klik klik ok!

Tuesday, December 27, 2011

Spaghetti Olio Aglio


As Salam dan selamat sejahtera... masih bercuti ke anda? atau sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja yg tertangguh sebelum masuk tahun baru? Kepada yg bekerja...selamat bertugas, kepada yang bercuti...selamat beristirehat ye... apa yang penting be happy ok!



Opsst...lagi beberapa hari cuti sekolah nak tamat kan? tentunya sekarang ni ramai ibu bapa yg habiskan baki cuti untuk shopping barang keperluan anak2. Umm...teringat zaman sekolah dolu-doulu...seronoknya dpt beli kasut baru, beg baru, box pencil baru dll. Bila dh beli tu semangat nak pergi sekolah bukan main lagi, tak sbr nak tunjuk kat kekawan apa brg baru yg kita dh beli. Memula jelah... 3 minggu lepas tu... alahai bila la nak hari Jumaat huhuhuhu... sabar jelah!

MS cite pasal sekolah? hehehe...saje je...tetiba teringat keriuhan ibu bapa yg shopping last minit masa cuti x-mas hari tu kat Jusco OU. Ya ampun...sesak sane sini! bebudak seronok...kami fening la...ramai sangat org!


Ok tutup pasal sekolah. Now kita ketuk2 kuali plak ye...masa adik2 dtg rumah hari tu, MS ada buatkan spaghetti olio aglio yg simple2 je. Masa tu cuti sekolah (sekolah lg hehehe...) dia org tidor rumah MS beberapa hari. So memang main masak2 jelah kami hehehe....

Bahan-bahan :-
1 cekak spaghetti (rebus sampai lembut dan toskan)
1 ulas bawang putih - racik
1 biji bwg besar - racik
1 keping dada ayam - potong dadu kecil2
4 ketul fish ball - potong nipis
1 keping fish cake - potong nipis
1/2 biji lada benggala merah - potong nipis
1/2 biji lada benggala hijau - potong nipis
1 biji buah tomato - potong dadu
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar2
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk oregano

Cara-Cara :-
Tumiskan bwg putih dan besar hingga kekuningan. Masukkan ayam, fish ball dan fish cake. Tumiskan lebih kurang 2-3 minit atau ayam masak. Masukkan pula lada hitam, sedikit oregano dan garam secukup rasa. Tumiskan lagi, letakkn pula buah tomato dan lada benggala. Gaul rata dan gorengkan hingga sayur separuh masak. Akhir sekali masukkan spaghetti. Gaulkan rata2, dan masakkan hingga  semua bahan masak sepenuhnya. 



p/s: ok x saiz piccas tu? bsr mcm giant plak rasenye huhuhu....

Saturday, December 24, 2011

Nasi Goreng Cina

Selamat pagi rakan belog semua...... sejuk betul pg nie. Sekarang ni cuaca tak menentu, sekejab panas sekejab hujan dan banjir sane sini. Ummm...nape MS cite pasal cuaca ye? Huhuhu... sebenarnya tak ada story baru yg nak di kongsikan. Amani dah tidor...bosan plak. Sedang bersiap-siap nk keluar, sementara tggu dia bangun baik MS update n3 dulu hehehe...




Nasi Goreng cina nie MS masak masa adik2 dtg rumah tempoh hari. Adik yang bongsu cukup suka dengan nasi grg cina tapi geram plak rasanya bila kita yeye masak, bila dah siap dia tak nak makan plak! sibuk main  game je huhuhu...




Bahan-Bahan:-
Nasi putih secukupnya
3 ulas bwg putih - ketuk dan cincang
1 bungkus kecil sayur campur 
2 biji telor
1 btg hot dog - potong ikut suka
2 keping daging ayam - potong memanjang
lada sulah secukupnya
sedikit pati ikan bilis
garam secukup rasa
*Hot dog dan kepingan ayam sy grill dulu. Ketepikan.*


Cara-Cara:-
Goreng telor dan hancurkan. Angkat dan ketepikan. 
Tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan sayur campur. Tumiskan lg sampai sayur campur masak. Masukkan pula nasi dan gaul rata. Perasakan dengan garam, pati ikan bilis dan lada sulah secukupnya. Gaul lagi. Letakkan pula telor, hirisan hotdog dan ayam. Gaulkan lagi sampai semua bahan rata. Bolehlah di matikan api. Sedap di makan ketika panas.






P/s: Ralat sungguh.... kat mana sy letak barang itu. Hilang ke???? sdihnyaaaaaaa.......

Thursday, December 22, 2011

Pizza Roti Keping...Sekejab ada sekejab tak ada!

As Salam dan salam sejahtera wahai rakan belog semua. Terlalu lama MS menyepi kan? Ini bukan merajuk..bukan juga bawa diri tapi sibuk dengan kehidupan peribadi. MS ni dh macam biskut cipsmore ek? Sekejab ada sekejab tak ada hehehe... Senyap bukan bermakna dah menghilang ye.....


Semalam MS dpt sms dari kazen. Katenya lama betul MS tak update blog. Huhuhuhu...yelah pejam celik...pejam dan celik mmg dh lama MS tak update apa-apa. Alahai...sejak jadi ummi nie, my jadual semakin buzy. Amani semakin membesar dan dia perlukan perhatian yg lebih dr MS. So terpaksalah MS lupakan seketika dgn dunia maya ni. BTW sekarang ni kami kerap pulang ke kg sbb incik hubby sibuk dengan kerja nye dan amani juga sejak akhir nie selalu saje tak sihat. Skrg musim demam batuk dan selema, igt lagi amani dengan ummi nye sekali jatuh sakit sama-sama. Haru biru walid kikikiki...nasib baik ada mama yg tlg jg kami :)




Tenggelam timbul...sempat juga lah MS nak selit piccas makanan hehehe. Amani2 juga tapi masak tetap yg pertama :) Tayang yg simple2 dulu jelah. Pizza roti keping nie MS buat masa adik-adik datang rumah. Saje je seronok-ronok main masak2 dgn adik hehehe.... RESEPI lain kali MS tayang ye :)



 Sayu rasa hati, masa nie amani demam selepas dpt suntikkan 5 bulan. Doctor dh bg tau suntikkan kali ini akan buat bby demam. Kecian dia... panas badan sampai 37.8c, lemah je. Kebetulan pula dia kena batuk dan selsema. Tak sampai hati tgk dia kena makan ubt tp nak buat macam mana, nak baik dan ummi kena kuat. Kalau tidak dia tak sihat2.


Now amani dah 5 bulan 11 hari. Dah pandai meniarap dan mulutnya becok mengalahkan cik kiah! hehehe...manja sangat! Kalau pergi taman nampak ramai budak bukan main suka dia tp lepas tu bila ajak balik mulalah muka dia cembeng je hehehe.... 
Peal baru, skrg nie dia suka mengigit! agaknya gusi dah gatal nak tumbuh gigi. Huhuhu...sakit wo bila my........... kena gigit. Nangis mak sekejab hihihihi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails