Kari Ayam
Bahan-bahan
Ayam
2 biji kentang - potong 4
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia - ketuk
2 sudu besar cili kering
3 sekawan - bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
2 tangkai daun kari
3 keping asam keping
Santan - 1 biji kelapa
1 mangkuk air - untuk mengempukkan kentang
* Tumbuk lumat bawang merah dan bawang putih *
Cara-cara
Tumiskan seketika 3 sekawan.
Masukkan bahan tumbuk, daun kari dan halia. Tumis hingga bahan naik bau/kekuningan.
Masukkan cili kering. Bila dah pecah minyak masukkan pula serbuk kari. Tumiskan lagi hingga semua bahan benar-benar masak (saya suka masak dengan api yg kecil supaya bahan tumisan masak sama rata)
Masukkan pula kentang, gaul seketika, barulah dimasukkan air dan asam keping.
Bila air dah mendidih masukkan pula ayam. Biarkan ayam dan kentang empuk.
Letakkan garam secukupnya dan sedikit pati ikan bilis (nak lagi sedap tambahkan secubit gula)
Akhir sekali masukkan santan. Kacau dan masak hingga semua bahan masak (pe punya ayat daaa)
Jemput jamu mata semua :)
Mrs Sunnies tak mahir memasak ye... Jauh sekali ada kepakaran memasak! Apa yang dipaparkan hanyalah basic sahaja@semua orang pun tahu nak masak tuuuu. Tapi disebabkan memasak itu adalah satu kesukaan yang amat sangat maka dengan tak malunya mrs sunnies dedahkan juga :) Adakala apa yang di masak semuanya main campak-campak je!
MoDe : 2X5 = 10, 5+5 = 10
mas, betul2 menjamu mata..
ReplyDeletesambil telan air liur..
makan dgn apa pun bestkan
kasihredha: hihihi... a'ahkan makan dengan apa pun mmg best :))
ReplyDeleteya ampun sedap nya.. nak tumpang cicah roti skit bolehhh? hehe.. kitorang kalau masak kari ayam siang makan ngan nasi, malam cicah roti pulak hehe
ReplyDeleteLady: hihi.. boleh, Silakanlah cicah :)hubby sy pun sama, siang makan ngan nasi malam makan ngan roti :))
ReplyDelete