klik klik ok!

Tuesday, March 22, 2011

Jom Makan Buah Strawberry

As Salam..... okey n3 kali ini, mrs sunnies tak nak cerita langsung pasal ketuk-ketuk kuali or masak memasak! Today mrs sunnies nak cite pasal kelebihan dan khasiat buah strawberry, makanan jugalah tu kan? 


Motif? dapur mrs sunnies sudah tertulis perkataan NO ENTRY! apa kes plak ni? HAHAHAHA... gas kat dapur dah habislah tu yang no entry! Huwaaa... pukul 7 pagi tadi gas habis, terjah kedai, kedai tak bukak lagi, nak tunggu lori gas datang, hujan plak, memang banyak alasan drebar lori tu! hubby plak tak boleh nak tunggu sampai kedai bukak sebab pagi ni dia ada appt kat Putrajaya. Jadi nak tak nak kenalah tunggu hubby balik tengah hari kang, baru boleh beli gas. Petanglah baru dapur berasap ye.... hoyey :) Moralnya? lain kali tolonglah gas jangan habis waktu pagi2 ye, susah wei! Errk... macamlah gas tu paham je kan?
Ok stop! now berbalik kepada cerita tentang khasiat buah strawberry. Mrs Sunnies percaya, ramai antara kita suka makan buah strawberry kan? warnanye yang merah menyala, baunya yang harum, rasanya yang masam2 manis dan bila kita gigit, terasa gigit biji2 kat buah tu kan? 


Tahukah anda strawberry sebenarnya kaya dengan antosianin yang mengandungi antioksidan yang tinggi dan juga kaya dengan serat vitamin C, potasain dan asam ellagic, yang mana buah ini amat baik di makan terus atau dalam bentuk seperti manisan, jus buah, pie, aiskrim, milk shake dan sebagainya. 


Apa yang paling bagus tentang buah ini ialah khasiat yang terdapat di dalamnya sangat bermanfaat seperti mencegah kecacatan tabung syaraf pada janin, vitamin B1,B2,C dan provitamin A yang membantu menghaluskan kulit, membuat kulit lebih cerah dan mencegah pengeriputan/melambatkan proses penuaan. Dalam pertumbuhan anak pula, ia boleh menjaga gigi dan gusi menjadi lebih sihat, membantu penyembuhan luka dan meningkatkan daya ketahanan tubuh terhadap infeksi.
Warna merah buah ini adalah di sebabkan ia kaya dengan pigmen warna antosianin yang dapat menjadi antioksidan. Kandungan khasiatnya yang cukup tinggi, berbanding dengan buah-buahan lain menyebabkan strawberry amat porpular dari segi mencegah kanser, stroke dan proses penuaan malah mencegah dari terjadinya radang atau alergi. 


Strawberry merupakan buah yang rendah kandungan gulanya di mana buah ini amat sesuai di makan untuk pesakit diabetis dan radang sendi. Sehari makan 8 biji buah strawberry sahaja, sudah mencukupi dengan khasiatnya. Ada juga yang kate makan buah strawberry sangat bagus untuk rahim dan kesuburan terutamanya untuk mereka yang belum dikurniakan zuriat. Apa-apa pun yang pasti buah strawberry memang bagus untuk KESIHATAN.


Nak tahu lebih lanjut tentang khasiatnya boleh baca sendiri di sini


I love strawberry so much hehehe... apa ingat dato Ct je ke yang suka makan buah ni? i pun suka juga tau... lagi2 kalau beli strawberry brand KOREA, memang manis rasanya.








MoDe : Hujan lagi.... jom sambung tidor :)

2 comments:

  1. anank2 akak suka makan dgn coklat...
    akak pula suka makan dengan serbuk asam boi :)

    ReplyDelete
  2. kasihredha: buah strawberry dgn coklat mmg sedap! milk shake strawberry pun sdp tp makan dengan serbuk asam boi tak pernah try lg hehehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails