klik klik ok!

Wednesday, March 2, 2011

Maaf..... saya tak minat!

Sebenarnya bukan niat mrs sunnies nak menceceh pagi-pagi nie, kalau ikutkan malas dah nak amik tahu semua hal-hal yang remeh temeh tapi.... aduhaiiii terpaksa jugalah mrs sunnies luahkan. Kalau tak? maun kejang kaki makcik ni hah hehehe....


Sebenarnya... Dan yang sebenarnya lalalalala....
Kalau boleh tolonglah jangan sampaikan apa-apa cerita berkenaan keaiban orang lain, sebab mrs sunnies tak berminat nak ambil tahu pun! Tolonglahhh jangan di ungkit kisah yang lepas, terutama benda-benda yang tak mungkin MASA tu akan berpatah balik semula ke kisah tu! buat apa di kenang benda yang dah jadi kannnnn.... kan ke lebih baik kita jadikan itu sebagai pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri supaya tidak melakukan kesilapan yang sama macam orang lain buat. Bukan ke pengajaran itu mematangkan fikiran???


Kalau kita marah kat orang, kita tak perlulah marah secara terbuka, maksudnya tak perlu kita nak orang tahu kita marah kat dia. Untuk apa kita menempek, mencanang, menyalak sane sini sedangkan nanti, orang yang pandang bukan akan bela kita sebaliknya akan kate kita ni tak matang, kebudak-budakkan! Dari kita tak salah dah nampak salah.... paling bagus kita ignore je. 
Jadi adalah lebih baik, bila kita marah, kita buat secara PM (private massage). Hanya dia dan anda sahaja yang tahu.


Lagi satu tolonglahhhhh......... 
mrs sunnies nie memang tak minattttt nak tahu pasal si polan tu dan si polan ni! Kalau kita dah tahu orang tu tak baik, buat apa kita nak amik tahu perihalnya lagi. Tak perlu nak dok pm sane sini, yang orang tu dah kawan dengan orang nie, orang nie dah tak geng dengan orang tu.... haiyaaaa kalo ini macam sampai bila pun tak habis! 3,4 kali bolehlah layan dan dengar, tapi kalau berkali-kali? huh bosaaaan sey!!!!


Rambut sama hitam, hati lain-lain. TOLONG jangan babitkan nama mrs sunnies terutama bila ada benda-benda yang tidak kepuasan dalam hati! kekadang mrs sunnies cuma dengar sahaja tapi tak berminat pun nak join sekali. Itulah ada orang tu kate, "alah saya tahu awak tu macam mana?" ye ke tahu???? kalau tahu baguslah... tapi rasanya awak tak tahu? sebab tu kekadang malas nak layan dengan orang yang suka mengadu damba dengan benda yang sama berkali-kali! Sebulan dua kenal bukan jaminan dah tahu hati budinya. Setahun pun belum tentu kenal lagi tau!


Tolonggggg jangan paksa mrs sunnies dengan benda yang mrs sunnies dah tak minat! Kena ingat dan kena paham, sy adalah seorang isteri, makanya apa saje yang saya lakukan mesti atas izin suami. Kalau suami dah tak izinkan itu tandanya dia tak berkenan. Kalau dia dah tak berkenan tak kanlah pulak saya nak melawan? Mesti ada sbb hubby tak izinkan kan? kalau boleh janganlah paksa mrs sunnies bagi jawapan ye walaupun pertanyaan awak tu iye atau tak? cukup menyampah dengan sikap sikit-sikit nak merajuk nak sedih sebab kita kate TIDAK! 
Nasihatkan orang pandai tapi diri sendiri nan adooooo...


Tolonglahhhh jangan bersikap lebih sudu dari kuah! rimas rimas rimasssss lorrrr!!!! tak suka dengan sikap ambil beratnya melebihi dari darah daging kita! saya tak suka! Bak kate pepatah kera kat hutan di susukan, anak kat rumah mati kelaparan! Errr... boleh guna ke??? hihihi..., Bukan niat nak membenci tp adakalanya sikap yang melebih-lebih itu benar-benar merimaskan. Kawan tetap kawan tapi keluarga no 1 ye :))))




Maaf andai kate-kate ini terlalu pedassss.... Ini hanyalah luahan dari hati ke skrin sahaja hehehe.... Kalau suka, bacelah.... tak suka jangan kate yeeeee :)))


Kelaku saya.........
Mrs Sunnies adalah seorang yang tegas sebenarnya, kalau hitam maka hitamlah.
Mrs Sunnies mudah memaafkan tetapi bukan bermakna dah maaf boleh pijak kepala semula.
Mrs Sunnies adalah seorang yang mudah berkawan tetapi bukan semua kawan boleh jadi bff ok!
Mrs Sunnies lebih suka bersikap diam diri sebab malas nak amik pot daaaaa.....
Mrs Sunnies nampak macam naif, bodoh n ikut je tp sebenarnya mrs sunnies bukanlan jenis sekali pandang terus nilai orang tu negative! kenal-kenalan dulu baru tahu lorrr... betul tak?
Mrs Sunnies kalau dah malas layan, memang malas jangan dipaksa ok!
Mrs Sunnies kalau dah kurang sikit dengan seseorang, itu tandanya adalah benda-benda yang tak berkenan kat hati.
Mrs Sunnies...... apa lagi ye???? hihihihihi..........






MoDe : habis mengomel sudahhhhh....... senyummmmm :)

3 comments:

  1. emm.. 3 hari 3 malam baru abis baca bebelan mu ni..hehehe
    pesal nya ni. preggy woman mana leh marah2, not gud for baby tau. so, mummy cool2 aje, ok :)

    ReplyDelete
  2. amimarz : hahaha biar betik 3 hr 3 mlm baru habis! betul2 menghayati nie ngeee... tak marah cuma geram je... kalo org dah tak suka jgnlah paksa2. Sani pun naik rimas dah dengan itu orang! hihihi...
    Sejak preggy ni makcik nyer marah xleh control da.... :))

    ReplyDelete
  3. biasalah preggy ni mmg moody skit, kene byk2 bersabor...

    Angah masa ngandung Yaya, tak leh Abahnya lbt belikan mknn, misti menangis rasa mcm tak disayangi je, sensitip tak tentu pasal...hahaha.. sabor je lah ye

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails