klik klik ok!

Friday, March 25, 2011

Cranberry Juice

from google

Yeah... cranberry juice 100% pure, jumpa gak & dah beli pun masa jejalan kat OU petang tadi. 500ml Rm39.00 sahaja, rasa dia? Errr... tak try lagi hehehe... 

Product Details :-
CRANBERRY JUICE keluaran 21st Century adalah 100% asli tanpa gula diekstrak daripada kranberi yang segar,matang dan kaya dengan mineral termasuk kalium, kuprum, magnesium, kalsium, fosforus dan ferum. Kranberi juga kaya dengan antioksidan Vitamin A dan C serta unsur surih kebanyakan jenis vitamin B.

Kandungan asid organik kranberi yang tinggi yang menjadikannya bahan yang paling aktif. Kranberi mengandungi sebatian pelawan infeksi dipanggil tanin yang tepu untuk melawan infeksi bakteria termasuk E.Coli.

Untuk merawat dan menghalang infeksi pundi kencing yang sedia ada dan menolong menghalang infeksi pada masa akan datang, minum 12 hingga 16 aun jus kranberi setiap hari.

Kebanyakan minuman jus kranberi yang didapati di pasaraya mengandungi hanya 18% jus kranberi (baca label pada jenama yang terkenal, anda akan dapati anda telah membeli bukan jus kranberri yang tulen tetapi perasa kranberi, minuman bergula yang tidak berguna untuk rawatan masalah urinari). Jus ini tidak ditambah gula kerana tambahan gula pada jus kranberi akan menghilangkan kesan mujarabnya pada saluran kencing yang membuatnya tidak berguna untuk tujuan rawatan.
Product's Major Benefits

    * SISTITIS - Memberi rawatan efektif dan menghalang infeksi salur kencing yang bercirikan pembuangan air kencing yang kerap dan sakit disebabkan kewujudan bakteria dalam saluran kencing. Kranberi menghalang bakteria E.Coli daripada melekat pada dinding salur kencing, membersih dan membuang mereka sebelum mereka dapat melakukan kerosakan seperti yang dilaporkan dalam Jurnal American Medical Association 1994 (Mac 9); 271 (10); 751-754
    * BAU - Membantu mengurangkan bau tubuh yang tidak enak yang dialami oleh penghidap inkonfimens dengan cara penyahbauan salur kencing.
    * INKONTINEN - Membantu mengurangkan pembinaan mukus di dalam pundi-pundi kencing sehingga 50%, yang boleh menghalang kateter dan menyekat pengunaannya, untuk pesakit-pesakit yang memerlukan pelencongan urinari.
    * GOUT - Tindakan kranberi keatas ginjal menolong menghapuskan asid urik yang mana bila terhablur di sekeliling sendi tertentu menyebabkan simptom kesakitan gout.
    * Boleh mengurangkan demam.
    * Boleh menolong mengembangkan tiub bronikal.
    * KEKEJANGAN OTOT - Kandungan kalium dalam kranberi dapat menolong mengurangkan kekejangan dan kekejangan otot.

Sumber dari Vitamin 21 century


Dah beli jangan tak minum plak ye mrs sunnies.

6 comments:

  1. akak now makan dried cranberry. tak tau apa khasiat. Tau makan je..hee

    ReplyDelete
  2. Delima pun bagus utk preggy woman...

    ReplyDelete
  3. Yan: yelah kak, kekadang apa yg kita makan, x tahu pun khasiatnya kan?

    Rupenya khasiat dia sgt baik utk tubuh badan hihihi.. teruskan mengamal makan cranberry ye tp cuba tukar kpd jus pula. Cewah!

    Amimarz: tau tu tp hari tu makan buahnya macam kureng sikit kat tekak mas huhu..

    ReplyDelete
  4. Dulu akak pernah kena infection sal.kencing, waktu pregnant...demam sampai menggigil, kencing tak lawas dan sakit dekat area pinggang(kidney).
    Bila minum jus cranberry, Alhamdulillah ok. Kena minum banyak air masak juga :)

    ReplyDelete
  5. kasihredha : rupanya jus nie byk juga manfaatnye kan? mas baru nie je tahu pasal jus cranberry kak :)

    Rasanya huhuhu tak sedap tp lepas minum alhamdulillah kencing ok jadi lawas hihihi...

    ReplyDelete
  6. Salam. akak...
    adoi sy baru tahu yg rupa2nya sy kena kencing tak lawas...tak tahu kena sejak bila, rase mcm dah few months jugak..wuwu takutnya dah terlambat, harap2 boleh diubat lagi..semalam pon sy dah beli jus cranberry ni dekat farmasi, rasa dia mmg uihh, masam betul..haha tapi nak baik kan..cuma sy xsure lah berapa lama untuk dia baik ye? saya baru minum malam tadi, dan pagi tad before g kerja...sekarang rasa mcm makin kerap pulak nk g toilet..normal ke tu ya ? lam-lama baru okay ea? huh risau betul saya, kak..haha..

    lynndamya@yahoo.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails