Piccas ehsan dari pak google
Tips untuk semua :) Kalau sebelum nie mrs sunnies menceceh pasal Akhlak Suami Terhadap Isteri kan? now untuk keadilan, mrs sunnies tulis plak pasal Akhlak Isteri terhadap Suami ketika Hamil okessss.
Sebagaimana suami, si isteri juga hendaklah menjaga dan menunjukkan akhlak dan budi perketi yang baik terhadap suaminya, lebih-lebih lagi dalam keadaan dirinya hamil. Semoga dengan itu keharmonian rumah tangga akan dapat dijaga dan sekaligus kandungannya akan berada dalam keadaan selamat. Antara akhlak yang perlu ada pada isteri ialah :
a. Hendaklah menunjukkan sifat kasih sayang kepada suaminya sepertimana yang perlu dilakukan oleh suami ke atasnya.
b. Hendaklah menjaga lidahnya daripada menyebut dan mengeluarkan kata-kata yang keji dan kasar. Sebaliknya gunakan kata-kata yang manis dan lembut apabila berbicara dengan suami.
c. Taatilah segala perintahnya selagi mana ia tidak bercanggah dengan perintah Allah swt.
d. Jangan cerewet dan menimbulkan banyak kerenah dalam rumahtangga.
e. Jangan membebani suami dengan hutang dan sebaliknya hendaklah berpada dengan apa yang ada.
f. Hormatilah hak dan kelebihan suami, begitu juga hormatilah keluarganya.
g. Apabila suami dalam keadaan marah atau meninggikan suara, diamkanlah diri dan jangan sama meninggikan suara, mudah-mudahan dengan berdiam diri akan dapat melembutkan hatinya.
h. Berterus teranglah dengan suami dan jangan menyembunyika sesuatu permasalahan yang timbul dan jangan timbul perasaan ragu dan was was terhadap tindakan suaminya.
i. Jangan merendah-rendahkan suami atau menyalahkan suami di hadapan orang lain kerana kelak akan menyingung perasaan suami.
j. Jangan berlebihan dalam berbelanja sebaliknya hendaklah menanamkan perasaan syukur dengan apa yang ada.
k. Jauhilah daripada mencungkil rahsia-rahsia lama suami yang tidak suka dan janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
i. Jauhilah daripada perasaan mencintai orang lain daripada mencintai suami sendiri.
Petikan di ambil dari Buku Panduan Ibu Mengandung & Adab Menyambut Cahaya Mata.
Ok, panduan sebegini memang berguna untuk kaum wanita sama ada yang dah berkahwin atau belum. Yang penting kedua-dua hati dan perasaan kena sama-sama dijaga. Barulah adil dan saksama... tak gitu? hihihi.....
MoDe : Kenapa ye ada isteri orang tak tahu malu nak call suami orang tak kira masa dan waktu? Sikit2 nak buat report? kerja yang remeh temeh pun tak tahu nak buat! tak tahu atau mengada-ngada sebenarnya??? suami orang tu pun sama layan je.... hai dunia-dunia... kesian kat isteri orang tu dok makan hati je...
No comments:
Post a Comment