klik klik ok!

Tuesday, March 19, 2013

Tiramisu biscotti in glass

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bersua kembali di alam maya ini..Alhamdulillah Allah SWT masih pinjamkan nafas dan berikan kesihatan yg baik untuk mas jalankan tugasan seharian. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan NYA..InshaAllah.

Maaf jiran tetangga, mas masih tak punya kesempatan utk bls kunjungan. Apa2 pun terima kasih sudi bertandang ye... muah..muah!
Gambar dari my fon cap hayam hihiii.. 
kemudahan yg semakin canggih sgt menguntungkan!

Ok, buat tatapan semua kali ini mas sajikan Tiramissu Biscotti dalam gelas. Tiramissu ni mas letak filling jem rasberry dan chipsmore. Sedikit kelainan, kebiasaan mas gunakan gula tp kali ini mas gantikan dgn susu pekat manis. Ternyata sangat sedap dan lemak rasa cream cheese tu. Nyum...

Bahan-bahan :-
150gm biskut merri
250gm cheese cream- mas guna brand TATAR
200ml whipping cream
1/4 cwn susu pekat manis- nak bubuh 1/2 cwn pun blh
1 bungkus white coffe 3in1 - apa2 brand pun blh.
1 cwn air panas - utk bancuh white coffe
Jem rasberry - optional
Chipsmore - optional
Serbuk koko sebagai hiasan

Cara-cara:-
1. Putar cream cheese, whipping cream dan susu pekat manis hingga kembang.
2. Bancuh white coffe dgn 1 cwn air panas - tambahkan air kalau tlalu pekat.
3. Celup biskut merry hingga basah dan lembut
4. Susun dalam gelas/bks kesukaan anda
5. Letakkan sedikit jem rasberry/ apa2 saja filling, taburkan chipsmore
6. Letakkan pula bahan no 1 
7. Dan ulang semula step no 3, 5 dan 6 hingga hbs.
8. Simpan dalam peti ais selama beberapa jam atau semalaman.
9. Taburkan serbuk koko sebelum makan.

Friday, March 15, 2013

Rice stick goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera... bersua kembali kita di hari jumaat yang indah ini. Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam. Basahkan lidah dengan zikir2 yang indah ye :)

Kemas baju balik kampung lagi for wedding kazen plak...jadual kami padat dengan weddings hingga hujung bulan ni. Dah sampi jodoh kan..doa kami semoga perkahwinan yang di bina akan berkekalan hingga ke Jannah..amin.

Baiklah...pagi nie mas sajikan rice stick goreng yang sgt simple dan mudah. Pestime mas grg mee tu before ni mas buat sup. Amani pun suka lagi pun si comel tu memang takkan tolak mee..peberet! Oh ye.. untuk pengetahuan mee ni rupenya sebijik mcm kueh tiow tp dia kering, blh cari di pasaraya besar like jusco, tesco or giant kat kwsn mee segera.

Bahan-bahan:- 2 org makan
2 keping rice stick - boild ikut arahan.
1 mangkuk hirisan daging - blh ganti ayam
2 ulas bwg putih - ketuk
1 sudu besar cili kering kisar
1/2 sb sos tiram
1/2 sb kicap pekat
Sos tomato, sos cili n kicap manis secukup rasa.
Daun kucai dan daun bwg secukupnya - optional

Cara-Cara :-
1. Rice stick yg dah di boild td, rendamkan dalam air sejuk seketika.Tujuan..utk mengelakkan mee jadi melekat.
2. Tumis bwg putih hingga naik bau, masukkan cili kering.
3. Bila cili dah masak, masukkan hirisan daging, masak hingga daging empuk.
4. Masukkan semua bahan sos, gaul rata dan letakkan sedikit air.
5. Akhir sekali masukkan daun bwg, kucai dan rice stick.
6. Gaul rata hingga sebati, padamkan api bila rasanya sudah cukup sedap di tekak anda. hihiii....

Thursday, March 14, 2013

Nasi lemak......jimat dapur gas!

picas from my phone...kabur!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bersua kembali kita di alam maya ini, mas sedang cuba aktifkan kembali blog ini supaya tidak lagi sunyi, terasa sepi plak. Jiran tetangga jgn malu singgah sini ye...In shaa Allah mas cuba rajikan diri di dapur nyata supaya dapur maya tak kosong lagi nge..nge..ngeee...

Untuk hidangan yg pertama, mas sajikan nasi lemak macam2 ada, menu semalam. Nasi lemak yg sedap tentu2 dari air tangan sendiri lah kannn...kuang..kuang..kuang! Nasi lemak memang menjadi kegemaran ramai tak kiralah org dewasa ke..veteren ke.. opsst! org lama hehee dan kanak2 juga sgt suka. Yang pasti nasi lemak jimatkan dapur gas! Boleh makan pagi, makan tgh hari dan makan malam skali hihiiiii....

Bahan-bahan nasi (2 org makan)
2 cwn beras mati (rendam lbh kurang 20-30 minit)
2 cwn air
1 kotak kecil santan m&s
2 helai daun pandan
1/2 inci halia
1/2 sk garam

Cara-cara :-
1. Basuh bersih beras yg dah di rendam tadi.
2. Dalam periuk nasi satukan semua bahan2 di atas dan tanak mcm biasa. 
3. Bila nasi dah masak, gaul rata guna garfu supaya nasi berderai dan tdk hancur.

Hidangkan nasi lemak bersama sambal ikan bilis, ikn bilis grg, hirisan timun dan telor dadar. Untuk kelainan mas tambahkan dengan tempeh goreng, tahu grg dan ayam grg. Mantop bah! 

Tuesday, March 12, 2013

March yg buzy!!!!

gambar ni mas ambil guna phone, 
puas godak supaya tag nama tu jadi kecik tp tak jadi juga! 


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hi, mas kembali semula! miss me tak? mas?? jangan ditanya..tentu2 jawapannya rinduuuu!!! Rindu dengan jiran tetangga..rindu nak kenyangkan mata dan mas rindu dengan dapur yg satu ni! opcoslah kan hehehee.

Lama betul mas tutup pintu kan? mana taknya march adalah bulan yang sangat buzy! dari hujung bulan 2 sampai awal bulan 3 mas sangat buzy dengan wedding adik. Alhamdulillah selesai sudah! Lepas tu majlis rumah hubby adik, settel! Mggu ni wedding kazen plak, mggu depannya ank buah hubby kawin, mggu depan lagi majlis bertandang pihak laki(kazen) n itu adalah penutup majlis for march!

Peuwww... see jadual amani so padat dengan weddings hihihi... mana lah ummi nya tak tutup dapur!

Buat korang yg sentiasa tanya sepinya mas, terima kasih byk2 sbb sentiasa igt mas di hati. Semoga hubungan kita akan terus berkekalan hendaknya..amin.
Buat followers baru...terima kasih sudi follow, In shaa Allah mas akan cuba follow semua ye. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails