Assalamualaikum, selamat malam, selamat menjamu selera dan selemat beristirehat rakan belog semua. Malam nie mas tak nak bebel panjang-panjang sebab mas rasa malas nak membebel so kite street ke titik jelah (rosak bahasa).
Sebelum nak street kita bukak mukadimah dulu. Korang dah makan ke? makan apa malam nie? sedap tak? ok dah tanya soklan and dah tentu korang jawab kan? Mas dah makan, alhamdulillah petang tadi mas masak kari ayam resepi dari dapur izahdaut. Best, sedap betul! itu kemudian2 nnt kita cerita ye.
Ok ni baru nak bukak cerita. Malam semalam, mas rasa lapar sangat walhal masa lepas magrib tu mas dah bedal sakan kat IKEA 10 ketul meat boll + 2 keping kek! Pe kes lah perut makcik ni kan? Kot2 ruang perut mas ni besor benor tu yg byk nak kena isi hehehehe....
Masa tu dah pukul 10.30 malam. Perut ni dok keriuk keriuk, tak boleh tahan mas masak nasi. Bila nasi dah masak mas pun menggoreng ler. Melampau betul tekak ni, dah nak dekat pukul 11 pun nak makan nasi goreng tau! hilang dah DIET laki ku hahahahaha....
Nasi grg ni nampak lembik sbb masa nasi masih panas mas terus goreng tu yg tak cantik.
Nasi goreng ni tak de sukatan, semuanya main hamtankan saje. So korang kalo rasa berani nak cuba, cubalah... tp rasanya mesti korang pun pernah masak nasi goreng mcm mas kan?
Bahan-bahan :-
Nasi secukupnya
bawang besar 1 biji
bawang putih 1 biji
telor 1 biji
ikan bilis
sos cili
sos tomato
kicap manis
garam dan perasa secukupnya
lada sulah
sayur kobis
Cara-cara :-
Hiris bawang putih dan bwg besar.
Gorengkan telor secara hancur, angkat dan ketepikan.
Gorengkan ikan bilis, angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar dan putih hingga kekuningan.
Masukkan semua bahan sos ikut suka hati nak banyak mana, bila dah menggelegak, masukkan nasi, jangan lupa garam dan perasa sedikit.
Gaul rata2 nasi hingga sebati dengan sos.
Masukkan pula sayur, gaul lagi sampai sayur layu.
Masukkan telor dan lada sulah, gaul lagi rata2 hingga nasi kering sedikit.
Padamkan api. Taburkan ikan bilis sebelum hidang.
Close up sikit!
Salam kak mas! sama pe`el jer ngan laki kita, kata nak diet, malam tak nak makan, nak makan yogurt ajerr bila sampai umah, pergi dapo bukak sana bukak sini, last2 mintak makan hihihi... masalahnyer tu lah, sbb dah malam sgt nk makn2 nasi niii kan kan :D
ReplyDeleteWsalam ija... lah ye ke, betullah tu, semangat diet bukan main tinggikn? tp semnagat jelah hehehehe.
Deleteakk menyusukan baby so perut mmg lapar tak kira masa, bila akk makan encik abe pun ikut makan sekali tu yg tambah demuk hihihihi....
As'salam Mas
ReplyDeleteKalau dah malam memang macam tulah selalu sangat tak dapat nak bendung nafsu kelaparan kan Mas..hehehe. Tapi k.ct pulak bila dah jejak pukul 10.30 malam memang tak akan makan lagilah, sebab dah gosok gigi..hehehe
tapi bila tengok cara hidangan nasi goreng Mas ni tengah taip ni pun boleh lapar perut.
Wsalam kak ct
Deletemas menyusukan baby tu yg lapar sesaje kekadang tu kol 12mlm pun mas bedal mkn nasi kak huhuhu.....
kol 10.30 dh gosok gigi, kak ct diet ye hihihihi.....
ini memang betul2 hebattt...satu kerajinan memalam msk, ke 2,kuat mempengaruhi en hubby supaya x payah diet....sian dia..
ReplyDeletekalo dah lapar semangat memasak tu tinggi ucu.
Deletetu pasallah diet dia dh hilang hahahahaha....
salam mas.
ReplyDeletehe heee kita pun sama..tp klu dh mlm2 selongkar mana yg ada jew..klu dh x dpt nk dbendung lagi meggi jew la jwbnya..nk masak nasi lambat..tu yg cepat...:)
mas sbb dah makan meggi malam sebelumnya tu yg sanggup masak nasi hihihi...
Deletekalo hari2 meggi jawabnya gugur rambut den ni hah
aishh nasi goreng ni kalau lembik pun tak kesah sedap jek mengggigit ngan ikan bilis garing2 tu. hehe.. ala sebut kari lak. tetibe datang selera nak makan kari. hehe
ReplyDeletebetul3x... sbb dah lapar tahap garuda, lembik pun telankan aje! hehehehe...
Deletesedaplah izah kari makcik jah tu... nnt kita upload ye :)))
Mas...sama la mcm QH...selalu jugak buat nasi goreng lembik cmgini...nk tgu nsi sejuk lmbt...haaa mmg lebur terus dlm kuali tu...heheh...xheran dah kalau tgk org lain buat jugak..biase mmg pmintaan hubby la..
ReplyDelete