rupa dia seakan meehun
Bahan-bahan
2 keping mee suah
2 ulas bawang putih - ketuk
4 tangkai cili api - ketuk
1 tangkai cili besar merah - hiris
1 biji buah tomato - potong 6
Sedikit carrot dan kubis
sedikit garam dan serbuk pati ayam
2 biji telor
air secukupnya
Cara-cara
Tumiskan bawang putih, cili api dan cili besar merah
Tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan air secukupnya ( nama pun sup kan)
Kemudian masukkan carrot dan tomato
Biarkan kuah mendidih.
Masukkan pula garam dan serbuk pati ayam
Selepas itu masukkan pula kobis. Kacau seketika dan bolehlah di letakkan telor.
Akhir sekali masukkan mee suah (cerai-ceraikan)
Masakkan mee suah selama 1 minit dan bolehlah di matikan api.
abaikan piccas yg tak berapa menarik!
Mee suah ni sedap makan ketika panas. Tambahkan sambal kicap dan perahkan sedikit limau untuk menyedapkan dan menambahkan lagi rasanya.
MoDe : semakin kekurangan idea untuk berceloteh!
No comments:
Post a Comment