klik klik ok!

Thursday, August 28, 2014

Kacang Kuda Goreng Pedas

Assalamualaikum. Selamat sore semua. Alhamdulillah dari pagi tadi sampai ke petang cuaca redup, hujan renyai dan sejuk. Nak keluar rumah rasa malas. Duduk je lah diam2, rehatkan kaki sambil nonton tv.

Ye.. me tau akhir ni me sangat rajin update n3. Jangan di tanya kenapa. Orang tengah rajin kan... hahahaha. Sebenarnya layan hujan sambil nguyah kacang kuda ni... perghhh.. asyik deh!

Resepi :- Kacang Kuda Goreng Pedas

Bahan-bahan :-
1 tin chick peas kimball - ambil isinya sahaja.
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili besar hijau - hiris
2 tangkai daun kari
1 sb cili kering kisar
1 sb serbuk kari ayam/daging
1 sk serbuk kunyit
Garam, gula dan bahan perasa- sucukupnya
Sedikit air

Cara-cara :-
* tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kering. Tumis hingga cili masak/pecah minyak dan masukkan serbuk kari. Tumiskan sebentar.
* masukkan kacang kuda tadi bersama cili besar. Kaup balikkan. Masukkan garam, gula, bahan perasa, serbuk kunyit dan sedikit air.
* Kaup balik hingga rata, goreng sampai air kering/terbit minyak. Siap!

Wednesday, August 27, 2014

Bubur Ayam

Assalamualaikum. Salam petang semua. Dah makan ke? Masak apa hari ni? Kalau dah kenyang.. alhamdulillah.

Dah 2 hari ni amani jemu makan nasi. Dah 2 hari berturut juga dia mintak me masakkan bubur nasi. Alhamdulillah senang kerja den. Hikhikhik. Kegemaran dia bubur nasi campur ayam. Peberet sungguh. Bubuh lah banyak mana dlm mangkuk tu, pasti laju dia habiskan!

Resepi : Bubur Ayam

Bahan-bahan :-
1 genggam beras - basuh bersih dan toskan
1/2 mangkuk kecil daging ayam yg sudah dipotong dadu kecil2.
1 ulas bwg putih - hiris
Sedikit carrot dan kentang - potong dadu
Sedikit garam dan kiub pati ayam
7-8 helai daun bayam - hiris
Bawang goreng secukup nya
Air secukupnya

Cara-cara :-
* dalam periuk yg sesuai, letakkan sedikit minyak untuk menumis.
* tumis bawang putih hingga naik bau.
* masukkan daging ayam, carrot dan kentang, tumis hingga ayam sedikit masak, masukkan beras, kacau sekejab.
* masukkan air secukupnya (nama pun bubur.. air kena la byk) , garam, sedikit kiub pati ayam dan sedikit bawang goreng.
* biar sampai mendidih, sesekali kacau.
* masak sampai beras kembang dan masak.
* terlalu pekat tambahkan lagi air, kurang masin tambah lagi garam.
* akhir sekali masukkan bayam dan bawang goreng lagi, biar sekejab dan boleh la padamkan api. Siap!

Saturday, August 23, 2014

Lempeng & Sambal sardin

Assalamualaikum..
Happy saturday everyone! Malam ni di shah alam sangat dingin. Hujan turun dengan lebat sekali. Alhamdulillah.

Kalau dah nama nye hujan, tak lari dari perut yang lapar kan. Nak makan nasi rasa malas. Datang rajin buat lah lempeng dan sambal sardin. Gila best! Super sedap!

Resepi : Lempeng Tepung

Bahan-bahan :-
4 cawan tepung gandum
1 biji telor
1 sb kecil garam
Air secukup nya

* dalam bekas satukan tepung gandum, garam dan air. Kacau rata hingga tepung tidak bergentel. Adunan jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Kemudian masukkan telor. Kacau lagi hingga sebati.
* gunakan kuali non stick, sapu rata sedikit minyak dlm kuali.
* ambil sesenduk adunan, tuang ke ats kuali, ratakan membulat guna belakang senduk, nipiskan.
* tunggu beberapa minit dan balikkan. Sama juga, tunggu lagi beberapa minit. Angkat.
**dlm gambar tu mas guna acuan roti jala. Senang dan cepat.

Resepi : Sambal Sardin

Bahan-bahan :-
1 tin kecil sardin - hiris
4 biji bawang merah -hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris
1 senduk cili kering kisar
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam dan gula

* tumis semua bahan hiris hingga naik bau. Masukkan cili kering. Masak hingga cili masak dan masukkan gula. Kacau lagi.
* masukkan sardin bersama sos nye sekali. Hancurkan sedikit isi ikan sardin. Kacau rata.
* masukkan pula secubit garam dan air asam jawe. Gaul rata lagi.
* masak sampai sardin masak dan terbit minyak. Padamkan api.

Monday, August 18, 2014

Mee Kari

Assalamualaikum...
Salam aidilfitri buat semua umat Islam. Semoga syawal tahun ini bukan yang terakhir untuk kita. Umur panjang tahun depan jumpa lagi. InshaAllah.

Lama nye tak ketuk2 kuali periuk belanga disini. Alhamdulillah untuk kali ini me hidangkan mee kari untuk anda. Mee kari kegemaran semua orang.

Resepi : MEE KARI

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecik2
6 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 ulas bawang besar - hiris
1/2 inci halia - ketuk
2 tangkai serai - ketuk
3 tangkai daun kari
3 rempah sekawan - tak tau google je.
1 bungkus kecil rempah kari babas
1 senduk kecil cili kering kisar
1 biji tomato - potong dadu
1 kotak kecil santan m&s
2 biji kentang - rebus, lecekkan
2 keping fish cake lembut
Tahu kering
Garam, gula dan bhn perasa
Air secukup nya.

Bahan sampingan :
Mee kuning -celur dgn air panas sekejab
Daun sawi - celur
Daun sup - hiris
Cili besar merah - hiris
Taugeh
Limau kasturi
Bawang goreng

Cara-cara :
*Panaskan minyak. Tumis sekejab 3 sekawan, halia dan serai.
*Masukkan daun kari dan semua bahan hiris. Tumis sehingga sedikit garing/kekuningan.
*Masukkan cili kering, bila cili dah masak, letakkan rempah kari. Kacau hingga rempah kari masak/terbit minyak.
*Masukkan ayam dan tomato, kaup balikkan sebentar.
*Masukkan air (penuh paras ayam), asam keping, garam, gula dan 1/2 kiub ikan bilis. Tutupkan periuk. Biarkan sebentar hingga ayam empuk. Api jgn terlalu besar.
*Bila ayam dah empuk. Tambahkan lagi sedikit air, santan dan kentang lecek tadi. Biarkan mendidih lagi. Sesekali kacau.
*Akhir sekali masukkan fish cake dan tahu kering.
*Hidangkan bersama bahan sampingan tadi.

Ok siap!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails