klik klik ok!

Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Sayur Peria....mood malas!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat petang teman-teman...dah masak menu dinner ke? mesti masak yang best-best kan. Mas tutup gas hari ni coz today is my malas day. Boleh gituw? hehe...
Tayang gambar lama. Sayur peria goreng kegemaran kami. Sayur peria dipotong nipis, lebihkan cili padi lepas tu tumiskan sekejab sbb kami suka rasa pahit dan cruncy2 sikit masa menguyah. Kalau tak nak makan dgn nasi, mas mkn dengan roti buat mcm sandwich...sedapnyaaa.

Risaulah..amani skrg susah nak makan. Sejak dia keluar hospt then dia demam selsema batuk now dh ok sampai skrg dia kurang suka makan terutamanya nasi! Dia lebih kerap BF...normal ke? ada yg kate selera makan belum ada...hummm hope sementara saja.

Friday, April 13, 2012

Sayur Kobis Goreng Orang Jawe

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersua kembali kita di petang Jumaat yang indah ini. Alhamdulillah my kampung PD tiada tanda tsunami seperti yg digembar gemburkan walaupun ada rasa sedikit gegaran petang itu. Mudah-mudahan bumi Malaysia terus berada dibawah lindungan NYA dari segala bencana bahaya, AMIN.


KITA TAK JADI NAK MOGOK
Wakakakakaka.... 
Malaslah.... bukan dpt respond pun huhuhuhu buang karen je
 huwa huwa huwa huwa.....

Malam tadi dinner kami, mas masak yang simple2 je.
Sardin masak kicap dengan sayur kobis goreng orang jawe.
Optts... bukan org jawe tu yg digoreng dan dijadikan lauk. Gila nak makan orang!
Tapi care a.k.a stail goreng sayur kubis cara orang jawe.
Errrr... korang paham ke maksud mas ni 
hehehehe....

Pendekkan cerita, orang jawe kalau ada kenduri besar or kecik salah satu menu sayur goreng yg wajib ada ialah sayur kobis goreng bersama dgn soun. Sedap tau... kita org sepupu sepapat masa kecik2 kalau makan ramai2 pilih sounnya je, kobis kita org tinggal terabur dalam pinggan lepas tu semua kena marah sbb makan kecah2 hehehehehe...


Bahan-Bahan
Kobis - hiris nipis
1 bungkus Soun - rendam hingga lembut dan toskan
1 biji kentang - hiris nipis
1 batang cili merah besar - hiris
7 tangkai cili padi - hiris
3 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
sedikit ikn bilis
garam secukup rasa
sedikit serbuk pasti sedap - optional


Cara-Cara 
Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, cili besar dan ikan bilis hingga harum.
Masukkan kentang dan tumis hingga kentang empuk (api jgn bsr sgt).
Masukkan pula sayur kobis, garam dan serbuk pasti sedap, kaup balikkan hingga kobis sedikit layu.
Kemudian masukkan pula soun yg sudah ditoskan, gaul rata2 hingga sebati. 
Bolehlah padamkan api bila kubis dah masak.


Tuesday, March 6, 2012

Terung Sambal Tumbuk



Assalamualaikum dan selamat malam wahai rakan belog semua. Dah makan ke? makan apa tu? sedap ke? hehehe kiah propa betulkan dia ni. Kami pun dah makan, alhamdulillah kenyang sgt. Tadi mas masak bihun goreng udang kering, 1st time buat jadi plak walau pun tadi mas dh kate today my dapur tutup hihihi...tutup separuh hari je. Incik hubby kate sedap! bangga sampai kempas kempis hidung makcik sekejab wakakaka...


Sebenarnya mas bukannya boleh makan udang kering sbb nnt jd alergik pada kulit tangan. Bukan setakat udang kering je, segala jenis seefood kecuali ikan pun tak boleh makan. Kalau makan boleh jd gatal2 kat kulit pastu susah nak baik. Tapi tulah manusia kan, kadang kala derhaka juga huhuhu... Ini kali ke dua mas derhaka, semalam mas buat terung sambal tumbuk yg ada udang kering.


Ok, mulanya seram juga nak buat terung sambal tumbuk ni sbb ada udang kering kan dan resepi ni mas ambil dari dapur Kak Diana. Sebenarnya resepi asal tak ada pun udang kering, kak diana saje tambah untuk mengenakkan lagi rasanya. Penambahan itulah yg buat mas tergoda dan terus tiru macam kak diana buat juga hehehe..



Ternyata penambahan udang kering itu memang menyedapkan lagi terung sambal tumbuk ni. Masa makan tak sedar pun yg terung tu mas ratah macam tu je. Hubby pun suka sangat sbb rasanya pedas2 manis. Pendek kate memang sedap gila walaupun huhuhu...mas derhaka lagi dengan resepi itu. Apa-apa pun terung sambal tumbuk nie memang mantop!!!! Jom semak resepi yg mas ambil dari dapur kak diana.


Resepi oleh : Akk Ummi@Home sweet home


Bahan-bahan
20 ulas terung ungu mini (boleh je guna terung lain) - mas goreng terung dalam minyak yg cetek
3 tangkai cili merah (dibuang biji)*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan yg dibakar* (bahan * ditumbuk kasar) - mas tak letak
1 - 2 sudu besar cili kering kisar - mas guna 1 sudu bsr 
1 sudu besar air asam jawa - mas lebihkan sikit
6 tangkai cili padi thai (diketuk) - mas tak letak
2 sudu besar gula/secukup rasa
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit udang kering (ni Diana tambah)


Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 tumbuk sebentar hingga naik bau.
Masukkan pula cili kering kisar dan kacau hingga naik minyak (guna api perlahan).
Masukkan gula dan air asam jawa, kacau.
Masukkan terung diikuti dgn garam secukup rasa.
Masukkan cili api thai dan kacau balik terung dan cili padi hingga sedikit layu sahaja (rasa keras2 sikit bila dimakan) dan seimbangkan rasa. Tutup api.


Tuesday, February 14, 2012

Terung Goreng


As salam dan selamat petang rakan belog semua. Dah makan tengah hari ke? masak apa hari nie? mesti masak yg best2 kan? Kalau makan kat luar lak, lagi best sbb banyak pilihan lauk pauk kan? sibuk tanya dapur org, dapur mas belum berasap lagi hah, nie tengah dok pikir nak masak apa huhuhu...Hari2 macam tu lah, mesti pikir msk apa yg best, yg senang, yang cepat, yang simple. Lepas tu penyudahnya kita makan kat luar jelah hihihihi senang hidup makcik!


Hangus sikit terung itu huhuhuhu....

Mesti ada yang bertanya kan? belum masak tp dh tayang menu? kot ye ada yg tanya huhuhu...kalau tak ada, mas nak bg tau gak, terung goreng dlm n3 ni bukan menu hari ni tapi hari yg lepas2 sudah dan baru sekarang nie free nak tayang. Maklum ler org yg sibuk memang tak punya banyak masa hahahahaha POYO SUNGGUH MAKCIK NI!


Siapa yg tak suka makan terung? terung kalau di campur dalam kari atau msk asam memang sedap! Tak pun di goreng dengan sambal cili kering atau masukkan dlm sambal sardin or sadin masak kicap, fuhhhh...mmg bestlah! makan bertambah-tambah you. Cuti panjang minggu yang sudah2 tu, mama ada masak terung goreng cili padi, sedaplah pulak. Air tangan seorang ibu kalau memasak, walaupun cuma campak2 je mesti terangkatlah. Laki makcik pun suka sampai makan tak toleh kiri dan kanan. Seyes mmg mudah, simple dan ringkas je. Bila balik Kl incik suami mintak mas masakkan macam mama masak. Suka betul dia dengan terung grg ni.
Dari dapur mama
terung goreng air tangan mama jauh beza dgn tangan anknya yg tak berbedung ini hehehehe....



Bahan-bahan :-
2 batang terung panjang - potong 6
1 biji bwg besar - hiris
1 biji bwg putih - hiris
7 tangkai cili padi - hiris
1 genggam ikan bilis
1 sudu kecil pati ikan bilis knor - optional
Garam secukup rasa

Cara-cara  :-
Minyak yg lebih sedikit. Gorengkan dulu terung sampai masak (api jgn besar nnt cpt hangus) Angkat dan ketepikan. 
Kurangkan sikit minyak. Gorengkan sekejab ikan bilis dan masukkan pula semua bahan hiris. Tumis sampai bwg jadi sedikit garing. 
Jgn lupa perasakan dgn garam dan pati ikn bilis secukupnya. 
Akhir sekali masukkan terung. Gaul rata2 sampai semunya sebati dan bolehlah di matikan api. 
Atau pun, boleh juga taburkan bhn tumisan atas terung grg itu.

Thursday, May 5, 2011

Sayur Pak Choy Goreng Sos Tiram

Takut tgk minyak yg banjir tu??? dont wori.... itu minyak zaiton :)

Today dalam n3 mrs sunnies, sayur pak choy goreng sos tiram menjadi santapan dilaman rumah ini. Mudah, simple, cepat dan sedap! lelap mata pun boleh masak.... hahahaha gila ke apa? jangan cari pasal kat dapur nak masak sambil tidor!
Ini ler rupa asal sayur tu. 
Melampau eh kalo korang tak kenal! Thanx pak google :)

Sayur pak choy adalah salah satu sayur kegemaran kami. Selalunya kami akan beli yang organik sahaja. Sayur ni memang cocok sangat dengan sos tiram tp pada mereka yang tak suka makan sos tiram tu, boleh juga dimasak tumis air atau pun rebus macam tu je kemudian cicah dengan sambal belacan pun ok! Paling tidak pun kalau suka makan maggi ayam/kari, bubuhkan sayur pak choy dan telor. Huhaiiiii.... kompom sedap tak hingat!!! hihihihi.....

Masak dengan cinta hehehehe....


BAHAN CELUR
Beberapa pokok sayur pak choy
sedikit minyak
sedikit garam
air untuk merebus sayur


BAHAN TUMIS
5 ulas bawang putih - potong dadu kecil2
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak zaiton


CARA-CARA
Untuk Celur - Sayur dibasuh bersih2 tanpa disiat/siang. Dalam periuk/kuali letakkan air secukupnya. Letakkan sedikit garam dan sedikit minyak. Bila air dah mendidih masukkan pak choy. Angkat dan ketepikan bila sayur dah layu (jangan sampai terlebih masak lak). Susunkan diatas pinggan.
Untuk Tumisan - Dalam kuali, letakkan 3 sudu besar minyak zaiton. Bila minyak dah panas (api jgn besar sangat) masukkan bawang putih. Tumis hingga naik bau/sedikit kekuningan. Masukkan pula sos tiram, tumiskan lebih kurang dan bolehlah dimatikan api. Kemudian curahkan diatas sayur tadi. Mudahkan!!!








MoDe: Makan apa yang best ek? alahaiiiiii......... :(

Wednesday, April 27, 2011

Sup Sayur Simple


As Salam... baru dapat bersiaran guna line, semalam satu hari terpaksa guna berukband sbb line kt rumah kami kena sambar petir. Huhuhu... petang semalam kami tak ada kat rumah, hujan lebat sangat, sampai rumah dah malam, sedar2 je line intenet tak ada! Kali nie kami pujilah TM Net sbb cepat dan tangkas. Ikutkan mereka kate akan settel dalam masa 72 jam tp rasanya tak sampi pun. Ok lah tu kan!

Ok! Now berbalik kepada SUP SAYUR, mrs sunnies suka sgt makan sup sayur, terutama sup sayur sawi. Kekadang tu kalau dah tak ada sawi, kubis saje pun jadik, yang penting buh kentang dan soun. Mr hubby pun suka, kalau dah malas sgt nak ketuk kuali lebih2, just masak sup sayur, goreng ikan selar dan goreng ikn bilis berlado je, mmg sudah cukup menyelerakan kami :)



BAHAN SUP SAYUR (sy guna apa saje yg ada kat peti ais)
1 ikat sawi
2-3 helai daun kubis - potong kasar
1 keping  fish cake - potong tebal
1 biji kentang - belah 6
Soun - rendam sampai lembut

BAHAN TUMIS
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
Sedikit ikan bilis
Sedikit pati ayam 
Garam secukup rasa
Air


CARACARA
Bahan Tumis - Tumiskan bahan hiris dan ikan bilis hingga kekuningan. Masukkan kentang dan tumiskan seketika. Masukkan pula air. Biarkan mendidih hingga kentang empuk. Letakkan pula fish cake, garam dan pati ayam. Bila dah mendidih, masukkan kubis. Biarkan kubis hampir layu, barulah dimasukkan sawi dan soun. Bolehlah matikan api, supaya sawi tidak terlalu masak dan soun tidak terlalu kembang. Mudahkan!








MoDe : Senyummmmmmmmmmmm lagi dan lagi :))))))

Thursday, March 24, 2011

Masak Lemak Labu

Semalam mrs sunnies rasa macam terlebih rajin ketuk-ketuk kuali vs terlebih macam nak makan! hehehe... nafsu, nafsu... ish ni semualah ni menambahkan berat badan mr hubby! Errrk... tetiba dia plak yang jadi mangsa kan? Sepatutnya piccas ni dah masuk n3 semalam, tp yesterday my body not very oklah. Rasa macam nak demam je huhuhu... 


Bahan-bahan Lemak Labu
1/2 biji labu saiz kecil - potong 6
4 biji bawang merah
ikan bilis - agak2 ler nak banyak mana
1/2 biji santan kelapa
2 helai daun kunyit - koyak2kan
garam
gula
sedikit air
*Tumbuk lumat bawang merah dan ikan bilis*


Cara-cara
Dalam periuk, satukan labu, bahan tumbuk, garam, gula, sedikit daun kunyit dan sedikit air.
Biarkan air mendidih hingga labu setengah masak.
Masukkan pula santan dan lebihan daun kunyit tu. Perasakan sedikit dengan pati ikan bilis. Masakkan ia sampai labu dan santan masak dengan sepenuhnya dan bolehlah dimatikan api. Sentiasa kacau untuk pastikan santan tdk pecah minyak. (Semalam my labu terlebih masak ler huuhu)
Tak sah kalau masak lemak labu tak ada sambal ikan bilis kan? tak menyengat rasanya! Abaikan minyak yang meladung kat mangkuk tu hehehe...


Bahan-bahan Sambal ikan bilis
1 genggam ikan bilis - goreng dan asingkan
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - hiris
1 biji bawang putih - hiris
2 inci gula melaka - tumbuk/hancurkan
1 sudu kecil pati ikan bilis
secubit garam
air asam jawa


Cara-cara
Tumiskan bawang merah dan putih hingga harum.
Masukkan cili kering dan tumis sampai masak/pecah minyak
Masukkan pula secubit garam, pati ikan bilis dan gula melaka.
Tumiskan seketika sehingga cili kering bertukar warna merah kehitaman.
Masukkan pula air asam jawa. Biarkan mendidih hingga sambal menjadi sedikit pekat. Pastikan api kecil, takut hangus plak sambal tu kang.
Akhir sekali masukkan ikan bilis. Bila sambal hampir kering bolehlah dimatikan api.
Dah ada sambal, mestilah nak ada sayur berdaun kan? makan lemak labu sahaja pun tak cukup kalau kita tak tambah sepinggan sayur, tapi untuk resepi sayur ni malaslah mrs sunnies nak tulis. Kacang yo campak-campak je dalam kuali tu :)
Lemak labu dah ada, sambal pun ada, sayur lagi ada, jadi mrs sunnies gorengkan ayam sebagai lauk utama. Kan makcik dah habak, semalam my mode terlebih ketuk kuali plak ngeee.... lagi pun dah petang2 ni mana nak cari ikan? so sambar jelah apa yang ada kat peti ais tu hihihi...


Bahan-bahan Ayam Goreng Bawang Putih
4 ketul ayam
3 biji bawang putih - basuh dengan kulit-kulitnya sekali pastu ketuk/cincang.
garam - sekucup rasa
kunyit - sesedap mata
sedikit pati sedap
*Gaulkan semua bahan di atas dan biarkan selama 15 minit. Lepas tu dengan minyak yang tak berapa banyak, gorengkan ayam bersama-sama dengan bahan perapan hingga ayam masak dan kekuningan*
 wallaaaaa... jemput makan semua.
Last sekali, lepas kenyang makan nasi, kita orang cuci mulut dengan buah kundang masak manis tak hingat punya! hahahaha... saje je crop dekat pic tu, bagi korang terliuq sikit. Sedap wei tapi tulah, kundang nie lah yang menyebabkan mrs sunnies gatal tekak! aduhaiiii.... tulah makan tak hingat dunia kan? so sendiri tanggunglah :(


Psst... korang abaikan jelah piccas yang tak berapa nak menarik jiwa. Malas plak nak edit cantik2.






MoDe : Sok nak jumpa doc nak check perut. Tolonglah jangan demam ye... tak suka, tak suka!

Tuesday, March 15, 2011

Sambal Terung Lenyek

Ollaaa..... n3 kali ini Sambal Terung Lenyek menjadi santapan dilaman blog mrs sunnies. Suka-suka hati makcik je nak bubuh nama hahaha... Ekceli mrs sunnies tak tahu nak bagi nama apa kat menu ni, tapi yang pasti ia mudah, simple dan cepat! sesuaiiiiii untuk org malas macam den ni hah! wakakakaka! 


Sambal ni sebenarnya terjadi secara tiba-tiba, bila masa tengah masak tu, tetiba terpikir plak nak buat terung masak cam gini lak :) Nasib baik jadi u hihihihi....
Sambal Terung Lenyek! 
Bahan-bahan
1 batang terung panjang
1 biji bawang merah
4 tangkai cili padi
1/2 biji jus lemon / 1biji jus limau kasturi
Sedikit garam
Minyak

*Terung dipotong serong dan nipis. Grillkan diatas kuali leper dengan sedikit minyak hingga garing. Taburkan sedikit garam semasa menggrill.*
*Gorengkan sebiji bawang merah dan cili padi hingga kekuningan*

Cara-cara
Tumbuk cili padi dan bawang merah hingga sedikit lumat.
Kemudian masukkan terung dan tumbuk / lenyekkan bersama-sama dengan bahan tadi.
Akhir sekali gaulkan dengan perahan lemon/limau kasturi hingga rata. Siap sudah!
psssttt... kalau korang gaulkan dengan tempoyak, lagi terangkatlah rasanya!

Mrs Sunnies rasa bangga dan terharu, bila ada sebahagian blogger, jadikan blog mrs sunnies, sebagai rujukkan masakkan. Aduhhh malu ah... blog ini tidak seberapa pun. Terima kasih ye pada mereka yang sudi link blog mrs sunnies ni. Insya Allah, mana yang dapat mrs sunnies jejak, akan mrs sunnies link kan blog anda diteratak buruk ini :)








MoDe : bila sudah menjadi tatapan, harus ku jaga bahasa ku ketika menulis dilaman ini :)

Wednesday, March 9, 2011

Sayur Goreng Paku Pakis Merah

Paku pakis merah

Siapa pernah makan sayur ni? pernah tengok tak? kalau nak makan sayur ni, cari je kat ladang kelapa sawit, tapi kena hati-hati sebab takut juga kalau tuan empunya kebun dah racun atau pun masa tengah cari tu terserempak ngan pak panjang lak huhuhu.... 

Di bandar Pucuk paku pakis merah nie susah nak dapat malah jarangggg di jual dipasar basah, mungkin sebab ia tak sepopular pucuk paku pakis tanjung, sebab itu ler mrs sunnies kalau balik kampung, memang ini ler sayur yang dicari dulu! Masa dulu-dulu rajinlah petik sendiri kat kebun orang, sekarang tak lagi, sebab setiap minggu, ada seorang nyonya akan datang dari rumah ke rumah jual pakis ni hah... beli 3 ringgit pun dah cukup tuk makan sekeluarga.

Rasa sayur ni memang sedap! sama je macam kita makan pucuk paku pakis tanjung tp yang nie pada aku lagi best rasanya. Jangan goreng terlalu lama sebab kita nakkan rasa cruncy dari batangnya :)
Sayur goreng paku pakis merah

Bahan-bahan
Paku pakis merah
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 tangkai cili api
sedikit ikan bilis
garam 
pati ikan bilis
minyak

*tumbukkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili api *

Cara-cara
Tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan
Masukkan garam dan sedikit pati ikan bilis
Masukkan pula pucuk paku pakis dan tumiskan ia hingga layu.




MoDe : teringat dulu masa kecik-kecik, aku selalu digelar kak pakis! ratah cam gitu je pun enaknyaaaa lah!

Wednesday, March 2, 2011

Bende Goreng Kering

Main masak-masak lagiiiii..... ;-) Kali ini yang simple-simple sahaja okesss....
Bende Goreng Kering
Siapa tak suka bende?? Kami sukaaaaa! Selalunya bende ni, orang suka letak dalam asam pedas atau kari. Tapi kami cukup suka makan bende masak begini. Sedapnya kalau makan bende goreng kering ni dengan sambal sardin atau kari ayam atau masak asam pedas. Kalau dengan ikan goreng saje pun dah cukup nyum..nyum.... Nasi panas buh kicap, pastu ada ikan goreng dengan bende goreng kering ni... fuhhhhhh... bestlah! ;-)

Bahan-bahan
10-15 tangkai bende - potong nipis dan serong
7 tangkai cili api - hiris
1 tangkai cili besar merah - hiris
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
sedikit ikan bilis
sedikit garam dan pati ikan bilis
2 - 3 keping asam keping
minyak untuk menumis

Cara-cara
Tumiskan bahan hiris, asam keping dan ikan bilis hingga kekuningan.
Masukkan bende. Tumiskan lagi hingga bende garing @ hilang lendirnya.
Jangan lupa masukkan garam secukup rasa dan sedikit pati ikan bilis.
Pastikan api tidak terlalu besar semasa menumis.
Khasiat Bende??? Di khabarkan bende juga ada khasiatnya tersendiri. 
Antaranya :-
Mencuci hati
Menstabil kandungan gula dalam darah
Membantu melincirkan bahagian dalam usus besar
Membantu mengelakkan sembelit
Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
dan.... banyak lagilah khasiatnya. Tetapi ada juga yang mengatakan bende tidak bagus untuk perempuan kerana lendirnya tidak bagus untuk hubungan suami isteri! Waulahualam....




Mode : tidorrrrr........ ZzzzzzzzzzzZ

Wednesday, August 18, 2010

Makan-makan




Masak lemak labu memang sesuai sangat di makan dengan sambal ikan bilis di tambah pula dengan ikan cencaru goreng dan daun salad sebagai ulaman.Memang menambat selera hingga tak sedar nasi dah bertambah! hehehe....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails