Hari Bumi, hehehe... nampak hijau je kan?
Jemput jamu mata semua
1 ekor ikan siakap
Serbuk kunyit
Garam
1 sudu besar tepung jagung
BAHAN SOS
1 batang serai - ketuk
2 tangkai cili merah besar - CMG guna cili kering
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar - hiris
1 biji buah cili benggala/capsicum hijau - potong dadu
1 biji buah tomato - potong dadu
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos thai life
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 gelas air
sedikit garam
CARA-CARA
Bahan Ikan - Ratakan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian taburkan tepung jagung, tujuannya supaya ikan tidak melekat semasa menggoreng dan lebih rangup!
Bahan Sos - Tumbuk lumat bawang putih dan cili besar merah. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng serai seketika dan masukkan pula bahan tumbuk. Tumis hingga bhn tumbuk sedikit garing. Masukkan pula bawang besar. Tumis lagi sampai bawang layu. Letakkan semua bahan sos dan sedikit garam. Tuang 1/2 gelas air. Biarkan mendidih. Akhir sekali masukkan capsicum dan tomato. Kacau seketika/kuah jadi sedikit pekat dan bolehlah di matikan api. Tuangkan sos di atas ikan.
Terlalu kerap menayangkan menu? hai.... ai ni rajin ke dapur adalah kerna untuk melicinkan peti ais gara-gara memborong pelbagai lauk semasa Jcrad day di MV haritu. Mungkinkah esok menu di n3 ini ketam plak? hehehe... tungguuuuu!
MoDe: Hujan2 nie... selera perut jadi besar plak hihihihi :)
No comments:
Post a Comment