klik klik ok!

Monday, October 31, 2011

Telur Hancur a.k.a Dapur Dah Berasap Sikit

As Salam dan selamat petang semua. Lamanya rumah nie tak sembang2 pasal makan kan?

Hummmm.... hujan turun mencurah-curah, lebat sungguh. Terbatal aktiviti kami nak bawak amani keluar jejalan kat Kota Damansara. Hujan2 nie perut jadi lapar pulak. You all's pun mesti rasa yg sama kan? asal hujan lapar, asal lapar je mesti time hujan nafsu nak makan tu menjadi-jadi, betul tak? hehehe...
Kalau ada cekodok ikan bilis cicah dengan sardin, minum plak dengan nescafe 'O' fuhhh.... bestlah! Lagi best kalau ada org yg buatkan kan..kan..kan... (mode malas tahap gaban!), ada ke org nak buatkan? jawapannya TAK ADA! ok! lupakan pasal cekodok vs sardin.
Paling ringkas kalau nak tutup perut yg berkriuk-kriuk tu, ai masak telor hancur je, ok what? sedappppp... Perut kalau dah lapar, tekak mesti tak cerewet punya (osah maleh bini org ni) hahahaha...
Bahan-bahan
2 biji Telor
1 biji bwg besar - Potong bulat
4 tangkai cili padi - Titik/potong 2
Kicap manis secukup rasa
Sos cili secukup rasa


Cara-Cara
Minyak secukupnya untuk menumis.
Mula-mula tumiskan bawang besar dan cili api hingga layu. Ketepikan (tak perlu keluarkan dr kuali). Masukkan 2 biji telor, biarkan beberapa saat dan hancurkan. Kemudian gaulkan telor tu bersama-sama dengan bawang tadi. Letakkan kicap dan sos cili secukupnya (gaul cpt2 supaya kicap tidak hangus). Bila dah sebati bolehlah di matikan api. Siap!


Silakan layan menu org rajin mcm ai ni ye ngeeeee........

2 comments:

  1. alahai sodapnyooooo den tengok. raso nak makan dan-dan. haha~

    ReplyDelete
  2. CoOkie MoNSter :

    sodap kan kan kan.... sila ler makan, jgn malu2 tambah lg hihihihihi....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails