klik klik ok!

Thursday, May 5, 2011

Sayur Pak Choy Goreng Sos Tiram

Takut tgk minyak yg banjir tu??? dont wori.... itu minyak zaiton :)

Today dalam n3 mrs sunnies, sayur pak choy goreng sos tiram menjadi santapan dilaman rumah ini. Mudah, simple, cepat dan sedap! lelap mata pun boleh masak.... hahahaha gila ke apa? jangan cari pasal kat dapur nak masak sambil tidor!
Ini ler rupa asal sayur tu. 
Melampau eh kalo korang tak kenal! Thanx pak google :)

Sayur pak choy adalah salah satu sayur kegemaran kami. Selalunya kami akan beli yang organik sahaja. Sayur ni memang cocok sangat dengan sos tiram tp pada mereka yang tak suka makan sos tiram tu, boleh juga dimasak tumis air atau pun rebus macam tu je kemudian cicah dengan sambal belacan pun ok! Paling tidak pun kalau suka makan maggi ayam/kari, bubuhkan sayur pak choy dan telor. Huhaiiiii.... kompom sedap tak hingat!!! hihihihi.....

Masak dengan cinta hehehehe....


BAHAN CELUR
Beberapa pokok sayur pak choy
sedikit minyak
sedikit garam
air untuk merebus sayur


BAHAN TUMIS
5 ulas bawang putih - potong dadu kecil2
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak zaiton


CARA-CARA
Untuk Celur - Sayur dibasuh bersih2 tanpa disiat/siang. Dalam periuk/kuali letakkan air secukupnya. Letakkan sedikit garam dan sedikit minyak. Bila air dah mendidih masukkan pak choy. Angkat dan ketepikan bila sayur dah layu (jangan sampai terlebih masak lak). Susunkan diatas pinggan.
Untuk Tumisan - Dalam kuali, letakkan 3 sudu besar minyak zaiton. Bila minyak dah panas (api jgn besar sangat) masukkan bawang putih. Tumis hingga naik bau/sedikit kekuningan. Masukkan pula sos tiram, tumiskan lebih kurang dan bolehlah dimatikan api. Kemudian curahkan diatas sayur tadi. Mudahkan!!!








MoDe: Makan apa yang best ek? alahaiiiiii......... :(

3 comments:

  1. elok unk kesihatan...
    sumber fiber :)

    ReplyDelete
  2. kasihredha: yap betul... banyak makan sayur kulit pun jadi cantik hehehe... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails