Pasta goreng ala basah gitu...
Al kisahnya pagi tadi, sebelum pergi keje, mr sunnies ada belikan mrs sunnies nasi kerabu dan sedikit kuih muih. Mrs sunnies cuma lalu makan kuih muih je sebabnya hari nie perut meragam sikit :( Then bila mr sunnies balik umah lebih kurang pukol 11.30pagi, dia tgk bungkusan nasi kerabu lansung tak berusik. Bukan tak sudi tp memang takde selera nak jamah nasi. Penyudahnya mr sunnies yg makan nasi kerabu tu hehehe....
Hot dog & fish ball tertimbus dalam pasta hihihi...
Jemput makan semua
1 mangkuk pasta - rebus dan toskan
3 tangkai daun sup - racik halus
sedikit serbuk pasley
BAHAN-BAHAN TUMIS
1 labu bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - potong dadu
1 biji buah tomato - potong dadu
sedikit serbuk lada hitam - sy guna yg kasar
sedikit serbuk cili kering - sy guna serbuk paprika
4 sudu besar sos spaghetti perisa cendawan - sy guna kimball
1 sudu bsr sos cili
1 sudu bsr sos tomato
sedikit kicap manis
6 ketul fish ball - potong bulat
1 batang hot dog - potong bulat
6 ketul cendawan butang - potong 6
6 ketul buah zaiton hitam - potong 4
1 biji buah capsicum merah - potong dadu
sedikit serbuk oregano
garam secukup rasa
sedikit air
P/s : sebenarnya semua bahan di atas tak ada sukatan pun, sy main campak2 je...
CARA-CARA
Untuk pasta - Rebuskan pasta selama 10 minit/sampai lembut dalam air mendidih bersama dgn sedikit minyak dan garam. Tos dan ketepikan.
Untuk Tumisan - Panaskan minyak zaiton dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bwg putih sampai naik bau. Masukkan lada hitam dan tumiskan lagi sampai bawang kekuningan. Letakkan pula serbuk cili kering/paprika. Tumiskan lebih kurang 2 minit dan masukkan pula fish ball dan hot dog. Kacau rata, bila fish ball & hot dog masak masukkn pula buah tomato. Tumiskan lagi, masukkan pula sos spaghetti dan serbuk oregano. Kacau dan biarkan mendidih seketika, barulah diletakkan sedikit air (lebih kurang 1/2 gelas air). Letakkan semua bahan sos, cendawan, zaiton hitam dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sampai tomato lembik. Masukkan capsicum (sy suka capsicum di masak separuh masak). Pastikan sos tidak terlalu kering dan akhir sekali masukkan pasta. Gaul rata dan bolehlah dimatikan api. Taburkan daun sup dan serbuk pasley sebelum di hidang :)
MoDe : cuaca sgt panas skrg... perut sgt tak selesa sekarang... tekak sgt perit skrg... :(
akak suka tabur cheese kat atas pasta tu...
ReplyDeleteyummmy2 rasa lemak2
kasihredha: hehehe.. cheese takde, kalo ada buh dah pastu bakar sekejab mst lg best ek?
ReplyDeletekite suka jugak goreng mcm tu. senang...cepat je siap.
ReplyDeletehehe...sungguh menyelerakan tengok pasta kak mas.
^-^
CoOkie: bestkan... simple, cpt dan mudah! tq ecah :)
ReplyDeleteSedapnyer.. TQ syer resipi, nanti dah sihat nak try buatler :)
ReplyDeleteMyra Jay: sama2... cubalah resepi sy ni dan salam perkenalan ye :)
ReplyDelete