klik klik ok!

Friday, December 21, 2012

Puding sagu mata ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam jumaat buat teman-teman. Sesungguhnya khiamat itu adalah urusan Allah SWT. Semoga perjalanan kita di atas dunia ini sentiasa mendapat keredhaan Dari NYA.
Alhamdulillah bersua lagi kita di alam maya ini. Semoga hubungan yang terjalin akan sentiasa bekekalan hendaknya. 

Puding sagu mata ikan ni mas buat tempoh hari. Sedapnya makan dikala sejuk bersama dengan air gula melaka dan susu cair. Boleh dikatakan puding sagu ni adalah kegemaran kami adik beradik di kg. Mama sgt rajin buatkan kalau anak-anaknya mahu makan hehee...
Nak minta mama buat jauh pula kat kg so buat lah sendiri tapiiii...hahahaha terlembik plak sagu tu masa mas rebus! alahai...itu la masa anak dara tak nak ringan tulang kaaan...padan muka mokcik! huwahuwa...

Resepi : Puding sagu mata ikan
By : mrs sunnies home

Bahan-bahan :-

1 cawan sagu - rendam lbh kurang 20-30mnt
4 cawan air 

Cara-cara :-

Selepas 20-30mnt tapiskan sagu yg direndam tadi, rebuskan dlm air mendidih(4 cwn air) hingga pekat dan masak. Kalau nak letak pewarna sikit pun boleh. Kemudian tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk dulu baru simpan dlm peti ais.

Air Gula Melaka
1 cawan gula melaka
1 cawan air 
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-cara :-
Satukan semua bahan dlm periuk kecuali daun pandan. Didihkan dengan api yg kecil, masukkan daun pandan. Kacau supaya gula hancur. Bila gula dh cair dan nampak pekat padamkan api. Sejukkan dulu baru simpan dlm peti ais.

Cara-cara penyediaan :

Senduk sagu mata ikan dlm bekas yg sesuai, curahkan air gula dan susu cair di atasnya (ikut suka la nk manis mcm mana) dan makan!
hehe....

Thursday, December 20, 2012

Sayur Peria....mood malas!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat petang teman-teman...dah masak menu dinner ke? mesti masak yang best-best kan. Mas tutup gas hari ni coz today is my malas day. Boleh gituw? hehe...
Tayang gambar lama. Sayur peria goreng kegemaran kami. Sayur peria dipotong nipis, lebihkan cili padi lepas tu tumiskan sekejab sbb kami suka rasa pahit dan cruncy2 sikit masa menguyah. Kalau tak nak makan dgn nasi, mas mkn dengan roti buat mcm sandwich...sedapnyaaa.

Risaulah..amani skrg susah nak makan. Sejak dia keluar hospt then dia demam selsema batuk now dh ok sampai skrg dia kurang suka makan terutamanya nasi! Dia lebih kerap BF...normal ke? ada yg kate selera makan belum ada...hummm hope sementara saja.

Wednesday, December 19, 2012

Kek Mentega Marmar Susu

Assalamualaikuam dan salam sejahtera.
Alhamdulillah bersua kembali kita di rumah maya ini. Diharap kawan-kawan semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sampai skrg cuaca tidak menentu kan? boleh dikatakan setiap petang hujan. Semoga kita semua sentiasa menjaga kesihatan ye.
Kalau sebut pasal hujan mesti sinonim dengan perut kan? selalunya ayat yang biasa kita dengar "hujan-hujan ni perut lapar lah pulak" atau "hujan-hujan ni kalau dpt makan...best ni?" hehe...betul tak? betullll...

Samalah dengan mas ni, bila hujan perut mas jadi lapar lain macam plak rasanya heheeee.. mokcik pun merajinkan ler diri buat kek mentega marmar susu di petang hari. Kek ini sebenarnya sudah pun tersiar terlebih dahulu di dapur Kak Azlita masam manis.
Siapa yang tdk kenal dengan beliau. Setiap makanan yang terhidang pasti akan memukau setiap mata yang memandang. Mas suka terjah dapur maya beliau sbb suka sgt dengan hasil kerjanya yg sangat-sangat cantik. Mas jaranggggg sekali meninggalkan pesan di peti surat. Kira mas ni macam peminat misteri gituw nge..nge.nge. 
Terpesona dengan kejadian kek dari hasil air tanganya, tekak ni terasa mcm nak terjah dapur kak ita nak mintak sepotong kek itu huhuhuuu tak malu sungguh! 

Dek kecur, hati ini membuak-buak nak buat juga. Bila kak ita kate kek itu resepi chef Zubaidah dari buku Masakkan Jamuan Kek, baru mas sedar mas ada buku tu lama sudah. Terperap dalam almari tanpa satu pun resepi nak di try. Itu ler padahnya kalau membeli tp tak menang memakai! Kawan-kawan JGN TIRU mcm mas ok.
Kek mentega marmar susu ni memang sedap. Lembut dan tidak terlalu kering malah tidak terlalu manis walaupun ada campuran susu manis. Bertambah syok kek itu ada taburan kacang badam cincang. Sepatutnya guna  badam flaks tp kat rumah mas tak ada stok so kita guna apa yang ada saje ye heheee...
Hubby mas yang cerewet dan kurang suka makan kek pun jadi suka. Malah makan berulang kali dan kali. Katenya sedap sangat...hehe..hihi..nge..nge..sila jgn muntah hahaha. Tak sia-sia ku beli buku itu dan sangat rugi tak gunakan dari mula lagi huhuuu...
Ok..cukuplah membebel. Sekarang kita beralih ke resepi pula. Memandangkan kak ita masam manis dah buat kek mentega marmar susu ni so mas copy paste resepi dari dapur maya dia jelah hehe..izinka mas copy ye kak :)

By : Chef Zubaidah - Buku Masakkan Jamuan Kek
Sumber : Azlita@Masam manis

Kek Mentega Marmar Susu
250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur
290 gm tepung naik sendiri
50 gm susu pekat manis
100 g susu cair
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu teh kapucino emulco
1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah 
Kepingan badam sebagai hiasan

Panaskan oven pada suhu 150C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Pukul mentega dan gula sehingga sebati
Masukkan telur satu persatu
Kemudian masukkan susu pekat manis 
Pukul sehingga adunan sebati
Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.

Ambil 1/4 adunan
Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco
Kacau rata
Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata 

Tuangkan adunan plain ke dalam loyang
Diikuti adunan coklat kapucino
Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu
Hiaskan dengan taburan kepingan badam

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna

Monday, December 17, 2012

Gulai daging salai campur Manggga muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam hari isnin buat teman-teman yg bekerja, selamat bertugas kembali. Buat teman2 yg suri rumah juga selamat bertugas ye...lakukan kerja kalian dgn seikhlas hati. Mudah-mudahan segala urusan kita hari ini dipermudahkan...amin.
Alhamdulillah kami dah ok dari demam tapi masih ada lagi saki baki batuk dan selsema. Tak sbr nak pulih sepenuhnya, back to be normal. Sayangnya vairus itu sudah menular to my hubby plak. Kesian hubby, kami dh mula ok, dia plak yg tak ok. Uhuk..uhuk..srob..srob..siang malam. Betullah penyakit itu kalau datang mcm ribut kalau pergi mcm siput huhuuu.

Tutup pasal sakit. Semalam hari ahad mas masak gulai daging salai campur mangga muda. Sedapnya melayan tekak yang sebelum ini tak ada deria selera hehee. Rasa manis daging yg dibakar, pedas lemak dan masam dari mangga betul2 membangkit selera. Tambahkan lagi dengan sayur kangkong goreng......sedap betul! Tapikan daging tu mas tak salai atas bara, just panggang dlm oven so kurang sikit ler nikmatnya kannnn...

Syoknya...kalau kat kampung boleh mkn daging salai yang pure atas bara. Bau bara asap arang/kayu api yg melekat pada daging itulah menjadikan bau gulai tu nnt tersangatlah harum. Sayangnya duduk bandar tak dpt nak rasa semua tu makanya panggang dlm oven jelah ye hui..hui..huiii.

Resepi : Daging Salai campur Mangga muda
Olahan : mrs sunnies home

Bahan-bahan :-

Daging salai secukupnya - hiris
Santan kotak M&S - saiz kecil
15 tangkai cili padi - tumbuk lumat
1 inci kunyit - hidup tumbuk lumat
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
1 biji mangga muda - hiris
Air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Dalam periuk satukan daging salai, asam keping, serai dan bahan tumbuk. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan air paras daging dan masak hingga mendidih. Masukkan mangga, biarkan seketika.
3. Masukkan pula santan, sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. 
4. Bila mangga dah empuk dan santan dah masak serta rasanya sudah cukup memuaskan maka padam ler api tu.

nota mas : mas bakar daging dlm oven selama 40mnt suhu 200c. Semasa membakar balikkan daging selepas 20mnt supaya daging masak sempurna. bila daging dh sejuk baru hiris sederhana nipis.


Sedang menghitung hari...tak sabarnyaaaa nk berholiday..fly..fly...yeppi!

Thursday, December 13, 2012

Kek Lemon.....masammm nye!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga kawan-kawan semua dalam keadaan baik2 sahaja. Sentiasa jaga kesihatan ye. Mas n amani masih lagi batuk dan selsema. Kesian amani berjangkit dari umminya, baru je keluar hospital dah kena demam semula. Sekejab panas sekejab ok suhu bdn dia. Semoga anak ummi segera sembuh ye :)
Bila dah terkena virus selsema dan batuk sudah tentu-tentu tekak mas kurang deria selera..hidanglah apa saje yg di jamahnya sikit (wakakaka..mcm tak percaya!) satu pembaziran sungguh! huhuuu. Time tu jugalah tetiba teringin bebenor nak makan cake yang ada rasa masam-masam. Sangat2 kebetulan terdengar pula suara en suami berkata "lemon byk ni...nak buat apa?" Ahhah!!! buat cake lemon lah! hehehe...maka menggoogle ler mokcik mencari resepi yang mudah sahaja.
Makanya..dlm keadaan yg tiong..tiong..terhasil juga sebijik cake lemon yang di idam-idamkan. Orang kate memasak harus iklas maka hasilnya memuaskan..ye betul! tapi bab rasa juga kita harus jujur kan? sedap atau tidak kita kena bagi tahu cuma cara penyampaian itu perlu berhemah agar ada pihak yang tdk berkecil hati huhuu..

Secara jujur cake lemon ni memang sedap! bahan2 pun mudah, tekstur pun lembut tak terlalu kering. Semasa kejadian cake ini sangat harum baunya..naik pun cantik je tp ntah la tang mana silapnya cake lemon ni rasanya terlalu masam! Haiyok..opcos lah masam..sah2 cake lemon kan? Masam sangat pun tak sedap kan? huhuuu. Takpe pengalaman jadi pengajaran yang sangat berguna. Lepas ni kalau buat lagi taubat taknak buh lemon byk2 heheheee...

Resepi : My Resepi
Di cuba : Mrs sunnies home

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana/loaf tin )

  • 185gm butter-pada suhu bilik
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu besar parutan kulit limau
  • 3 biji telur-pukul sket
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula (jun wat 1/4 cwn aje)
  • 1/4 cawan jus lemon
  • 1 sk essen vanilla - mas tambah

Cara-cara

  1. pukul butter, gula n kulit lemon hingga lembut n rata.
  2. masukkan telur sket2 diselang seli ngan 1 sudu besar tepung. kemudian masukkan semua tepung sekali n kacau rata.
  3. masukkan kedalam loyang/tin bergris n bakar selama 50-60min.
  4. campurkan gula n jus lemon (x perlu larutkan gula) n siram atas kek masa masih panas. ia akan membentuk lapisan gula kat atas kek n menjadikan kek tu moist dr jus tu..
nota mas : kalau tak suka rasa lemon yang terlalu masam boleh kurangkan lagi sukatan jus lemon tu. Atau juga tak perlu tuangkan semua jus lemon ke atas kek.

Monday, December 10, 2012

Hokkaido Chiffon CupCakes

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Uhuk..uhuk..srob..srob! maaf puan rumah sekarang ini sedang dilanda batuk dan selsema serta deman yg tak berapa panas huhuu. Cuaca yg tdk menentu skrg telah mengudang pelbagai penyakit dan dah berjangkit kat mas skrg. Baru je pulih dari selsema dah kena lagi, kali ini dengan batuk sekali.
Gambar lama yg tertunggak. Pernah makan hokkaido chiffon cupcake tak? kalau belum...jgn tunggu lama2, moh cuba. Berbaloi-baloi tau..superb sedap! Cuma pada pandangan mas, mungkin selepas ini kalau nak buat lagi mas nak tambah sedikit parutan kulit lemon/limau utk kurangkan sedikit bau putih telor yg agak kuat.




Baiklah..memandangkan puan rumah tidak berapa sihat, maka mas kurangkan celoteh ye. Nak jengah rumah jiran2 pun tak berkesempatan lagi. Maaf ye..kalau mas dh sihat mas dtg bertandang ok. Maaf juga kali ini mas tak coppy paste resepi hokkaido chiffon cupcake tu.
Untuk resepinya, mas rujuk DI SINI dan kawan2 juga blh rujuk resepi DI SINI. Sama tetapi berbeza dari segi fillingnya. Untuk inti custard mas juga sama mcm kak wan guna yg segera sahaja hehee.

Friday, December 7, 2012

Cili Jeruk with Mee hailam Daging

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kembali lagi. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mengupdate n3 semula. Rumah maya ini dah mcm biskut chipmore dgn slogan "kejab ada sekejab tak ada" hehee..

Syukur Alhamdulillah my puteri sudah pulih sepenuhnya. Now we all dah kembali dgn kehidupan yg normal sedikit, tapi kesihatan amani tetap kena jaga dan kami harus prihatin dgn keadaan sekeliling agar tdk berulang semula :) sgt fobia wooo...

Ok la, bab masak-memasak masih belum kembali normal, mungkin esok or lusa dapur mas akan berasap semula hehe.. Gambar yg akan ditayang umumkan selepas ini adalah dari simpanan yg tertunggak sebelum ini.

Sama juga dgn gambar sekarang, sygnya gambar tak terang la. Tak tau kenapa blh jadi kabur mcm tu huhuu.. jgn salahkn camera tp salah tuan yg mengsnapnya...mas lah tu hihihi....
Baiklah dipendekkan cerita.. mas sudah jatuh cinta dengan cili jeruk buatan sendiri ini. Cili jeruk ni dah jadi penambah selera dikala air tangan mas tak menjadi hihiiii. Iye, hari tu mas ada buat mee hailam daging tp ntahlah tang mana silapnya rasa pelik plak mee hailam tu, nsb baik ada cili jeruk! langsung licin mee tu hahaha.
Terima kasih kepada my small kitchen@hazila yg telah kongsi resepi dilaman dapurnya. Bestnya cili jeruk ni selepas beberapa jam dah boleh makan! Kepada sesiapa yg nak cuba bolehla tgk resepi DI SINI ye.

Bye..bye :)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails