Salam Jumaat. Sempena Hari raya Korban yg bakal tiba hari Ahad ni, kami nak ucapkan Selamat Aidiladha untuk semua. Diam-diam dah November pun, lepas nie Disember pulak. Nak habis dah tahun 2011. Semoga sepanjang tahun ini sudah banyak amalan kebaikan yg dah kita lakukan. Kongsi resepi pun satu amalan yg baik kan? Insya Allah.....
Oklah cite pasal raya korban nie, ai nk tayang menu daging. Sesuai sgt lah tu!
Sup Daging, resepi ni memenag sesuai utk org yg nak kejar masa a.k.a dlm bhs singkatannya malas!
Waaaah kau Temah, hari jumaat ni pun mulut nak jahat tau! tak baik! hehehe... tak adalah, sebenarnya ai malas nak ketuk2 lesung so main hiris2 pastu srenggggggg (perkataan baru hihihi) siap!
Sup Daging pucat!
Bahan-bahan :
1 mangkuk daging
1 biji bawang besar - hiris
2 biji bwg putih - hiris
1/2 inci halia - ketuk
3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & biji pelaga)
2 biji kentang - belah 4
1 btg carrot - potong serong
1 btg saderi - potong serong
1 ikat daun sup - racik kasar2
Serbuk lada hitam dan putih
Serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara :
Tumiskan seketika 3 sekawan. Masukkan pula bahan hiris dan halia. Tumis sampai naik bau. Letakkan lada putih dan hitam (suka pedas letak banyak). Tumiskan lagi sampai kekuningan. Masukkan daging pula. Tumis lagi sampai daging jadi kecut. Letakkan air secukupnya. Masukkan kentang. Biar air menggelegak sampai daging dan kentang empuk. Perasakan garam dan pati aym secukupnya. Bila rasanya dh sedap, masukkan btg saderi. Biarkn beberapa minit dan akhir sekali masukkan daun sup dan bwg grg.
balik kg tak? kitorang buat korban thn ni
ReplyDeletesungguh lapar pwrut pg2 tgk ada sup, huhuhu
ReplyDeleteowh buat korban ye... sani xde plak cite masa lapah lembu kt masjid. Dia cuma bg tau jumpa abg man ngan abg zaki je :)
ReplyDeleteLyn at home
ReplyDeleteWsalam... alhamdulillah mas sihat n bby pun sihat :) terima kasih kak lyn... meh try sup sy hehehe...