klik klik ok!

Tuesday, November 6, 2012

Ayam kampung masak lomak cili api dgn daun cekur!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi kawan2...sht ke? dah bekpes? makan apa? masak apa hari ni? Hah...apa? belum makan..tak tahu nak masak apa?  Ahhah..elok sgt la tu...meh sini intai dapur mas ada lauk best tau! Cewahhhh..wah..wah..kan hihiiii.
Dont play2 arrr... ayam kampung masak gulai cili berapi dgn daun cekur lagi tau! hehehe. Sgt syok mkn dgn nasi panas berulamkan daun pegaga so heaven! Masa makan ada org tu langsung tak toleh org sebelah, kusyuk meratah tulang ayam! mokcik la tu kan. 
Ayam kampung ni mas beli kat pasaraya jusco 1U, saiznya sangat berpatutan dgn isi rumah kami yakni 2 saiz perut je hihihi. Ayam kampung ni sedapnya kena salai dulu so kat pasaraya tentu2 takde kan. Jadi mas bakar dlm oven jelah. Kang kalo menyalai kat luar rumah ada plak yg calling securiti...huhuhu haru.

Masak pun guna santan kotak je, bini si sani ni kalo dah teragak nak masak memang tak blh ditahan so kalo dah nak masaknya waktu ptg, tang mana plak nak cari santan/kelapa parut fresh kan? sah2 kat kedai dh hbs! Nasib baik rasanya sedap heheee.

Resepi : Mas Mrs sunnies home

Bahan-Bahan

1 ekor ayam kg salai
15 tangkai cili api
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai - ketuk
1 gelas air
200ml santan kotak - mas guna m&s
1 sk gula
1 keping asam keping
2 biji kentang - belah 4
Garam secukup rasa
5 helai daun cekur - racik halus

Cara-cara

1. Tumbuk lumat cili padi dan kunyit hidup.

2. Bakar ayam dalam oven selama 20mnt dgn suhu 190c. Bergantung kpd oven masing2. Bakar aym 10 minit ats dan 10mnt bwh.

3. Dalam periuk satukan bhn tumbuk, serai, ayam, asam keping, kentang dan 1 gelas air, reneh sampai kentang empuk.

4. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Sentiasa kacau supaya santan tak pecak minyak.

5. Tambahkn lagi air kalau kuah terlalu pekat.

7. Masak sampai semua bahan masak, akhir sekali masukkan daun cekur. Kacau sekejab, boleh la padamkan api.

15 comments:

  1. assalamualaikum...
    wahhh.. masak lemak cili api ayam kampung.. sedap ni.. bukan senang nak dapatkan ayam kampung yg fresh kan.. kalau balik kampung, biasa mak/abah akan sembelehkan sekor or dua utk anak2 dia jamu selera makan ayam kampung.. tapi saya suka letak cendawan dlm masak lemak cili api ayam kampung.. sedappp!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...
      ye betul...kat kg paling senang cari lg terjamin kan kan kan...
      masak rendang pun sedap kan :)

      Delete
  2. dah bertahun x mkn ayam kampung...kalau masa kecik2 ucu selalu teman arwah mak pi tangkap ayam kampung yg tidor kt atas pokok koko, lepas tu masukkan dlm reban...ucu tolong pegang lampu suluh jer....

    masak goreng berempah pun sedapppp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa lama benor tu kak... hihi..syok ek kak tangkap aym!
      samalh masa kecik2 nk mkn ayg kg kemain senang sbb bela sendiri tp skrg susah dh sbb nenek dah takde..

      aduhaiii kecor sudah!

      Delete
  3. alahai...lama plak x masak ayam masak lomak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cpt2 esok msk...nnt termimpi-mimpi plak hihihi

      Delete
  4. Ayam masak lemak cili api memang kegemaran saya....konfirm bertambah-tambah nasi kat pinggan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan rahel...mmg betul sedar2 je nasi dh bertambah!

      Delete
  5. opsss sedap tu Mas...kecur tgknya tu...ditambah pula masuk daun cekur tu...mesti mantoppp rasanya..suka2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memangggg mantop! QH pun suka daun cekur gak ke?

      Delete
  6. maap lambat samapi...bas rosak..he he..ini feveret akak gak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak kesiannya akk hihihi...
      sedap kan kak :)

      Delete
  7. Masak lomak mmg fev Kami..Tp akak belum pernah try guna daun cekur...Nanti Akak try...sure wangi kan.

    Mas, Cantik Sgt pics2 yg mas ambik tu..pro dah.
    Mas edit guna apa? Share ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang wangi buh daun cekur kak...aroma baunya tu bangkit selera sgt...sedappp hihihi...

      terima kasih kak...msh kena byk bljr lagi... tp syok la guna edit yg baru ni. Ofcos blh je share kak... nnt mas terangkan kt akk ye :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails