klik klik ok!

Monday, March 14, 2011

Sambal Telor Rebus

Masak masak lagiiiii..... kali ini Sambal Telor Rebus menjadi santapan di n3 ini. Moral... kalau pergi ke majlis kenduri kahwin, kita mesti dapat bunga telor kan? kekadang tu bukan 2 tapi sampai 4,5 tangkai bunga telor kita dapat. So... telor free tu jangan dibuang, tak baik membazirkan, apa kate kita buat sambal! Ala... mrs sunnies percaya mesti ramai yang buat masak sambal kan? sedapppp ;-)
Taraaaaaa..... sambal telur rebus

Bahan-bahan
3 biji telor rebus - gorengkan
1 biji bawang besar - potong sederhana tebal
1 ulas bawang putih - racik
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 sudu besar cili kering
1 sudu besar gula
sedikit sos cili dan sos tomato
sedikit garam dan pati ikan bilis

Cara-cara
Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan cili kering dan tumiskan ia sampai pecah minyak.
Letakkan garam dan pati ikan bilis.
Letakkan pula gula, tumiskan hingga sambal bertukar warna merah pekat.
Masukkan air asam jawa dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan pula sos cili dan sos tomato. Bila sambal dah masak, bolelahlah dimatikan api dan curahkan sambal ke atas telur tadi.







MoDe : Syukur Alhamdulillah baby riza dah boleh kencing berak :)

2 comments:

  1. betul tu mas...biasanya kalau gi kenduri dapat byk telor ...best kau masak begini kan:)

    ReplyDelete
  2. kasihredha: tulah kak bila dah banyak tak tahu nak buat apa kan? nak buang sayang... adik2 bukan suka makan telor rebus pun tp bila dibuat sambal, laju je dia orang makan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails