1 1/2 keping mee hoon - rendam sampai lembut
1 ikat sawi
2 biji telor ayam kampung - goreng dadar
BAHAN-BAHAN TUMIS
3 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar cili kering
2 keping dada ayam - potong dadu/potong kecil
6 ketul fish ball - belah 4
3 sudu besar sos thai - sebarang jenama
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap manis
secubit garam
CARA-CARA
Untuk Tumis - Tumiskan bawang putih sampai baik bau. Masukkan cili kering dan tumiskan lagi hingga cili masak/pecah minyak. Masukkan pula ayam dan fish ball. Bila ayam dah masak, masukkan semua bahan2 sos dan secubit garam. Kacau rata hingga mendidih.
Untuk Mee Hoon - Bila bahan tumisan dah mendidih, masukkan mee hoon. Kacau rata dan tambahkan sedikit air (untuk melembutkan mee hoon). Gorengkan sampai mee hoon lembut dan masak. Kemudian masukkan pula sawi. Gaul rata dan bolehlah dimatikan api bila sayur dah layu. Akhir sekali taburkan telor dadar di atas mee hoon tu. Sedia dimakan!
MoDe: kenapa blog nie rasa macam lain je... rasa macam piccas yang di upload makin kecik je.
sedapnya.. suka sangat makan bihun, memang peberet lady lah, lelebih lagi kalau bihun tu kemerahan macam ni.. bihun ni walau goreng kosong jer tapi sedap jugak kan hehe
ReplyDeleteLady: Samalah kita, peberet sy juga! Sy suka makan sbb ia mengeyangkan. Meehoon pun boleh dimasak pelbagai. Pendek kate meehoon mmg bestlah! hihihi....
ReplyDeletetak penah cuba lagi taruk sos thai...boleh cuba menu nih
ReplyDelete