klik klik ok!

Saturday, July 14, 2012

Kari Ikan Bawal Goreng...ikan lagi :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan2 blogger semua. Daku kelewatan mengupdate n3. Masih adakah yg bersiaran di hujung mggu ni? Kalau ada ini soalannya, sihat ke korang? cuaca yg tidak menentu skrg ni mengundang pelbagai penyakit kan? 

Alhamdulillah amani dh ok dan selsemanya juga dah kering sedikit, tidor mlm pun tak meragam so lega rasa hati nie hihihi.

Alahaiiiii... semakin amani membesar semakin kurang tidornya dan semakin susah umminya nak bersosial di blog! hihihi ayt gempak youuuu. Sepatutnya n3 ni dah tersiar dari semalam tapi nak curi masa on lappy... ya ampun punyalah payah! Baru je sentuh, si kecik tu dah jeling kita ready nk rebut, bila kita bukak je terus dia kejar mcm semut nampak gula! Ok ummi paham. Pukul 12.30 malam juga mokcik ni update n3 tau!

 Kawan2, mokcik tayang ikan lagi! hari tu asam ikan selar, kali ini kari ikan bawal plak. Yang nie bukan menu hari tu, malam semalam, atau tengah hari tadi tapi ini picas lama yg tak sempat nak di tayang umum kan. Errrr...dah bg tau tadi kan? 


Selepas ni akan ada lagi..lagi..lagi dan lagi picas2 lama yg akan mas upload, al maklum ler tuan tanah kan sekejab timbul sekejab tenggelam...bila dh tenggelam memang payah betul nak timbul tu yg sedar2 dah sebulan menghilang rupenya ngeh..ngeh..ngeh
Bahan2 :

2 ekor ikan bawal
5 biji bawang merah - hiris
3 biji bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
1/2 inci halia - ketuk
1 sudu kecil halba
Rempah 3 sekawan
2 tangkai daun kari
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar rempah kari ikan - bancuh dgn sedikit air
1 biji buah tomato - potong dadu
Sedikit air asam jawa
1 cawan air
Santan - 1biji kelapa

Cara2 :

1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam, goreng mcm biasa, ketepikan.
2. Tumiskan seketika halba dan 3 sekawan, masukkan halia, daun kari, tumis lagi dan masukkan bwg besar tumis hingga naik bau.
3. Masukkan pula bwg mrh dan putih, tumis sehingga kekuningan dan masukkan cili kering.
4. Tumis hingga cili kering masak dan letakkan pes rempah kari tadi. Pastikan rempah kari masak dan masukkan buah tomato, kaup balikkan seketika.
5. Lepas tu letaklah air asam jawa dan air. Bila dh menggelegak, masukk plak ikan tadi bersama dengan garam, gula dan pati ikan bilis secukupnya.
6. Biarkan mendidih lagi dan akhir sekali masukkan santan. Tambahkan lagi air kalau kuah terlalu pekat.
7. Padamkam api bila rasanya sudah cukup memuaskan dan santan masak.


Perghhhhhhh!!!! banyak plak stepnya. Nie pun mokcik dah shotkan ayatnya kalau tidak.... heeehaiiii lagi panjang you!
Korang boleh paham kan?

12 comments:

  1. mas pun suka masak kari ni...
    makan ngan sambal belacan....perhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ye mas makan dgn sambal belacan? serius akk tak pernah lg try makan kari dgn sambal belacan...pasni nak trylah mesti perhhhhhhh lg lebih kan hihihi

      Delete
  2. mas...gambar cantikkkssss
    dah ada perkembangan yg baik :)
    suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka2...macihh kak... insyaAllah akan cuba lagi dan lagi :)

      Delete
  3. He he he... sebenarnya seronok layan keletah anak kecil, tapi anak-anak kecil sekarang dah bijak pandai, kecik2 pun pandai guna komputer!
    Makan ikan hari-hari pun takpe, elok untuk kesihatan berbanding daging. Ni yang tahan tahan tengok gambar kari ikan...mmmm sedapnya! Kuahnya tu kalau cicah roti jala pun sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul kak...budak kecik lagi maju dari sy ni hah...tau je kat mn kita simpan game yg best2 pastu pandai plak berebut dgn kita ni hah hehehe...

      setuju...tp mas kalo ikan digrg saje mas kurang laju sikit nak makan, kalau dibuat sambal,kari, sup dll hah memang tak toleh kiri kanan lah hehehe

      Delete
  4. Salam MAs...
    Buat lebih sikit. Kari ikan tu...boleh jugak kami tumpang merasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je...meh sini mas tlg suapkan lagi hehehe

      Delete
  5. salam mas,biasalah bdk nk membesar..asik attack umi dia jew..he hee x leh umi nk bukak lappy kan...masakan sedap..fav zila nie..pic pun cantik tau..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah dia dengki sama umminya so mengalah jelah hihihi..
      ala malu kita tau...tak leh lawan zila punya yg mantop terbaikk. thanx zila share info yg sgt membantu :)

      Delete
  6. salam Mas kari mmg fav kat umah akak ni jugak,mesti seminggu sekali or selang dua tiga hari haha macam mamak lah pulak ni kan hee

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan Mas...sama la dgn anak2 asz...pantang nampak kita bkk lappy..dia dah sampai nak mintak main game...heehee..ank2 zaman skrg..:)) BTW suka sgt kari ikan dapat pulak ikan merah ke...mmg ke tulang la menghisapnya...n pic pun menarik :))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails