Amani kena demam panas yg sangat tinggi! tak pernah selama ini dia kena demam macam tu. Selalunya kalau dia demam bila bagi mkn ubt badannya terus kebah. Tapi kali ini dah bagi ubt 3 kali sehari pun demamnya tetap tak kurang, hati ummi mana yg tak risau. Ceritanya macam ni, hari khamis 8/3/2012 amani kena cucuk utk usia 8 bulan,sama je macam suntikan yg dia ambil sebelum2 nie dan dari awal kelahirannya lagi kami dah hantar amani kat KPJ Seremban, senang dan tak byk kerenah! (the best part boleh terus balik kg hihihihi). Sorry to say bukan kami tak percaya dengan hospt gomen tp sgt serik dgn apa yg dah berlaku pada mas sebelum mas mengandungkan amani. Biarlah jadi kenangan kami sahaja.
Esoknya (isnin) bila demamnya masih tak jugak kurang, kami bergegas bawak dia ke KPJ Seremban. Sampai je sane, amani terus dibawa masuk ke wad emengency, untung mas ada sepupu yg jd nurse kt situ so semuanya dia yg uruskan. Mulanya kami nak bawak amani jumpa doc yg cucuk amani tp dia cuti 3 hari plak. So di pendekkan cerita, selepas je doctor periksa badannya terus doc suruh masukkan ubt demam di punggung sbb masa tu suhu bdnnya dh cecah 38.8c. Kesian sangat, amani lemah, nak angkat tangan pun tak larat sbb penat menangis takut dengan doctor n nurse huhuhu... Doctor bg tempoh selama 24 jam dan kalau tak ada perubahan doctor mintak kami bawak amani semula ke spital. Lega dgr bila doctor sahkan yg amani demam disebabkan suntikkan 8 bulan tu dan it's normal kalau jadi demam.
Alhamdulillah kesan ubt dari punggung tu, amani sembuh dengan cepat. Malam tu dia aktif semula dan boleh main2 dengan kak isya siap gadoh berebut nenek lagi hehehe selonok hati ummi. Tiba time tidor, mas susukan dia macam biasa dan tidornya lena sangat, lega sgt hati kami. Rupanya.... sekali lagi tiba tengah malam suami mas kejut, badan amani panas lagi dan kali ini naik 39c! Ya Allah...ujian apa yg Allah bg kat kami nie, sakit apa anak kami sebenarnya? mas menangis, dlm kepala dan terbayang, yg bukan2. Macam mana nak buat ni, mas panic sangat, nak bwk pergi spital dah tengah malam, kami jadi buntu masa tu mulut amani merah menyala, kepalanya panas sangat. Tetiba mas teringat dengan sepupu terus mas call dia mintak tunjuk ajar apa yg patut kami buat. Mula2 dia tanya amani ada menggigil tak, kami kate tidak, then dia tanya amani merengak tak, kami kate tidak dia tidor lena sekarang. So dia mintak kami bg amani ubt demam tang punggung then matikan kipas, bukak baju amani dan tekap-tekapkan bdn amani dgn air sejuk selama beberapa minit then bukak kipas semula. Setiap setangah jam dia mintak kami chek suhu badan amani, dan sentiasa tekap2kan badan amani (ulang proses yg sama) sekerap yg boleh. Malam tu mas tak boleh tidor, setiap setengah jam mas chek suhu bdnnya dan setiap setengah jam mas lap2 bdn amani supaya cepat turun suhu badannya. Akhirnya dari 39 turun kepada 37c, alhamdulillah dan mas rehat sekejab sbb rasa letih dan terlelap lebih kurang 1 jam. Bila terjaga je mas terus pegang kepala amani, Ya Allah panas lagi, naik dah 38c. Mas kejut hubby mintak dia tlg tekapkn kain bsh sambil mas susukan amani. Dalam hati cuma berdoa semoga amani segera sembuh, Alhamdulillah Allah makbulkan doa mas, tepat jam 6 pagi suhu badan amani turun 36.5c dan turun lagi dan lagi 35c. Syukur Alhamdulillah :)))
Alhamdulillah........so bila demamnya dah kebah mama ajak kami bawak amani jumpa bidan bayi nak mintak urut badan amani, yelah manalah tau kot2 ada yg terkehel sane sini ke. Sangkaan kami betul...leher amani dah terkehel selama 1 minggu dan dah berbiji pun uratnya. Patutlah demamnya tak kebah2 rupe2nya huhuhuhu.... nenek tu kate baby kalau terseliuh/terkehel boleh jadi demam dan kurang selera makan. Pulak tu memang tak kena dengan masa, dia plak kena cucuk so berganda-gandalah demamnya huhuhuhu. Sekarang amani dah ok, dh sihat walafiat, dah ceria macam sebelum-sebelum nie. Ini semua jadi pengalaman dan pengajaran kepada kami, lepas ni kalau dah kena cucuk cepat2 bg makan ubt demam walaupun dia belum ada tanda2 nak demam!
Ok ini tips untuk anak/bby yg kena demam panas yg sgt tinggi
1. Basahkan tuala muka/kain dengan air paip bukan dgn air batu ye
2. Bukak baju baby
3. Matikan kipas/perlahankan kipas supaya bby tdk menggigil kesejukkan
4. Tepind sponge (tekap2kn kain bsh) di seluruh bdn bby terutamanya bhg ketiak dan kepala
5. Bila dah kering kuatkan semula kipas. Pastikan bilik tidor sentisa berada dlm keadaan sejuk supaya suhu bdn bby cpt turun kecuali semasa hendak tepind sponge kan baby
6. Seeloknya pakaikan baju yg berlubang-lubang/nipis
7. Ulang semula proses no 3 dan 4 setiap setengah jam dan chek suhu badannya juga setiap setengah jam
8. Walaupun suhu badannya dah turun, pastikan dia tdk berada di tempat yg panas sehinggalah suhu badannya benar2 kembali normal
9. Bagi baby minum air kosong / susu sebanyak yg boleh
No comments:
Post a Comment