Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan blogger semua. Syukur alhamdullilah hari ini dpt mas post n3 baru lagi. Dah 2 hari amani kena selsema dan demam sedikit, nasib baik hubby tak berapa busy so boleh ler mas berbelog sekejab!
TERIMA KASIH kepada rakan belog yg bertanya khabar dan ucapan besday for amani. Seronoknya rasa hati, walau dh lama tak bersiaran tp korang tetap ingat dan sudi singgah serta tinggalkan pesanan. Love u lahhhhh hihihihi...mas akan bls juga pesanan korang ok.
Mas ok2 saje, cuma kehilangan kami kerana agak sibuk sedikit dgn urusan keluarga, kami banyak habiskan masa di kg dan kalau dah dok kg nak berbelog memang malasssssss, tak tau kenapa huhuhuhu.
Ok, mas takleh bebel banyak takut amani jaga plak (tidor sbb mamai makan ubt selsema). Semalam mas sempat masak asam pedas ikan selar. Mulanya mas nak buh tajuk asam pedas ikan selar tp bila dah makan rupenya kuah tu tak pedas pun (terkurang cili kering) so buh jelah Asam Ikan Selar hihihihi. Simple je you all, takyah nak tumbuk or blend2, just hiris bahan2nya. Rajin kan sy?
Bahan: 2 ekor ikan selar
1 sudu bsr cili kering kisar
1/2 sudu kecil halba
1/2 inci halia - ketuk
3 ulas bwg merah - hiris
2 ulas bwg putih - hiris
1 biji bwg bsr - belah 4
1/2 biji tomato - belah 2
1 cawan air asam jawa
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Cara2: Tumiskn halba seketika, masukkan bahan hiris dan tumis hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan pula cili kering, tumis hingga cili masak/pecah minyak.
Masukkan pula air asam jawa dan air, bila dah mendidih masukkan pula ikan, perasakn dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih seketika, masukkan buah tomato dan bwg besar. Bolehlah padamkan api bila bwg dh masak.
7/7/2012 yg lepas kita org calebrate besday amani di Taman Tasik Perdana. Kekonon nak picnic ala2 santai gitu tp alahai.....dh jadi picnic taufan hah! Mana taknya baru susun2 barang, dtg amani habis dia tunggang terbalikkan semua brg. Nasib baik sempat tiup sebijik cup cake sbb selepas itu yg lain dah kena terbalik dgn dia huhuuhuhu sayangggggg woooo....
Apa2 pun hari tu mmg sgt seronok dan sgt bermakna kpd kami. Baru kami tahu perasaan gembira dan seronoknya hidup jadi ibu dan bapa. Alhamdulillah Allah swt bg kami rasa walaupun terpaksa menanti selama 8 tahun.
alloloo mas chumilnya kek tecik tue..selamat kembali mas..ikan tu sedapp:)
ReplyDeleteterima kasih zila....chumil mcm ummi dia kan? hehehe...
DeleteAs'kum Mas sedapnya asam pedas ikan selar tu.. akak suka sangat.. lama tak masak.. *padahal baru 3 hari* hehehee.. ciannya Amani demam pulak yer.. semoga cepat sembuh..Amin.. kisss dari Auntie sha yaa...:)
ReplyDeleteWsalam kak shah comel..... hehehe owh kira ni akk hantu asam pedaslah ye...
DeleteAlhamdulillah demam dah ok n selsema pun nampak dh kering sikit :))
happy belated birthday amani..shomell..shomel sungguh dia.
ReplyDeleteget well soon amani.:))
Terima kasih 'mama tomei' amin....
Deletewahhh sedap nyeee
ReplyDeletesinggah malam sini :)
jom tgk jubah~~
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.171924036265988.16609.103619356429790&type=3