klik klik ok!

Friday, April 26, 2013

Makaroni Keju for Amani

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersua kembali di rumah maya pada hari Jumaat yang indah dan cerah cuacanya. Semoga cuaca panas sampailah ke petang ek...kami nak keluar jalan sakan today heheee...
Mas tayang menu amani lagi.. makaroni keju daging yang mas copy resepinya dari buku Wardina Safiyah. Boleh tahan sedap..masa mkn kami tabur lada hitam lebih caz tak pedas kan hihiii...

Resepi: Makaroni Keju Daging Panggang
Sumber: Buku "mama saya lapar" Wardina Safiyyah

Bahan-bahan :
300gm makaroni - mas guna 1cwn makaroni 
375gm keju- diparut
250 krim putar
250ml susu segar
5 keping daging panggang- cincang halus
3 sudu mkn keju parmesan - parut
sedikit serbuk buah pala - mas tak letak
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara :
1. Rebus makaroni dengan sedikit garam hingga lembut.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 400f atau 180c
3. Campurkan 1/2cwn keju, krim putar, susu segar, daging, keju parmesan dan serbuk buah pala di dalam satu mangkuk. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan makaroni yg telah direbus tadi beserta dgn garam dan lada sulah.
5. Tuangkan ke dalam dulang pembakar. Taburkan lebihan keju dan bakar selama 20minit hinga kekuningan di atasnya. Tabur keju parmesan.


Bye... banyakkan zikir dan selamat beramal ye kekawan! 

Wednesday, April 24, 2013

Cintan noodles goreng! peberet amani

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat hari rabu, selamat bertugas ye teman-teman ku sayang dan selamat bersua kembali di alam maya ini. Always happy ok! 
Mas mengupdate n3 yg tdk seberapa, malah sudah pun tertunggak buat kian lamanya. Janji dapur mak kat sini berasap hokeyyy..ngee..ngee.

Just nak shere kegemaran amani. Dia tersangatlah suka makan mee. Mee kuning, mee meggi, mee wantan, mee telor, spagethi..asal mee memang laju lah dia makan. Sesekali boleh la layan, hari2 say no la. Opts..mee meggi opcoslah sy takkan bg dia makan dgn perencahnya skali. Just celur meggi tu then the kuah mas buat sendiri la hihihi..

Resepi : Cintan noodles grg amani
by : mrs sunnies home

Bahan-bahan :-
1 keping cintan noodles - boil ikut arahan
1 biji bwg putih - ketuk
1 mangkuk kecil hirisan daging ayam
Sawi sesuka hati nk byk mana
sos tomato, sos cili dan kicap manis - secukup rasa
Sedikit air
Secubit garam

Cara-cara :-
1. Tumiskan bwg putih sehingga naik bau, masukkan daging ayam dan tumiskan seketika.
2. Masukkan sedikit air (jgn bubuh 1-2 sb air plak! agak2 lah ye, supaya mee tu jadi mee grg basah)
3. Masukkan pula semua bhn sos dan secubit garam.
4. Bila dging aym dah masak n rasa sudah cukup memuaskan, letakkan hirisan sawi dan mee.
5. Kaup balikkan hingga sebati dan padamkan api. Siap!

Bye2 frends... bersua kembali di lain hari ya hehehe...


Saturday, April 20, 2013

Nasi+daging lada hitam+ulam = malas!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam bersua kembali di dapur maya ku ini. Salam kerinduan yg teramat tinggi dalam hati. Betapa kemalasan mengupdate n3 tersgt dalam, tiada ubat hingga kini!

Gambar yang disiar seakan tangkap jadi je. Inikalilah memang nak kena si mas ni kan? janji taknak kasi sunyi tapi sepi juga dapurnya...janji manis lah tu kannnn!

Korang pernah tak kena tahap malas masak lebih2? mesti pernah kan? mas pernah...masak lauk sejenis lepas tu malas grg sayur makan je dgn ulam..ada timun bedal je timun hehee...malas ek? Tapikan kekadang malas itu menjadi bahagia sbb nikmat kesedapan rasa lain bila kita makan dgn penuh kasih dan sayang... cecewah waaaah hahaha.

SEBENARNYA mas dah GILA dengan INSTAGRAM. Sgt seronok caz ia sgt memudahkan bg mereka yg suka klik2 gambar like me hihihiii.. jom follow mas @amani_mas. 

BYE...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails