klik klik ok!

Tuesday, April 26, 2011

Ikan Pekasam Pekan Rabu

As Salam semua, semoga hari ini adalah hari yg lebih baik dari semalam :) Masih terasa kat tekak nie kesedapan ikan pekasam yang mrs sunnies goreng semalam. Percaya atau tidak masa awal2 mengandung time mengidam nak makan yang bukan2 time mengada-ngada, ikan pekasam adalah slh satu benda yang mrs sunnies nak sangat. Pendek kate kalau dah nak tu, time tu jugak nak!


Haru biru juga mr hubby nak cari! yelah mana taknya, yang ada jual kat kedai2 tu mrs sunnies tak nak, nak yang dekat PEKAN RABU je! Ayoyoyo cerewet betul! pakal mengandung kalo tak maun kena booo layan je. Puas jugalah mr hubby calling member2 dia, yang ada kampung kat Kedah, nak kirim ikan pekasam.  


Lepas berbulan masih tak dapat, mrs sunnies diam. So mr hubby igt dah tak ngidam lagi lah tu, no..no..no... nak masuk 5 bulan, sekali lagi mrs sunnies merengek nak makan ikan pekasam. Hah sudah! garu kepala lagi mr hubby, last2 dia kate jomlah kita pie Kedah! 


Google punya!

Dah namanya rezeki, kebetulan my frend n family (dah macam keluarga sendiri) nak hantar bini dia balik Kedah sebab bersalin dan berpantang di kg mak nya. Tau2 je, dia dah belikan 2 bekas ikan pekasam! Yahooooo.... syukur Alhamdulillah :)




Ikan pekasam ni sama je macam ikan masin, bezanya ikan tu disalut dengan beras tumbuk, berair dan baunya pun kurang sikit. Cara pembuatannya juga agak rumit. Ikan pekasam ada pelbagai jenis tapi ramai yg kate, ikan pekasam talapia yg paling best! Yang penting, mesti simpan dlm peti sejuk, supaya tahan lama dan letak dalam bekas kedap udara, kalau tidak 1 peti ais bau harum! (maafkan sy kalau penerangan sy ini salah). Beras tumbuk yg disalut di bdn ikan itu yg MENYEDAPKANNYA, bila kita goreng garing2 akan ada rasa cruncy sikit.


BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan pekasam
1 labu bawang besar - hiris
5 tangkai cili padi / cili kering - hiris
1 biji limau kasturi


CARA-CARA
Dengan sedikit minyak (macam nak grg ikan masin) gorengkan ikan pekasam hingga garing. Angkat dan ketepikan. Guna minyak yg sama, gorengkan bawang besar, cili padi/cili kering hingga garing. Taburkan di atas ikan pekasam dan perahkan limau. Sedap di makan panas2 bersama dgn nasi panas. 








MoDe : senyummmm dalam panazzzz!

7 comments:

  1. kisah ikan pekasam nih
    masa akk mengandung si sulung, ratah gitu je pekasam yg tak goreng tu
    sangat sangat sedap betul rasanya.

    ReplyDelete
  2. sedap ke...belum pernah merasa..semua org ckap sedap :)

    ReplyDelete
  3. sayangsayangibu: maksudnya... makan mentah2 ke? hehehe... tu mmg betul mengidam tahap takleh tahan! Jgn mare gurau je. Serius sedap ke?


    Maya Mayana: cubalah, mmg sedap! sekali dah rasa mst nak lagi!

    ReplyDelete
  4. suka..suka..lauk yg lebih menajamkan selera untuk makan 2 pinggan..hehehehe..

    ReplyDelete
  5. sue: hihihi... yelah, sedar2 je dh tambah 2 pinggan!

    ReplyDelete
  6. suka ikan pekasam tp xleh mkn slalu coz mkn ns byk..xpsl2 berat bertambah..:-)

    ReplyDelete
  7. Yana: mmg bahaya penangan ikn pekasam ni kan? tp tulah... bila dah makan mmg x hingat nasi dah bertambah :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails