Best sgt ke bihun cara makcik tu? hehehe....
Petang tadi masa odw nak balik rumah dari OU tetiba ai teragak plak nak makan bihun singapore. Terbayang-bayang dlm otak bihun di masak dgn lada hitam berencahkan ayam dan makan panas2. Sedapnya la! Tapi (ada tapi tu) bila kenangkan ayam dalam frez compem keras mcm batu, macam terbantut je hajat tu. Perut lak dh kebulur tahap 10! (Gila lapar tu hehehe)
So di pendekkan cerita (kenangkan bini dah lapor sangat) my hubby singgah kedai ayam mas beli kepak dan peha (tu je yg ada). Nasib masih awal lagi, so senanglah sikit kerja ai.
Dan ai...... srenggggggg.... masak je.... wakakaka....
Bila dah last minit, maka bihun tu di masak dengan apa yg ada je lah. Yelah, dah nak malam, malas plak nak singgah kedai cari fish ball, fish cake, taugeh dll. Amani pun dah mula meragam sebab nak tidor.
Zoommmm... jelah.
Bahan-Bahan:
1 keping bihun (rendam)
5 biji bwg putih
1 sudu bsr lada hitam
1 mangkuk kecil daging ayam
1 ikat sawi
1/2 batang carrot
garam dan sos tiram secukupnya
Cara-cara:
Tumbukkan sekali bwg putih dan lada hitam
Mula-mula tumiskan bwg putih dan lada hitam hingga harum. Masukkan daging ayam dan tumis hingga ayam masak. Perasakan ayam dengan garam secukupnya dan letakkan sedikit sos tiram. Masukkan air (utk melembutkan bihun). Masukkan pula bihun dan lobak. Goreng sampai bihun lembut. Akhir sekali masukkan sawi. Gaul rata2. Bolehlah di matikan api
(Jgn plak dh masukkan sawi terus matikan api. Kang nnt ada yg sakit perut makan sawi mentah plak hehehe....)
hujung minggu nie yna try..
ReplyDeleteculik resepi akak ya? hihihi
YNA:
ReplyDeletetry tau! pastu jgn lupa post kat blog ye :)
as'salam Mas
ReplyDeleteEmmm..sedapnya bi hoon singapura ni. k.ct pun lama juga tak masak2 mee kat rumah ni. stok mee tu sentiasa ada kena buat juga lah ni, kecur dah..hehehe
CT Delima
ReplyDeleteWsalam kak.... :)
Samalah, kat umh nie pun stok mee kena sentiasa ada. Kak ct buat mee nnt jgn lupa post ke sini ye hehehe...