klik klik ok!

Showing posts with label spaghetti. Show all posts
Showing posts with label spaghetti. Show all posts

Friday, January 31, 2014

Laksa johor asal jadi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama sungguh tak sentuh blog. Ntah ada yang ingat ntah tidak. Rindu tp malas nak updete. Errrr... camne tu? Lagi plak sekarang ni dah ada dayre selain dari instigram lagi la blog di lupakan. Dayre tu pun lebih kurang mcm blog cuma tak boleh ceceh byk mcm blog. But ok. Fun juga.
Ok, dah lama tak share pasal makanan. Pasal resepi. Dapur rumah selalu berasap tp dapur kat sini tak timbul2 asapnya. Hehehe. Malas kan.. gituw ler. Nak share la resepi laksa johor yg mas dpt dari kwn yg asal muor. Katanya laksa asal jadi hahaha.

Resepi: Laksa Johor asal jadi!

Bahan-bahan :
1 cekak spaghetti -rebus ikut arahan. Ketepikan.
1kg ikan kembung/mabong - mas guna 4 ekor ikan selar saiz besar.
2 biji bwg besar*
2 biji bwg putih*
2 sudu besar cili kering kisar
1 paket kecil kari ikan babas - bancuh dgn sikit air utk jadikan pes.
1/2 inci halia - ketuk
2 btg serai - ketuk
2 -3 keping asam keping
1 biji santan - mas guna santan kotak 200ml
1/2 biji kelapa- buat kerisik
minyak secukupnya utk menumis

Sambal belacan
Timun, kcg panjang, lobak asin, taugeh,daun kesum,bunga kantan.

Untuk kuah:
-Rebus ikan sampai masak. Ambil isinya sahaja dan blender sampai halus bersama air rebusan ikan tadi. Ketepikan
-Blender bahan2 bertanda *
-Tumiskan seketika halia dan serai. Masukkan pula bahan yg diblender. Tumis sehingga naik bau.
-Masukkan pula cili kering, tumis sampai cili masak/pecah minyak, masukkn pula pes kari, kacau hingga bau naik harum.
-Masukkan isi ikan yg di blender tadi bersama asam keping.
-Dah menggelegak, masukkn kerisik,santan,garam, sedikit gula dan bhn perasa. Sesekali kacau.
-Masak sampai kuah pekat. Kepekatan kuah terpulang kepada kita. Tak suka pekat tambahkan lagi air.
-Dah siap... hidangkan bersama sambal belacan dan bahan sampingannya.

Friday, October 22, 2010

Spaghetti Carbornara

Layan tekak dengan spaghetti carbonara.... masak dengan menggunakan bahan yang sedia ada didapur sahaja. Percubaan pertama yang kurang menjadi tetapi ok laaa, sekurang-kurangnya kita mencuba satu resepi baru! asyik-asyik spaghetti bolognise & goreng je! Emm.... sebenarnya yang campak-campak tu la yang sedap kan? (hihihi puji sendiri ni)


Bahan
1 cekak spaghetti ~ rebus dan ketepikan
1 gelas susu kotak / whipping cream
1 mangkuk kecil cheddar parut ~ nak letak lebih pun boleh
1 ulang bawang putih ~ cincang
1 biji bawang besar ~ cincang dadu
1/2 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar
5-6 ketul cendawan butang ~ potong sederhana nipis
2 ketul daging ayam ~ potong kecik-kecik
1 biji buah tomato ~ cincang dadu
1 sudu kecik serbuk pati ayam
sedikit serbuk oregano
garam secukup rasa
minyak zaiton untuk menumis


Cara-cara
Tumiskan bawang putih dan bawang besar separuh kekuningan
Letakkan lada hitam dan tumis hingga bawang putih dan bwg besar menjadi kekuningan
Letakkan ayam, gaul seketika.
Letakkan cendawan dan masakkan hingga cendawan bertukar warna keperangan
Letakkan serbuk oregano, garam dan serbuk pati ayam
Bila semua bahan dah sebati dan ayam betul-betul masak, masukkan pula buah tamato. Tumis hingga buah tomato lembik dan cair
Barulah dimasukkan spaghetti, gaulkan rata-rata.
Akhir sekali masukkan susu/whipping bersama dengan cheddar. Gaul cepat2 supaya cheddar tidak berketul!
Bolelah dimatikan api dan sedap dimakan ketika masih panas!

Tuesday, October 5, 2010

Spaghetti Bolognese Sardin

Menjamu selera dimalam hari dengan...........
Cepat, ringkas dan mudah disediakan.... nyum..nyummmm

Bahan A
1 biji bawang besar - cincang dadu
1 ulas bawang putih - cincang dadu
1 sudu besar cili kering
5-6 tangkai daun sup - racik halus
6 ketul cendawan butang - potong sederhana nipis
1 biji buah cili benggala merah - potong ikut suka
1 biji buah tomato - cincang dadu
2 sudu besar sos spaghetti (saya guna jenama kimball)
sedikit serbuk oregano
sedikit air 


*1 cekak spaghetti - rebus dengan sidikit garam dan minyak*

Bahan B
1 tin sardin (saiz kecil)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
sedikit garam
sedikit lada hitam

* dalam bekas lain hancurkan sardin dan satukan semua bahan B hingga sebati*

Cara penyediaan :-
Tumiskan bahan A, mulakan dengan bawang merah dan putih. 
Bila dah kekuningan masukkan sedikit daun sup. Tumiskan lagi hingga daun sup layu. 
Letakkan pula cili kering dan tumis sampai cili kering masak (pecah minyak)
Masukkan pula bahan B tumiskan seketika, letakkan pula buah tomato.
Lepas tu letakkan air, daun sup dan cendawan. Biarkan mendidih hingga buah tomato jadi lembik dan cair (seeloknya tutupkan periuk) masak dengan api yang kecil.
Bila kuah dah masak dan pekat mengikut selera anda, akhir sekali masukkan cili benggala. (saya lebih suka cili benggala tu separuh masak sbb bila makan terasa rangupnya) dan bolehlah dimatikan api.



SELAMAT MENCUBA!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails