klik klik ok!

Wednesday, May 8, 2013

Yee mee sizling

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersua kembali kita di dapur maya ini. Beribu maaf dipinta kerana mas sgt sombong say hi to jiran tetangga. Tak sempat la nak singgah. Alahai..mokcik buzi berkempen ha... hahaha! gurau2 ye :)
Malam semalam masa tengah hujan perut ni tersangat la lapar.. nak msk nasi malas plak sbb pe kalau dah masak nasi tentu2 kena masak lauk kan. Dah ada lauk takkan takde sayur pulak.. alaaa mcm leceh je, heheee. Maka menggoogle loh makcik mencari resepi dan terhasil la yee mee sizling suka2 hati ubah resepi, nge..ngeee.
 
rope memang tak menarik tp rasanya memang sedap!

Sumber: from google
Yang mencoba: Mrs sunnies home (resepi dah diderhaka oleh mas)

Bahan-bahan :- 2 org makan
1 keping yee mee
2 ulas bwg putih
Daging ayam secukup rasa
sayur kobis secukup rasa - sawi lg best!
4 biji cendawan shitaki (rendam smpi lembut) - potong 4
1 sb cili kering kisar
Sedikit serbuk lada hitam - dlm 1/2 sk
1/2 sb kicap pekat
1 sb sos tiram
1 sb tepung jagung - bancuh dgn 1/2cwn air
Sos cili, sos tomato dan kicap manis - secukup rasa
Garam secukup rasa
2 1/2 cwn air

Cara-cara :-
1. gorengkan sekejab yee mee dgn sedikit minyak, angkat, ketepikan.
2. tumis bwg putih hingga kekuningan, masukkan cili kering, tumis hingga cili masak.
3. Masukkan ayam, bila ayam dh empuk, masukkan sos tiram dan kicap pekat.
4. Masukkan 2 1/2 cwn air, masukkan pula semua bhn sos, lada hitam dan cendawan shitaki.
5. Bila ayam n cendawan dah masak, masukkan 1 cwn air tepung jagung dan sedikit garam.
6. Masukkan pula sayur, padamkan api bila kuah jadi pekat (terlalu pekat tambahkan lg air).
7. Curahkan ke atas yee mee tadi dan taburkan daun sup(optional)


Kapan seneng kita ketemu lagi ya.. daaa :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails