klik klik ok!

Friday, May 27, 2011

31 minggu 2 hari

Beginilah upenya bila dh cecah 31 minggu.
Google punya!

Alhamdulillah tadi kepala bby kat bawah 
dan uri kat atas.
Google lagi!

Salam Jumaat wahai rakan belog semua. Salam ceria dan salam penuh keberkhatan. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga hari ini dan seterusnya kita sentiasa mendapat keredhaan dan kerahmatan dr Allah swt... Insya Allah.


Alhamdulillah, hari nie genab sudah 31 minggu 2 hari usia kandungan mrs sunnies. Syukur alhamdulillah semuanya berada dalam keadaan baik2 sahaja.
Berat bdn mrs sunnies naik 2kg dalam masa sebulan! padanlah bila berjalan dh rasa macam itik je hahaha..., baby ok, jantung bby pun ok, ukuran tumbesaran bby pun ok, sgt bersesuaian dengan fizikal tubuh badan mrs sunnies dan jantina tetap sama! Compom dah tu.... :) 


Lagi 2 bulan InsyaAllah mrs sunnies akan bersalin. 2 minggu dr sekarang, mrs sunnies akan lebih kerap jumpa doctor hinggalah selamat melahirkan. Tadi doc bg pilihan sama ada nak bersalin normal or oparate? Mrs sunnies pilih normal but kalau keadaan tidak mengizinkn maka Mr sunnies mengizinkan doctor utk operate. Doc kate tunggu hingga saat nak melahirkan, lihat kepada saiz baby dan rongga pintu rahim sama ada boleh normal atau tidak sbb fizikal bdn mrs sunnies kecil je ni hah hehehe... 


InsyaAllah semuanya selamat, sofar ukuran bby memang bersesuaian dgn tubuh bdn mrs sunnies. Myb berat bby tak lebih dr 3kg, so doc saran kurangkan gula tetapi lebihkan lauk dan sayur-sayuran :) Ok doctor, sy menurut perintah!








MoDe : Jom kita makan sayurrrrrrrrr hihihi :)

2 comments:

  1. bestnya by now mesti baby aktif bergerak kan.. lady belum rasa baby gerak lagi, masih awal agaknya kan.. :)

    ReplyDelete
  2. Lady: tiada kata2 yg dpt di jelaskan bila bby bergerak aktif dlm perut :) syukur alhamduliah.

    Normalnya bila usia kandungan dah 4 bulan kita sudah boleh rs gerakkannya tetapi tidaklah seaktif mana sbb masih kecil lg. Hihihi.. tunngu nnt bila dh cecah 7 bulan time tu nak tidor malam pun susah :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails