga cili masak/pecah minyak, perasakan dgn gula dan garam.
4. Masukkan daging, kaup balikkan seketika.
5. Masukkan semua bahan sos, kacau rata sehingga semuanya sebati.
6. Akhir sekali masukkan bawang goreng, gaul rata2, bila dah pekat/berubah rupa mcm rendang boleh la padamkan api. 



Cuba JANGAN tak cuba!

Monday, September 17, 2012

Alahaiiiiiii......anak den!

Bila ummi sibuk di dapur.... Bila walid terleka sekejab....
Bila amani bersendirian.....




rupe-rupenya dia tengah bekerja keras dgn coklat! 

Hamboiiiiii....kemain ye! 
Kekonon tu cantik sangat la hasil seni lukisan kat muka, baju dan seluar ye.

Sabar je tau!

Monday, September 10, 2012

Nasi Jagung

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Minggu bekerja sudah kembali lagi, selamat hari isnin dan selamat memulakan tugas, kerja rajin2 jgn malas2 tau nnt bos marah! hihihi. Mas dengan amani tgh baring depan tv sambil nonton cartoon...heheeee jgn marah arrr :)
Ayoh kita ke agenda utama, begini ceitanya.... hari jumaat yang lepas, mas rajin sgt nak masak nasi lain dari selalu. Yelah hari2 dok mkn nasi putih so hari tu nk mkn nasi kuning plak pastu ada jagung. Hummm...sedap..sedapppp!

Al sebenarnya mas nk habiskan sebatang jagung yg dh hampir kecut dlm peti ais selepas kena perli manja dgn inci suami yg comel tu! huhuhu kate rajin melimpah-limpah kannnnnn. Pikir punya fikir, ahah... dan2 teringat dgn nasi jagung dari dapur Kak Zila4ever yg cantik manis.
Mas pun berPM ler dgn kak zila dalam fb, tanya itu dan ini hehehe...malu sey dah bertahun-tahun masak baru ku tahu rempah penumis tu apa? 
Hahahaha ntah apa2 mas ni! 
Kak zila sila jgn gelak besar ye kihkihiiii...

Ok la buat teman2 yg belum cuba sila cuba, memang sedap. Amani pun suka BAPAK amani lagi la suka! Izinkan mas copy paste resepi di sini ye kak sayangggg :)

Resepi : Zila4ever

Bahan A: 
2 cawan beras basmathi 
2 1/2 cawan air 
1/2 cawan susu cair 
1 cawan jagung biji 
1 sudu kecil garam 
Sedikit pewarna kuning 

Bahan Menumis: 
1 sudu besar marjerin 
2 sudu besar minyak jagung  
1 paket penumis
1/2 labu gawang besar dimayang bulat 
2 batang serai-diketuk 

Bahan B (dikisar) 
1/2 inci halia  
1/2 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih 


Cara membuat: 
  1. Beras dicuci kemudian ditoskan. 
  2. Panaskan minyak jagung beserta marjerin di dalam periuk.
  3. Masukkan rempah tumis dan tumis sebentar.
  4. Masukkan serai, bawang yang dimayang dan tumis sehingga agak garing sebelum masukkan bahan yang dikisar.
  5. Goreng hingga naik bau.Masukkan air, susu cair dan garam. Setelah mendidih, masukkan beras, jagung dan sedikit pewarna kuning. 
  6. Tanak hingga masak.

Sunday, September 9, 2012

Crabstick Snaks@Crispy Crabstick

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Selamat beristirehat dan beriadah bersama keluarga tersayang. Hari minggu adalah hari yg selalunya rajin main masak-masak secara luar biasa atau hari makan2 di luar dengan luar biasa kan..kan..kannnnn :)
 Pernah makan tak kudapan kat atas tu? pernah buat tak? mas tak pernah dan ini pertama kali cuba. Buat minggu lps, baru skrg tyg picas. Serius sedap! cannot stop bila dah kunyah, nak buat pun punya laaa senang tak perlu gunakan tenaga yg banyak hanya perlu kerajinan sedikit. 
 Kerajinan menyiat filamen sampai habis! Kalau buat sebungkus....ala pejam mata pun boleh! tp kalau berbungkus-bungkus.....capek gak ler he3. Mas buat sebungkus je, dptlh sebesen kecil tu. Ok la untuk 2 org mkn je kannnnnn. 
TAPI.....
Huumm...menyesal buat sebungkus, sedap sgt sampai.... heheeee itu tandanya kami? Ok la buat teman yg belum cuba boleh la try. Kak Amie dan QH dah cuba, mereka pun suka, dari mereka mas tergoda cuma resepinya mas guna cara QH. Mas guna tpg jagung dan tpg gandum sebagai ganti tpg beras.

Boleh cuba resepi DI SINI dan DI SINI ye :)
nampak kabur kan?

Friday, September 7, 2012

Snow cheese cake yg comot :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat, semuanya ok ke? takde masalah kan? kalau ada, tanganilah dgn hati yg tenang, sesungguhnya setiap kejadian adalah ujian utk kita dari NYA. Pasti ada hikmah dan ganjaran yg Allah swt akan berikan,
percaya la :)

Pagi2 rumah mas sudah tayang cake...lalalala jangan marah arrrr. Oh ye terima kasih kpd kak naz sbb tlg tunjuk cara2 nak mengatasi mslh coment yg asyik hilang semasa menaip. Mas tak tahu pun post coment tu bermasalah, now dh ok.
 Bahagianya tekak dan perut ini dpt merasa cake yg di idamkan. Alhamdulillah percubaan pertama yg menjadi, walau pun rupe paras kejadian agak comot, walau pun derhaka dgn resepi asal tapi hasil dan rasanya tersgt mantop! 

Hummm...kalau dah derhaka hasilnya sedap apatah lagi kalau tak derhaka....mesti lagi meletup! he3.... hi mokcik masuk bakul pocik angkat ye hahahaha!
 Percayalah...kawan-kawan patut coba, memang enak! rasa lemak2 masin dari parutan cheese dan manis2 lemak dari gabungan susu manis dan cream cheese menjadikan cake itu sangat..sangat...SEDAP!

Terima kasih kepada rahel yg telah berjaya menggoda tekak mas sampai terasa-rasa keenakknya saat mata ini memandang tepat kepada picas cake nya. Sekarang mas pula copy paste resepi di sini ye :)

Sumber :Kak Zai

Bahan:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.


Nota : mas cuma guna 4 biji telor, 160 gm tepung blue key dan mas tak letak tpg jagung. Alhamdulillah cake tetap jadi cantik, lembut dan gebu. Mas buat wktu mlm then esok baru potong dan rasanye lg enak :)
Tahu tak...di sebalik keterujaan nak menyiapkan cake menjadi sebijik cake yg cantik mcm rahel punya, rupanya bukan mudah. Alahai tangan kenapalah kau keras tangan! Kalau korang blh nampak mesti korang gelak! payah betul nak solek, comot2 hah! 
Tak kisah la...apa yg penting hasil nya...tak gitu?
yummiiiiiii delicios!

Thursday, September 6, 2012

Cucur@cekodok ikan bilis air panas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita masih lagi dibulan syawal yg mulia dan pastinya kita masih lagi menyambut kemeriahan hari raya lagi2 sekarang ini penuh dengan jemputan opn house sane sini kan. Seronok-seronok juga, makan-makan juga, kesihatan jgn lupa jaga ye kawan-kawan.
Peringatan utk mas juga :)
 Kita ke agenda utama, sepanjang bulan syawal, rumah@dapur maya mas ni asyik tenggelam timbul je kan? Jenguh jiran tetangga pun jarang-jarang dah, kalau dpt bw pun cuma beberapa rumah je mas dtg dgn pesanan, yg lain mas sempat jeling2 manja huhuhu... Paling teruk, jiran yg sudi tinggal nota pun mas tak bls2! bukan tak nak bls cuma masa...masa..masaaaaaaaa tak cukup! 
i'am sorry ok
 Mas memang memerlukan masa yg panjang untuk bw semua org. Kalau boleh nak ngadap lappy lama2 TAPI apakan daya, sangat sukar untuk mas lakukan semua itu kerana mas ada tanggung jawab lain yg lebih utama. Maka masa pun memang dan kalah la mas dengan masa (pening kan?). Ok, jangan buang masa, cpt2 cerita pasal makanan, kang nnt heboh tak cukup masa plak! hihihihi osah mokcik ni kan?

Berbalik kepada agenda utama semula, mode rajin memasak sekarang ini tersgtlh melimpah-limpah sampikan incik hubby kate "hi...beli2...nak buat nye tu bila?" aik terkonpius kejab? kate rajin melimpah-limpah hbs tu apa cer? kihkihkih... "abg jgn...nnt syg msk mcm2 abg jgn tak mkn plak!" hamboiiii menjawab! heheeeeee. Stop!
 Mas sbrnya sudah ketinggalan mengcekodokkan ikn bilis dgn air panas walau pun mas rajin buat cekodok! Ramai kawan2 blogger dh cuba resepi ni dan rata2 semuanya kate sedap! Tak nak ketinggalan walau mmg dh tertinggal, mas cuba juga. 

Ye betul! memang sedap!!! rugi rasanya tak buat dari masa kawan2 dok heboh akan kesedapannya! Bestnya cekedok ni garing di luar lembut didalam, lepas tu kalau dah sejuk pun masih boleh rasa lagi garingnya. Amani pun suka...bapak amani lagi la suka! nge..ngeeeee...
 Terima kasih kepada kak yati share resepi yg best dan resepi ni kak yati dpt dari Cikgu Zana. Izinkn mas copy paste di sini ye :)))


Bahan-Bahan
  • 3 cawan tepung gandum*
  • segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
  • 1 biji bawang besar potong2 kecil*
  • 1 biji lada merah(dihiris)*
  • daun sup/bawang (hiris)*
  • garam secukup rasa*
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih
  • minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
  1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
  2. Bulatkan lubang ditengah adunan.
  3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental.
  4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.
  5. Masa nak bulat2kan cucur, Yatie taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.
  6. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..
  7. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.
Sedap...sedap...sedap!

Tuesday, September 4, 2012

Makan-makan di hari raya!

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam aidilfitri buat semua rakan blogger. Kita masih lagi di bulan syawal yg mulia dan masih lagi dalam mode hari raya. Pastinya skrg ini kalian tengah meriah dgn jemputan open house kan? makan....makan..makannnnn hihhihi!

Kami juga tak ketinggalan tp bukan la open hause cuma menjamu sahabat yg berkunjung ke rumah. N3 kali ini mas paparkan menu hidangan yg enak lagi menyelerakan tetamu sehingga mkn tambah berkali-kali! heheeee masuk bakul angkat sendiri!
 jiran tetangga mee kari!
 penuh semeja you
 kuah kari for mee
 setiap tahun ini la yg paling laris di perutan! kuah spaghetti yg kate nye sangattttttttt sedap! itu kate mereka ye talak tipu punya hehehe...
 sepatutnya lagi ramai tp sayang ramai yg tak ada...betapa susahnya nak kumpulkan mereka, ini pun dah byk kali tangguh memandangkan mereka sgt2 sibuk dgn urusan negara :)
Dan...sangat2 syg gambar yg kami ambil semuanya blur! alahaiiiiiiiii ni saje yg ok... why? why? whyyyyyy?????



Kepada shbt yg menjemput kami, maaf kami tak dpt hadir ke mjlis opn house kalian tempoh hari di atas sbb amani yg masih lagi selsema :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails