klik klik ok!

Saturday, June 18, 2011

Nasi Goreng Ikan Kembung Rebus (Goreng)

Oi nasi goreng...oi sungguh enak..
oi nasi...oi lah goreng! 
hihihihi....

Hi semua, salam hari sabtu you all's! Dah ketuk2 kuali kat dapur ke? mrs sunnies belum lg. Tengah dok pikior nak masak apa hari nie. Dalam kepala macam teragak nak masak spaghetti bolognese tp dlm pd masa yg sama macam nak masak mee kari pun ye! Hemmmm.... kena osom ni! Eh baru teringat, nak msk mee kari kemendenya? bahan-bahannya tak adalah, tak beli lagi! haiyakkkkkkkk....... nampak gaya ai masak spaghetti jelah hihihihi :)

Ok berbalik pd Nasi Goreng Ikan Kembung Rebus (Goreng). Dalam n3 yg lepas2, ada mrs sunnies paparkan, cuma tak tulis resepinya je. Now mrs sunnies nak bg resepilah. Sebelum tu, nasi grg ni tercipta masa mrs sunnies tengah layan cite masakkan Sarjan Saji setiap rabu 10.30 pg @ tv3 (promote lg). Tengok Chef Kamarul masak nasi grg tu, aduhai.... meleleh air liur ai. Petang tu jugak ai ajak hubby pergi pasaraya Jusco cari ikn kembung rebus. Lupa nak snap rupa ikan rebus tu, sape-sape yg tak tahu, ikan rebus ni ada mcm2 jenis dan dh siap di bungkus. Pertama kali ai makan dan tgk rupe ikn rebus nie masa pergi rumah kawan, dia masakkn ikn kembung rebus goreng berlada. Sedap! Ikan rebus ni rasanya sedikit masin, so masa nak masak tu tak perlulah bubuh garam banyak-banyak.


Bahan-bahan :-
Nasi secukupnya
3 ekor ikan kembung rebus (gorengkan terlebih dahulu dan ambil isinya sahaja)
1 biji bawang besar - hiris nipis
2 ulas bawang putih *
2 tangkai cili besar merah *
4 tangkai cili padi * (suka pedas letak lebih)
1/2 inci belacan *
secubit ikan bilis *
1 biji telor
Lobak - potong memanjang
Kubis - hiris sederhana nipis
secubit garam
sedikit pati ikn bilis

Tumbuk lumat bahan bertanda * (sy chopper je hihihi)

Cara-cara :-
Tumiskan bawang besar hingga harum.
Masukkan bahan tumbuk dan tumiskan lagi hingga kekuningan.
Masukkan lobak dan kaup balikkan seketika.
Masukkan pula nasi dan gaul rata. Letakkan pati ikan bilis dan garam.
Bila nasi dh rata dengan semua bahan, letakkan pula kubis dan isi ikan rebus.
Kacau lagi, masak dan gaul rata hingga semuanya jadi sebati. Kemudian buatkn lubang di tengah2 nasi dan pecahkan sebiji telor. Biarkan seketika barulah gaul rata2 dengan nasi. Bolehlah tutupkan api. SELAMAT MENCUBA!





Mode : Menghitung hari... detik demi detik :)

3 comments:

  1. akak memang suka nasi goreng ikan ni.
    Dulu arwah nenek yg selalu buat...dia goreng lama2 hingga gareng...fuhh memang sedap.

    ReplyDelete
  2. Cik Ika: thanx... cubalah resepi ni :)


    Kasihredha: nie 1st time mas buat kak :) meletup2 masa grg ikan tu hehehe... pasni nk try buat masak berlada plak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails