klik klik ok!

Tuesday, April 17, 2012

Roti Telor ala-ala Omputih Gitu!


 Semalam internet mcm problem, asyik run..run..run sampai naik tensi makcik! Pagi ni pun sama gak, alahai... lembab macam siput comel huhuhu, kita nak BW pun jd tertangguh-tangguh!

Lupakan pasal siput comel.

Semalam kita org bekpes ala2 omputih gitu. Ala...sebenarnya roti telor tu semua org tahu cuma yang ni mas memandai-mandai tambahkan serbuk keju dan serbuk cili kering. Suka sarapan mcm gini sbb rasa kenyang tu lama sikit so takyah cpt2 nak masak tengah hari hihihihi osah maleh!

Lagi pun ini bekpes yg mudah dan cepat! Just pukulkan telor, mayonis, serbuk keju parmesan, serbuk cili kering dan garam hingga kembang. Lepas tu panaskan kuali non stik, buh minyak sikittttt then celup roti dgn telor td, gorengkan sampai kekuningan.

Taraaaa siap! 



Monday, April 16, 2012

Mix Frut Pie Crumble.....Pastry Puff Kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan belog yg lama dan baru. Untuk yang baru, selamat datang ke Mrs Sunnies Home. Terima kasih sudi bertandang dan follow me. Jangan jemu singgah ke sini walaupun tuan rumah kadang-kadang jarang bukak pintu hihihihi.

Ini n3 yang tertangguh


Hey korang.... untuk kali ini mas tak tayang lauk pauk or goreng-gorengan, dah up sikit hehehehe. Yelah, kang korang juga yg jemu, asyik2 menu ulangan je kan kan kan... ngaku cepat! jangankan korang, mas sendiri pun kekadang bila pose n3 ulangan malas plak nak taip bahan2 ulangan so nak mudah taip je RESEPI DISINI kikikikiki senang kerja!

Ok, tak nak bebel panjang-panjang sebab nak taip bahan-bahan untuk resepi ni panjang juga nanti jari mak penat you....muahmuahmuah.

Pendekkan cerita, selepas tak jadi nak mogok (nak selit jugak) ntah dari mana mas dapat seru yang meniup-niup dicuping telinga (serem je kan)  tetiba mode nak pai mengepai terSANGATlah membuak-buak sampai melimpah-limpah, gara-gara tergoda dengan Blueberry Pie Crumble FnF. 


RESEPI MAS COPY PASTE DARI FnF

Bahan2
Lapisan Dasar (boleh guna mana2 resepi base yang disukai)
284 gram tepung gandum 
45 gram Gula kastor 
180 gram mentega 


Crumble
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3/4 cawan mentega- yang sejuk dipotong kecil2  

Filling

250g philadelphia cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula
beberapa titik esen vanila
fresh blueberry secukupnya  



Cara2



Base (sapukan tangan dengan tepung untuk mudah ditekan ke loyang)
Pukul mentega dgn gula hingga kembang atau putih 
Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh 
Canai adunan ke dalam loyang dan cucuk-cucuk dengan garfu 
Bakar selama 20 minit dgn suhu 160 degree C


Crumble
Gaulkan tepung dengan gula dengan rata 
Keluarkan mentega dari peti sejuk dan masuk sedikit demi sedikit kiub2 kecil
Gaul dengan hujung jari... Tak perlu habiskan mentega jika sudah menghasilkan crumble yang cantik.


Filling
Dengan menggunakan mixer pukul cream cheese dan gula hingga sebati. 
Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.


Blueberry crumble pie
Panaskan oven ke 200 degree C (FnF guna 180degree C shj)
Tuang filling ke atas base yang telah dibakar tadi.

Taburkan fresh blueberry rata2.
Kemudian tabur dengan crumble yang disimpan dalam peti ais tadi. 
Bakar dalam api 200C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit (FnF bakar 180degree selama 30minit.)
Keluarkan dari oven. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.


 

Nota Mas 

Mas guna mix buah-buah - apple 1/2 biji, pear hijau 1/2 biji, strawberry 6 biji dan apprikot kering 3 keping (semuanya potong kecik-kecik)
Untuk base - mas guna 5 keping pastry puff, canaikan sedikit.
Semasa membakar, selepas 30 minit, mas tambahkan lagi 10 minit untuk api bawah sahaja supaya kulit pastry garing dgn suhu 200c (bergantung kpd oven masing-masing)

Saturday, April 14, 2012

Jalan-jalan Cuci Mata Kami Bahagia

Assalamualaikum
Selamat beristirehat hujung minggu kawan-kawan.
Mas tahu tiba hari weekend jarang sekali korang berbelog tapi takpe mas post juga n3 kami jalan-jalan cuci mata kami bahagia wakawaka eh eh :))

Kami baru je pulang ke pangkal rumah selepas berjimba-jimba di The Curve Damansara. Kami suka bawak amani ke situ tak terlalu sesak kalau nak dibandingkan dengan OU yg terlalu ramai org bila tiba cuti minggu.
 TITANIC.... hehehe
 Hallo walid... amani tahu nak start the enjin ok! vrommmm flyyyyyy!!!
 Tengok tu punyalah riang ria nampak ramai kawan2 sampai kasut pun tertanggal hah
 Monyok sbb perut lapar, walhal dah makan tadi huhuhu....
 Sementara tunggu makanan sampai, kita laga2 dahi dulu ok. Motif??? 
 Kita org santap kat GARDEN
 Yang nie amani punya. Sos dia ummi tak kasi sbb masinnnnnnnn!
 Nasi lemak rendang, walid yang punya
 Mee Shanghai, anna yg punya! Bolehlahhhhhh........
 Watermellon anna juga yg punya
 Kami duduk kat luar, sambil makan boleh cuci mata hehehe....
Nice view tapi the food.....bolehlah dari tak ada kan hihihi


Ekceli kita org belum puas nak cari pasal, ingat nak round puas2 tapi amani poopoo lah pulak! nak cuci kat baby rome memang tak syok sbb sinki dia tak sesuai nak cuci kes yg besor2 hahahaha so kami pun balik ler. Nasib baik rumah dekat je kalo tak kena tahan napas lama-lama dalam kereta tadi hehehehe...

Friday, April 13, 2012

Sayur Kobis Goreng Orang Jawe

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersua kembali kita di petang Jumaat yang indah ini. Alhamdulillah my kampung PD tiada tanda tsunami seperti yg digembar gemburkan walaupun ada rasa sedikit gegaran petang itu. Mudah-mudahan bumi Malaysia terus berada dibawah lindungan NYA dari segala bencana bahaya, AMIN.


KITA TAK JADI NAK MOGOK
Wakakakakaka.... 
Malaslah.... bukan dpt respond pun huhuhuhu buang karen je
 huwa huwa huwa huwa.....

Malam tadi dinner kami, mas masak yang simple2 je.
Sardin masak kicap dengan sayur kobis goreng orang jawe.
Optts... bukan org jawe tu yg digoreng dan dijadikan lauk. Gila nak makan orang!
Tapi care a.k.a stail goreng sayur kubis cara orang jawe.
Errrr... korang paham ke maksud mas ni 
hehehehe....

Pendekkan cerita, orang jawe kalau ada kenduri besar or kecik salah satu menu sayur goreng yg wajib ada ialah sayur kobis goreng bersama dgn soun. Sedap tau... kita org sepupu sepapat masa kecik2 kalau makan ramai2 pilih sounnya je, kobis kita org tinggal terabur dalam pinggan lepas tu semua kena marah sbb makan kecah2 hehehehehe...


Bahan-Bahan
Kobis - hiris nipis
1 bungkus Soun - rendam hingga lembut dan toskan
1 biji kentang - hiris nipis
1 batang cili merah besar - hiris
7 tangkai cili padi - hiris
3 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
sedikit ikn bilis
garam secukup rasa
sedikit serbuk pasti sedap - optional


Cara-Cara 
Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, cili besar dan ikan bilis hingga harum.
Masukkan kentang dan tumis hingga kentang empuk (api jgn bsr sgt).
Masukkan pula sayur kobis, garam dan serbuk pasti sedap, kaup balikkan hingga kobis sedikit layu.
Kemudian masukkan pula soun yg sudah ditoskan, gaul rata2 hingga sebati. 
Bolehlah padamkan api bila kubis dah masak.


Thursday, April 12, 2012

Apa Kes????

Ummi plak nak tumpang glamour okkkkkk
Piccas diambil masa kami balik kampung dan baru ummi perasan anak ummi ni asyik pakai baju yg sama je wakakakaka. 
Melentur bulur biarlah dari rebungnya kan kan kan.... bagus budak nie solat dgn ummi walau pun.......huhuhuhuhu

23456 menjak ni mas rasa malas sangat nak update n3 pasal masak-masak walau pun mas rajin masak walau pun just masak sambal ikan bilis pun mas malas sangat nk pose n3. 

Eh....rasanya mcm baru je 2 hari tak update n3 hehehe....

Pokoknya saya males banget! what to do??? you tell me? 
wahhhh omputih gitu tau.

My lappy so slow, my mode so slow, my fingger so slow taip2, my otak so slow to thinking2...
hahahaha...hantam jelah.

Balik kampung si budak tecik ni dan2 boleh merangkak sikit2 hehehe... suka sangat ummi!  
Dia nak tunjuk terro kat atok, nenek, nekde, makcu, pakcu, makde dll.





Walau kurang dapat sokongan, kita teruskan juga sbb kita dah minat sangat.
Banyak benda dalam kepala sampai rasa dh tak center dah ni hehehe...
kita nak MOGOK 10 hari boleh?

Errr...tetiba n3 luah perasaan pulak.

Tuesday, April 10, 2012

Nasi Goreng tutttttttt


Mas sedang bermalasan sekarang ini. 

Selamat pagi kawan-kawan.
Pagi nie mas buat sarapan nasi goreng tuttttttt. Sila abaikan gambar yg sangat tidak menarik huhuhuhuuu...
Mas pernah siarkan resepi nasi goreng ni. Sugguh takut nak sebut nama sebenar nasi goreng ini sbb sangat kecian nasi tu dapat nama yg tak best!
Sangat kejam orang itu 
huhuhuhu... 

Tapi kesedappannya sangat MABELESSSSS untuk orang yg MALES macam saya!


Resepi DISINI




Mungkin saya tak sebertuah mcm mereka :(

Monday, April 9, 2012

Amani dah 9 Bulan


 "Hi kawan2 ummi, apa khabar? sihat ke? 
amani, ummi dan walid alhamdulillah sihat walafiat"

"Seksi tak kita berkemban? kita nak mandi tp kena cari mode dulu... so kena layan kartun dulu baru kita nak mandi hihihihi."

Saje je post n3 amani.

Amani sekarang dah genab 9 bulan tau. Diam2 dah makin besar baby kami. 
Amani baru nak pandai merangkak. Lambat sikit dari kawan-kawan dia yg dah pandai duduk sendiri dan nak bertatih.

 Hummmm... risau juga tapi doctor kate itu natural. Ada baby yg cepat dan ada baby yang lambat so as ibu n bapa tak perlu paksa dia untuk cepat pandai sbb lambat laun dia akan tahu juga. 

Cuma harus risau bila usia baby dah setahun tp masih tak pandai buat apa2, itu mungkin ada masalah kesihatan yg perlu di ambil serius.

Agaknya anak ummi ni tak main rangkak2 terus pandai berjalan kot! hehehehe...


"Kita dah mandi. Dah wangi hihihi"

Saturday, April 7, 2012

Roti Jala & Kari Ulangan


 Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hi kawan2 semua, dah makan ke? makan dimana? 
mas belum makan lagi, no mode to cook-cook today hihihihi 



Masih lagi dengan kisah kari ayam tomato yg mabelesssss.


Selepas incik hubby merasa kesedapan kari ayam yg luar biasa dari air tangan makcik ni wakakakakah poyos sungguh! 
Incik hubby mintak disimpan sedikit kuahnya untuk dicecah dengan roti jala esok paginya. 
Maka makcik ni pun tunaikan hasratnya. 
Sejukkkk perut laki dapat bini mcm makcik ni hehehehe.


Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telor
1/2 sudu besar minyak masak
sedikit serbuk kunyit
1 sudu kecil garam


Cara-caranya

Blendkan semua bahan diatas hingga sebati (tambah air kalau bahan pekat)
Ratakan sedikit minyak diatas kuali non stik
Jalakan aduanan diatas kuali dan biar selama beberapa saat
Angkat dan gulungkan mengikut cara kesukaan anda
Bolehlah dimakan bersama kuah kari atau sambal sardin





Friday, April 6, 2012

Kari Ayam Tomato.... Terrrrrrbaik JAH!


 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah diberi keizinan bertemu lagi kita dialam maya pada hari jumaat yang indah ini. Sihat ke kawan-kawan diluar sane? Dah ada ke perancangan nak masak apa tengah hari nanti? Mas belum fikirkan lagi, selalunya kalau tiba hari jumaat, mas jarangggggg sekali masak sebab suami suka beli nasi beriani dekat Surau As syakirin Bdr Utama. Sedap nasi beriani dia lagi2 ada acar mentah peberet mas.

Korang-korang
Kari ayam tomato ni bestlah! sedap sangat! memang terrrrrbaik punya! Laki mas berkali-kali kate best! Siap kita org simpan sikit kari tu untuk dicecah dengan roti jala esok paginya hihihihihi. Menu ni bukan hari nie punya or semalam punya tapi hari RABU yang punya!

Sama macam KES SI JAH (bukan nama sebenar), mas pun selalu gagal mengari. Tak taulah ntah mana silapnya asyik tak menjadi je kari tu. Frust tertonggeng jugak jiwa ni. Satu hari tu tetiba teringat plak dengan SI JAH yg dah terro memasak kari. Terus mas berguru dengan dia plak. 

Perghhhhhhh Terrrrrrrbaik JAH. 
Terima kasih kepada JAH dan juga GURU-GURU JAH yg telah menceriakan kari kami kuikuikuikui (Jangan marah IZAH)



*RESEPI NIE MAS COPY PASTE DARI BLOG IZAH*


Resepi : ENA
Sumber : MAS


Bahan :
6 Ketul ayam
2 biji tomato
200ml santan pekat
400ml air
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 sudu besar rempah kari ayam dan daging Adabi (di bancuh dgn air)
1 sk serbuk cili giling (optional) - MAS GUNA 1 1/2 SUDU BESAR CILI KERING
1 biji kentang (di belah 4)
1 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
sedikit gula
garam dan perasa.


Cara membuatnya :
Sebiji tomato di potong dadu kecil dan sebiji lagi di belah 4.
Bawang merah, bawang putih dan halia di blend/ tumbuk sehingga hancur.
Tumis bawang dan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih) sehingga naik bau / kekuningan.
Masukkan serbuk cili yg di bancuh dgn sedikit air dan kacau sehingga garing.
Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
Masukkan sebiji tomato yg dipotong dadu. Kacau sehingga hancur.
Masukkan ayam dan kacau sekejap.
Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga ayam empuk.
Kemudian masukkan santan dan ubi kentang.
Perasakan gula dan garam
Bila kentang telah masak masukkan tomato yang di belah 4.
Biarkan mendidih sebentar dan angkat. Selamat mencuba!

TIPS : Untuk mendapatkan kari yang merah cantik berminyak:
Semasa menumis pastikan rempah kari dan serbuk cili betul2 masak,wangi, garing (jangan sampai hangit) barulah dimasukkan tomato.

Wednesday, April 4, 2012

Nasi Goreng 3 Sos



Assalamualaikum, selamat malam, selamat menjamu selera dan selemat beristirehat rakan belog semua. Malam nie mas tak nak bebel panjang-panjang sebab mas rasa malas nak membebel so kite street ke titik jelah (rosak bahasa).


Sebelum nak street kita bukak mukadimah dulu. Korang dah makan ke? makan apa malam nie? sedap tak? ok dah tanya soklan and dah tentu korang jawab kan? Mas dah makan, alhamdulillah petang tadi mas masak kari ayam resepi dari dapur izahdaut. Best, sedap betul! itu kemudian2 nnt kita cerita ye.


Ok ni baru nak bukak cerita. Malam semalam, mas rasa lapar sangat walhal masa lepas magrib tu mas dah bedal sakan kat IKEA 10 ketul meat boll + 2 keping kek! Pe kes lah perut makcik ni kan? Kot2 ruang perut mas ni besor benor tu yg byk nak kena isi hehehehe....


Masa tu dah pukul 10.30 malam. Perut ni dok keriuk keriuk, tak boleh tahan mas masak nasi. Bila nasi dah masak mas pun menggoreng ler. Melampau betul tekak ni, dah nak dekat pukul 11 pun nak makan nasi goreng tau! hilang dah DIET laki ku hahahahaha....


Nasi grg ni nampak lembik sbb masa nasi masih panas mas terus goreng tu yg tak cantik.

Ok pendekkan cerita. Disebabkan lapar dah tahap berganda-ganda maka mas pun buatlah nasi goreng yg mudah lagi cepat siap! Dolu-dolukan masa zaman muda belia remaja, mas suka curi2 masak nasi goreng ni time mama & ayah xde kat rumah. Masa tu saje2 ngetes masak, alah yg sebenor gian nak main api dapur gas hihihihi....


Nasi goreng ni tak de sukatan, semuanya main hamtankan saje. So korang kalo rasa berani nak cuba, cubalah... tp rasanya mesti korang pun pernah masak nasi goreng mcm mas kan?


Bahan-bahan :-
Nasi secukupnya
bawang besar 1 biji
bawang putih 1 biji
telor 1 biji
ikan bilis 
sos cili
sos tomato
kicap manis
garam dan perasa secukupnya
lada sulah
sayur kobis


Cara-cara :-
Hiris bawang putih dan bwg besar. 
Gorengkan telor secara hancur, angkat dan ketepikan.
Gorengkan ikan bilis, angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar dan putih hingga kekuningan.
Masukkan semua bahan sos ikut suka hati nak banyak mana, bila dah menggelegak, masukkan nasi, jangan lupa garam dan perasa sedikit.
Gaul rata2 nasi hingga sebati dengan sos.
Masukkan pula sayur, gaul lagi sampai sayur layu.
Masukkan telor dan lada sulah, gaul lagi rata2 hingga nasi kering sedikit.
Padamkan api. Taburkan ikan bilis sebelum hidang.


Close up sikit! 

Yam Cake


 Yam Cake ni sangat sedap! Rasa kenyal2 dari buah keladinya ditambah pula dengan taburan udang kering, bawang goreng, cili merah dan daun ketumbar sabagai perisa, dicecah plak dengan sambalnya memang makan tak hingat laki hehehehe. Makan sekali pasti nak lagi..lagi...dan lagi.

Optss... sebelum korang kate, wahhh cantiknya Yam cake tu, pandainya mas buat, terro lah mas masak. Sila jangan memuji lebih2 ye, kerna yam cake itu bukanlah dari dapur mas, jauh lagi dari air tangan mas TETAPI dari air tangan jiran depan rumah mas hahahahaha tertipu korang! 
Jahat kan...jahat kan!

Murah rezeki kami pagi ni. Sedang berkira-kira nak buat bekpes tetiba ding..dong..ding..dong, bukak je pintu makcik depan rumah hulur sepinggan Yam cake. Wahhhhh... syoknya. Tak jadi mas nak buat bekpes terus je bedal Yam cake tu hehehehe...


Angin Bandung dan Parissssss


Masih ada lagi ke org yang mengadap blog dan post n3? ada ke? huhuhu...mas ni update n3 tengah malam sbb time ni je mas free, amani dah lena tidor. Kalau nak mengarang waktu siang kem salam jelah ye, baru sentuh lappy amani dah jd drama quen! hangin mak satu badan tp kalau BW tu boleh je plak kan kan kan hihihihi.....

Hari nie murah rezeki mas. Seronoknya dapat buah angin dari BANDUNG dan PARIS. Nak pergi ke sane memang belum ada rezeki, dah dapat buah tangan ni pun dah rasa cukup gumbira sangat. 

Gambar yang kat atas tu buah tangan dari bandung. Telekung yg sangat cantik sulamnya. Hadiah dari kawan opis incik hubby. Baru je cakap dgn incik hubby yg mas teringin sangat nak telekung dari bandung (tak agak2, nak yg bandung saje!) tup2 dapat plak. Alhamdulillah.


Yang ni pula dari PARIS, jiran depan rumah yg bagi. Dia org pergi Paris atas sebab urusan kerja so sambil tu honeymoon ler. Mas tak tahu ape kegunaan kain tu, nak tanya kat dia segan plak. Cuma kami agak kain nie kegunaannya untuk alas meja kot. Jauh2 dari PARISSSSSS tak kan nak buat alas meja kot.


Dan yang terakhir sekali keychen bentuk kasut, ini pun dari dia juga. Yang ni mas suka sbb comel sangat. Kena sorokkan dari amani nie, kalau dia dapat...habislah mesti jadi mangsa giginya. 


Ok tu je. Tadaaaaaaaa hihihihihi.

Monday, April 2, 2012

Telur Goreng Banjir Kicap.......penyelamat perut kami


 Disaat perut kelaparan, disaat kebuntuan idea memasak dan disaat kemalasan melanda diri, satu-satunya menu yang menjadi penyelamat kami adalah telor goreng mata kerbau! Goreng telur garing2 lepas tu tumiskan bawang besar, cili besar merah, sos cili, sos tomato dan kicap manis banyak2(sampai banjir) beserta sedikit air. Dah siap, curahkan atas telur grg tadi.

Oh telur yang telah menyelamatkan perut kami dikala kami kelaparan dimalam hari dan bila2 hari malas memasak hihihi. Korang plak mcm mana? sama macam mas ke?




Tumpang gembira dgn seorang kawan fb yg dulunya mas kenal hidupnya susah dan sering merungut suaminya tdk mampu memebrikan kesenangan kepadanya dan dia sering merasa rendah diri atas kekurangan dirinya yang susah. Sekarang tak lagi...suaminya skrg ini sudah mampu menyenangkannya dan dia pun sudah makin maju ke depan dan makin berjaya.


Sabar kalau dilakukan dengan usaha pasti berjaya hasilnya tapi sabar kalau tiada usaha pasti takkan kemana-mana. 

Nasi Ayam MAS ori punya!



SILA BACA SAMPAI HABIS SEBAB SAYA SANGAT JUJUR :-)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 blogger semua. Salam berjumpa kembali kita pada hari ini. Sihat ke kawan2 diluar sane? Cuaca yang tidak menentu skrg ini pastinya akan mengundang pelbagai penyakit. Bila dah sakit semua pekara jadi tak kena. Nak makan tak ada selera, nak masak tak ada mode, nak berjalan rasa tak selesa dan kalau terbaring saje jadi sakit kepala, kan?. Doa mas semoga kalian semua baik2 saje. Kami, Alhamdulillah sihat walafiat, bahagia dan sejahtera. Mudah2 berkekalan hendaknya...amin. 


Cuti hujung minggu, tiada apa2 aktiviti istimewa yang kami lakukan, cuma jalan2 window shoppingg at MV dan OU. Hubby mas ambil cuti dua hari dari 28 dan 29hb 3, sempena besdaynya, dah macam cuti agung je kan hehehe. Kekononnya nak bawak kami jejalan ke Melaka or Cameron. Maklum ler dah lama betul kami tak pergi bercuti sejak ada amani, tapi hajat itu terpaksa dibatalkan atas sebab faktor cuaca yg tidak sesuai nak bawah amani beriadah lama2 kat luar (ayt sedapkan hati tu) huhuhu.... yang sebenarnya amani masih lagi makan bubur yg diblender so susah juga kalau kami nak bercuti dan bermalam. Iyelah, takkan kami nak bawak periuk nasi dan blender plak? Tak pasal2 nanti hubby kena saman sbb mas main masak2 dlm bilik hotel tu hahahahaha! 


Ada yg sarankan kami bwk makanan baby yg sudah diproses dalam botol, nnt bila2 nak makan just panaskan dalam air panas je tapi kami tak confident dgn makanan tu sbbnya makanan segera ni mesti ada bhn pengawetnya kan? Tak apalah, kami tunggu amani dah besar sikit baru kami planing semula percutian kami nanti. Mesti seronokkan, time tu amani dah pandai berjalan dan bercakap, mesti meriah dgn celoteh dia. Tak sabarnya nak tunggu time tu.




Ok, kita tutup pasal cerita cuti tu. Now berbalik pada cuti minggu. Semalam, selepas jejalan cuci mata kat OU, errrrr...cuci mata ke? salah tu. Belanja sikittttttt kat OU hihihi, masa odw balik, tetiba tekak ni teragak nak makan nasi ayam. Masa tu dah pukul 4.00 petang, mode rajin memasak tetiba datang, pulak tu datang bukan calang2, terus nak masak nasi ayam! memang tak agak2 kan?. Selama mas terro memasak (ayat berlagak), mas tak pernah masak nasi ayam walaupun nasi ayam tu peberet kami laki bini. Sama macam kes sambal sardin, suka tp tak nak cuba masak sendiri. Bila dah cuba, laaaaa kacang je! (ayat berlagak lagi tu) kuikuikui. Sambung balik, dalam peti ais timun, tomato, ayam dll ada, tinggal beli madu, daun sup dan salad je maka misi nak cuba memasak nasi ayam diteruskan. 


Dengan Bismillah, mas pun tung..tang..tuk..tuk..sreng..sreng...kat dapur. Dalam hati  suspen juga, jadi ke tidak ayam madu ku? tanak tak nasi tu? Memang cuak lebih mas ni, walhal bukan tak pernah tgk mama & mak tiri masak nasi ayam. Tengok saje tak sama dengan memasak sendiri kan? So hantam kan aje mas hehehe.... Panjang pulak makcik ni membebel, jari ni pun dah penat menaip huhuhu. Ok kita teruskan lagi.

Percaya dan tidak, NASI AYAM MAS menjadik! sangat sedap (ayat berlagak lagi dan lagi) walaupun nasi ayam mas sangat ringkas dan mudah. Benarlah, kalau hati kita ikhlas, apa kerja yang kita buat mesti berjaya walaupun kerja itu cuma kerja enteng. Dengan bangganya mas gelarkan Nasi Ayam pertama mas dengan nama NASI AYAM MAS ori punya! Wakakakakakaka.......


 Nasi ayam pertama, Alhamdulillah tak lembik tak keras. Sedang2 dan sedap2 kat mulut.

 Ayam madu panggang the best. Errr...nampak kering mungkin sbb kulit ayam tu dah tak ada. Lepas ni tak nak buang kulitnya.


Resepi Nasi Ayam MAS dari dapur mas


Bahan Nasi Ayam :- 
1 cawan beras (mas guna beras biasa dan sukat guna tin susu kecil)
2 sudu besar butter
1 biji bawang besar(saiz kecil) - racik
1 biji bawang putih - racik
1/2 inci halia - ketuk
2 helai daun pandan - koyak dan ikat.
Rempah 3 sekawan
1 sudu kecil penuh pati ayam knor
1 sudu kecil garam
1 kotak kismis - optional
Air


Cara-cara :-
Basuh bersih2 beras. Masukkan dlm rice cocer letakkan air, dimasak seperti biasa.
Dalam periuk lain masukkan 2 sudu bsr butter dan tumiskn sejekab 3 sekawan.
Masukkan pula bwg bsr, bwg putih dan halia. Tumis hingga naik bau dan sedikit kekuningan.
Angkat dan masukkan tumisan kedlm rice coker berserta daun pandan, serbuk pati ayam dan garam. 
Bila nasi dh masak, masukkn kismis, gaul rata2, biarkan kismis sebati dgn nasi.


Bahan Sup :-
6 ketul ayam (2 org mkn)
1 biji bwg besar - racik
2 biji bwg putih - racik
1/2 inci halia - ketuk
Rempah 3 sekawan
sedikit pati ayam knor
garam sekucup rasa
Air


Cara-cara :-
Tumiskan 3 sekawan seketika, masukkn bwg besar, bwg putih dan halia. Tumis sehingga kekuningan dan masukkan pula air (air biar agak2 penuh paras ayam je)
Masukkan pula ayam dan pati ayam knor.
Biarkn mendidih hingga ayam masak, perasakan dgn garam secukupnya. Taburkan sedikit daun sup.


Bahan Ayam Panggang :-
2 biji bwg putih
1/2 inci halia
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar madu
1/2 sudu besar sos tiram


Cara-cara :-
Angkat ayam dalam sup dan toskan.
Tumbuk lumat bwg putih dan halia.
Dalam satu bekas, gaulkn ayam, bahan tumbuk beserta madu, kicap dan sos tiram. Gaul rata2 dan perapkan selama 10-15 minit.
Panggang dlm oven selama 20-25 minit dgn suhu 200c. (nak gorengkn aym tu pun boleh, minyak jgn byk sgt)


Bahan Sambal Nasi Ayam (sgt mudah dan ringkas) :-
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos cili
1 susu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil lada sulah
Sedikit air panas untuk mencairkan sos


Cara-cara :-
Satukan semua bahan sos dan air panas, kacau sebati dan perasakan dgn lada sulah.


Ulam-ulam :-
Timun
Salad
Tomato
Daun sup


Jemput makan kawan-kawan :))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails