klik klik ok!

Monday, May 21, 2012

Suka The Curve sbb ada nasi kerabu the best!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini tak ada n3 dari air tangan mas, 2 hari makcik cuti masak you heheheheppi! Macamlah hari2 mak timah ni masak tau, kecoh sungguh! hihihihi

Nampak tak nasi kerabu kat atas tu. I tell you....nasi kerabu terrrrsangatlah sedap! Paling sedap yg pernah mas rasa tp takleh lawan dari air tangan sendirilah kan ngeeee...
Paling suka dgn ayam percik dia, pergghh dia punya sos memang cukup rasa! rasa macam nak jilat2 sos yg terselit kat celah2 tulang tu (buruk perangaikan) tp malu nnt org pandang. Pastu dia punya budu n sambal pun sedap, pendek kata bestlah! Puding pisang dia pun best!
Yang nie pula nasi berlauk, dia lebih kurang macam lauk kari nasi dagang rasanya tp dihidangkan dengan nasi putih. Peberet my hubby! Tapi mas kureng sikitlah pulak, mungkin sbb ikan tongkol kot hehehe...

Oh ye ceceh2...lupa nak bagi tau kat mana tempatnya kan? korang kalau pergi The Curve singgahlah ke Restoren Combi...ala nama penuh kedai tu lupa plak, gambar kedai pun lupa snap walaupun dh byk kali dtg situ huhuhu tp makanan yg dihidangkan semuanya dari negeri kelantan. Tingkat 2 berhadapan dgn Restoren Paparich kalo tak salah.



Sakit kepala sampai tak boleh nak berdiri, jiwa rasa kosong dan sepi je. Tolong buang jauh2 segala benda yg negative. Tak suka..tak suka...

Saturday, May 19, 2012

Lily Bud Goreng Ikan Bilis

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan blogger semua. Sihat ke? mas doakan semoga kalian semua berada didalam keadaan yang sihat dah sejahtera hendaknya, amin.
Terima kasih kepada kalian yg sentiasa berkunjung di teratak alam maya ini. Mas sayang korang..muah..muahhh!
Kali ini cuma n3 biasa, lily bud goreng ikan bilis saje. Sayur ni mas masak masa buat ikan siakap kukus tempoh hari. Cuba tgk n3 yg lepas ada terselit sayur nie kat situ. Nak tulis resepi pun rasa malu, sayur goreng je kannnnnnn hehehe.
"Tumis bwg merah, bwg putih dan ikan bilis sampai naik bau atau kekuningan. Pastu letakkan garam dan serbuk pati ikan bilis secukup rasa. Terus masukkan sayur dan air sedikit. Kacau beberapa minit, padamkan api, SIAP!"

Kan dah kate...kacang jeeee...tu yg malu nak bg tau hihihihi...

Budak comel ini semakin berkuasa! sudahlah laptop ummi dia rampas! now my tab pun dia nak rebut jugak! 
Ini tidak adil...tidak adil..tidak adil bagi ku oooooo....

Friday, May 18, 2012

Ikan Siakap Kukus Halia

               Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Hi semua, apakhabar? sihat ke? apa cer hari ni? apa celop? apa yg menarik?Jawab..jawab...hehehe...sila jangan tukar chanel anda sbb tuan rumah ini masih waras lagi! nge..nge..ngeeee gurau je.   

Masak apa hari ni? masak yg simple ke yg tak simple? mesti sedap tu...janji dari air tangan kita yg dicintai keluarga. 

Suka tak makan ikan yg dikukus? kami suka sbb ia adalah makanan yg sgt menyihatkan dan satu lg sgt bagus utk org yg sedang berdiet! Resepi ni mas ambil dari dapur My Small Kitchen  Di Sini  dan mas dah ubah sedikit. 
Kak, izinkan mas share ye  :)

Bawal Emas Kukus Halia

Bahan-Bahan :-

1 ekor ikan bawal emas (mas guna ikan siakap) - disiang,cuci dan toskan
2 inci halia - hiris
2 hirisan lemon
3 kuntum cendawan shitake - hiris nipis
1 cili hijau dan merah - hiris
Sedikit hirisan daun bawang dan ketumbar (mas tak letak)
1 sudu makan bwg putih yg telah digoreng
1 sudu mkn minyak bijan (mas guna myk zaiton)
Garam secukup rasa

Cara-caranya :-

Letak hirisan lemon di dalam pinggan kukusan
Letakkan ikan bawal yg telah digaram ke atas hirisan lemon tadi
Taburkan hirisan halia,cendawan shitaki,cili merah dan hijau serta daun bawang dan ketumbar
Taburkan juga bwg putih yg telah digoreng dan minyak bijan
Kukus ikan lebih kurang 15 minit atau sehingga masak
Mas tambahkan sedikit sos ikan sebagai perasa.


Memang sedap! berbaloi-baloi rasanya walaupun ikan yg kami beli tu tak berapa segar!

Thursday, May 17, 2012

Simple Spaghetti....SEDAP!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan blogger yg sedang BW. Seronokkan dpt bw? mcm2 gambar dan cerita yg kita boleh baca dan tgk. Terutamanya gambar masakkan yg sangat kreatif dan cantik deconya. Mesti korang pun sama kan kan kan...mas suka, kekadang tu berulang kali mas tgk tanpa jemu dan cuba tiru sedikit tapiiiiiii...tangan keras gitu2 ler jadinya :)
Mak budak dan budak comel yg riang ria di sofa belang hehehe....

Terus ke jalan yg lurus!

Kawan2 jom kita makan spaghetti dari dapur mas yg simple saje. Orang rajin gitu ler... yg ringkas tu wajib maklumlah RAJINkan hehehe. Hubby suka sbb tak berapa pedas, tak berapa masam, lagi pun harus ku asahkan semula kepakaran memasak spaghetti yg mantop meletopsssss! Dah lama betul tak masak, takut nnt hilang plak skillnya...cewah...wahwahhhh hihihi.
Bahan-bahannya :-

1 cekak spaghetti - rebus dan toskan
1 biji bawang besar - dadu
1 biji bawang putih - dadu
1 biji buah tomato - dadu
1 sudu bsr cili kering kisar
2 keping dada ayam - cincang
5 ketul cendawan butang - hiris
2 sudu besar sos spaghetti kimball
Sos cili
Sos tomato
Kicap Manis
Lada hitam

Cara-caranya :-

Tumis bwg merah dan putih sehingga naik bau,
Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak,
Masukkan daging ayam, kacau beberapa minit dan masukkan pula buah tomato, kacau lagi hingga sebati.
Masukkan pula sos spaghetti kimball, kacau sekejab dan masukkan pula semua bahan sos dan kicap manis (ikut suka hati nak byk mana, sesedap rasa kita)
Api jangan besar sangat takut nnt hangus plak.
Kacau dalam beberapa minit, tambahkan sedikit air, cendawan butang, sedikit garam dan sedikit lada hitam. Kacau sekejab dan tutup periuk biar semua bahan sebati dan buah tomato hancur, sesekali kacau. Tambahkan sedikit serbuk oregano leave (kalau ada...) 
Bila rasanya dah cukup sedap, ayam dah masak, bolehlah padamkan api dan curahkan ke atas spaghetti.

Slurppppp sedap!

Errrr...td kate yg simple je tapi mcm tak berapa simple pun! nge..nge..nge...

Wednesday, May 16, 2012

TomYum Ayam Sakura

 Assalaualaikum....
Malas ceceh panjang sbb mode tengah malas so kita terus ke jalan yg lurus jelah.

Takde menu yg istimewa disaat kemasalan melanda, hanya Tom Yum Ayam Sakura yg terjadi didapur.

Oppts... mas tak pergi korea semata-mata nak beli ayam ye, gila ah org kaya pun takkan buat mcm tu tau! hihihi...

Ayam dari jenama sakura beli kat JUSCO dan ayam nie Izahdaut ada buat masak kicap dan mas buat tomyum kap kum kap hihihi... 
 Semasa kejadian, ayam sakura sedang menggelegak kepanasan. Time ni bau dia sangat menyegarkan.

Terus ke jalan yg lurus, mula-mula sediakan

1/2 ekor ayam sakura
2 kiub pati tomyum knor
1 biji bawang besar, potong dadu
2 biji buah tomato, potong dadu
10 tangkai cili padi, ketuk
2 batang serai, ketuk
1 1/2 gelas air
Sedikit garam
1 sudu besar jus lemon (optional)

Satukan semua bahan diatas dan renehkan beberapa minit. Bila dah sebati tambahkan lagi air (ikut suka nak kuah banyak mana). Dah menggelegak masukkan 1/2 btg lobak merah (hiris), biarkan seketika. Akhir sekali masukkan 1 biji bwg besar (belah 6) dan daun limau purut.
Tamat!


Mas susah nak bw sekarang sbb my baby suka rebut laptop dgn umminya... 
Huhuhu ofcos dia menanglah kan...

Tuesday, May 15, 2012

Nasi Lemak semudah ABC ! ye ke?


Mula2 terima kasih kepada mereka yg cadangkan mas edit picas guna photoshop or pothoscape. Mas guna picmonkey skrg ni nnt nex time mas guna apa yg dicadangkan tu ye :)

Wah my ayat sangat gempak, semudah ABC! masak nasi lemak macam masak sambil pejam mata je kan? kekonon terro benor lah tuuuuuuu...walhal hehehehe biarlah rahsia! Ok! serius, nasi lemak yg mas masak ni memang mudah semua main hantamkan sajalah. Janji  nasi tu berlemak, kalau tak lemak bukan nasi lemaklah namanya kan? hahahaha pening korang. 


Picass n3 ni bukan kejadian hari tu, semalam atau tadi ye, tp dah bermingu-minggu sudah. Al maklum ler org yang sibuk memang tak sempat nak update selalu. Hehehehe poyos sungguh! Sebenarnya sejak berkampung dirumah mama selama 2 minggu, mode nak mengupdate n3 sangat malas. Then bila dah balil KL sikap malas tu tak hilang dan malas itu terus berjangkit menjadi malas BW. Huh! memang tak patut sungguh tp nak buat camno malas telah MENJUARAI CARTA dalam badan mas ni huhuhu. JAHAT MALAS ni tau!


Oh ye... mas berkampung selama 2 minggu kat rumah mama sebab ayah ada buat majlis kenduri berkhatan my adik dengan isteri mudanya. As kakak, ofcos tak menang tangan membantu hahahaha ni kalau adik I yg lain baca comfirm dia kate POYOLAHHHHH. I ada baby so memang keje dok mengarah je lah wakawaka eh eh..... nnt bila2 free mas upload picass majlis tu ye. Mengalahkan majlis sambut menantu tau.
Berbalik kepada nasi lemak semudah ABC. Sebenarnya bahan nasi lemak ni sama je mcm nasi lemak yg korang semua pernah masak cuma untuk nasi mas tak ada guna sukatan air, bukan apa selalunya bila sukat air mesti nasi mas jadi lembik sbb dok pikir cukup ke air banyak ni? tambah lagi lah... so kali nie takyah sukat! suka hati mak temah nak letak byk mana ye. Letak perahan santan sebiji kelapa dan air secukupnya (macam tanak nasi biasa tu) cuma airnya mas lebihkan sikit supaya nasi tu tanak dgn sempurna. Sambil tu letakkan 2,3 helai daun pandan dan sedikit halia dan garam supaya nasi tu menjadi wangi dan harum semerbak satu dapur hingga ke dapur jiran tetangga hihihihi.


Beras secukupnya untuk seisi keluarga
Santan (1 biji kelapa)
Air secukupnya
Daun pandan 2,3 helai
Sedikit halia
Sedikit garam

Basuh beras bersih2, masukkan dalam rice coker bersama dgn santan, air, garam, daun pandan dan halia. Lopeh tu tanak je macam biasa hihihihi....

Taraaaaaaaaaaaaaa mudahkan!

Bila nasi dah masak, hidangkan nasi bersama dengan sambal ikan bilis atau apa2 saje sambal kesukaan anda. Jangan lupa bubuh ikan bilis goreng, kacang goreng, telor rebus or telor dadar dan juga hirisan timun. Kalau suka boleh je tambahkan ayam goreng dan sayur kangkung sebagai penambat selera!



Takdelah sepecial mana pun nasi lemak mas ni...saje je bikin gempak nge..nge..nge... yg PENTING masa memasak tambahkan perasa kasih sayang dan ikhlas secukupnya PASTI makanan itu menjadi SUPERB kejadiannya.

Monday, May 14, 2012

Tolong....tolonggg...tolonggggg......

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan blogger semua. Hi...apakhabar? sihat ke? diharap semuanya berada didalam keadaan baik2 sahaja hendaknya......amin. Kami alhamdulillah sihat walafiat, amani dah semakin lasak, dah pandai melawat ceruk setiap sudut rumah maka semakin buzylah tangan kaki saya menjaga keselamatannya dari benda2 yg boleh membahayakan dia.

Dah terlalu lama sy tggalkan rumah yg satu ini. Riiiiindunya mas dgn jiran tetangga yg dh lamaaaaa mas tak jengah. Rindu nak mkn lauk pauk korang hihihihiiii...... mas pun dah lama tak berasapkan dapur dlm rumah ni...dah berkeladak dapur mas ni hah hehehe.

Eh korang mas nak mintak TOLONG...... dulu mas edit gambar guna www.picnic.com, skrg picnic tu dh xde. Nak guna picassa mas x berapa suka dan tak berapa TERRO sebenarnya huhuhu. So korang edit guna apa ye? silalh kongsi dgn mas ye :) TOLONGGGGGG YE.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails