klik klik ok!

Tuesday, December 27, 2011

Spaghetti Olio Aglio


As Salam dan selamat sejahtera... masih bercuti ke anda? atau sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja yg tertangguh sebelum masuk tahun baru? Kepada yg bekerja...selamat bertugas, kepada yang bercuti...selamat beristirehat ye... apa yang penting be happy ok!



Opsst...lagi beberapa hari cuti sekolah nak tamat kan? tentunya sekarang ni ramai ibu bapa yg habiskan baki cuti untuk shopping barang keperluan anak2. Umm...teringat zaman sekolah dolu-doulu...seronoknya dpt beli kasut baru, beg baru, box pencil baru dll. Bila dh beli tu semangat nak pergi sekolah bukan main lagi, tak sbr nak tunjuk kat kekawan apa brg baru yg kita dh beli. Memula jelah... 3 minggu lepas tu... alahai bila la nak hari Jumaat huhuhuhu... sabar jelah!

MS cite pasal sekolah? hehehe...saje je...tetiba teringat keriuhan ibu bapa yg shopping last minit masa cuti x-mas hari tu kat Jusco OU. Ya ampun...sesak sane sini! bebudak seronok...kami fening la...ramai sangat org!


Ok tutup pasal sekolah. Now kita ketuk2 kuali plak ye...masa adik2 dtg rumah hari tu, MS ada buatkan spaghetti olio aglio yg simple2 je. Masa tu cuti sekolah (sekolah lg hehehe...) dia org tidor rumah MS beberapa hari. So memang main masak2 jelah kami hehehe....

Bahan-bahan :-
1 cekak spaghetti (rebus sampai lembut dan toskan)
1 ulas bawang putih - racik
1 biji bwg besar - racik
1 keping dada ayam - potong dadu kecil2
4 ketul fish ball - potong nipis
1 keping fish cake - potong nipis
1/2 biji lada benggala merah - potong nipis
1/2 biji lada benggala hijau - potong nipis
1 biji buah tomato - potong dadu
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar2
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk oregano

Cara-Cara :-
Tumiskan bwg putih dan besar hingga kekuningan. Masukkan ayam, fish ball dan fish cake. Tumiskan lebih kurang 2-3 minit atau ayam masak. Masukkan pula lada hitam, sedikit oregano dan garam secukup rasa. Tumiskan lagi, letakkn pula buah tomato dan lada benggala. Gaul rata dan gorengkan hingga sayur separuh masak. Akhir sekali masukkan spaghetti. Gaulkan rata2, dan masakkan hingga  semua bahan masak sepenuhnya. 



p/s: ok x saiz piccas tu? bsr mcm giant plak rasenye huhuhu....

Saturday, December 24, 2011

Nasi Goreng Cina

Selamat pagi rakan belog semua...... sejuk betul pg nie. Sekarang ni cuaca tak menentu, sekejab panas sekejab hujan dan banjir sane sini. Ummm...nape MS cite pasal cuaca ye? Huhuhu... sebenarnya tak ada story baru yg nak di kongsikan. Amani dah tidor...bosan plak. Sedang bersiap-siap nk keluar, sementara tggu dia bangun baik MS update n3 dulu hehehe...




Nasi Goreng cina nie MS masak masa adik2 dtg rumah tempoh hari. Adik yang bongsu cukup suka dengan nasi grg cina tapi geram plak rasanya bila kita yeye masak, bila dah siap dia tak nak makan plak! sibuk main  game je huhuhu...




Bahan-Bahan:-
Nasi putih secukupnya
3 ulas bwg putih - ketuk dan cincang
1 bungkus kecil sayur campur 
2 biji telor
1 btg hot dog - potong ikut suka
2 keping daging ayam - potong memanjang
lada sulah secukupnya
sedikit pati ikan bilis
garam secukup rasa
*Hot dog dan kepingan ayam sy grill dulu. Ketepikan.*


Cara-Cara:-
Goreng telor dan hancurkan. Angkat dan ketepikan. 
Tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan sayur campur. Tumiskan lg sampai sayur campur masak. Masukkan pula nasi dan gaul rata. Perasakan dengan garam, pati ikan bilis dan lada sulah secukupnya. Gaul lagi. Letakkan pula telor, hirisan hotdog dan ayam. Gaulkan lagi sampai semua bahan rata. Bolehlah di matikan api. Sedap di makan ketika panas.






P/s: Ralat sungguh.... kat mana sy letak barang itu. Hilang ke???? sdihnyaaaaaaa.......

Thursday, December 22, 2011

Pizza Roti Keping...Sekejab ada sekejab tak ada!

As Salam dan salam sejahtera wahai rakan belog semua. Terlalu lama MS menyepi kan? Ini bukan merajuk..bukan juga bawa diri tapi sibuk dengan kehidupan peribadi. MS ni dh macam biskut cipsmore ek? Sekejab ada sekejab tak ada hehehe... Senyap bukan bermakna dah menghilang ye.....


Semalam MS dpt sms dari kazen. Katenya lama betul MS tak update blog. Huhuhuhu...yelah pejam celik...pejam dan celik mmg dh lama MS tak update apa-apa. Alahai...sejak jadi ummi nie, my jadual semakin buzy. Amani semakin membesar dan dia perlukan perhatian yg lebih dr MS. So terpaksalah MS lupakan seketika dgn dunia maya ni. BTW sekarang ni kami kerap pulang ke kg sbb incik hubby sibuk dengan kerja nye dan amani juga sejak akhir nie selalu saje tak sihat. Skrg musim demam batuk dan selema, igt lagi amani dengan ummi nye sekali jatuh sakit sama-sama. Haru biru walid kikikiki...nasib baik ada mama yg tlg jg kami :)




Tenggelam timbul...sempat juga lah MS nak selit piccas makanan hehehe. Amani2 juga tapi masak tetap yg pertama :) Tayang yg simple2 dulu jelah. Pizza roti keping nie MS buat masa adik-adik datang rumah. Saje je seronok-ronok main masak2 dgn adik hehehe.... RESEPI lain kali MS tayang ye :)



 Sayu rasa hati, masa nie amani demam selepas dpt suntikkan 5 bulan. Doctor dh bg tau suntikkan kali ini akan buat bby demam. Kecian dia... panas badan sampai 37.8c, lemah je. Kebetulan pula dia kena batuk dan selsema. Tak sampai hati tgk dia kena makan ubt tp nak buat macam mana, nak baik dan ummi kena kuat. Kalau tidak dia tak sihat2.


Now amani dah 5 bulan 11 hari. Dah pandai meniarap dan mulutnya becok mengalahkan cik kiah! hehehe...manja sangat! Kalau pergi taman nampak ramai budak bukan main suka dia tp lepas tu bila ajak balik mulalah muka dia cembeng je hehehe.... 
Peal baru, skrg nie dia suka mengigit! agaknya gusi dah gatal nak tumbuh gigi. Huhuhu...sakit wo bila my........... kena gigit. Nangis mak sekejab hihihihi.

Thursday, November 10, 2011

Tauhu Lembut Kukus

As salam dan selamat malam semua. Dah makan ke? ke tengah makan atau tengah masak? Kalau sudah... Alhamdulillah, kalau belum... segeralah makan nnt perut masuk angin susah plak. Kalau tengah masak... meh tambah lagi satu menu utk hidangan keluarga. Eh... kalau yg belum berumah tangga pun boleh je nak cuba hehehe... ilmu tuuuuuuuuu :)


Beberapa hari yang lalu, MS (Singkatan for Mrs Sunnies. Gitu tau!) ada nampak Yana masak menu nie. Kebetulan hari yg sama, masa makan kat Chiken Rice Shop kami ada oder menu tu (kebetulan kan?). Sukalah... best sangat! Lembut je bila masuk dalam tekak hehehe... MS memang dah lama teringin nak masak menu tu tapi resepinya ingat2 lupa, yang paling haru, huhuhuhu (malunya nak cakap) sbrnya PERIUK KUKUS tak ada! ngeeeee.......... malu mak!



Itu dulu laaaaa... skrg tak malu dah hihihi.... Ok lah tak nak ceceh banyak, meh MS tunjuk resepinya. Oh ye, sebelum tu, resepi Tahu Lembut Kukus nie MS dh intai dari rumah yana tapi ada bahan2 yg MS tak ada so MS tinjau pula rumah CMG dan bahan2 yg CMG guna hampir semuanya ada kat rumah. So MS guna resepi CMG DI SINI cuma MS dah derhaka sikit hihihihi... 

Bahan-bahannya :
1 bungkus tauhu lembut
1 sudu besar sos tiram *
1 sudu besar kicap manis *
1/2 sudu besar minyak bijan *
1/2 sudu besar kicap cair *
1 sudu kecil kicap pekat *
1/3 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dgn 2 sudu bsr air
2 ulas bwg putih - cincang halus
Minyak zaiton - utk menumis
Daun bawang hiris - utk hiasan
Bwg goreng - utk hiasan

Cara-caranya :
Kukuskan tauhu lembut selama 15 minit. Hati2 ye sbb tauhu ni lembut.
Satukan semua bhn yg bertanda * dlm satu bekas.
Dalam periuk panaskan minyak zaiton. Tumiskan bwg putih hingga harum. Masukkan pula bahan * dan tumiskan seketika. Masukkan air. Bila dh mendidih masukkan pula bancuhan tepung jagung. Biarkan kuah sedikit pekat dan perasakan dengan sedikit lada hitam (tak perlu letak garam sbb bahan di atas sudah cukup rasa masinnya). Bila rasanya dah OK, bolelah matikan api. Keluarkan tauhu dari kukusan dan curahkan sos di atasnya. Taburkan daun bwg dan bwg grg sebagai hiasan. Hidangkan segera, sedap di makan ketika ia masih panas.


P/s : Teruja dan tak sabar, tauhu lembut MS hancur bhg atasnya huhuhu..., hubby punya kerja la. Nasib tak hancur semuanya, kalau tidak..... meroyan mak sekejab hahahaha! 

Friday, November 4, 2011

Sup Daging dan Salam Aidiladha

As Salam semua


Salam Jumaat. Sempena Hari raya Korban yg bakal tiba hari Ahad ni, kami nak ucapkan Selamat Aidiladha untuk semua. Diam-diam dah November pun, lepas nie Disember pulak. Nak habis dah tahun 2011. Semoga sepanjang tahun ini sudah banyak amalan kebaikan yg dah kita lakukan. Kongsi resepi pun satu amalan yg baik kan? Insya Allah.....


Oklah cite pasal raya korban nie, ai nk tayang menu daging. Sesuai sgt lah tu! 


Sup Daging, resepi ni memenag sesuai utk org yg nak kejar masa a.k.a dlm bhs singkatannya malas! 


Waaaah kau Temah, hari jumaat ni pun mulut nak jahat tau! tak baik! hehehe... tak adalah, sebenarnya ai malas nak ketuk2 lesung so main hiris2 pastu srenggggggg (perkataan baru hihihi) siap!


Sup Daging pucat!

Bahan-bahan :
1 mangkuk daging
1 biji bawang besar - hiris
2 biji bwg putih - hiris
1/2 inci halia - ketuk
3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & biji pelaga)
2 biji kentang - belah 4
1 btg carrot - potong serong
1 btg saderi - potong serong
1 ikat daun sup - racik kasar2
Serbuk lada hitam dan putih
Serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara :
Tumiskan seketika 3 sekawan. Masukkan pula bahan hiris dan halia. Tumis sampai naik bau. Letakkan lada putih dan hitam (suka pedas letak banyak). Tumiskan lagi sampai kekuningan. Masukkan daging pula. Tumis lagi sampai daging jadi kecut. Letakkan air secukupnya. Masukkan kentang. Biar air menggelegak sampai daging dan kentang empuk. Perasakan garam dan pati aym secukupnya. Bila rasanya dh sedap, masukkan btg saderi. Biarkn beberapa minit dan akhir sekali masukkan daun sup dan bwg grg.



Thursday, November 3, 2011

Bihun Singapore Cara Saya!

As Salam dan selamat malam. Dah makan ke? mesti korang dah kenyang kan? Ai pun dh kenyang, baru je lepas makan bihun singapore cara saya!  


Best sgt ke bihun cara makcik tu? hehehe....


Petang tadi masa odw nak balik rumah dari OU tetiba ai teragak plak nak makan bihun singapore. Terbayang-bayang dlm otak bihun di masak dgn lada hitam berencahkan ayam dan makan panas2. Sedapnya la! Tapi (ada tapi tu) bila kenangkan ayam dalam frez compem keras mcm batu, macam terbantut je hajat tu. Perut lak dh kebulur tahap 10! (Gila lapar tu hehehe)


So di pendekkan cerita (kenangkan bini dah lapor sangat) my hubby singgah kedai ayam mas beli kepak dan peha (tu je yg ada). Nasib masih awal lagi, so senanglah sikit kerja ai. 



Sampai je rumah hubby tlg basuhkan ayam, potongkan ayam, siangkan sayur dan bla..bla..bla... (hehai senang kerja makcik you kikikikiki...) 


Dan ai...... srenggggggg.... masak je.... wakakaka....


Bila dah last minit, maka bihun tu di masak dengan apa yg ada je lah. Yelah, dah nak malam, malas plak nak singgah kedai cari fish ball, fish cake, taugeh dll. Amani pun dah mula meragam sebab nak tidor. 


Zoommmm... jelah.




Bahan-Bahan:
1 keping bihun (rendam)
5 biji bwg putih
1 sudu bsr lada hitam
1 mangkuk kecil daging ayam 
1 ikat sawi
1/2 batang carrot
garam dan sos tiram secukupnya


Cara-cara:
Tumbukkan sekali bwg putih dan lada hitam  
Mula-mula tumiskan bwg putih dan lada hitam hingga harum. Masukkan daging ayam dan tumis hingga ayam masak. Perasakan ayam dengan garam secukupnya dan letakkan sedikit sos tiram. Masukkan air (utk melembutkan bihun). Masukkan pula bihun dan lobak. Goreng sampai bihun lembut. Akhir sekali masukkan sawi. Gaul rata2. Bolehlah di matikan api 
(Jgn plak dh masukkan sawi terus matikan api. Kang nnt ada yg sakit perut makan sawi mentah plak hehehe....)

Tuesday, November 1, 2011

Eh sesuai ke?

As Salam dan selamat malam korang. Malam? eh sesuai ke ai tayang menu ni? Telor goyang, hot dog, roti putih dan kacang panggang! Tak kena sungguh memalam tayang menu nie kan?  kalau bekpes tu oklah tapi kalo rasa tekak tu macam om putih mmg sesuai sgtlh ai tayang hihihihi....

 Telor tu boleh goyang2. Goyang gegar you kikikikiki....

Sebenarnya nie menu bekpes kami tempoh hari. Hari tu my hubby mintak ai buatkan roti telur tapi ai malas plak nak pukul telor then celup2 roti tu dan grill satu2. Malaslah bang... hahaha... boleh gitu! Derhaka kau huhuhu.... 

Haip!!! korang jangan buat andaian yg bukan2 okes! Gila nak lawan ckp somi! Roti telor tetap ai buat, speacial lg! telor tu boleh joget2 hahaha.... laki mak suka you! sampai licin pinggan tu :))))

Bahan-bahan
Beberapa keping roti - nak bakar pun boleh
3 keping hot dog (keping ke?)
1 tin kecil kacang panggang
3 ulas bwg putih
sedikit serbuk lada hitam dan putih

Cara-cara
Minyak secukupnya
Gorengkan telor dengan minyak yg panas. Taburkan serbuk lada putih dan hitam di bhg atas telor. Bila telor bhg bwh dah garing balikkn seketika dan angkat (supaya telor kuning masak separuh). 
Dalam kuali leper ratakan minyak dan grill kan hot dog. Bila hot dog hampir masak, letakkn bawang putih yg telah di ketuk. Masakkan sampai hot dog masak. Perasakan hot dog dgn sedikit lada putih dan oregano.
Letakkan kacang panggang di dalam mangkuk. Tutupkan dgn aluminium foil. Panaskan dlm oven selama 2 minit. Siap sedia utk di makan.


P/s :  
Masih berusaha mencari satu persatu list blog kekawan yg dh hilang. Kalau ada yg simpati silalah tinggalkan link anda kt sini ye (waaah cam glamour je ai ni kan?) wakakakaka... seyes ni!

Rindunya nak baca blog my kazen AMIMARZ! aduhhhh... bilalah virus tu nak hilang ye? aku rindu sama kamu nie huhuhuhu...

Tulah gatal lagi !

Alahai... mcm mana nie? kan dh hilang semuanya!!!!

Bila org lain sibuk tukar dinding baru, awak pun nak ikut tukar gak tapi hummmm.... 

Yeye dah pilih nie... ok cantik dh tu, pastu apply dan... walla my dinding dh cantik! Tapi bila tgk2, ada yang mcm tak kena. 


Aik! mana perginya semua list blog kwn2? hilang?????????????? 

Aiyakkkkk..... macam mana boleh hilang plak? ok cpt2 tukar ke dinding yg asal semula. 

Alamak!! samalah... dh hilangggggggggg... huwaaaaaaaaaaaaaaa............ tolonggggggggg.............bukannya sikit byk tu!!!!!

Aduh ni semualah nie kena cari semula. Leceh betullah! Tulah gatal lagi! Tak ada kerja cari kerja! 

Monday, October 31, 2011

Telur Hancur a.k.a Dapur Dah Berasap Sikit

As Salam dan selamat petang semua. Lamanya rumah nie tak sembang2 pasal makan kan?

Hummmm.... hujan turun mencurah-curah, lebat sungguh. Terbatal aktiviti kami nak bawak amani keluar jejalan kat Kota Damansara. Hujan2 nie perut jadi lapar pulak. You all's pun mesti rasa yg sama kan? asal hujan lapar, asal lapar je mesti time hujan nafsu nak makan tu menjadi-jadi, betul tak? hehehe...
Kalau ada cekodok ikan bilis cicah dengan sardin, minum plak dengan nescafe 'O' fuhhh.... bestlah! Lagi best kalau ada org yg buatkan kan..kan..kan... (mode malas tahap gaban!), ada ke org nak buatkan? jawapannya TAK ADA! ok! lupakan pasal cekodok vs sardin.
Paling ringkas kalau nak tutup perut yg berkriuk-kriuk tu, ai masak telor hancur je, ok what? sedappppp... Perut kalau dah lapar, tekak mesti tak cerewet punya (osah maleh bini org ni) hahahaha...
Bahan-bahan
2 biji Telor
1 biji bwg besar - Potong bulat
4 tangkai cili padi - Titik/potong 2
Kicap manis secukup rasa
Sos cili secukup rasa


Cara-Cara
Minyak secukupnya untuk menumis.
Mula-mula tumiskan bawang besar dan cili api hingga layu. Ketepikan (tak perlu keluarkan dr kuali). Masukkan 2 biji telor, biarkan beberapa saat dan hancurkan. Kemudian gaulkan telor tu bersama-sama dengan bawang tadi. Letakkan kicap dan sos cili secukupnya (gaul cpt2 supaya kicap tidak hangus). Bila dah sebati bolehlah di matikan api. Siap!


Silakan layan menu org rajin mcm ai ni ye ngeeeee........

Saturday, October 29, 2011

Amani bikin runsing!

Semalam buat pertama kalinya kita org dpt makan macam dolu2....


Alkisahnya semalam kita org nk keluar cari hadiah for my frend wedding. Cadangnya nk keluar pukul 3 ptg dan balik sebelum malam. Tapi si amani nie macam dengki dengan kami plak... hai ank aku nie.... bila kita nak berjimba-jimba, time tu plak dia tidor lena mcm tidor malam! Dari pukul 1 tgh hari sampai pukol 4 petang baru dia bangun!


Ai dh kepanasan menunggu dia bangun, mana idoknya makcik nie dh siap berdandan dari pukol 2 lg and ready to go je... so nnt bila dia bangun, nenenkan dia pastu tukarkan baju dan 123 zommmmmm............. shopping!


Stop! sampai je kt OU belum pun 10 minit dia dok dlm kete sorong dia dh keluh kesah! kepala dah toleh kiri, toleh kanan, kaki tangan semua dh bergerak tp masih mantain senyap. Kami wat dono. Misi mencari hadiah di teruskan....


Tak boleh jadi nie... bila kami buat tak nampak, dia tetiba berdrama quen lah plak..... panic mak tau! semua org toleh..... aduhhh ank sapa lah tu dok main jerit2! bukannya menangis pun tp saje je nk tarik perhatian.


Kelam kabut makcik pergi ke bilik bresfeading. Masuk dlm dan try nenenkn dia sbb gaya mcm dh lapar sgt. Tapi bila je dia nampak bilik tu jalur2 kaler biru, terus tak jadi nk susu!  Dia main2 plak. Try masukkn dlm kete sorong sekali lagi. Menjerit plak!!!! Hai si comel ni mmg nak kena gigit dgn ummi! 


Rupanya, dia nk dukung...... hihihihi nasib badanlh walid ye, ummi mmg tak larat nak dukung dia ngeeee... Ok! sambung shopping, zaaaaaas!!! Ai pun belek baju tu, belek baju ni, yg ni berkenan, yg tu tak cantik, yg ni sesuai, yg tu tak lawa (bukan bj sy ye tp bj amani) pendek kata rambang matalah! 


Walid? hehehehe.... jaga amani. Round2 kat kawasan mainan sampailah ke brg elektrik. Wahhhh berselonok-lonok ai keseorangan...suka..suka...! Belum hbs ai nk selonok2 pilih baju, dia org dh dtg balik. Amani dh mula tunjuk muka bosan kikikiki.... muka walid panic sbb amani dah ada tanda2 mcm nak menjerit tp ai wat dono je wakakakaka.... Kali nie mmg compom dia nk susu. Ok, ai pun cabut masuk bilik tu sekali lagi dan nenenkn dia sampai kenyang. Legaaaaaa.


Zassss sambung shopping lg. Ambik tu, ambik nie, lepas tu... aduhhhh dia buat drama quen lg.... nak tidor plak! Walid kate jom turun bawah cari sayur2 dan apa2 yg patut then terus balik. Alah... potong stim amani ni tau. Ok, ai yg menurut perintah. Sampai kat bawah, kami cari sayur dan sewaktunya dengannya sambil ai tolak amani, tetiba ai rasa lain je... nape kaki tangan dia tak bergerak, mantain cantik je.... bila intai, laaaaa dah tidur rupanya. 


Cantiklh tu, boleh sambung shopping lg hahahahaha....  eh tak jadi sambunglah. Perut lapar dah bunyik kriuk kriuk. Sepantas kilat walid bayar dan zassss kami pergi ke chiken rice shop. Dalam hati nak makan situ ke nk bungkus sbbnya sejak ada amani kami tak pernah lg makan kat luar. Bila tengok amani tidor lena so kami setuju sebulat suara makan kt situ tp...... baru nak oder, dia bangun plak. Haish budak ni tak kasi can lansung kami nk dating. 


But.... ok gak dia tak meragam. Dia dok leka pandang sane pandang sini. Alhamdulillah kami makan dengan selesa walaupun tak kunyah 40x hahahaha.... gila cpt kita org makan. Lepas makan kami singgah Poh Kong cari gelang kaki amani. Masa tu amani dh mula jerit sikit2 tp boleh tahan lg. Ai tanya tu, tanya nie kat pekerja Poh Kong tu. Baru nak pilih mana yg cantik, amani buat hal. Dia nk tidor lagi tp kali nie tak nak dalam kete sorong. 


Tak panas lg punggung ummi dok dlm kedai emas tu. Ingatkn nak gak kenen2 ummi punya plak sebarang dua utas (waaaaah makcik tamak tau). Ok amoi, ai pilih yg tu tlg pasangkan terus kt kaki anak ai ye. Amoi tu menurut perintah tp si amani ni masa nk di pakaikan gelang kaki tu, mulut dia dok jerit, kakakakaka kelam kabut amoi tu. Peal baru budak kecik tu skrg nie suka main jerit2. Nak cari perhatian lebih je sebenarnya hihihihi..... runsing tau!


Selesai! cari hadiah sudah, cari baju sudah, cari brg dapur pun sudah, makan pun sudah, cari gelang kaki pun sudah. Balik time!!!! masuk dlm kereta belum keluar dari bangunan OU, amani dh tidor hehehehe.....

Wednesday, October 26, 2011

Amani n PlayMats

 Walid belikan amani playmats. Sekarang ni bila dh ada playmats senanglah sikit kerja ummi. Lepas je mandi ummi letakkan amani kat playmats. Biarkan dia main, ckp sorang2, pusing kiri, pusing kanan, kaki tangan semuanya bergerak dan ummi.... apa lagi main fb lah sekejab hihihihi....
 muka tak puas hati sebab ummi dok sibuk panggil dia pandang camera.
My baby Amani dah semakin membesar. Sekejab je dah 3 bulan lebih usianya. Amani skrg dah pandai gelak besar, terkekek-kekek suara dia. Suka mengerengkan badan tp menangkup tak berjaya lagi. Adalah sekali dua dia berjaya buat tapi lepas tu asyik tak jadi je! lupa step agaknya, huhuhu bak kate org jawe, LEMPER budak ni. Yang terbaru 2,3 hari nie dia suka betul jerit2. Kalau dah menjerit maun jiran sebelah rumah ai pun dengar! Dah penat main jerit2, dia main nangis plak, alahai sabar jelah hehehe.... Kuat berangan pun ye gak, bila baring atas toto dia akan genggam tangan sambil mulut tu kemut2, pandang kipas pastu senyum sorang2.... sweet kan?

Tuesday, October 25, 2011

Di Halaman Bonda

Testing...testing...123......... gambar di ambil di halaman bonda ketika ai balik kg tempoh hari. Saje je nak testing jemari nie ada bakat ke tidak.... kira ada bakat juga ai ni kan? hahahaha perasan! Oklah tu kan? setiap gambar ada ceritanya.... 

Mama cinta bunga dan bunga cinta mama... mama dan bunga-bungaan mmg tidak boleh di pisahkan. Mama kate kalau muka nak nampak muda sentiasa petuanya cakaplah dengan tumbuh-tumbuhan. So korang kalau nk nampak muda cpt2 cari pokok bunga then cakap2 dengan pokok tu ye hehehe... 
Mama kate nie bunga lipstik. Pelik gak, tang mana yg ropenya mcm lipstik... mungkin warnanya tu mcm kaler lipstik.
 nie bunganya... cantikkan
 Kemboja pink
 kaktus kuar bunga.... 
 Cantik bunga kaktus ni kan...
 Kaktus yg rupanya seakan-akan pokok alovera
 Bunga pukul 10. Kenapa pukul 10? sbb tepat jam10 pagi bunga ni akan kembang mekar sampai petang. Tak percaya kan? Sebenarnya bunga ni akan berkembang bila kena cahaya matahari.
 Selain pokok bunga, sayur kubis juga ada di laman rumah. Kubis nie adik yg taman. Tanam dalam pasu bunga. Kekonon adik nak jadi petani berjaya tp hemmmm... angan2 minah jenin je hihihi....
 cer teka ni bunga apa? bunga raya kah? hah ni lah bunga rosalle. 
Buah rosalle.... kelopak rosalle tulh kita kopek dan jadikan jus... sedappppp.

Orang kate berbudi pada tanah hasilnya pasti lumayan. Bukan lumayan pada wang ringgit ye tp pada mata, hati dan jiwa. Bila tanaman kita berhasil hati kita akan rasa senang sekali. Sebab tulh mama kate kalau sakit @ sakit hati or jiwa tak happy, pandanglah hijau hijauan nnt mesti sakit tu rasa kurang. Lepas ni ai snap plak koleksi kaktus mama ye. 
Masa ai sibuk snap piccas, mama tengah sibuk kemas pasu bunga susun kasi lagi cantik. Mama bising, org lain sibuk buat kerja ai sibuk amik gambor hihihi... ok lepas ni akak masukkan gambar mama plak ye :)

Wednesday, September 28, 2011

My Besday!!!!!


Yeah..... Happy Besday To Me....happy besday to me...happy besday to me.... (sila nyanyi bermai-ramai) hehehe..... 


Ketika ini jam sedang memutarkan pusingan pada pukul 4.30 pagi. Jaga je dari tidor terus teragak nak buat ucapan besday sendiri. Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah kerna masih beri sy peluang utk sy meraihkan hari kelahiran sy. Syukur di usia sebegini (berapa ye? tetiba lupa plak umur sy) telah banyak doa2 sy yg Allah makbulkan. 


Alhamdulillah kebahagian sy berganda dengan kehadiran Amani. Amani hadiah terindah dari Allah... Terima kasih Allah... membalas penantian sy selama 8 tahun. 


Hummm.... umur sy dh makin meningkatlah.... alahai.... tua dh makcik ni hehehe..... malam tadi amani meragam... kita punya besday dia plak yg over saiko huhuhu.... Ntah kenapa payah betul si kecik tu nk tidor. Menangis tp air mata tak keluar... drama je lebih amani nie.... last2 tepat 12 mlm baru dia tidor huhuhu... cian anak ummi... kamu kecik lagi nk sambut besday ummi... kamu kena byk tidor utk membesor.


Doa sy semoga Allah swt perlihara kesihatan sy.... di panjangkan usia... di murahkan rezeki... di beri kebahagian yg berpanjangan dan................semoga sy menjadi ummi yg boleh mendidik amani menjadi anak yg solehah.......




Sekian terima kasih.... errr... sebenarnya banyak lagi makcik nak buat ucapan dan luahan yg terbuku kek hati tp mata makcik dh ngantuk balik nie... sebelum melalut lebih baik makcik sambung tidor huhuhu... bye semua :))))






P/s: Tiada apa yg luar biasa..tiada apa yg istimewa dari si dia. Hai hati kesiannya engkau....

Friday, September 23, 2011

Cinta Abadi


Bila senang saya igt Allah
Bila susah saya igt Allah
Bila suka saya igt Allah
Bila sedih saya igt Allah
Bila sakit saya igt Allah
Bila sihat saya igt Allah


Saya sayang Allah
Saya cinta Allah
Saya kasih Allah
Saya rindu Allah

TAPI

Kekadang saya lupa
Kekadang saya lalai
Kekadang saya leka

NAMUN

Allah itu maha pengampun
Allah itu maha penyayang
Allah itu maha pengasih
Allah itu maha pemurah

YANG PASTI

TERIMA KASIH ALLAH 
 memakbulkan setiap doa2 hamba MU... menolong hambu MU ketika susah...ketika sakit...ketika sedih....




RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!
Salam Jumaat semua ;)




P/s : Hati menangis hanya Allah saja yg tahu ;)

Wednesday, September 21, 2011

No Idea !

Tolonggggggggggg mrs sunnies dah hilang idea.... tak tahu nak taip apa! tak tahu nk cite pasal apa! tak tahu...tak tahu...tak tahu... dan tak tahuuuuu.....


Hati tengah bercelaru... hati tengah bingung....hati tengah marah...hati tengah sakit...hati tengah...... apa ye?


Argkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..................................... ok stop!!!


Hehehehe.... jangan panic dgn status sy nie... serius NO IDEA so layankan aje ok!

Friday, September 16, 2011

Daging Kicap Hitam Tak Hingat!

Hai korang... sihat? dh makan ke? lamanya rumah nie tak ketuk2 kuali kan? rindu betul nk cite masak2 dlm nie hihihi... ok mrs sunnies kena taip laju2 sebelum my baby bangun. Nie pun rasa tangan, kaki dan mata dah jadi macam lipas kudung je hahaha... kejab2 mata ai jeling kat buaian tgk dia goyang ke tidak pastu kalau dia gerak cepat2 tangan ai hayun buai... pehtu lari pulak ke laptop sambung menaip dan pehtu pandang lagi ke buai dan pehtu.... korang bayangkan la sendiri huhuhu....
Ok, jom kita masak daging kicap hitam tak hingat! korang jangan gelak tgk daging hitam ai tau hehehe... sebenarnya masa tengah syok memasak tetiba amani melalak lak! So pe lg panic la makcik! tak tentu arah tangan makcik tuang tu tuang ni... sekali tertuang kicap lebih daaaa hahahaha.... 

Bahan2 :
1 mangkuk daging - potong nipis
1 labu bawang besar - potong kasar
1 ulas bawang putih - racik
1/2 inci halia - racik halus
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudip kicap manis
1 sudu bsr sos cili dan tomato
1/2 sudu bsr sos tiram
1/2 sudu bsr lada hitam - tumbuk kasar
Daun sup - hiasan
Cara2 :
Tumiskan bawang putih,halia dan lada hitam sampai naik bau. Masukkan daging dan goreng hingga daging keperangan. Letakkan bawang besar dan tumis seketika. Letakkan pula kicap pekat dan gaul rata2. Tambahkan air lebih kurang 1 gelas dan masukkan juga sos cili,sos tomato,sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih dan perasakan secubit garam. Kaup balikkan hingga daging masak dan kuah menjadi sedikit pekat. Akhir sekali masukkan daun sup dan siap!
Selitkan sedikit piccas amani ye.... umur amani skrg dh 2 bulan beberapa hari. Amani budak baik tak banyak meragam tp kadang2 naik hantu gak hihihi... amani sihat dan aktif malah skrg sudah pandai mengomel! paling dia suka waktu mandi! bila dengar kocak air je dia dh senyum lebar sbb dia tau masa mandi dh tiba. Cuma kesian sampai sekarang selsema dia tak ok lg. Risau gak sbb bila dia tidor waktu malam hidungnya macam tersumbat. Hem... harap2 selsema amani segera sembuh!
Genab 2 bulan selepas operation mrs sunnies ada apt dengan Prof so alang2 jumpa dia, kami mintak prof sunatkan amani sekali. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Amani kena sunat ok je...dlm pd ok satu klinik dgrlah suara dia melalak tp sekejab jelah hihihi... Rahim mrs sunnies ok dah terbentuk kepada asal semula tp untuk tahu mrs sunnies boleh preggy lg atau tdk kena tggu apt yg seterusnya bulan 12 nnt. Berat badan mrs sunnies turun mendadak dlm masa 2 bulan, dari 46 kg jadi 42 kg je! alahai kurusnya makcik ni...

Staff prof kate kalau susu badan sepenuh masa memang berat badan akan turun banyak so dont wori it's normal. Hummm.... mrs sunnies rasa kurang selesa sikit dgn bdn yg kurus melidi nie... pakai apa pun nampak tak cantik! semuanya longgar! alahai... ai like cubby2 hihihihi....


ok2 stop... amani dan merengek nak susu tu... byeeeee nnt kita sambung lg ye!!!!

Thursday, September 15, 2011

Aku Rindu Kamu !

As Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd semua rakan belog ya.... Apa khabar? masih dalam mood hari raya, pastinya korang tengah beriang ria dan berselonok-lonok kan? sekarang nie tentu korang tak menang perut... eh silap tak memang tangan dpt jemputan open house sane sini kan? bestnyaaaaa..... makan...makan..makan..dan makannnnn!! hehehe... ramai yg dh mengeluh berat badan naik sbb makan je... nama pun raya kan? dah tentu makan saje... but dont wori hbs raya diet ler hihihi....

Oklah sebenarnya aku rindu pada kamu semua!!! rindu sgt dengan dunia blog. Rindu nak menaip! Tapi skrg nie mrs sunnies susah nak mengupdate blog, maklumler sejak dah ada bby nie mrs sunnie masih belum boleh curi masa untuk berbelog huhuhu... nie amani tengah tidor so dengan pantas dan laju mrs sunnies menaip hehehe... Kehidupan kami sekarang nie dalam keadaan tunggang terbalik! jadual tidor, masak or masa dengan diri sendiri masih berterabur lagi huhuhu... amani juga moodnya ada kala ok dan ada kala tidak sbb dia sendiri belum serasi dgn keadaan sekeliling.

Sebenarnya Mrs sunnies nk kongsi gambar terbaru amani yg dh berusia 2 bulan 8 hari tp masih belum berkesempatan nak mengupload. Nanti bila lapang mrs sunnies update dlm blog ye. Dia sekarang dh pandai berborak mcm mak nenek! tak terlayan makcik! hehehe... Semalam amani dah selamat di sunatkan oleh Dr Hamid Arshat. Alhamdulillah sempurna dah satu tanggung jawab kami. Masa tengah sunat tu amani menangis sekuat hati sampai satu klinik dengar hahaha... sekejab je pastu diam dah... doctor kate kakinya kuat menendang. Mana dia tak tendang agaknya masa pisau tengah potong anu tu dia rasa sakit tu yg dia angkat kaki hihihi... Amani sebenarnya skrg nie tak berapa sihat, dia kena selsema. Mrs sunnies pun demam gak... musim batuk, selsema dan demam. 

Oklah... cukup sampai sini.... ada masa mrs sunnies update lg ye! byeeeeeeeee :)))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails