Taburkan serbuk lada hitam/putih sebelum di hidang
Roti perancis ni mrs sunnies beli masa bekpes kat dellifrance semalam. Baru-baru nie je kami try makan kt situ, selalunya just beli roti je. Sukalah bekpes kat sane skrg, sbb sedap! Roti dia pun, dari saiz besar sampailah saiz yg kecil semuanya ada. Takdelah mahal hage makanannya! BAHAN MUSHROOM SUP
1 labu bawang besar - potong dadu kecil2
1 ulas bawang putih - potong dadu kecil
2 sudu besar butter
8 ketul cendawan butang - potong dadu/potong ikut suka je
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam - sy guna 1 sudu kecil serbuk pati ayam
2 cawan air
1/2 cawan whipping cream - boleh ganti dgn susu segar
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit herba oregano leaves (tak nak letak pun boleh)
BAHAN GARLIC BREAD
Roti perancis - potong serong (guna roti keping pun boleh)
1/2 sudu besar butter
2 ulas bawang putih - ketuk dan racik halus
1 sudu kecil parsley flakes - boleh ganti dengan daun sup (racik halus)
Jemput makan semua
CARA-CARA
Untuk Mushroom Soup - Panaskan butter. Bila dah cair, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan cendawan dan oregano leaves. Tumis lagi hingga cendawan bertukar warna keperangan. Letakkan tepung gandum dan kacau rata. Tuang 2 cawan air. Bila dah mendidih, letakkan garam dan pati ayam. Kecilkan api dan kacau, supaya tidak hangus. Masukkan pula 1/2 cawan whipping cream. Sentiasa kacau dan boleh dimatikan api bila kuah mulai pekat. Sy suka taburkan serbuk lada hitam/putih untuk rasa pedas sikit :)
Untuk Garlic Bread - Dalam bekas, satukan butter, bawang putih dan parsley. Gaul rata. Sapukan kat bhg atas roti perancis. Bakar pada suhu 180c selama 5-10 minit atau roti keperangan. Kepanasan suhu oven adalah bergantung kpd jenis oven anda.
MoDe : petang ni rasa macam mls masak je, dah beberapa hari ni, suka masak tp bila makan, selera mesti kurang... alahai :(
mmg suka mkn garlic bread ngan mushroom soup tapi malas nak buat sendiri..hehehe....
ReplyDeletekalau buat sendiri boleh letak cendawan byk2 kan mas :)
ReplyDeletewahida: sedap kan? sy ni pun buat ikut mode. Bila malas, sy beli je yg segera punya hehe...
ReplyDeleteKasihredha: ye betullll... puas makan bila cendawan tu buh lebih2 hihihi...
Salam Mas...
ReplyDeleteTQ sudi singgah :)
Apa kurang nyer disini :P
mama hawa/mama nani: Wassalam... sama2.Hehehe... terima kasih balas kunjungan :)
ReplyDelete