Nampak gebu mcm kek spoge :)
Abaikan koko yang tak menarik kt tepi kek tu.
Cikgu dh kate guna penapis teh tp ai guna penapis besar!
Tu pasai koko berterabur satu loyang hahahaha.....
Kek Alunan Kasih
Copy resepi dari : Mat Gebu
Kalau di ikutkan mrs sunnies sudah ketinggalan jauh. Kek ni sebenarnya dah lama berada di pasaran blog, cuma mrs sunnies je yang terhegeh-hegeh try test this resepi skrg. Apa pun pertama kali cuba membuatnya, oklah tu! Boleh tahan berjaya dari segi warna dan rupa. But the rasa, mrs sunnies kena tingkatkan lagi. Ada sedikit kesilapan kecil yang menyebabkan kek ini kurang sikit di gemari adik2 (mana taknya ai suka2 hati derhake ubah resepi kikikikih). Tak apelah... biasalah tu, nama pun budak baru belajar. Gagal sekali bukan bermakna gagal kali ke dua kan? ceh..ceh...ceh... nak sedapkan hati je ni hahahaha.
Yang penting sejak mengandung kek memang menjadi kegilaan mrs sunnies. Paling suka, kalau buat kek tu bahannya mudah, simple dan senang cari! Kalau tak dpt buat, beli pun jadi. Kekadang dlm 1 minggu sampai 3 kali mr sunnies belikan kek. Hemmm... apakah satu hari nnt my bby bakal menjadi pakar kek? wahhhhh.... ok what?
Thanx pada Mat Gebu share the resepi. Now, jom kita tinjau bahan-bahannya ok!
Bahan-bahan :-
5 biji telor
250gm mentega
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh baking powder *
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair - (sy guna susu segar)
Serbuk koko secukupnya
Pewarna pink + perisa strawberry
Pewarna kuning + perisa vanilla
Pewarna hijau + perisa pandan (mat gebu guna pewarna purple + perisa blueberry)
Ayak dan satukan bahan bertanda *
Cara-cara :-
Panaskan oven pada suhu 175c dan sapukan sedikit mentega di keseluruhan loyang pembakar (sy guna loyang yg berlubang tengah)
Putarkan mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan telor satu persatu dan terus memutar hingga telor kembang.
Pada kelajuan yg perlahan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit bersama dengan susu cair hingga habis.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan setiap bahagian diberi pewarna dan perisa seperti di atas. Kacau rata setiap adunan.
Tuangkan 1 adunan dalam loyang pembakar. Ratakan. Kemudian perlahan-lahan taburkan serbuk koko di atasnya (Gunakan penapis teh dan tabur rata-rata menutupi 1 adunan itu).
Tuangkan 1 adunan lagi di atasnya, ratakan dan ulang step yg sama. Akhir sekali tuangkan adunan yg terakhir dan tdk perlu taburkan serbuk koko di atasnya.
Bakar selama 45minit/hingga kek masak rata. Biarkan sejuk barulah keluarkan dari loyang.
Kesilapan yang mrs sunnies buat ialah perasa pandan dan strawberry seakan tidak serasi. Mungkin mrs sunnies terlebih letak perasa pandan. Bila kek tu dh masak, perasa pandan terlebih bau dan rasa dari perasa yg lain. Pastu dh elok2 dlm resepi guna susu cair, ai sesuka hati guna susu segar! tu pasallah tak jadi kot wakakakakaka.....
Lain tekak lain seleranya...... tak gitu?
Salam..
ReplyDeleteWaahh..Mas dh try bt kek nii..yana xsmpt g nk try bt..ok la tu alunannya..janji keknya sodap hehee
Yana: Wslm.... tak leh tahan tgk kek ni dlm n3 Mat Gebu tu yg buat gak :) cubalah yana, syok tau sbb kek tu wane wani.
ReplyDelete